Jangan biar diri dipergunakan, perangai cepat ‘kesian’ dekat orang makan diri sendiri. Memang ada benarnya, perangai yang mudah ‘cepat kesian’ pada orang ini adalah sifat semulajadi yang bukan ada pada semua orang. Apabila dalam diri mudah ada rasa ‘kesian’, jadi ‘terlalu baik’ ia menjadi ‘senjata’ membuatkan orang lain mudah mengambil kesempatan dan mempergunakan kita demi kepentingan diri mereka pula.
Hadamkan perkongsian daripada Puan Rohana Saad ini sebagai panduan;
Perangai cepat kesian kat orang, kadang-kadang makan diri kita sendiri. Buat baik memang bagus, tapi jangan keterlaluan. Bila terlampau baik, macam-macam dia ambil kesempatan atas kita.
Kadangkala kita rasa kita ni penting dalam kehidupan seseorang tapi sebenarnya tidak. Kita hanya diperlukan bila dia inginkan sesuatu. Jadi, kita janganlah terlampau baik sangat dengan orang, sampai dipergunakan dalam diam. Orang yang cepat kesian macam kita ni selalu kena “game”.
Jangan Terlampau Baik Dengan Orang
Rule in life; jangan terlampau baik dengan orang sebab tak semua orang sama macam kita. Tak semua orang akan baik kat kita. Ada yang akan ambil kesempatan dengan kebaikan kita. So be neutral. If they don’t like you. Just ignore. You don’t have to be someone else. Tipu lah kalau kita cakap, kita tak pernah rasa dipergunakan oleh seseorang. Kadang tu, bukan rasa je, tapi benda tu memang betul. Lebih baik rasa lonely dari rasa diperguna.
Makin jadi baik, makin teruk orang layan. Mungkin ALLAH nak uji kesabaran. Ada yang ambil kesempatan bila kita dalam kesulitan. Ada yang buat kita macam tunggul. Dan ada juga pengkhianat yang berkaliber. Kita kena berhati-hati, dah tak boleh cepat kesian kat orang lepas tu kita yang kena buli.
Jangan Biar Diri Diperbodohkan
Kita kesian kat orang tapi orang tak kesian pun kat kita. Kita kena sedar diri, jangan biarkan diri diperbodohkan lagi. Tak payahlah korbankan kebahagian kita untuk kebahagian orang lain. Lebih baik kesiankan kat binatang daripada kesiankan kat orang yang salah.
Berpada-pada rasa mudah kesian dan mudah rasa bersalah pada diri kita. Biasanya setelah orang lain mengetahui titik kelemahan diri kita, selalunya orang lain akan mempergunakan kita untuk kepentingan diri mereka.
Kita akan diperalatkan atas alasan ‘pertolongan’. Jika kita berjaya melindungi kelemahan diri kita dan mengawalnya, kita akan berjaya melindungi diri kita daripada diperalatkan.
Mingguan Wanita:Setuju sangat adakalanya perangai mudah ‘kesian’ pada orang lain ni memakan diri kita pula. Mudah dipergunakan dan diperbodohkan oleh orang lain. Jadi berpada-padalah iya dalam kasihan pada orang lain.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif #sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Apabila seseorang melihat ujian musibah Covid-19 sebagai hikmah, maka dia akan memperolehnya dengan hati yang lapang. Inilah yang dikongsikan penyanyi popular, Nora Ariffin atau nama sebenarnya, Norafizah Ariffin.
Akui Nora, arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih diteruskan sehingga bulan Ramadan ini memberi hikmah buat dirinya dan keluarga. Terutama bab solat tarawih di rumah sendiri. Malah tidak pernah dibayangkan sebelum ini, yang dia akan menjadi imam solat tarawih di rumah untuk anak-anak perempuan dan maidnya.
Kongsinya, “Tak pernah terfikir untuk jadi imam solat tarawih untuk anak-anak dan maid di rumah. Sebelum ini memang kami selalu ke masjid.”
“Jarang solat di rumah apatah lagi saya terpaksa jadi imam. Tapi dalam PKP, tak sampai hati membiarkan anak-anak abaikan tarawih begitu saja, walaupun ibadah sunat.”
“Alhamdulillah, tak susah sangat pun. Kita ingat susah sebab nak perfect macam solat kat masjid. Slow-slow practice makes perfect. In Shaa Allah. Doakan saya istiqamah.” Kongsi Nora yang ditemani dua orang puterinya, Putri Nur Dahlia dan Putri Nur Fatehah.
Hikmah PKP Untuk Anak-anak – Nora Ariffin
Waktu PKP ini anak-anak tidak bersekolah. Jadi, mudah untuk anak-anak Nora berpuasa dengan penuh pengisian dan kesabaran.
“Masuk waktu terus ajak solat. Alhamdulillah.. moga terus istiqamah sampai bila-bila. Doa untuk papa dan abang Alif tak pernah putus. Moga mereka tenang di sana. In Shaa Allah.”
Disember tahun lalu, Nora diuji kehilangan anak keduanya, Allahyarham Muhammad Syakir Alif Johan, 20 yang meninggal secara mengejut di rumah. Manakala suaminya, Allahyarham Johan Nawawi yang merupakan seorang komposer meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun.
MW :Sememangnya Ramadan di waktu PKP inilah waktu terbaik untuk meningkatkan amalan dan mendekatkan diri denganNya sepanjang melaksanakan ibadah berpuasa.
Macam-macam cara digunakan sebagai salah satu usaha untuk melamar kekasih hati untuk dijadikan isteri. Baru-baru ini, seorang lelaki ternyata mempunyai cara unik untuk melamar kekasihnya di hadapan kedua-dua bakal mentuanya, iaitu dengan menggunakan pembentangan Power Point, lapor portal berita Dream.co hari ini.
Pembentangan Perancangan Masa Depan
Menerusi satu video yang tular di Instagram, lelaki tersebut yang dikenali sebagai Yasher Fadhli menggunakan perisian pembentangan popular itu bagi menjelaskan mengenai perancangan masa hadapannya.
Bagaikan seorang Ketua Pegawai Eksekutif, Yasher secara bersahaja dan yakin menerangkan mengenai pelan kehidupannya dan kekasihnya selepas berumah tangga.
“Kita bukan lagi dalam fasa untuk bertahan. Kebiasannya, kalau bercakap tentang kewangan, kita sering menyebut mengenai cara untuk bertahan, bagaimana untuk makan dan lokasi tempat tinggal.
“Rancangan kami sekarang adalah tentang cara-cara untuk bekerja keras,” katanya.
Di hadapan lelaki tersebut, kedua-dua bakal mentuanya bersama kekasihnya dilihat sedang mendengar pembentangan itu dengan teliti.
Video tersebut menjadi tular dengan ramai netizen yang mengagumi cara digunakan Yasher bahkan ada yang meminta tip daripadanya.
“Sangat memberi inspirasi! Ini merupakan cara paling sesuai untuk menyampaikan pandangan yang berbeza kepada ibu bapa,” kata seorang netizen.
“Hebat sekali! Berapa jumlah slide keseluruhan?” kata seorang lagi. – Agensi
Mingguan Wanita: Memanf terbaik usaha yang ditunjukkan untuk melamarkan kekasih hati. Wajar dijadikan contoh buat generasi muda bagi menunjukkan usaha dan halatuju masa depan selepas berkahwin nanti.
Harry Khalifah Menangis Teman Isteri Di Dewan Bersalin Meskipun Lahirkan Anak Ke-9. Tahniah diucapkan buat penyanyi dan komposer Harry Khalifah apabila isterinya Noormala selamat melahirkan anak kesembilan mereka.
Ramadan tahun ini cukup istimewa buat pasangan ini apabila menimang seorang lagi cahaya mata di sebuah pusat perubatan pada 2 April lalu.
Sebelum ini pasangan yang berkahwin pada 12 Ogos 2004 dan dikurniakan dua anak perempuan dan enam anak lelaki. Malah dua anak mereka iaitu Mizan dan Chombi mengikut jejak Apak aktif sebagai penyanyi.
Harry Khalifah Menangis Teman Isteri Di Dewan Bersalin
Paling menyentuh perasaan Harry Khalifah atau lebih mesra dengan panggilan Apak begitu tersentuh hati apabila dapat menemani isterinya di dewan bersalin. Kali ini mereka menimang cahaya mata lelaki.
Malah Apak turut menyatakan walau melahirkan anak kesembilan dia tetap setia menemani isterinya.
“Masa dia selamat bersalin, saya menangis rasa terharu campur gembira.
“Saya memang teman isteri di dewan bersalin walaupun ini anak kesembilan.
“Sebabnya saya sudah berjanji dengannya untuk sentiasa bersamanya,” ungkap Apak seperti mana dilaporkan mStar.
Anak-Anak Adalah Rezeki
Setiap pasangan mempunyai sebab tersendiri sama ada memilih untuk memiliki ramai anak atau sebaliknya.
Walaupun sering dianggap susah, percaya atau tidak setiap anak mempunyai rezeki masing-masing yang sudah ditetapkan.
Malah Apak juga tidak menolak jika diberikan rezeki untuk anak kesepuluh. Dia juga tidak pedulikan apa yang orang lain perkatakan asalkan dia dan keluarga gembira.
“Saya tidak menolak rezeki sekiranya ada lagi selepas ini. Kalau andai kata diberi rezeki lagi saya terima. Saya juga tidak pernah malu memiliki anak ramai.
“Biarlah orang nak kata apa pun.
“Bagi saya anak ramai ini akan memudahkan urusan saya pada masa akan datang, mereka akan mengangkat jenazah saya apabila saya telah tiada nanti,” luahnya.
“Tahniah, Apak & Mami” Warganet
Menerusi ruangan komen ramai yang melahirkan ucapan tahniah.
Daphe Iking rancang semuanya terlebih dahulu supaya senang untuk jaga rambut! Betul juga ya, mak-mak yang sering masak tu mesti hilang selera untuk makan kan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...