Musim durian ni, biasanya kalau ada durian yang kurang elok ramai yang suka buat tempoyak. Namun nak buat tempoyak sendiri pun ada caranya. Isi durian bergas, jika salah teknik ditutup rapat boleh meletup balangnya nanti.
Baca perkongsian tip buat Tempoyak turun temurun daripada keluarga Puan Norasikin Jainal ini.
“Sis kongsi dari sudut turun temurun keluarga sis buat tempoyak.”
ISI DURIAN siap diasingkan biji
Jika durian sudah berair toskan airnya dan buang airnya.
Tambahkan sedikit garam bagi naik rasa.
Tidak perlu tambah gula sebab durian ade rasa manis (manis durian).Kalau tambah gula tempoyak cepat masam dan bertambah masam bila disimpan.
Masukan separuh atau 3/4 balang sahaja.Bagi ruang tempoyak meruap.
Jangan tutup rapat penutup balang, biar gasnya keluar.
Jika tutup rapat rajin-rajin buka penutup 3-4 jam sekali dan godek-godek bagi gas keluar dan isi durian turun kembali.
Jika gas dah tiada tempoyak takkan meruap lagi so dah boleh tutup rapat.
Ads
ISI DURIAN BERGAS.. TAK BUAT GINI BOLEH MELETUP BALANG. Jika isi separuh balang.. letak garam ke tak letak garam ke sama je kejadiannya.. Durian memang bergas.
Tempoyak boleh tahan lama jika dibekukan..rasa manis durian tak hilang.
Tempoyak baru gini sis suka masak tempoyak goreng atau buat sambal tempoyak.
Ads
Bak kata Abah sis kalau tempoyak masih rase manis durian (tempoyak baru buat) itu bukan tempoyak tapi masih durian.
Tempoyak memang MASAM (gula dalam durian bila diperam akan bertukar masam).. Tempoyak masam sedap masak gulai.
MW:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buruuat mak-mak yang ada durian lebih kat rumah tu, nak cuba buat tempoyak boleh ikut tip yang dikongsikan ni.
Bila usia bertambah, macam-macam masalah timbul. Kalau zaman remaja dulu, jerawat jadi musuh utama tapi bila usia bertambah, lain pula tumbuhnya. Ingatkan tahi lalat tapi sebenarnya jeragat. Nak lakukan rawatan untuk hilangkan jeragat mesti kosnya agak mahal juga. Tapi kalau dibiarkan boleh bertambah banyak jeragat akan tumbuh.
Jangan bimbang, anda tak perlu keluarkan duit semata-mata untuk melakukan rawatan bagi menghilangkan jeragat. Ada cara yang mudah untuk bantu anda. Cuma gunakan bahan utama iaitu ubat gigi boleh menghilangkan jeragat yang melekat di muka anda.
Ubat Gigi + Garam
Caranya:
1.Campurkan satu sudu teh garam dengan satu sudu teh ubat gigi pudina.
2.Kacau sekata.
3.Sapukan adunan tadi pada bahagian jeragat. Tekan lembut deengan menggunakan jari yang bersih.
4.Biarkan selama 5 minit.
5.Selepas itu, basuh dengan air bersih.
Ubat Gigi + Putih Telur
Caranya:
1.Ambil putih telur, masukkan dalam mangkuk bersama ubat gigi mint.
2.Kacau sekata. Letakkan tisu pada bahagian hidung dan sapukan pada bahagian yang berjeragat.
3.Biarkan selama 15 minit.
4.Selepas itu, tanggalkan tisu tadi secara perlahan-lahan.
5.Basuh dengan air bersih.
Ubat Gigi + Limau Nipis
Caranya:
1.Campurkan satu sudu teh air perahan limau dengan ubat gigi.
2.Kacau sekata.
3.Sapukan pada bahagian yang berjeragat.
4.Biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air bersih.
Mudahkan!. Tak perlu pening-pening untuk melakukan rawatan di luar. Kat rumah sudah cukup dengan bahan-bahan yang sedia ada di rumah. Jimat masa, jimat duit dan wajah kembali berseri. Selamat mencuba.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Buah tembikai banyak khasiatnya untuk kaum lelaki jika diamalkan dalam diet harian. Berita baik untuk kaum lelaki, makan buah tembikai mampu meningkatkan kekuatan stamina tubuh.
Melalui perkongsian Dr Suri Roowi beliau berkongsi tentang khasiat buah tembikai untuk kesihatan. Paling penting, buah tembikai juga sangat elok diamalkan oleh kaum lelaki. Nak tahu apa kebaikannya pada kaum lelaki? Berikut penjelasan yang diberikan saintis ini.
Buah Tembikai Banyak Khasiat Untuk Lelaki
INFO TENTANG BUAH TEMBIKAI:
*Buah yang dikenali dengan nama saintifiknya citrullus lunatus ini mempunyai vitamin C yang tinggi, vitamin A dan banyak sebatian tumbuhan yang menyihatkan.
*Buah tembikai bukan setakat menyegarkan tubuh tetapi juga baik untuk kesihatan. Secawan jus buah tembikai mengandungi hanya 46 kalori. Bagi mendapatkan khasiat tembikai, makanlah buah tembikai yang segar.
*Jika mahu meminum jus yang dihasilkan daripada buah tembikai, jangan pula menambah pemanis atau gula ke dalamnya. Amalkan pengambilan buah tembikai dalam pemakanan seharian kerana banyak khasiatnya untuk tubuh.
MAKAN TEMBIKAI ATASI SAKIT BADAN DAN OTOT?
Meminum jus tembikai boleh memulihkan sakit otot selepas bekerja. Ini kerana tembikai boleh menambah air dalam badan dan kaya dengan asid amino L-citrulline.
Bantu Tingkatkan ‘Kekuatan’ Stamina Tubuh
Asid amino L-citrulline bertindak sebagai antioksidan. Bahan ini akan ditukarkan oleh badan kepada L-arginine, asid amino yang bantu kendurkan salur darah dan memperbaiki peredaran darah.
Bahan ‘L-citrulline’ juga boleh bantu meningkatkan stamina ‘kekuatan’ lelaki dan ‘erectile function.’
L-Citruline lebih tinggi dalam tembikai kuning (isi dan kulit) berbanding tembikai merah. Terdapat juga kajian menunjukkan jus tembikai boleh kurangkan sakit dan kerosakan otot selepas bersenam.
Kajian yang melibatkan 7 atlit mendapati meminum 500 ml jus tembikai dapat mengurangkan sakit otot 24 jam selepas bersenam.
Bagaimanapun, tembikai mempunyai GI yang agak tinggi. Sumber tinggi GI kurang sesuai untuk pesakit diabetis.
Kajian antarabangsa menunjukkan tembikai mempunyai index glisemik (GI) 72, namun kajian universiti tempatan mendapati GI tembikai hanya 55.
Menurut sumber boldsky.com, biji tembikai mempunyai manfaat yang sangat besar dan mampu menyembuhkan penyakit seperti masalah jantung dan batu karang. Tidak beracun dan tidak berbahaya buat tubuh badan manusia, siapa sangka sebenarnya biji tembikai itu boleh dimakan, dikunyah dan ditelan.
Ketahui kebaikan mengamal pengambilan biji tembikiai sebelum anda mempraktikkannya.
1. Galak Kesihatan Jantung
Menurut sebuah kajian yang dijalankan, magnesium dalam biji tembikai berfaedah untuk menggalak jantung untuk berfungsi secara normal. bukan itu sahaja ia juga melancarkan tekanan darah.
2. Baik Pulih Kesuburan Lelaki
Ha, pada lelaki kat luar sana tu kalau korang takut ada masalah kesuburan atau memang ada masalah kesuburan, boleh mula makan biji tembikai ni. Kadar zat besi yang terkandung dalam tembikai akan bertindak sebagai makanan tambahan terbaik untuk menyalur kesuburan lelaki sekaligus meningkatkan kualiti sperma yang dihasilkan.
3.Penawar Diabetes
Menurut sebuah kajian yang dijalankan di Iran, biji tembikai bisa menjadi penawar diabetes terbaik bahkan ekstrak nya juga boleh dikira mampu mengurangkan kadar glukos plasma.
4.Bantu Cerdaskan Mental
Kekurangan magnesium dalam badan sering dikaitkan dengan risiko Alzheimer (naynyok). Oleh itu, biji tembikai yang kaya dengan pelbagai vitamin termasuk magnesium akan memperkukuh kecerdasan otak, kekuatan memori dan mental.
5.Kuatkan Akar Rambut
Magnesium sangat penting untuk pertumbuhan rambut jadi untuk mengelakkan keguguran rambut lebih banyak, mengambil makanna yang penuh dengan khasiat magnesium seperti biji tembikai memang memantu.
6.Baiki Permukaan & Tekstur Kulit
Jangan tak tahu, magnesium dalam biji tembikai boleh memulih masalah kemerahan pada kulit. Ia juga akan membersihkan kulit termasuk mengawal penuaan serta membaiki keadaan kulit yang terjejas.
Sesiapa yang ada eksema juga bagus mengamalkan pengambilan biji tembikai kerana masalah utama wujudnya ekzema adalah kerana badan kekurangan magnesium.
Cara Makan Biji Tembikai
Minuman Teh: Guna empat sudu besar biji tembikai dan kisar halus. Kemudian, didihkan 8 cawan air putih, sebelum menuangkan air yang sudah dididih ke dalam gelas yang dipenuhi biji tembikai kisar. Biar ia bercampur selama 10 hingga 15 minit sebelum tapiskan sisa biji tembikai dan minum begitu sahaja seperti teh.
Snek Panggang: Basuh biji tembikai dan keringkan. Taburkan biji tembikai di atas kuali kemudian curahkan beberapa titis minyak zaitun serta sedikit garam. Sangai biji tembikai sehingga garing dan bertukar warna keemasan. Siap!
Bagaimanapun makan terlalu banyak tembikai pula boleh menyebabkan ketidakselesaan perut, kembung perut dan cirit-birit.
Kesimpulannya makanlah berpada-pada. Apa-apa jua makanan yang dimakan secara berlebihan pasti akan mendatangkan kemudharatan.
Jagung rebus memang sedap, apatah lagi makan panas-panas. Ada cara untuk rebus jagung agar elok cantik tak kecut. Bukan apa, walaupun hanya rebus jagung, kalau salah caranya ia jadi keras, kecut dan tak sedap.
Ikut 6 Tip Rebus Jagung yang dikongsikan ini.
1. Waktu Letak Garam
Jangan tambah garam semasa merebus jagung. Ia akan keraskan isi jagung. Selepas masak baru taburkan sedikit garam halus.
2. Tambah Sedikit Gula
Semasa rebus jagung tambah sedikit gula dalam air rebusan jagung untuk rasa yang sedap.
3. Simpan Jagung Dalam Peti Sejuk
Jagung segar yang dibeli jangan biarkan diluar, ia akan kehilangan kemanisan semula jadi. Kalau jagung segar, terus simpan di peti sejuk. Jagung segar masih kehijaun kulitnya.
4. Cara Merebus
Cara rebus jagung , biarkan air mendidih dan masukkan jagung yang telah kupas, bila air mendidih semula, kecilkan api dapur dan rebus dalam keadaan reneh (simmering) dalam 5-10 minit sudah mencukupi.
5. Sapu Mentega, Garam, Lada Sulah
Selepas jagung masak, boleh sapukan butter dan taburkan sedikit garam dan sedikit serbuk lada putih.
6. Petik Jagung Waktu Pagi
Kalau ada tanam jagung, petik jagung waktu pagi dan kalau ingin simpan biar simpan di peti sejuk.
Mingguan Wanita:Jadi jika nak rebus jagung, isi cantik & kekal manis tak kecut ikut tip yang dikongsikan ini. Paling penting jangan letak garam semasa jagung sedang direbus.
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.