Tak sangka mudah je nak buat kuih tradisional Cek Mek Molek ni. Rasanya lemak manis sesuai sangat mak-mak boleh sediakan untuk hidangan minum petang waktu anak-anak cuti sekolah nanti. Hanya perlukan 4 bahan utama, makan panas-panas memang sedap!
“Cek mek kelate in the house. Simple tapi sedap.Perut bunyi sokmo time hujan, tak tahu nok make gapo buat jerrr kuih hok paling sene ngan mudoh.Sedap make panas-panas dengan gula meleleh tubik”.
Bahan-Bahan:
4 biji Ubi stelo/keledek kuning oren sederhana besar
Secawan tepung gandum
gula pasir
1 sudu kecil baking powder
Cara Membuat:
1.Rebus ubi keledek sampai empuk letak sedikit garam. Saya guna ubi kuning sebab manis.
2.Lenyek dengan batu lesung sambal mudah kan.
3.Bubuh tepung gandum + 1 sudu kecik baking powder.Tepung agak-agak jer jangan lebih nanti keras waktu sejuk.
Ads
4.Uli sampai tak melekit dekat tangan.
5.Minyak untuk mudahkan time nak menggentel dan sedikit gula bubuh dalam kuih cek mek.
8.Goreng laaa dulu cek mek sampai keperangan dan baru boleh makan.
Ads
Siap! Selamat Mencuba!
Info Ekstra!
Masa nak leperkan doh (kuih) jangan nipis sangat dan agak-agak muat dengan kuantiti gula yang diletak. Gentel perlahan-lahan dan goreng dalam minyak panas macam biasa. Dah kuning agak-agak perang dah boleh angkat.
MW: Mak-mak kena cuba buat sendiri kuih cek mek molek ni di rumah.Sesuai sangat buat musim cuti sekolah nanti, anak-anak ada di rumah perut pun selalu lapar. Nak buat pun mudah je, hanya guna 4 bahan.
Air Fryer memang memudahkan kerja-kerja memasak. Selain fungsinya menggoreng tanpa minyak, mak-mak boleh mempelbagaikan kegunaan air fryer ni dengan membuat kuih muih juga seperti muffin. Caranya cukup mudah, cepat malah sedap!
1/2 cawan jagung krim
1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur
1/2 sudu teh esen vanilla
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh garam halus
1.Masuk bahan A ke dalam bahan B yang sudah diayak.
2.Kacau sebati, masuk acuan dan bakar pada suhu 150 selama 25minit.
Resepi ni cukup untuk 4 bekas macam pic saya tu je…kalau nak banyak buat double.
Semoga bermanfaat, selamat mencuba.
MW:Mak-mak boleh buat resipi muffin mudah ni. Rasanya sedap, makan panas-panas untuk minum petang, anak-anak pun mesti suka!.
Perempuan memang suka sangat beli kain baju tetapi bab pengurusan kain baju, kurang rajin! Maka, kalau nak selamat mak-mak mungkin boleh tiru idea Puan Hani Mynis ini.
Bukan hanya kemas dari segi pengurusan kain baju tetapi juga boleh buat pahala sedekah kain baju yang dah lama tersimpan dalam almari.
Seperti dijanjikan, ini perkongsian hani mengenai pengurusan pakaian. Macam kebanyakan mak-mak, isteri-isteri, house chores yang hani paling malas nak buat ialah melipat baju.
Punyalah malas nak melipat baju, sampaikan hani ckp kat alif nak korbankan satu dinding kat bilik tidur kedua utk dijadikan “open wardrobe”. Memandangkan sebelum ni pun mmg dah sangkut dua penyangkut tu untuk jemur baju lembap (rumah flat; jemur baju dlm bilik je); so hanya tambahkan lagi dua penyangkut kat sebelah tu, makanya semua baju harian kami suami isteri sangkut kat situ. ?
Nampak macam tak banyak je kan baju harian nya tapi last spring cleaning tahun lepas banyak baju yg hani buang dan dermakan. Sebab kadang-kadang memang jenis suka menyimpan pakaian kan tapi pakai nya baju yang sama berulang-ulang. So simpan yang akan dipakai sahaja.
✅kena buat spring cleaning baju yang banyak-banyak (sebetulnya enam bulan sekali kena rombak baju-baju). i.e
❤ Baju yang dah tak muat boleh diberi orang
❤ Baju yang koyak (yang kita rasa kita akan jahit tp dah lebih sebulan tak jahit2, boleh lah dibuang haha sbb kalau baju tu “penting” atau kita sayang confirm kita dah jahit tak tunggu berbulan haha)
❤ Baju, tuala, cadar yg kotor dan lusuh (tak boleh dihilangkan kotorannnya, bertaik lalat) boleh lah dibuang
❤ Baju free atau baju promosi yang kita tak akan pakai dah boleh diberi orang atau diguna semula.
Gunakan rule ni: satu baju masuk satu baju mesti keluar. Selagi tak perlu baju baru masuk, jangan beli. Haha perempuan nak bersederhana bab ni memang payah. Tapi dah dua tahun, ini lah prinsip hani haha. Kalau nak membeli juga, maknanya ada satu helai yang kita takkan pakai, boleh lah dijual atau diberi orang.
Gunakan penyangkut baju (hanger) yang satu jenis, bentuk dan paling tidak pun satu warna je. Supaya semua nampak kemas dan seragam.
Menggosok pakaian dan tudung ke tempat kerja seminggu sekali (gosok lima pasang terus; jimat masa dan jimat tenaga). Suai padankan terus pakaian dan tudung. Jimat masa pagi-pagi nak pergi kerja.
Untuk tuala, khaskan dua helai tuala utk seorang. Sebab setiap minggu kita akan basuh tuala, nak tunggu tuala tu kering, ada tuala ganti. Rumah kitorg takda dryer haha. Sediakan dua tuala utk tetamu.
Untuk cadar dan sarung bantal – masa lipat cadar, masukkan sekali set sarung bantal dalam lipatan cadar tu. Memudahkan proses menukar cadar setiap minggu. Boleh belajar cara yang sebetulnya untuk melipat cadar supaya lebih kemas.
Mana-mana pakaian yang lebih-lebih yang rasa nak simpan, boleh simpan tapi simpan dalam bekas tertutup (untuk elakkan debu bertahun) dan pastikn bekas berlabel. Hani prefer bekas tak transparent supaya tak nampak isi barang dalam tu.
Lain-lain tips pengurusan pakaian pada caption gambar ya.
Lain-lain tips pengurusan pakaian pada caption gambar ya.
1. Open wardrobe bahagian ibu dan ayah Aqil, atas bahagian Hani, bawah bahagian suami.
Seronok je tengok bakul tu kosong je selalu haha. Hanya guna untuk masukkan baju basah dari mesin basuh.
2. Atas bahagian baju basah utk jemur. Lepas kering, transfer je ke tempat baju kering kat sebelah kanan tu. Selalu buka langsir supaya cahaya matahari boleh masuk dan keringkan baju. Bawah bahagian hanger.
Bila jemur baju, hani akan pastikan baju tu diterbalikkan ready to wear. So kalau dah kering terus ambil dari sini je pun ok dah.
Pakai pencuci baju yg sesuai utk indoor drying (ada tulis anti-malodour) so baju tak akan berbau kepam dan hapak. Hani suggest Top (untuk jenis serbuk) dan Breeze untuk jenis liquid.
Jemur sebelah tingkap sedekat mungkin.
Ada pengudaraan tambahan (on kipas).
Jangan jemur baju banyak sekali gus (jarak-jarak baju) – dalam gambar ni baju ni dah kering. Tak transfer ke bahagian kanan lagi)
Semoga membantu.
3. Open wardrobe bahagian Aqil.
4. Baju jalan dan baju raya Aqil.
5. Baju kurung/baju raya/baju kerja – susun ikut warna.
6. Baju formal Alif/baju raya/baju melayu – susun ikut warna.
Simpan comforter dalam almari bertutup ni juga.
7. Baju harian.
8. Tudung – sangkut ikut warna.
9. Baju harian Aqil
Atas baju kering, bawah baju basah sebab Aqil selalu tolong ibu jemur baju dia sendiri. So rendah senang dia sangkut.
10. Shawl – susun ikut warna, satu warna satu sahaja.
11. Tips untuk menderma baju:
Asing-asingkan baju untuk lelaki dan perempuan – senang untuk pengurusan asrama letak kat hostel perempuan dan lelaki terus.
Pastikan baju yg nak diberi masih elok jahitan dan warnanya.
12. Mana yg cari idea nak sangkut tudung tu, hani sarankan beli hanger siap penyepit macam ni kat Eco, kepit tudung lepas tu sangkut dalam almari ke atau rak.
13. Cara yang betul untuk melipat cadar dengan kemas. Dalam lipatan tu nanti simpan sekali sarung bantal.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sakitnya bila terkena angin ‘gangguan’ makhluk halus ini. Sesetengah orang kurang percaya perihal mistik sebegini. Karut katanya, tapi bila dah terkena dekat diri sendiri, tubuh kerdil itulah yang menanggungnya.
Andai rasa ada yang tak kena, boleh saja cuba petua minyak bawang putih dan lada hitam ini. Sebagai ikhtiar membuang angin akibat gangguan itu tadi. Seterusnya, kenalah mencari orang alim yang pandai merawat cara Islam.
Inilah yang dikongsikan oleh Ustaz Mujahidin Al Banjari dari Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin ketika membantu pesakitnya yang banyak angin akibat gangguan.
“Sejak akhir-akhir ini banyak pesakit datang mengalami masalah angin dalam badan (banyak angin dalam badan).
“Jika badan banyak angin disebabkan gangguan makhluk halus boleh cuba cara di bawah.”
“Cara ini cumalah ikhtiar saja. Semua atas izin Allah. Buat dengan yakin, ikhlas dan sabar. Insya-Allah pasti dipermudahkan Allah.”
2. Kemudian letakkan sedikit lada hitam ke dalam piring.
3. Selepas letak lada hitam letakkan bawang putih sedikit ke dalam minyak.
4. Selesai letak semua itu lalu baca :
5. Selesai baca sapukan di perut anda.
Jika ada gangguan dan banyak angin dalam badan, anda akan sendawa keluarkan angin. Sekiranya bayi anda kerap kembung perut buat seperti di atas sapukan pada perut baby dan tapak kaki baby.
InshaaAllah izin Allah perut baby anak kecil anda tidak akan kembung lagi.
“Cara ini hanya sebagai iktiar sahaja, kesembuhan semua atas izin Allah.”
Antara tanda-tanda tersebut adalah:
Di atas adalah serba sedikit Bagi orang yang terkena gangguan makhluk halus. Sekiranya anda banyak tanda di atas dapatkanlah rawatan Islam berhampiran dengan anda, jangan sampai terlambat ya.