Haider Mateen hero baru Elly Mazlein dan suami, Mohamad Azlan. Tahniah diucapkan buat penyanyi dan pelakon popular Elly Mazlein yang baru saja melahirkan bayi lelaki.
Haider Mateen Hero Baru Elly Mazlein & Suami
Elly atau lebih mesra disapa Kak Lina Pom Pom selamat melahirkan bayi lelaki yang juga anak keduanya di sebuah pusat perubatan di Selangor pada pagi Sabtu, 23 Oktober lalu.
Seperti mana yang dikongsi menerusi akaun Instagramnya, Elly bersyukur dengan kelahiran bayi lelaki yang diberi nama Haider Mateen Mohamad Azlan.
“Assalamualaikum, saya selamat bersalin pada 23 October 2021 pukul 12.23 pagi tadi. Alhamdulillah mama dan Haider sihat.
“Terima kasih suami jaga mama sepanjang mengandung sehingga bersalin. Bertambah seorang lagi seorang dalam keluarga comel kita, syukur ya Allah.
“Suami, emak dan jururawat membaca surah Yasin, beri ayat mudahkan bersalin. Syukur, cepat Haider nak jumpa mama dan papa.
“Dengan ini saya nak memperkenalkan anak kedua, Haider. Selamat datang ke dunia kegembiraan kecil saya,” tulis Elly.
Ads
Haider & Sefhia Hadiah Paling Bermakna Buat Suami
Perkongsian terbaru, Elly turt berkongsi ucapan sempena hari lahir suaminya. Paling membuatkan suaminya terharu, Haider dan Sefhia merupakan hadiah paling bermakna buat Mohamad Azlan.
“Happy birthday Suami, Suami cakap dengan hadirnya Haider & Sefhia tu hadiah paling bermakna buatnya.
“Kakak Manja paling excited.
Ads
“Selama ini kakak Manja hanya kenal dua Hero dalam hidupnya.
“Siapa lagi, Atuk & Papa Awan Nano la. Dan Alhamdulillah kali ni hadir seorg lg hero dalam hidup dia, Haider. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah syukur syukur Ya Allah
“Semoga keluarga kecil kami kekal bahagia, dipermudahkan segala urusan & diRahmati Allah S.W.T Amin.
“Welcome home Haider Mateen Bin Mohamad Azlan,” luah Elly.
Untuk pengetahuan Elly telah mendirikan rumah tangga dengan seorang guru, Mohamad Azlan pada 18 Januari 2020.
Elly juga pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah, Azmi Hatta pada 9 November 2014 dan bercerai setahun selepas itu. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Putri Sara Sefhia, 5
Sumber /Sumber Foto : Instagram Elly Mazlein
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pelakon Linda Rafardan Abby Abadi nampak gayanya geram sungguh dengan aksi seorang cikgu yang tanpa alasan kukuh telah memukul salah seorang pelajarnya sampai terpelanting dari kerusi.
Video yang dimuat naik dalam lama instagram kedua artis ini mendapat reaksi yang sama daripada follower mereka. Rata-rata terkejut dengan tindakan di luar batasan sebagaimana seorang guru seharusnya bertindak.
Kata Linda Rafar dalam instagramnya itu, “Perhatian! Tolong viralkan. Sape cikgu giler ni main pukul je anak orang tanpa sebab. Sape tau dan kenal perempuan ni.
“Tolong viralkan muka dia sekarang. Sape tahu tadika or taska mana. Dengar cikgu lain pun pukul jugak.”
Dah Tahu Tak Sabar, Nak Juga Jaga Anak Orang
Emosi yang sama turut dikongsikan oleh Abby Abadi. Abby menyangkal tindakan guru tersebut yang disifatkan tiada kesabaran, tetapi masih mahu menjaga anak orang lain.
“Ini bukan kesilapan, ini memang setan! Dah tahu tak ada kesabaran nak jaga anak orang, kerja dekat tadika untuk apa?”
Tambah Abby lagi, “Hai la akak-akak. Kalau anak saya ni, saya buat benda yang sama kat akak-akak balik. Saya tak boleh benda benda gini.”
“Budak itu tak ada buat salah apa pun! Kalau pun ada salah, siapa kau nak pukul anak orang macam tu? Mak bapa anak-anak ni meh ajak kita sekali cepuk penjaga-penjaga ni. Geram ni!”
Betul Ke Orang Melaka?
Bagaimana pun Abby sekali lagi memaklumkan tidak pasti dengan lokasi kejadian tersebut. Malah Abby merayu agar pihak Polis Diraja Malaysia mengambil tindakan lanjut.
“Tak pasti dimana. Tapi dimaklumkan di Melaka. Betul ke orang Melaka? PDRM mohon bertindak. Dah tangkap nanti, mohon mahkamah janganlah jatuh hukum manja-manja, bagi lebih sikit.. biar diaorang tahu erti penyesalan.”
Betullah seperti apa yang disarankan oleh Linda Rafar dengan Abby Abadi itu. Walau beremosi macam mana sekalipun seorang pendidik, tidak seharusnya melepaskan geram pada anak-anak murid yang masih suci hatinya.
Kerana nanti akhirnya, andalah sebenarnya yang sedang mengajar anak itu untuk menjadi seorang pendendam dan panas baran.
Awat ketegaq sangat ni… Mungkin di Kedah belum ada kes kematian akibat COVID-19. Jadi sesetengah penduduk setempat mengambil sambil lewa walaupun telah diarahkan untuk tidak berkumpul ramai-ramai. Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan bukanlah untuk suka-suka tetapi untuk mengawal keadaan ini agar tak bertambah buruk.
Namun begitu, tindakan menghadiri majlis kenduri di saat semua orang bimbang akan penularan virus ini tidak boleh dipandang ringan. Tindakan cepat pihak polis seharusnya dipuji dan tuan rumah juga akur dengan arahan pihak berkuasa.
Awat Ketegaq Sangat
Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan sudah berkuatkuasa sejak semalam tetapi ada pihak yang ingkar termasuk mengadakan majlis kenduri yang dihadiri orang ramai.
Hari ini, anggota Unit Kereta Peronda (MPV) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar terpaksa mengarahkan orang ramai yang hadir ke satu kenduri di Kampung Bogok, Mukim Derga dekat Alor Setar supaya bersurai.
Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, anggotanya tiba di lokasi pada 1.30 tengah hari sebaik dimaklumkan oleh orang awam terdapat orang ramai berkumpul di kenduri berkenaan.
Tuan Rumah Mengikut Arahan
Menurutnya, anggotanya kemudian memaklumkan tetamu yang datang hanya boleh mengambil makanan dan perlu beredar dari kawasan itu.
“Tuan rumah majlis kenduri itu memahami arahan itu dan meminta kesemua tetamu mengikut arahan polis.
“Kerajaan sudah mengeluarkan arahan supaya tidak berkumpul bagi mengelak daripada penularan wabak Covid-19 melalui Perintah Kawalan Pergerakan bermula semalam,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Mohd Rozi berkata, hari ini adalah hari kedua Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa dan pihaknya hanya memberi amaran kepada tuan rumah dan tetamu namun tiada tindakan yang diambil.
Beliau berkata, ini adalah peringkat permulaan dan pihaknya memberi amaran supaya masyarakat sedar betapa pentingnya Perintah Kawalan Pergerakan ini dilakukan.
“Orang ramai juga dinasihatkan memakai penutup muka dan hidung serta cecair pembasmi kuman jika menyentuh sebarang objek yang boleh mengakibatkan jangkitan,” katanya.
Sumber: Harian Metro
MW: Buat masa sekarang, elakkan diri daripada menghadiri majlis kenduri waima majlis keagamaan. Jika persiapan majlis perkahwinan telah dibuat sekali pun, adalah lebih baik kita rugi wang ringgit daripada nyawa menjadi taruhan. Lakukan yang wajib dan tunda dahulu sebarang majlis keraian.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Esok umat Islam akan menyambut hari raya Aidilfitri. Selepas sebulan berpuasa, sudah tiba masanya meraikan hari kemenangan. Mereka yang bekerja di perantauan juga tidak lepaskan peluang untuk bersama keluarga tercinta. Pada saat inilah masing-masing dapat berkumpul dan bertanya khabar.
Ketika menemubual penyanyi dan pelakon yang juga pemilik nama sebenar Muhammad Izzul Islam Mazlan atau lebih dikenali sebagai Izzue Islam, 29 dia dan isteri juga bakal pulang ke kampung halamannya yang terletak di Kelantan pada hari raya kedua.
“Tahun ini saya akan sambut Aidilfitri dulu di kampung isteri di Klang dan pada hari raya kedua baru kami akan bertolak ke Kelantan.
“Raya tahun ini saya akan pulang ke Kelantan selama empat hari. Pada waktu inilah yang terbaik untuk bersama-sama keluarga. Setelah sibuk sepanjang tahun, hari raya adalah masa yang terbaik untuk meluangkan masa bersama ahli keluarga, mak dan saudara mara di kampung.
“Sebelum ini sibuk bekerja sahaja, jadi tak sempat dan tak puas nak borak panjang dengan mereka, ” ujar Izzue yang ditemui pada majlis berbuka puasa Watie Collections di Hotel Concorde, Shah Alam baru-baru ini.
Gemar Bersederhana
Menyentuh tentang persiapan Syawal Izzue dan isteri, Awin lebih selesa mengamalkan kesederhanaan.
“Kami masih sama seperti tahun sudah mengambil konsep bersederhana sahaja. Macam saya sendiri hanya menggayakan koleksi baju Melayu dari Izzuexclusive. Isteri pula akan mencari baju yang bersesuaian dengan dirinya,”sambung Izzue.
Beralih kepada juadah hari raya, pada kebiasaanya rendang, ketupat, nasi impit dan kuah kacang antara hidangan yang wajib ada.
Lagu Raya ‘Pulangku Tak Sama Tanpamu’
Izzue juga menerangkan dia turut muncul dengan lagu raya baru bersama The Novic Gypsy yang berjudul, ‘Pulang Ku Tak Sama Tanpa Mu’ ciptaan Adam Armin dan Joseph Khan.
Izzue bersama bersama The Novic Gypsy
Menurutnya lagi lagu raya perlu dipelbagaikan supaya banyak pilihan untuk pendengar nikmati sempena hari raya nanti.
“Lagu raya kena ada, kalau generasi sekarang macam saya tak buat untuk generasi masa datang, nanti mereka akan putar dan membesar dengan lagu-lagu lama sahaja.
“Nanti ada pula orang bertanya lagu raya tak ada yang baru ke? Setidaknya ada variasi untuk lagu raya,” ujarnya yang tidak menafikan lagu raya lama tetap menjadi kegemarannya.
Dalam perkembangan lain, lakonan Izzue menerusi telefilem raya bakal disiarkan pada hari raya ketiga ini yang berjudul, ‘Wakaf Dosa’ saluran TV3 terbitan Suhan Movies. Telefilem itu menampilkan pelakon Rosyam Noor, Sweet Qismina, dan Faradhiya.
Foto: Sumber Instagram @izzueislam & @izzueislamandthenovicgypsy
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.