Hidup tak pernah puas dengan apa yang ada. Hidung mancung nak mancungkan lagi, bulu mata biasa-biasa nak panjangkan macam super model. Begitulah, sampai terpaksa terima risiko kesakitan akibat tersalah rawatan.
Inilah yang berlaku pada seorang gadis yang kehilangan bulu mata. Bermodalkan sebanyak 1500 baht (RM187.07) untuk panjangkan bulu mata di sebuah salon.
Seorang wanita Thailand telah pergi ke subuah salon untuk sambungan bulu mata “model super”, akhirnya tidak mempunyai bulu mata langsung selepas pakar kecantikan itu didakwa menggunakan gam super untuk memasang sambungan itu. Akibatnya, wanita itu tidak dapat menutup matanya.
Benyapa Supap, 35 tahun, telah ke salon Hair Infinity, di Phuket dengan membayar 1,500 baht ($45) – RM187.07 untuk bulu mata ‘model super’. Bagaimanapun, apabila tiba masanya untuk melekapkan bulu mata yang lebat, pakar kecantikan itu didakwa menggunakan gam cepat kering dan bukannya gam kosmetik profesional.
Dalam beberapa minit, kelopak mata Benyapa mula membengkak dan apabila dia mengedipkan matanya, bulu mata itu melekat bersama, menjadikannya dia sukar untuk membuka matanya.
Ads
“Saya baru sahaja berpindah ke kawasan itu jadi saya tidak pasti tempat mana yang sesuai untuk digunakan,” wanita muda itu menjelaskan keputusannya untuk melawat Hair Infinity.
.
“Pada kali pertama salon itu untuk mendapatkan rawatan dengan harga 1500 baht ($45) – RM187.07. Tetapi, selepas mengalami kesakitan dan memberitahunya mata saya tak boleh tutup, terus dia mengurangkan bayaran kepada 1,000 baht ($30) – RM124.71.”
Cari Pusat Rawatan Lain
Nasib baik untuk Benyapa, dia dapat mencari pakar kecantikan lain dan menghabiskan masa sejam untuk menanggalkan bulu mata dan membersihkan kelopak matanya.
Fara Foosaeng, pemilik salon telah menggunakan larutan pelembut gam dan penolak kutikula untuk mengikis semua gam yang cepat kering. Akhirnya dia dapat berkelip dengan betul tapi langung tiada bulu mata. Dia juga perlu membayar 1,000 baht lagi untuk membaikinya.
Ads
Menurut Fara. “Bagi mengeluarkan gam super itu tidak mudah. Ia sangat kuat. Gam telah masuk ke kelopak mata dan rongga matanya yang menyebabkan bengkak dan kesakitan,”
Bagi Benyapa, dia mendakwa matanya sakit selama beberapa hari selepas kejadian itu, tetapi salon itu enggan bertanggungjawab atas apa yang berlaku.
“Saya mengalami kesakitan selama tiga hari selepas itu. Salon terebut juga tidak membayar gantirugi. Malah apabila saya membuat laporan polis, pihaknya tidak boleh berbuat apa-apa,” katanya.
Ads
Mingguan Wanita : Lepas ini kena hati-hati, kena tahu salon itu ok ke tidak. Musnah harapan nak panjangkan bulu mata bak super model.
Apabila kawasan kediaman mempunyai tekanan air yang rendah dan perlahan memang menyukarkan urusan seharian. Atas sebab ini ramai yang bertindak mula memasang pam selepas meter bagi meningkatkan tekanan air di rumah.
Hakikatnya perkara ini merupakan satu kesalahan yang boleh dikenakan denda. Malah ia juga merupakan tindakan mementingkan diri sendiri serta secara tidak langsung berlaku zalim pada jiran-jiran yang lain. Ini kerana ia boleh menggangu tekanan air dan perpaipan di kawasan perumahan.
Tujuan saya share post ni bukan nak ajak kecam cuma nak begi kesedaran. Rasanya masih ramai lagi rakyat Malaysia yang tak faham konsep penggunaan pam selepas meter.
Peruntukan undang-undang dah digazetkan tapi sampai hari ni masih berlaku. Kenapa?
Yes, kurang kesedaran.
Warta Kerajaan Persekutuan, Kaedah-Kaedah Industri Perkhidmatan Air (Retikulasi Air dan Pemasangan Paip) 2014. Divisyen 3 Susun atur pemasangan paip. Penggunaan pam 45. (1)
Adalah menjadi satu kesalahan apbila tuan puan buat pemasangan pam secara terus selepas meter melainkan diletakkan satu tangki simpanan bagi laluan paip terlebih dahulu.
Kalau buat juga kena apa? Denda Max RM10k.
Bila kita pasang juga pam lepas meter, apa yang jadi? Kita menyebabkan berlakunya gangguan tekanan air pada jiran yang lain.
Zalim Pada Jiran
Maksudnya apa?
Maksudnya kita dah berlaku zalim pada jiran-jiran yang lain sebab kita dah ambil hak depa semua.
Kita ni pun yang jadi masalah tekanan air berterusan ni salah satu punca dia dari sini la, ada pengguna yang pentingkan diri pasang pam. Dia guna pam, pam dia dah tarik water pressure kawasan tu, yang mana satu pipeline tu confirm terganggu.
Kemudian kita pula yang pasang pam, uihh bestnyaaa, seronok dan selesa, kita pun rekemen jiran sebelah menyebelah suruh pasang, dia pun kurang kesedaran kemudian pasang.
Akhirnya rumah jiran-jiran yang tidak berkemampuan ni kempunan air la jawabnya. Kalau ada tangki nasib baik la juga, buatnya jiran tu rumah dia takda tangki atau tangki rosak ka? Kan dah zalim tu.
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Ingat jangan pentingkan diri sendiri dan secara tak langsung berlaku zalim pada jiran apabila pasang pam selepas meter.Patuhilah undang-undang sedia ada, elak dikenakan denda dan tindakan.
Ilmu pertahanan diri sangat penting bagi seorang wanita. Terutamanya ketika berhadapan dengan detik cemas untuk keselamatan diri.Pelajarilah apa juga jenis ilmu pertahanan diri yang ada, muay thai, tinju, silat, taekwondo dan sebagainya sebagai ‘bekalan’ dalam diri.
Silap besarlah apabila cubaan seorang perompak untuk menyamun wanita yang juga merupakan seorang peninju antarabangsa, tidak kesampaian.
Ternyata tindakan perompak ini yang cuba menyamun mangsanya mengundang padah apabila dia dibelasah teruk dalam satu kejadian di Jacarepagua, Rio De Janeiro baru-baru ini.
Senjata Pistol Palsu
Suspek lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu menggunakan senjata pistol palsu yang diperbuat kadbod ketika cuba merompak Polyana Viana, 26. Mangsa pada ketika itu sedang menunggu ketibaan pemandu Uber di luar kediaman blok apartmennya ke satu lokasi yang tidak dinyatakan.
Berdasarkan laporan, Polyana Viana, 26, adalah salah seorang peserta wanita Ultimate Fighting Championship (UFC), membelasah suspek hingga berlumuran darah.
Tumbuk, Tendang & Cekik
Suspek dikatakan mengarahkan Viana untuk menyerahkan telefon bimbit, namun rompakan itu gagal selepas mangsa segera menumbuk dan menendang lelaki itu sebelum mencekiknya hingga polis tiba.
Viana meminta bantuan pejalan kaki di situ untuk menghubungi polis selepas menyedari suspek enggan melawan balik.Polis kemudiannya membawa lelaki itu ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan siasatan mendapati, suspek baru sahaja dibebaskan bagi satu kesalahan jenayah lain.
MW: Barulah buku bertemu ruas. Jangan ingat wanita seorang insan yang lemah. Semoga lebih berhati-hati dan lengkapkan diri dengan ilmu pertahanan diri.
Rezeki Allah, Gaduh-Gaduh Termengandung. Shuhada kena kuat berjuang jaga bayi dalam kandungan, Humairah & Umar. Tatkala membaca luahan yang dikongsikan Nurul Shuhada menerusi entri terbaharu dalam Instagram (IG), hati penulis tertanya-tanya bagaimanakah dia mahu berdepan dengan dugaan terbesar dalam hidup.
Sebagai seorang wanita, isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi ini perlu kuat. Apatah lagi kini sedang berdepan dengan kemelut rumahtangga.
Seperti yang diketahui umum, Nurul Shuhada dilaporkan memfailkan perceraian terhadap Hafidz di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Februari lalu, susulan keputusan dan persetujuan kedua-dua keluarga.
Sebelum itu, adik Shuhada yang hanya mahu dikenali sebagai Sofia, memaklumkan Hafidz bercerai talak satu terhadap kakaknya pada 22 Februari lalu menerusi panggilan telefon.
Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2 tahun.
Rezeki Allah, Gaduh-Gaduh Termengandung
Pemilik nama sebenar Nurul Shuhada Mat Shukri mengesahkan dirinya sedang hamil anak ketiga dengan usia kandungan sudah memasuki 10 minggu.
“Saya dapatkan rawatan untuk masalah tekanan dan depresi yang dihadapi sekarang. Saya perlu kuat untuk terus jaga Humairah dan Umar. Sekarang termasuk anak dalam kandungan.
“Halangan terbesar sekarang ialah usia kandungan masih awal. Saya tidak boleh ambil ubat hospital untuk kurangkan tekanan.
“Saya takut ia akan memberi kesan kepada bayi dalam kandungan. Sekarang saya kena kuat berjuang tanpa ubat,” kongsinya.
Dek kerana badannnya terlalu lemah ibu kepada dua cahaya mata itu pengsan di hospital.
“Saya jatuh pengsan di hospital tadi. Doktor minta saya berbuka puasa kerana bimbang membahayakan kandungan. Saya termenung serabut, air mata tak henti mengalir.
“Saya betul-betul takut. Saya tanya pada diri sendiri adakah mampu menghadapi ini. Saya mahu terus kuat untuk anak-anak. Saya mahu melihat anak-anak membesar depan mata,” coretnya lagi.
Ramai Yang Beri Sokongan & Doa Tidak Henti
Shuhada turut bersyukur apabila masih ramai individu yang sentiasa menyokongnya.
“Allah hadirkan orang yang baik-baik. Walaupun tidak kenal, selalu komen bagi sokongan dan kekuatan. Doa yang tak henti-henti.
“Kata-kata sokongan yang banyak bagi sokongan kepada saya. ‘You know who you are’.
“Terima kasih Allah.
“Terima kasih semua. Tak dapat saya balas budi semua selain terus maju ke depan tanpa toleh belakang lagi,” luahnya.
Sebaknya, Farah Fakhira luah rasa rindu. Seperti yang diketahui umum sebelum ini suami kepada Farah Fakhira Allahyarham Zaidul Ariff disahkan meninggal dunia ketika dikejarkan...