Dia panggil tidur sebelah, saya sibukkan diri main telefon.” tak sangka esoknya suami meninggal dan perginya tak kembali lagi.
Allahuakbar beratnya ujian. Suami pergi di saat isterinya merajuk. Di saat isteri masih dambakan sang suami datang memujuk.
Hanya Allah saja yang tahu bagaimana terkilannya perasaan seorang isteri apabila situasi ini berlaku. Ikuti perkongsian Ustaz Firdaus Mokhtar ini dan hadam baik-baik apa yang cuba disampaikan:
Dia Panggil Tidur Sebelah
Esok belum tentu hidup.
“Biasalah isteri kadang-kadang merajuk kan,” kata dia sambil kesat air mata.
Saya yang tadi boleh lagi membentuk senyum dah mula rasa berat bibir. Tak mampu membalas saya cuma mengangguk tanda setuju.
Saya Sibukkan Diri Main Telefon
Dia sambung, “malam tu pula dia panggil saya tidur sebelah dia. Saya yang rasa berat perasaan nak ikut cakap suami. Malah saya buat keras tak nak.
Saya sibukkan diri main telefon dan mesej dengan kakak saya. Bercerita pasal suami saya lah. Tak sangka esoknya dia meninggal.”
Lagi banyak air jernih jatuh daripada mata dia. Disapunya kain tuala kecil ke mata kiri dan kanan. Keringkan air mata yang mengalir tak sudah. Makin disapu, makin banyak yang keluar.
Tak Sangka Esoknya Suami Meninggal
Mungkin terkilan sangat dia tak layan suami betul-betul malam sebelum tu.
“Tak sangka ustaz, saya memang tak sangka suami nak pergi secepat ini,” diulang dekat 3, 4 kali sepanjang kami bersembang hal kematian suami dia.
Puan ini waris kepada arwah klien saya. Klien saya meninggal kemalangan motosikal. Kena langar lari.
Dia tak tahu menahu tentang hibah takaful yang suami dia ada ambil setahun setengah sebelum tu. Banyak benda bersembang sampai akhirnya dia cerita hal tadi.
Ads
Esok Belum Tentu Hidup
Benar kawan-kawan, kita ini selalunya rasa akan hidup lama lagi.
Bermasam muka hari ini dengan pasangan, kita biar berlarutan 2,3 hari. Bahkan ada yang sampai berminggu-minggu tak bercakap. Walhal duduk serumah.
Kadang masing-masing tak nak mengalah. Menunggu-nunggu dipujuk. Kalau suami tak pujuk, isteri terus simpan muncung mulut. Biar panjang berjela.
Suami pun sama, kalau isteri tak pujuk punya lah sibuk main game tak sudah. Konon tak ada apa, tapi dalam hati merayu-rayu.
Bertahan-tahan akhirnya lewat malam tertidur. Esok pagi bangun terkejar-kejar urusan nak pergi kerja pula. Kalau sempat bersalaman lah, kalau tak sempat main lambai-lambai begitu sahaja. Mata tak bertentang langsung.
Takdir Tuhan salah seorang meninggal. Tuhan ambil dahulu. Tak balik dah rumah lepas keluar pergi kerja pagi tadi.
Allahu.
Tinggallah seorang sendirian. Waktu ini apa pun dah tak boleh. Nak patah balik masa jangan harap. Meratiblah perkataan maaf berjuta kali sekali pun, dah tak sampai ke deria pendengaran pasangan kita. Ini yang banyak berlaku.
Berdamailah Sebelum Menyesal
Kawan-kawan yang dikasihi;
Pertahankan ego ini tak akan ke mana. Lebih lagi dalam hidup rumah tangga. Dengan pasangan kita lah lebih lagi untuk kita mudah beralah dan mengalah.
Ads
Sebelum tidur setiap malam, berdamailah. Minta maaf dan memberi maaf. Itu lebih baik buat kita dan pasangan.
Bukan untuk orang lain, untuk jiwa yang kita mengaku separuh hidup kita juga. Sebelum segalanya tinggal kenangan, kalian bina lah kenangan yang indah. Yang menjadi realiti. Bukan cuma dalam mimpi bila kita tinggal sendiri nanti.
Satu hal lagi, mujur arwah kawan saya ini seorang yang sangat berfikir tentang masa depan. RM400,000 dia tinggalkan untuk isteri.
Iya, duit hibah takaful. 2 minggu lepas meninggal terus dapat. Alhamdulillah.
Begitulah.
Firdaus Mokhtar,
Balik daripada perjumpaan tu baru lah saya menangis sakan. Ya Tuhan.
Kalau ada yang nak sediakan hibah juga untuk keluarga, saya boleh bantu sediakan. Mari, saya tunggu.
Mingguan Wanita : Tak salah nak merajuk dengan pasangan, namun berpada-padalah jangan sampai menyesal.
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sememangnya mempunyai pelbagai cabaran. Ternyata bukan sahaja di pihak guru, malahan mak, ayah serta pelajar itu sendiri
Oleh kerana murid terdiri daripada pelbagai latar belakang, jadi guru boleh atau perlu tetapkan kaedar PdPR yang bersesuaian dengan pelajar kerana guru lebih memahami keadaan pelajarnya.
PdPR Tidak Terhad Dalam Talian Sahaja
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) tidak terhad kepada kaedah dalam talian sebaliknya guru boleh menetapkan pelbagai kaedah PdPR luar talian yang bersesuaian dengan murid masing-masing.
Menteri Kanan Pendidikan, Senator Dr Radzi Jidin berkata, seperti yang dijelaskan dalam Manual PdPR Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), antara kaedah luar talian yang digunakan ialah penyerahan modul pembelajaran atau latihan kepada murid.
“Modul diserahkan kepada murid melalui pelbagai pendekatan, ada sekolah yang menggunakan kaedah pandu lalu untuk penyerahan modul malah ramai juga guru yang menghantar sendiri modul ke rumah murid,” kata beliau dalam hantaran di laman Facebook pada Rabu.
Gunakan Kaedah penyerahan Modul
Katanya beliau dimaklumkan bahawa guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pulau Gaya di Kota Kinabalu, Sabah menaiki bot untuk menghantar bahan pembelajaran kepada murid mereka.
“Murid akan melaksanakan PdPR dengan menyiapkan modul yang diberikan dan menghantar semula kepada guru untuk diperiksa, kemudian guru akan menyerahkan modul yang berikutnya.
Murid Pelbagai Latar Belakang
Radzi berkata, KPM memahami bahawa murid di seluruh negara merangkumi pelbagai latar belakang sosioekonomi dan setiap guru turut berdepan situasi dan cabaran yang berbeza.
“Oleh itu, sejak kali pertama PdPR dilaksanakan, KPM sentiasa menekankan bahawa kaedah PdPR yang ingin digunakan mestilah mengambil kira kesesuaian guru dan murid.
“Sama ada secara dalam talian mahu pun di luar talian, kesungguhan guru untuk menyampaikan ilmu kepada anak didik tiada tolok bandingnya… terima kasih, cikgu!” katanya.
Beliau turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ibu bapa atas sokongan yang diberikan kepada guru sepanjang tempoh yang mencabar itu.
Radzi berkata, pandemik Covid-19 yang muncul tanpa diduga telah memberi kesan mendalam kepada sektor pendidikan di seluruh dunia namun walau apa pun cabaran, KPM akan terus berusaha gigih untuk memberikan yang terbaik kepada generasi pewaris negara.
“Kami tidak sempurna tetapi kami cakna dan sentiasa ikhlas berusaha… marilah kita bersatu hati untuk lakukan yang terbaik demi masa depan anak-anak kita… ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni,” katanya. – Bernama
MW: Semoga guru, mak, ayah serta anak-anak dapat berdepan dengan cabaran ini dengan baik. Ternyata bukan sahaja anak-anak berdepan ujian getir ini malahan seluruh dunia berdepan masalah dalam sektor pendidikan.
Kalau dinamakan wanita atau isteri ini pasti suka shopping.Shopping itu umpama terapi bagi wanita. Tetapi mungkin setelah berkahwin, segalanya berbeza. Seorang isteri cuba menahan diri atau mengurangkan sedikit aktiviti shopping semata-mata untuk keluarga dan anak-anak.
Minat mereka masih membeli tetapi utamakan keperluan suami dan anak-anak berbanding dirinya. Hingga satu saat, baju sendiri tak terbeli bila keperluan sendiri diabaikan. Ikuti perkongsian Razzaaq Ajaq ini dan hadam baik-baik.
Berkorban Untuk Anak, Keluarga
Saya kongsikan semula pengorbanan seorang ISTERI dan yang bergelar seorang IBU.
Semasa saya cari baju dalam bakul baru basuh. Ternampak baju ada kilat-kilat ni.
Tiba-tiba hati ni jadi sebak pula tengok baju ni. Baju isteri saya waktu bercinta sebelum kahwin dulu.
Sudah nak masuk 5 tahun kahwin tapi isteri masih lagi simpan dan pakai baju sebelum kahwin dulu.
Sebak pula hati bila tengok isteri sanggup berkorban tak shopping barang dan baju baru.
Bukan saya tak belikan tapi dia lebih utamakan belanja keperluan untuk suami dan anak.
Isteri Mana Tak Suka Shopping, Korbankan Perasaan Untuk Keluarga
Isteri mana yang tak ingin shopping, tak nak pakai kereta mewah, tak bercuti tapi berkorban semata-mata nak beri keselesaan pada anak dan keluarga.
Wahai suami, hargailah isteri anda. Hargai pengorbanan tenaga, keinginan dan masa diorang.
Usaha lah untuk ubah diri jadi lebih baik. Kalau dapat tambah rezeki, reward mereka dengan hadiah dan kasih sayang.
Jangan sibuk cerita tentang tambah cawangan kalau yang ada pun tak hargai.
MW: Wahai suami, hargailah isteri yang banyak berkorban dan utamakan keluarga melebihi dirinya. Jika ada rezeki lebih, rewardlah isteri dengan hadiah yang ikhlas dari hati. Isteri bahagia, anda sekeluarga turut bahagia.
Bila anak susah tidur malam, mulalah mak ayah ‘naik angin’. Maklum saja, esok mesti susah nak bangun pagi sebab mata masih lagi mengantuk.
Bukan setakat anak yang bersekolah susah nak tidur malam, anak-anak yang kecil pun sama, mata masih segar lagi bermain itu ini. Mak pula boleh jadi ‘mata panda’.
Selalunya kalau anak dah bersekolah, mak-mak pasti akan bagi limit masa untuk masuk tidur. Paling lewat sekurangnya kul 9.30 malam atau 10 pagi. Ini supaya bila bangun pagi tak adalah susah sangat.
Tapi kalau dah anak kerap susah tidur malam mak-mak kena buatkan sesuatu supaya tidak terbiasa untuk tidur lambat. Inilah yang dikongsikan oleh Dr Rizal Abu Bakar.
Beliau menyarankan agar mak-mak bawa anak berjalan dengan berkaki ayam di pasir atau tanah pada waktu petang. Sekurangnya ambillah masa selama 30 minit pun dah cukup.
Kalau anak susah tidur malam terutama selepas pukul 10 malam masih berjaga.
Ini petua mudah untuk atasinya.
Cuba ajak anak untuk berkaki ayam dan pijak tanah atau rumput pada waktu petang. Bila kaki atau anggota badan menyentuh tanah atau rumput. Ini dinamakan teknik grounding.
Grounding sekurang kurangnya 30 minit dapat turunkan kortisol iaitu hormon stres. Kalau dapat pijak pasir pantai lagi padu kesan dia.
Bukan ini jer, grounding bantu redakan inflamasi. Cepatkan penyembuhan luka. Elak darah memekat.
Cubalah. Yang dewasa pun boleh try.
Mingguan Wanita : Bukan untuk anak-anak saja berkaki ayam tapi mak-mak boleh cuba sekali. Ada kebaikannya.
1. Boleh Mengawal Insomnia
Sekiranya anda menghadapi masalah tidur pada waktu malam dan kerap kali tidak tidur walaupun hingga jam pagi, anda mungkin mengalami tidur tanpa tidur atau insomnia yang merupakan jenis gangguan tidur. Adalah dipercayai bahawa salah satu manfaat berjalan tanpa alas kaki pada rumput adalah bahawa insomnia anda boleh sembuh.
2. Meningkatkan Kesedaran
Terdapat titik tekanan pada kaki yang dipercayai bersambung dengan saraf mata anda. Berjalan kaki tanpa alas kaki boleh merangsang titik tekanan ini dan membantu meningkatkan penglihatan keseluruhan anda.
3. Sistem saraf boleh diperbaiki
Berjalan kaki tanpa alas kaki di rumah boleh merangsang titik akupunktur tertentu di kaki, dan ini akan pula merangsang saraf dan urat saraf anda, dengan itu meningkatkan sistem saraf anda. Orang-orang kencing manis yang mengalami kesakitan daripada vena varikos boleh melegakannya jika mereka berjalan kaki tanpa alas kaki secara teratur.
4. Meningkatkan Tenaga
Salah satu manfaat berjalan tanpa alas kaki di pasir adalah bahawa ia memberi anda ketahanan dan ini merangsang tekanan pada kaki. Anda mungkin sukar untuk berjalan di atas pasir selama beberapa hari, tetapi apabila kaki anda terbiasa dengannya, anda akan menjadi lebih kuat dalam kaki dan badan. Tahap tenaga akan meningkat dan membuat anda aktif pada siang hari. Anda mendapat faedah yang sama dengan berjalan tanpa alas kaki pada batu kecil atau berkaki ayam di atas batu.
5. Membantu Isu haid dan Hormon
Apabila hormon tidak seimbang, anda akan mengalami masalah fizikal dan mental. Wanita yang mengalami sindrom pramenstruasi sering mengalami perubahan mood, sakit kepala, sakit perut, berat badan, jerawat, sembelit, dan masalah lain. Berjalan kaki bertelanjang kaki di atas tanah boleh membantu meringankan banyak gejala ini.
7. Mengekalkan Tekanan Darah
Tahap tekanan anda secara automatik akan turun apabila anda berjalan tanpa alas kaki kerana saraf di kaki anda dirangsang, melepaskan tekanan. Ini adalah sama seperti apabila anda mendapat urut refleksologi kaki. Oleh kerana tekanan anda turun, tekanan darah juga stabil.
8. Ia Menghilangkan Pikiran dan Meningkatkan Kesan
Jika anda mempunyai banyak perbualan dalaman yang berlaku di kepala anda dan mengalami perubahan mood, berjalan tanpa alas kaki di rumput boleh membantu anda berehat dan memberi tumpuan. Badan anda menyerap elektron negatif melalui bumi yang membantu mewujudkan persekitaran bioelectrical seimbang.
Ibu bapa mentua kepada personaliti media sosial Prince Syed ditahan polis selepas insiden serangan di Klang. Pempengaruh itu tampil menjelaskan isu pembedahan bariatrik isterinya, Fatin Syazwani.