'Selepas tidurkan mereka, saya dan isteri turun untuk membantu pekerja mengemas meja dan kerusi. Tak sangka itulah kali terakhir kami dapat tatap dan tidurkan mereka.'- Bapa.
‘Dengar jeritan panggil abah, tapi tak mampu selamatkan.’ Pilu dua anak terkorban dalam kebakaran menjelangnya syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Pedih hati menerima kehilangan anak dalam kebakaran yang berlaku di depan mata. Allahuakbar beratnya ujian!
Dengar Jeritan Panggil Abah
Abah… abah. Itu jeritan terakhir dapat didengar seorang lelaki dalam insiden kebakaran sebuah rumah kedai yang mengorbankan dua anaknya di Bandar Seri Iskandar di sini pada Khamis.
Kejadian sekitar jam 4.30 pagi itu mengorbankan Muhammad Fahmi Mohd Fazlan Nizam, 6, dan adiknya, Nur Fahmia berusia enam bulan selepas terperangkap dalam sebuah bilik di rumah kedai terbabit.
Ketika kejadian, dua beradik terbabit sedang nyenyak tidur di bilik hadapan tingkat 2 bangunan, sementara ibu bapanya sedang bersahur di tingkat bawah.
Menurut bapa mangsa, Mohd Fazlan Nizam Mohamed Hamidi, 37, sebaik menyedari kebakaran berlaku, dia segera naik ke tingkat atas untuk menyelamatkan dua anaknya itu.
Bagaimanapun katanya, usaha itu gagal kerana keadaan asap terlalu tebal memenuhi ruang bangunan itu.
“Waktu saya naik tangga, saya dengar jeritan anak sulung saya memanggil abah abah beberapa kali. Saya menyahut dengan harapan dia dapat bertahan sementara saya cuba membawa mereka
keluar.
“Tetapi tak lama jeritan itu hilang, saya cuba masuk, tetapi tak berdaya kerana sesak nafas, tiga kali saya usaha, namun tidak juga berjaya.
Ads
“Beberapa orang juga cuba membantu memanjat papan tanda dan memecahkan cermin hadapan kedai dengan harapan dapat masuk ke bilik, namun tetap juga gagal.
“Menyebabkan kami pasrah dan hanya mampu menunggu bantuan daripada pihak bomba,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Changkat Melintang, Parit, Perak.
Dia yang mengusahakan restoran masakan tomyam bersama isteri, Mimi Doleng, 28, di tingkat bawah rumah kedai itu telah mendiami bilik berkenaan sejak hampir setahun lalu.
Dua lagi bilik di tingkat sama dijadikan penempatan lima pekerjanya.
“Mereka berdua baru sahaja masuk tidur selepas penat bermain di kawasan kedai ini. Selepas tidurkan mereka, saya dan isteri turun untuk membantu pekerja mengemas meja dan kerusi.
“Tak sangka itulah kali terakhir kami dapat tatap dan tidurkan mereka,” katanya pilu.
Tambah Mohd Fazlan Nizam, beberapa hari sebelum kejadian, anak sulungnya yang mesra dipanggil ‘Abe’ merengek mengatakan mahu balik, tetapi tidak menyatakan mahu balik ke mana.
“Selepas kejadian ini, barulah saya dapat tahu, erti balik itu mahu balik ke mana. Walaupun sedih kehilangan kedua-dua anak sekali gus, tetapi kami reda dan menerima ujian yang diberikan tuhan,” katanya yang turut memaklumkan persiapan baju raya dua beradik itu telah pun siap.
Jenazah dua beradik berkenaan akan dikebumikan dalam satu liang lahad di tanah perkuburan Jalan Kampung Bali, Tronoh pada hari ini.
Kali Terakhir Berjumpa
Manakala jelas datuk mangsa, Mohamed Hamidi Mohd Alias, 60, kali terakhir dapat bertemu dengan dua cucunya itu pada 1 Ramadan lepas.
Ads
Dia yang baru pulang mengerjakan ibadah umrah sempat membelikan sepasang jubah dan abaya serta perhiasan gelang untuk dua cucunya itu untuk dipakai pada hari raya pertama.
“Bila ditunjukkan jubah, cucu lelaki saya tu suka sangat dan tak sabar nak pakai, sebab ini kali pertama dia beraya dengan jubah,” katanya.
Dalam kejadian itu, dua beradik berkenaan berjaya dikeluarkan anggota bomba dan pemeriksaan mendapati tiada sebarang kesan kebakaran nyata pada tubuh badan.
Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan ketika dibawa ke Hospital Changkat Melintang bagi tujuan pemeriksaan lanjut.
Mingguan Wanita : Pemergian anak yang masih kecil tentu saja meninggalkan kesan yang mendalam kepada kedua ibu bapanya. Semoga mak ayah ini terus kuat berdepan dengan ujian berat ini.
Sayunya hati melihat keadaan anak kecil ini yang bernama Syifa. Ketika kita bergembira meraikan kedatangan Syawal ada keluarga sedang diuji dengan hebat.
Ini yang dikongsikan oleh selebriti, Nur Heliza Helmi dalam instagram miliknya. Beliau memaklumkan betapa sayu hatinya melihat keadaan adik syifa.
“Menurut bapa Syifa, apa yang sangat diperlukan oleh anaknya itu adalah kepakaran dari pihak doktor untuk merawat anaknya Syifa.”
“Dan beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang sudi membantu.”
Doakan Ada Keajaiban Untuk Syifa
Sungguh ini ujian yang sangat hebat. Rayu Heliza marilah sama-sama mendoakan untuk kesembuhan Syifa. Agar dapat sembuh seperti sediakala.
“Manalah tahu ada keajaiban dan ada doktor pakar boleh merawat Syifa dengan asbab dan izin Allah. Amin..”
MW : Semoga ada doktor pakar yang sudi merawat adik Syifa ini. Amin..
Kredit : Nur Heliza Helmi
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pemilik nama sebenar Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 28 atau lebih dikenali dengan nama pentas Aprena Manrose memaklumkan dirinya sah positif Covid-19.
Aprena mengesahkan hal tersebut selepas mendapat keputusan ujian calitannya baru-baru ini. Perkongsin tersebut ditulis menerusi entri di akaun Instagramnya.
Aprena Manrose Positif Covid-19, “Saya Sejenis Penakut”
“Salam semua, ramai yang nak tahu keputusan saya buat swab test haritu. So here it is, saya memang sejenis ‘penakut’ tapi lagi takut bila tahu result saya positive. Saya pun tak tahu macam mana boleh kena tapi kronologi nya saya akan cerita di ig story.
“Setelah beberapa hari tak sedap badan, saya tahu emma ada buat swab test dkt rmh then i terus minta contact. thank you @emma_maembongofficial and @kumpulan_megaklinik_zahran for your good service.
“The next day saya terus buat swab test dirumah saya dan agak terkejut bila tahu diri ni positive. Tapi setelah mendengar nasihat Dr & kak long dari @kumpulan_megaklinik_zahran, saya rasa nak share cerita ni pada u all.
Kepada Yang Senasib, Pesakit Covid Bukan Penjenayah
“To all of u yang senasib dengan saya, stay calm and always be positive. As we know kes semakin meningkat, posibility utk kita dijangkiti sangat tinggi. Kepada rakyat malaysia tolonglah jadi seorang manusia yang bertanggungjawab follow sop yang ditetapkan.
“Pesakit covid bukan penjenayah, kalau korang rasa ada symptoms tampil kan diri buat saringan atau berkurung dirumah selama 10 hari. Jika tidak, mungkin korang boleh spread kan lagi virus tu. we can fight this together! insyaAllah. Thank you to all my close friends and family yang sentiasa mendoakan. Love you all. #kitajagakita #staysafe #Allahjagakita,” luah Aprena.
Guru ini, Ahmad Taqiyuddin berkongsi pandangan. Tentang pandangan segelintir orang yang menyindir elaun guru yang mengajar di pedalaman. Katanya, guru yang mengajar di pedalaman elaunnya tinggi. Alangkah beruntungnya.
Hakikatnya, inilah yang sebenarnya dialami oleh guru-guru yang mengajar di kawasan jauh dari kemudahan serba canggih seperti di bandar-bandar besar. Hadamkan.
Duduk Di Pedalaman, Elaun Banyak
Ada orang cakap, dok pedalaman elaun kan banyak. Guna la elaun pedalaman yang dapat tu. Haisy, tak kan orang nak cerita satu-satu kot.
Elaun tu, cukup la untuk belanja dari pedalaman keluar ke pekan dan beli barang-barang. Ada sesetengah tempat kena sewa kenderaan 4WD kos dalam 2k sehala untuk keluar. Boleh naik 4 orang. Bermakna tambang sehala seorang RM500 atau RM1k keluar masuk.
Barang-barang pula bukan harga murah macam kita kat bandar ni. Ada Tesco, Giant, 99 Speedmart, kedai Aceh dan banyak pilihan kedai murah lain lagi.
Mereka di pedalaman, tidak ada pilihan ni semua tuan-tuan. Kedai mereka nak beli barang tu mahal, beli ja la. Belum upah angkat apa semua lagi. Kalau sanggup angkat sendiri, angkat la. Mereka ni sekali beli bukan sikit-sikit yang boleh ambil kunci motor pergi cari barang mana yang tak cukup. Ada yang stok seminggu, ada yang stok sebulan. Simpan dalam peti ais. Elektrik pula pakai generator. Kalau kena minyak generator habis, ada risiko kerosakan tuan-tuan. Jawab dia buang ja la stok-stok tu.
Sebab Kita Tak Pernah Rasa Apa Mereka Rasa..
Kita akan rasa elaun tu banyak bila kita tidak pernah rasa apa yang mereka rasa. Saya tak la posting pedalaman, tapi saya biasa ke pedalaman. Saya pernah rasa elaun pedalaman tu banyak. Bila rasa sendiri perjalanannya, tinggal sekejap di sana, saya rasa baik kita yang tak ada elaun di luar ni lagi la berbanding kehidupan mereka. Hidup yang terputus hubungan dengan yang tersayang, ancaman keselamatan, lebih-lebih lagi kalau perempuan.
*Masa pindah hujung tahun lepas, kami jual tong gas yang isinya hampir penuh dengan harga RM150.
Orang yang beli tu cakap, “Murahnya!”. Bayangkan harga biasa kalau kami tolak RM150 pun orang berebut sebab murah.
Keterangan Gambar
1. Saya bawa sekumpulan kawan berprogram di pedalaman.
2. Saya pergi jalan-jalan masa cuti pendek, terserempak dengan jejaka Hulu Terengganu bersama rombongan. Rombongan mereka adalah rombongan perkahwinan. Hulu Terengganu. Hulu Sarawak = Ngam. Dapat juga pengalaman menyertai majlis perkahwinan di pedalaman.
Gambar kereta rosak tu dalam perjalanan balik. Masa tu saya masuk dengan seorang kawan. Jalan-jalan cuti pendek juga. Nasib baik tak terlepas express balik ke pekan Kapit. Ada lagi satu 4WD belakang, tumpang mereka, bersesak hampir 20 orang di belakang bersama anak-anak sekolah yang sekolah menengah di Kapit serta orang kampung. Pengalaman berharga.
MW : Dimaklumkan Cikgu Ahmad Taqiyuddin sebelum ini pernah mengajar di Kapit, Sarawak. Kini, mengajar di Kajang.
*Artikel ini disunting dan diterbitkan dengan keizinan penulis, Ahmad Taqiyuddin
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ibu kepada mangsa tragedi pembunuhan pelajar Bandar Utama mendedahkan anaknya ditikam lebih 200 kali. Beliau menafikan dakwaan palsu dan menyeru agar kejadian tragis ini tidak berulang di sekolah lain.