Demi kebahagian dalam rumahtangga, rasa cinta dan kasih pada suami isteri memang sanggup lakukan apa sahaja.Bukan hanya sanggup berkongsi kasih malah Sarifah Salmah Tuan Embong yang menyatukan suami, Saiful Abdul Satar, 34, dengan madunya, Nur Elyana Aleeya Mysara Shah Rizan.
Kisah pasangan itu mendapat perhatian warganet selepas Nur Elyana, 18, berkongsi video dan gambar perkahwinannya di TikTok baru-baru ini.Menerusi video itu, kelihatan Nur Elyana dan Sarifah, 26, duduk berdua di pelamin dengan memakai persalinan pengantin sedondon berwarna hijau.
Minta Suami Kahwin
Berkongsi kisah, Sarifah yang menetap di Kampung Bahagia, Mersing, Johor mengakui dia yang meminta suaminya berkahwin dengan Nur Elyana.Katanya, semua itu dilakukan demi kebahagiaan suaminya yang inginkan lagi zuriat namun sukar ditunaikan kerana dia berisiko tinggi untuk hamil selepas mengalami keguguran anak kedua pada 2019.
“Yaa (nama gelaran Nur Elyana) bukan lagi asing bagi saya dan suami kerana dia adalah pengasuh anak (Amir Malik Saiful, 7) dan tinggal bersama kami sejak empat tahun lalu.
“Malah, hubungan kami tidak seperti majikan dan pekerja kerana saya sudah menganggapnya seperti adik sendiri.
“Anak saya juga rapat dengannya jadi sebab itu saya tidak kisah terima Yaa sebagai madu, bukan wanita lain kerana sudah kenal lama dengannya,” katanya.
Ads
Sarifah Salmah Tuan Embong (kiri) bersama dengan madunya, Nur Elyana Aleeya Mysara dalam persalinan pengantin sedondon berwarna hijau.
Suami Mahu Tambah Zuriat
Menurutnya, suaminya terkejut selepas dia menyuarakan hasrat berkenaan. Bagaimanapun, Sarifah berkata, keputusan itu yang terbaik buat mereka kerana dia tahu suaminya sudah lama menyimpan keinginan untuk menambah zuriat.
“Saya sudah berbincang dengan keluarga sebelum membuat keputusan itu dan mereka terima selepas saya jelaskan alasannya.
“Malah, saya sendiri yang pergi merisik Yaa di rumah keluarganya dekat Felda Kerteh, Paka Terengganu pada 1 Januari lalu dan mendapat restu kedua ibu bapanya.
“Jujurnya, saya gembira melihat mereka disatukan kerana selama ini Yaa yang menemani saya dan anak ketika suami tidak pulang disebabkan ada kerja di luar kawasan, jadi saya percaya dia wanita yang baik dan mampu menggalas tugas sebagai isteri walaupun masih muda,” katanya.
Ads
Jodoh Isteri Kedua
Sementara itu, Nur Elyana berkata, dia tidak sangka hubungan dengan Saiful yang dianggap majikan dan abang berakhir sebagai suami isteri pada 18 Mac lalu selepas dinikahkan di Pejabat Kadi Daerah Mersing, Johor.
“Terkejut juga ketika Kak Sa (nama gelaran Safirah) suarakan hasratnya untuk melihat saya berkahwin dengan suaminya.
“Namun, saya bincang dengan keluarga terlebih dulu dan Alhamdulillah, mereka restui perkahwinan itu.
“Ini yang dinamakan jodoh dan sebagai isteri kedua, saya sedia beralah dengan Kak Sa dan tiada masalah sesuaikan diri kerana sudah lama tinggal bersamanya.
Ads
“Malah, saya yang ajak Kak Sa pakai baju pengantin warna sedondon kerana mahu meraikan hari bahagia dengannya,” katanya.
Arni Nazira Luah Syukur, Anak Tamat Pengajian Cemerlang Raih ‘Anugerah Akademik’. Tiada yang lebih membahagiakan bagi mak ayah apabila anak-anak berjaya menamatkan pelajaran dengan cemerlang.
Penyanyi dan pelakon era 90-an, Arni Nazira Anuar,44 ada memuat naik hantaran di media sosial meluahkan rasa syukur apabila anak sulungnya Putri Aleeya Antasha, 22 telah selamat menamatkan pengajian baru-baru ini.
Berjaya Raih ‘Anugerah Akademik’
Mewarisi kecantikan Arni yang sememangnya terkenal dengan kecantikan asli serta raut wajah lembut, pelakon filem Bara dan Nafas Cinta itu memuat naik gambar konvokesyen anak sulungnya yang digelar sebagai Kakak sekaligus meraikan kejayaan anak tersayang.
Lebih istimewa, ia disusuli dengan kejayaan cemerlang apabila anaknya turut berjaya meraih ‘Anugerah Akademik’ bagi Diploma Pengurusan Acara.
“Alhamdulillah & tahniah Kakak Putri atas Konvokesyen tempohari.”
“Syukur pada Yang Esa berkat usaha & ketekunan, Kakak berjaya beroleh ‘Anugerah Akademik’ bagi Diploma in Event Management,” ujarnya.
Doa Kejayaan Anak Berterusan
Disamping itu, penyanyi lagu Cinta Antara Benua ini juga turut menitipkan doa agar anak-anaknya terus berjaya dalam pelajaran dan bidang yang diceburi di dunia dan akhirat.
“Mummy & daddy doakan moga Kakak & semua adik-adik terus berjaya dalam semua bidang yang diceburi.Mudah-mudahan Kakak & semua adik-adik terus cemerlang di dunia & akhirat.”
“Insya Allah, Allah sentiasa pelihara & limpahi rahmatNYA buat Kakak & semua anak-anak mummy.Syukur Ya-Allah di atas segala kurnia,” ujar Arni.
Ramai yang turut mengucapkan tahniah atas kejayaan yang dicapai Putri Aleeya Antasha. Tidak kurang juga memuji keayuan dan kelembutan wajah seiras dua beranak ini.
Terdahulu, Arni mendirikan rumahtangga dengan penyanyi rock dan pelakon terkenal, Datuk Awie pada 10 Disember 1998 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Putri Aleeya Antasha dan Putri Aleefa Antasha, 20. Bagaimanapun jodoh tidak berkekalan dan mereka berpisah pada tahun 2006.
Bertemu jodoh kali kedua pada tahun 2009, Arni kini bahagia bersama suami tercinta, Wan Mohd Hadzrie Wan Mokhtar. Rumah tangganya kini diserikan tiga orang permata hati, Wan Muhammad Muadz, 12, Wan Ayesha Maserra,10, dan Wan Muhammad Mushrief, 6.
Kemelut rumah tangga yang melanda pelakon dan penyanyi Lufya Omar, 34 dengan suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz sampai ke jalan perpisahan. Dr Che Muhammad Baharum membuat pengumuman menceraikan isterinya, atau nama sebenarnya, Lutfyah Sheikh Omar menerusi aplikasi WhatsApp sejak minggu lalu.
Berita pilu ini disampaikan ketika beliau dalam sesi temubual di portal MHETV. Apabila kedua-dua pihak tidak menemui jalan penyelesaian untuk memulihkan kembali hubungan mereka.
Dakwa Dr Che Muhammad, dia bersetuju menunaikan permintaan Lufya untuk bercerai yang mana ianya diminta isterinya itu dalam WhatsApp ketika mereka sedang membincangkan isu rumah tangga.
Jelas Dr Che Muhammad dalam temubual itu, “Cukuplah ini sahaja penjelasan daripada saya dan terlalu peribadi untuk saya kongsikan tentang hal lain. Banyak hati yang perlu dijaga dan diharapkan tidak timbul sebarang spekulasi lain.”
Lufya Bingung, Tak Terima Lafaz Cerai Seperti Didakwa
Bagaimana pun dalam temubual bersama Berita Harian Online, Lufya mendakwa yang dia dalam keadaan bingung dengan tindakan suaminya. Kerana sama sekali dia tidak tahu menahu mengenainya.
Dakwan Lufya, “Saya langsung tak terima lafaz cerai seperti didakwanya dilakukan terhadap saya menerusi WhatsApp.”
Malah dakwanya lagi, dia juga tak menerima sebarang dokumen berkaitan penceraian yang dimaksudkan oleh suami. Bagaimanapun, jika perpisahan menjadi titik akhir kemelut rumah tangga mereka.
Lufya akur mengenainya.
“Saya terima ketentuan-Nya jika suami mahu menceraikan saya, tetapi biarlah menerusi saluran betul dan melakukannya sebagai lelaki budiman.”
“Jika dia mengambil saya dengan cara baik, maka pulangkan dengan cara yang sama. Jangan cakap dia sudah melafazkan cerai menerusi WhatsApp.”
Jadilah Lelaku Yang Bertanggungjawab
Bagaimana pun, kata Lufya untuk suaminya agar jadilah lelaki yang bertanggungjawab.
“Dia kena fikir, dirinya mempunyai anak. Semua ini adalah untuk kebaikan dan hormatilah cara sepatutnya bagi melepaskan wanita yang kamu kahwini.”
Hasil perkahwinan antara kedua pada 26 November 2016, mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Laana Haura yang sudah pun berusia dua tahun.
Rumah tangga pasangan ini dikatakan berdepan dengan masalah pada Oktober lalu malah dikatakan mahu mengakhirinya dengan jalan perpisahan. Lufya menafikan khabar angin itu.
Caruman simpanan di SSPN, pembayar cukai tidak lagi layak tuntut RM8000 bagi pelepasan cukai individu mulai 2023. Setiap tahun, bagi individu yang layak membayar cukai menjadi satu tanggungjawab membayar cukai pendapatan.
Namun bermula tahun ini, pihak kerajaan telah memansuhkan tuntutan pelepasan individu yang membuat caruman di dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).
Caruman di SSPN
Memetik laporan Astro Awani, bermula tahun ini, pembayar cukai yang mencarum dalam SSPN tidak lagi layak menuntut pelepasan cukai individu sehingga RM8,000, ujar Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim.
Memetik laporan Nanyang Siang Pau, Sim mengesahkan, kerajaan memutuskan untuk tidak lagi melanjutkan insentif pelepasan cukai ke atas simpanan SSPN atas pelbagai sebab.
Pembayar Cukai Tidak Lagi Layak Tuntut RM8000 Bagi Pelepasan Cukai Individu Mulai 2023
“Ini adalah disebabkan tambahan senarai pelepasan cukai dan potongan cukai individu termasuk pengurangan sebanyak dua peratus ke atas cukai pendapatan individu, pelepasan cukai perbelanjaan perubatan yang ditingkatkan dari RM8,000 ke RM10,000 dan pelepasan yang lain.
“Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) juga menyediakan kemudahan penangguhan bayaran balik untuk peminjam yang berpendapatan bulanan kurang daripada RM1,800,” jelas Sim.
Berdasarkan portal rasmi SSPN, insentif pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas Simpanan SSPN bagi tahun 2023 tidak diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2023, 24 Februari lalu.
Daphe Iking rancang semuanya terlebih dahulu supaya senang untuk jaga rambut! Betul juga ya, mak-mak yang sering masak tu mesti hilang selera untuk makan kan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Apabila aku dengar DPP bagitahu terdapat kesan air mani di dalam dubur anak aku .YA ALLAH gelapnya dunia .Tergamak kau buat anak aku yang baru 9 bulan. Kau tak layak dipanggil manusia!!! Kau memang binatang!!!