Walaupun telah berpisah namun mungkin rasa sayang pada bekas suami masih ada. Sikap cemburu buta, amarah dan dendam pada bekas suami yang mempunyai kekasih baru, menyebabkan seorang wanita tergamak hingga sanggup membunuh anak-anak sendiri.
Seorang wanita di Jerman dipenjara seumur hidup selepas didapati bersalah membunuh lima anak kandungnya, tahun lalu. Difahamkan, wanita itu tergamak melakukan jenayah tersebut selepas melihat gambar bekas suaminya dengan wanita lain, lapor Daily Mail.
Lemaskan 5 Daripada 6 Anak
Christiane K, 28, didakwa membunuh anak perempuannya, Melina, Leonie dan Sophie masing-masing berusia satu, dua dan tiga tahun, manakala, anak lelakinya Timo dan Luca berusia enam dan lapan tahun.
Lokasi lima mayat kanak-kanak ditemukan maut di pangsapuri di bandar Solingen, barat Jerman, 3 September 2020.
Kejadian berlaku September tahun lalu apabila wanita itu melemaskan lima daripada enam anaknya dalam bilik air dan kemudian meletakkan badan mangsa di atas katil.
Anak sulungnya, Marcel, 11, bagaimanapun terselamat kerana semasa kejadian dia berada di sekolah.
Lompat Landasan Kereta Api
Marcel memberitahu mahkamah, ibunya mengajak dia melompat di landasan kereta api bersama-sama selepas pulang ke rumah.Kanak-kanak itu menolak melakukan perkara tersebut dan menaiki kereta api ke rumah neneknya.
Christiane K,28 dijatuhkan hukuman penjara minimum 15 tahun kerana melemaskan 5 orang anaknya.
Tertuduh akhirnya cuba membunuh dirinya dengan melompat ke laluan kereta api di Dusseldorf, namun terselamat dan ditangkap oleh pihak polis.
Mahkamah di bandar Solingen menjatuhkan hukuman penjara minimum 15 tahun kepada wanita itu.
Mingguan Wanita: Gara-gara cemburu, sanggup buat apa sahaja hingga tergamak bunuh anak-anak sendiri. Mungkin wanita ini masih ada perasaan sayang pada bekas suami dan masih boleh ‘move on’ dengan kehidupan sendiri.
Betapa ceteknya pemikiran mak ayah apabila sanggup menjual anak sendiri yang masih kecil, demi mendapatkan kehendak diri.
Sepasang suami isteri di Bengal Barat, India ditahan kerana menjual bayi lelaki mereka berusia lapan bulan demi membeli telefon pintar iPhone 14 untuk merakam video ketika melancong.
Sanggup Jual Anak Sendiri
Media tempatan melaporkan, pasangan itu terlalu taksub dengan model terbaharu Apple sehingga sanggup menjual anak kecil mereka untuk mendapatkan peranti itu.
Tingkah laku Jaydev dan Sathi Ghosh menarik perhatian jiran mereka yang menetap di North 24 Parganas apabila pasangan itu membeli iPhone 14 dan pergi melancong untuk merakam video. Mereka tahu kedua-duanya tidak mampu untuk membeli telefon pintar yang begitu mahal, yang berharga sekurang-kurangnya 100,000 rupee (RM5,515).
Jiran Curiga Kehilangan Bayi
Sebelum ini, pasangan itu dikatakan mengalami masalah kewangan untuk menjalani kehidupan.
“Jadi, perubahan drastik itu menyebabkan jiran pasangan itu mengesyaki sesuatu yang tidak kena.
“Malah, mereka mula curiga selepas menyedari kehilangan bayi pasangan itu secara misteri namun Jaydev dan Sathi tidak menunjukkan rasa bimbang,” jelas laporan itu.
Newborn baby’s small feet
Rakam Video Ketika Melancong
Jiran pasangan itu melaporkan kepada pihak berkuasa mengenai kehilangan anak kecil tersebut selepas gagal mendapat penjelasan sebenar daripada Jaydev dan Sathi.
Ketika siasatan polis, Sathi mengaku menjual bayinya kepada seorang wanita agar dia dan suaminya boleh membeli iPhone 14 dan merakam video melancong sekitar Bengal untuk dimuat naik dalam laman Instagram.
Polis berjaya menyelamatkan bayi itu daripada seorang wanita dikenali sebagai Priyanka Ghosh yang tinggal di kawasan Khardah.
Pasangan itu mempunyai seorang lagi anak perempuan berusia tujuh tahun dan didakwa cuba menjual kanak-kanak itu, namun tidak berjaya.
Selain didakwa atas kesalahan pemerdagangan manusia, Sathi dan Jaydev juga menghadapi tuduhan penyalahgunaan dadah.
Mingguan Wanita: Macam-macam hal. Demi nak rakam video cantik ketika melancong, sanggup jual anak sendiri. Apa nak jadi mak ayah begini. Tak fikir panjang untuk masa depan anak.
Setelah lebih lapan tahun kejayaan, Buttonscarves baru-baru ini mengumumkan empat ikon fesyen dan filem iaitu Laura Basuki, Putri Marino, Alyssa Daguise, dan Halima Aden
sebagai wajah baharu Buttonscarves
Pemilihan empat duta ini bukanlah tanpa sebab. Setiap daripada mereka mencerminkan
nilai-nilai yang dijunjung oleh Buttonscarves, daripada keanggunan hingga pemberdayaan
wanita, melalui latar belakang, gaya, dan pencapaian mereka.
Buttonscarves telah membina reputasi yang kukuh dengan pelbagai pencapaian mengagumkan di peringkat nasional dan antarabangsa.
Dengan visi #ButtonscarvesGoesGlobal, jenama ini telah mempamerkan kehebatannya di acara fesyen antarabangsa seperti New York Fashion Week, London Fashion Week, dan Dubai Fashion Week. Pelantikan empat duta baharu ini menandakan satu peristiwa penting dalam sejarah Buttonscarves, mengukuhkan lagi kedudukannya dalam dunia fesyen.
Kenali 4 duta jenama Buttonscarves ini yang mempunyai kisah kejayaan tersendiri di dalam karier masing-masing.
Putri Marino: Seorang pelakon pemenang Anugerah Citra, Putri terkenal
dengan kemampuannya untuk melakonkan emosi mendalam dalam setiap peranan.
Gayanya yang sederhana namun elegan selaras dengan nilai-nilai Buttonscarves,
menekankan keanggunan semula jadi yang tidak berlebihan.
Laura Basuki :menampilkan figura yang tenang dan anggun dengan keyakinan yang kuat. Dia bukan sahaja dikenali kerana bakat lakonannya, tetapi juga sebagai lambang wanita moden dengan kecantikan klasik yang kekal. Laura Basuki juga telah dilantik sebagai Duta Jenama untuk Buttonscarves Beauty.
Alyssa Daguise: Dengan gaya moden dan trendy, mewakili wanita muda yang dinamik dan penuh keyakinan. Gayanya yang bergaya dan mudah menawan selaras dengan komitmen Buttonscarves untuk memperkasakan wanita agar berasa yakin dalam apa jua situasi. Dengan pengaruh yang signifikan di media sosial, terutamanya dalam kalangan generasi muda, Alyssa mampu mencapai khalayak yang lebih luas.
Halima Aden: Beliau mewakili semangat dan keyakinan wanita berhijab. Sebagai supermodel hijabi pertama di dunia, Halima Aden telah memecahkan banyak stereotaip dan menjadi simbol inspirasi global. Ini mencerminkan komitmen Buttonscarves untuk menyokong wanita dalam mengekspresikan diri mereka melalui fesyen tanpa batasan.
Halima, yang menjadi separuh akhir di Miss Minnesota USA pada tahun 2016, merupakan model hijabi pertama yang muncul di muka depan majalah Vogue. Beliau bukan sahaja mewakili wanita berhijab, tetapi juga berkhidmat sebagai simbol inspirasi global untuk golongan muda di seluruh dunia.
Menurut Linda Anggrea, CEO Buttonscarves, Linda Anggrea, Buttonscarves amat berbangga memperkenalkan Putri Marino, Laura Basuki, Alyssa Daguise, dan Halima Aden sebagai Duta Jenama Buttonscarves.
“Mereka bukan sahaja mewakili nilai-nilai Buttonscarves tetapi juga mempunyai pengaruh yang besar dalam industri fesyen. Kami berharap kehadiran mereka akan meningkatkan lagi Buttonscarves dan mencapai khalayak yang lebih luas.”
Linda menambah, “Kami berhasrat untuk terus bergerak maju dan meneruskan visi
#ButtonscarvesGoesGlobal. Dengan kehadiran duta-duta baharu ini, kami lebih optimistik
bahawa Buttonscarves akan mencapai pencapaian yang lebih besar di peringkat
antarabangsa.
Buttonscarves turut menjadi salah sebuah jenama yang menaja hadiah untuk para pengunjung sempena Karnival Usahawan Wanita Malaysia 2024 anjuran Mingguan Wanita, Majalah NONA dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) yang telah berlangsung dengan jayanya pada 8 hingga 10 November 2024 di IOI Grand Exhibition & Convention Centre, Putrajaya.
Seperti yang dimaklumkan, Neelofa bersama suami serta 20 ahli keluarga lain hari ini dikenakan kompaun sebanyak RM60,000 kerana melangggar prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di majlis perkahwinan serta merentas negeri.
Kompaun berkenaan dikenakan ke atas keluarga Neelofa di bawah Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.
Neelofa Jadikan Sebagai Pengajaran
Berhubung dengan hal tersebut Neelofa menerusi perkongsian di Twitter akui dirinya dan suami menerima dengan hati terbuka dan menjadikan ia sebagai pengajaran.
“Seperti yang telah diberitakan, ya, saya sudah dimaklumkan tentang kompaun yang dikenakan terhadap saya dan Haris.
“Saya menerima dengan hati yang terbuka dan menjadikan kompaun ini sebagai satu pengajaran untuk menggunakan kebenaran merentas negeri atas tujuan yang telah dipersetujui oleh pihak berkuasa dan juga peringatan buat saya dan semua yang terlibat pada majlis kahwin saya untuk sentiasa menitikberatkan soal kepentingan SOP.
Terima Kasih Kepada Semua Pihak
“Terima kasih kepada semua pihak yang memberi kerjasama yang baik dalam menguruskan kes saya.
“Saya ingin meminta maaf sekali lagi jika kes ini memberi sedikit masalah kepada kelancaran kerja-kerja harian kalian,” luahnya.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 10 Julai dan 24 Julai 2021.
Ibu Aizzat tak mampu lupakan tragedi anak mati dibuli, "bibirnya lebam. Bibir itulah juga saya pernah susu dan suapkan nasi.Tanyalah pada mana-mana ibu, jika...