
Bila masak dengan kaedah membakar tak kiralah ikan, ayam, sotong, udang dan sebagainya, memang sedap jika menggunakan bara arang. Aroma dan rasanya jadi lebih umpph!. Namun, perkara yang sering menjadi kekangan buat mak-mak ialah ruang membakar yang terhad, kena bakar luar rumah serta agak leceh untuk menghidupkan bara arang.
Sebenarnya ada cara mudah mak-mak boleh membakar menggunakan arang dalam rumah. Hanya perlu letak dalam periuk dan masak atas api dapur gas.
Boleh rujuk perkongsian oleh Puan Nurhayati Zai ini sebagai panduan;
“Menu arini ikan bakar. Ini cara saya bakar atas dapur.Bakar arang atas api dapur, letak didalam periuk yang tidak digunakan. Hidupkan api kecil dan bakar ikan”.

Bahan Diperlukan:
Arang secukupnya
Periuk lama (tidak digunakan)
Dapur Gas
Jaring
Cara Membuat:
1.Bakar arang atas dapur gas.Kalau arang besar pecahkan kecil sikit biar senang menyala.

2.Letak arang tersebut dalam periuk.Seeloknya periuk yang dah tak digunakan lagi.

3.Hidupkan api, biarkan panas sekejap dan arang lebih menyala sikit.Letak lah ikan atas jaring dan bakarlah seperti biasa.

4.Pastikan api kecil semasa membakar.

Siap.Selamat mencuba, semoga bermanfaat!
MW: Mudah je rupanya mak-mak boleh bakar ikan dengan arang di rumah, guna dapur gas je. Tak perlu risau tak de laman atau ruang nak membakar. Caranya senang, rasanya pun pasti lebih sedap bila bakar dengan arang.
Kredit: Nurhayati Zai
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Daripada Terbuang, Buat ‘Pasu Hiasan’ Upih Pinang Terus Nampak Cantik, Klasik!

Pelepah pinang atau upih pinang yang gugur seringkali dibuang begitu sahaja. Namun siapa sangka sebenarnya, daripada terbuang ia boleh dijadikan ‘pasu hiasan’ yang cantik, semulajadi dan nampak sungguh klasik serta eksklusif. Sangat sesuai untuk rumah dekorasi ‘Farmhouse Style’. Namun paling penting kena rajin dan kreatif dalam mengolah bahan-bahan terbuang ini.
Boleh tengok idea yang dikongsikan oleh Puan Norpadilah Afandi ini;
Saya suka melazimi untuk buat sesuatu benda atau perkara baru setiap hari bagi menyantuni diri sendiri, juga sebagai satu terapi. Pagi tadi usai menghantar anak ke sekolah, jumpa pelepah pinang yang baru gugur dari pokok. Rezeki datang dalam bermacam cara, syukur apa adanya.
Diy cari bahagia.
Bahan-Bahan Diperlukan
Upih Pinang (Pelepah Pinang)
Gunting
Stapler
Bunga Hiasan
Pensil
Tali Jute
Cara Membuat:
1.Upih pinang ni baru gugur, cantik dan liat. Sesuai untuk buat kraft.

2.Potong pelepahnya. Saya guna upih yang besar je. Yang kecik tu simpan untuk next DIY.

3.Potong ikut saiz lebar dan tinggi yang sesuai dengan saiz upih.

4.Guna staple untuk hold sementara nak ikat guna tali jute.

5.Ikat tali jute. Tebuk lubang tu saya guna pensel je.

6. Kemudian Spray clear untuk bagi kilat dan naik warna asli.

Siap!

Pemandangan sebelah kanan.

Pemandangan sebelah kiri.

Info Ekstra!
- Tali Jute saya beli di kedai alat perkakas rumah je. Dekat kedai Ecoshop, Shopee dan mr. Diy pun ada.
- Spray clear ni sama macam cat shellac clear, cuma dalam bentuk spray. Lebih cepat dan mudah kering. Biasanya kalau guna untuk kraft ni selain bagi kilat dan naik warna asli dia juga kiranya sebagai perlindungan dari reput. Harga sebotol ni dalam RM 7-8 je.
Baca Lagi Di Sini:
Leceh Kerja Beli Pasu Je, Cara Jimat Tanam Pokok Guna PVC
Nak Jimat Celup Tuala TERPAKAI Dalam Simen, Sembur CAT Jadilah Pasu
MW:Menarik juga idea yang dikongsikan ni. Siapa sangka daripada terbuang, upih pinang boleh dijadikan pasu hiasan yang cantik, nampak klasik dan sangat eksklusif.
Sumber: Norpadilah Binti Afandi
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
CARA Mudah Bungkus Nasi Lemak, Cantik & Kemas Buat ‘Goodies Bag’ Pun Boleh!

Bagi mak-mak penjual nasi lemak, ada cara mudah dan kemas untuk bungkus Nasi Lemak ini. Nak buat ‘goodies bag’ untuk ‘doorgift’ tetamu pun boleh sangat. Memang cantik dan lebih jimat. Guna kertas bungkus nasi yang selalu kita gunakan je.
Ikut cara mudah yang dikongsikan oleh Puan Arina Zd ini sebagai panduan;
Saya nak kongsikan cara bungkus Nasi Lemak atau pun boleh buat tempat goodies kene hias cantik isi lah apa-apa yang nak dalam tu.
Bahan Diperlukan:
Kertas Bungkus Nasi
Stapler
Penebuk lubang
Reben/tali
Cara Membuat:
1.Ambil sehelai kertas dan lipat empat bahagian.
2. Kemudian, buka kertas dan lipat bucu bahagian tengah seperti berikut.
3. Lipat bucu pada kedua-kedua bahagian dan membentuk segi tiga.
4.Selepas itu, lipat bahagian tepi kedua-dua bahagian.
5.Lipat dua kali bahagian atas untuk dijadikan ‘pemegang’. Buat pada kiri dan kanan.


6.Buka ‘bekas’ tersebut dan kemaskan.
7.Boleh masukkan nasi lemak, atau apa-apa sahaja yang diinginkan.


8. Cantumkan bahagian atas dan stapler seperti biasa. Memang kemas dan tak mudah tumpah.

Boleh juga buat ‘goodies bag’, tebuk lubang dan masukkan reben atau tali.




Ikut video tutorial yang dikongsikan ini.
Selamat Mencuba!
Mesti Baca:Resipi Nasi Lemak Kuning Arwah Mak, Bungkus Surat Khabar Makan Rasa Macam Dekat Kampung!
Baca Lagi Di Sini:Rendang Telur Makan Dengan Nasi Lemak & Pulut Kuning Memang Sedap!
Artikel Menarik:Petua Sambal Nasi Lemak Sedap, Masa Kisar Bawang Letak Ikan Bilis Segenggam!
Mingguan Wanita: Memang kreatif dan menarik cara bungkus nasi lemak sebegini. Nampak kemas dan paling penting tak mudah tumpah atau bocor. Nak jadikan ‘goodies bag’ pun boleh sangat, malah lebih jimat.
Sumber: Arina Zd
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN MW & EPAL

Jom daftar sekarang!!! KELAS JAHITAN KREATIF
Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
CARA Jahit Sendiri CADAR Fitted + Piping, Elok Cantik Nampak Kemas!

Sarung cadar yang jenis ‘fitted’ mahupun yang berzip memang membuatkan katil nampak lebih kemas dan senang diurus. Bukan apa, bila jahit cadar sendiri memang lebih puas hati.Selain boleh pilih sendiri corak kain yang disukai, mak-mak juga boleh berjimat bila buat cadar fitted dan ada ‘piping’ ini.
Ikut tutorial mudah yang tukang jahit ini tunjukkan.Cara buat sendiri cadar jenis fitted dan piping perkongsian daripada Puan Noraini Ismail ini sebagai panduan.
Sedikit perkongsian dari saya, cara membuat bingkai cadar @ bed frame (piping).
Bahan Diperlukan:
Kain
Jarum peniti
Benang Besar
Cara Membuat:
1.Potong tali, biasa saya buat 1 3/8″ *250 inci (beropol), 1 3/8″ *280 inci (fitted).

2.Sambung bentuk L dan pinkan.


3.Jahit di pin tadi, potong buang lebihan.

4.Letak benang besar di tengah-tengah tu, jahit rapat guna tapak zip.

5.Jahit di badan cadar, saya buat jarak 3/4 inci.

6.Di bucu, snapkan sedikit, jangan rapat sangat, tak nak bagi regang.

7.Jahitkan ropol atau kain bahagian sisi cadar.

8.Tambahan, cara sambungan untuk cadar fitted. Biasanya letak di bahagian kepala cadar.

Cara Buat Cadar Fitted + Piping
Untuk kain sambungan sisi, saya tambah 6″ dari ketebalan tilam, lebihkan ukuran kain dalam 3 inci.
Contoh : Queen 60″*75″ tilam tebal 8″
Kain sisi : 63*14 (2 keping) 78*14 ( 2 keping)
Kain untuk badan cadar kita lebihkan 1.5″
Contoh : Queen 60*75 nanti potong 61.5 *76.5
Jahit piping jarakkan 3/4″ dari tepi kecuali di bucu.
Ukuran Kain Cadar yang Diperlukan;
Kain Bidang 90
Single 3.5m
Queen 5.5m
King 6.5m
Cara Membuat:
1. Mula dari 2″ ke belakang.
2. Di penjuru jarakkan 3″ untuk lengkung tu, snap sedikit dahulu sebelum jahit.
3. Sesudah siap jahit lengkungan tu.
4. Di sambungannya nanti, temukan dalam keadaan menyerong.
5. Gunting buang lebihan tu.
6. Kain sambungan tepi. Biar sampai ke hujung tepi sahaja (dua-dua belah. Jika ada lebihan kain, gunting buang yaa.
7. Jahit 3/4″ dari tepi tadi. Klim kasar selepas jahit tu.
8. Jahit cantum kain tepi dan kain badan cadar. Jahit slow-slow…ni kan lengkung.
9. Siap, pandangan dari luar kain.
10. Untuk finishing getah saya guna saiz yang 0.5″ sahaja. Tandakan 12″ dari tepi jahitan penjuru tadi. Tanda dua-dua belah yaa.
11. Masukkan getah, lipat 2 kali bagi ada lebihan di tepi tu yaa.
12. Lipat 2 kali nak sembunyikan getah dalam kain. Mula jahit di bahagian tanda tu, jahit 2@3 Kali untuk matikan getah, baru jahit tindih atas getah. Saya guna teknik tarik sampai habis tegang.
Jahit sikit-sikit sampai ke hujung yang tanda tadi. Matikan getah di sana, baru potong lebihan getah.
13. Pandangan dari luar, sesudah siap.
14. Kain baki yang tak letak getah tu kita lipat 2 kali jugak. Jahit mula dari getah ke getah satu lagi.
15.Sesudah siap di pasang di katil.

Semoga bermanfaat buat yang berminat.
Siap! Selamat Mencuba.
Baca Lagi Di Sini:CARA MUDAH ‘Deep Clean’ Tilam, Jadikan Rutin Bersihkan 4 Bulan Sekali!
Artikel Menarik:Anak Dah Besar Takut Tidur Seorang, Ini Cara Pisahkan Tempat Tidur!
Mingguan Wanita:Mak-mak yang pandai menjahit boleh cuba cadar sendiri di rumah letak ‘piping’ ni. Barulah cadar nampak lebih kemas, cantik dan menarik. Memang jimat banyak dan berbaloi bila buat cadar sendiri.
Sumber:Noraini Ismail
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

