Kalau betul sayang baju dan tak suka baju cepat rosak, anda kenalah cedok ilmu cuci pakaian dengan betul. Haaa… tak semua baju boleh sumbat dalam mesih basuh ya, dan kalau nak baju jadi lembut dan sedap pakai kena ikut tip ini.
Bahan Cuci Pakaian:
Sediakan bahan:
2,5 liter air
100 gram garam
Caranya:
1. Siapkan air dalam baldi.
2. Tambahkan garam dan kacau rata.
3. Rendam pakaian yang ingin dilembutkan di dalam cairan lebih kurang 3 hari.
4. Cuci dengan sabun seperti biasa dan keringkan.
Cara mudah ini akan membuat pakaian anda lebih lembut dan tidak keras ketika sarung. Garam juga boleh digunakan untuk menghilangkan kesan kotoran degil pada kain. Selamat mencuba dan semoga informasi ini bermanfaat, ya!
Ads
Tip Elak Baju Cepat Rosak Dan Bau Hapak
Baju Ada Manik
Untuk jaga maniknya daripada rosak, anda cuma perlu rendam sahaja kainnya dalam air sabun kemudian gosok tanpa berus. Tetapi kalau betul-betul nak jaga elok bawa ke dobi untuk cucian kering.
Ads
Seluar Jeans
Kalau nak hilangkan bau seluar jeans, petuanya kena letak dalam peti ais, ini untuk membunuh kuman yang membuat seluar jean berbau. Tapi rasanya tak semua sanggup letak kain baju dalam peti ais, jadi anda boleh terbalikkan seluar jeans dulu sebelum masuk mesin basuh untuk elak cepat pudar. Pastikan guna sabun yang sedikit dan tetapkan suhu air kepada 30 darjah.
Ads
Asing Ikut Warna
Janganlah basuh kain main campur-campur, cepatlah rosak bajunya. Tahu tak yang putih boleh bertukar buruk kalau dibasuh dengan baju berwarna.
Baca Label Di Kain
Ini ramai yang tak buat sebab nak cepat tapi lepas ini tolong ubah ya. Wajib baca label di baju dulu sebab ada sesetengah pakaian kena basuh dengan cara cucian kering, tak boleh guna mesin, memerlukan air sejuk saja dan mungkin cuma perlu air panas.
Seluar Dalam
Seeloknya pakaian dalam anda perlu cuci tangan, barulah tahan lama dan bertul-betul bersih. Kalau malas sangat, beli jaring cucian khas dan pastikan tetapan mesin basuh anda delicate. Jangan lupa letak pelembut pakaian tapi jangan letak peluntur pula!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sengaja tinggalkan solat lebih hina dari binatang, tak solat kita jauh dari syurga – Ustaz Ahmad Dusuki. Ramai tahu syurga dan neraka dan semua perbuatan semasa hidup, kitalah yang menentukannya mana mahu dimasuki, syurga atau neraka.
Tahukah, hukum solat itu fardu ain. Ertinya ia wajib ditunaikan oleh semua orang islam. Yang berakal, baligh dan berada daam keadaan suci (bukan haid).
Firman Allah ﷻ:
Maksudnya: “Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.” (Surah al-Baqarah: 43).
Tiada istilah jarang-jarang solat kerana umat islam yang memenuhi syarat di atas maka SOLAT ADALAH WAJIB. Tiada sebarang alasan.
Memetik satu perkongsian pelakon Mas Khan di insta storinya berkaitan bab solat, dia mengakui tidak mahu berpura-pura dalam hidupnya bila ditanya bab solat.
Dirinya mengakui jarang menunaikan solat penuh lima waktu meski pun menyedari bahawa ia adalah perintah yang diwajibkan Allah SWT kepada umat Islam.
Jelas pelakon berusia 28 tahun ini, dia lebih memandang terhadap perkara lain seperti bersedekah sebagai amalan untuk mengumpul pahala.
“Solat penuh tu memang jarang sekali. Ya solat adalah tiang agama, wajib tapi saya pandang lebih kepada hati seseorang itu.
“Mungkin solat saya ‘kelaut’ tapi kita cari pahala tang (cara) lain faham tak? Contoh bersedekah, tolong orang, bertanggungjawab dan sebagainya,” tulisnya.
Dia berkata demikian bagi menjawab soalan daripada salah seorang pengikut yang bertanya bagaimana untuk menjadi golongan berjaya dalam kehidupan.
Mas Khan berkata, dia menyifatkan amalan dalam rukun Islam kedua itu tidak mampu menjamin syurga sekiranya seseorang itu mempunyai hati yang kotor.
“Tak bermakna awak solat penuh lima waktu sehari, awak boleh cium syurga kalau hati dah tak betul. Jangan terasa,” kata pelakon drama Bukan Gadis Biasa itu.
Berkongsi kenyataan yang boleh dianggap mengelirukan walau itu pandangan peribadi dan pendapat tersendirinya, Ustaz Ahmad Dusuki yang juga seorang pendakwah agama memberikan ulasan terhadap kenyataan pelakon ini.
“Solat itu adalah kunci kejayaan hidup manusia.
“Apa dimaksud dengan kejayaan hidup ialah bila kita berjaya menjaga solat. Tak jaga solat maknanya kita tak berjaya.
“Apa saja kebaikan kita buat tapi kalau tinggalkan solat atau jarang-jarang solat maka kita tak dianggap berjaya dalam islam. Ini kerana simbol kejayaan itu ialah SESEORANG BOLEH MENJAGA SOLATNYA. Iaitu solat penuh lima waktu yang difardukan.
Laungan azan itu sendiri menyebut, ‘hayya ala solah’ dan ‘hayya alal falah’ di mana Allah tidak menyebut tentang zakat saja tapi Allah sebut tentang solat. Marilah menuju kejayaan.
Maknanya, kejayaan ialah bila kita solat.kalau tak solat, kita tak berjaya,” tegasnya.
Tambah pendakwah ini lagi, perkara pertama ditanya di akhirat ialah tentang solat.
“Sesiapa yang boleh lepas tentang solat maka kebaikannya yang lain akan di nilai. Tapi kalau tak berjaya tentang solatnya maka semua amalannya yang lain tak diambil kira.
“Kalau kita tak solat, jangan harap nak cium bau syurga bahkan kita akan berjarak jauh dari solat. Potensi dihumban ke neraka itu lebih terbuka kepada orang yang sengaja tinggalkan solat dalam hidupnya. Jangan kita ingat, bahawa solat itu perkara yang mudah-mudah, boleh tinggal begitu saja. Kita kena letakkan solat perkara pertama dalam hidup kita.
Jelasnya lagi, solat itu merangkumi seluruh perjalanan hidup kita. Dalam solat ada syahadah, ada zakat, ada puasa, ada haji dan Allah rangkumkan semuanya sekali dalam kehidupan kita. Solat juga tiang agama, tinggalkan dengan sengaja maka kita meninggalkan agama.
“Jadi jangan pandang lekeh bab solat ini. Tak kira siapa kita, usahawan, selebriti atau sapa-sapa, tinggal solat bermakna kita tinggalkan agama.
Dalam pada itu, Ustaz Ahmad Dusuki turut membaca hadis, bahawa orang yang tak solat lebih hina dari binatang.
“Allah sebut mereka in macam binatang bahkan lebih sesat dari binatang. Binatang pun ada nilai dalam hidup. Tapi kalau orang tinggalkan solat lebih teruk dari binatang.Ia digambarkan dalam Al-Quran pentingnya kita menjaga solat.
“Solat bukan jarang-jarang tapi wajib solat lima waktu. Jangan main-main bab solat ini, tinggal solat semua amalan kita tak diterima Allah. Letaklah solat itu keutamaan. Rezeki kita dapat kalau tak solat itu istidraj.
“Gajah pun gemuk tak pernah kurus, tapi gajah tak solat. Takkan kita lebih teruk dari binatang ini.
“Solat itu tanda kehambaan diri kita dengan Allah. Cuba orang tunjuk jari di dahi kita, kita marahkan tapi dengan dahi itu kita bersujud pada Allah. Bahkan orang tak solat juga sombong seperti iblis dan syaitan. Sebab itulah kita kena sujud sebagai tanda kehambaan kita,” katanya ketika dihubungi di mana Ustaz Ahmad Dusuki kini berada di Pekan Baru untuk menyelesaikan PhDnya.
Ini tip untuk orang berniaga menjemput rezeki. Melatih diri dengan menganggap dalam rezekinya ada rezeki orang lain juga. Perkongsian Puan Noorfazila Binti Abdul Rahman ini ringkas saja. Tapi amat mudah untuk anda fahami konsepnya.
Siapa yang ada bisness pernah habiskan semua duit yang ada dalam akaun waktu raya untuk sedekah pada keluarga dan orang keliling tanpa takut sama ada cukup atau tak untuk diri sendiri dan keluarga? Ya habiskan semua..
Tiba-tiba tengok dalam akaun duit tak henti-henti masuk walaupun langsung tak promote apa-apa barang sepanjang 2 minggu cuti raya (ketika status ini ditulis)? Dan satu demi satu invoice pun boleh settlekan..
Latih diri untuk anggap rezeki yang ada bukan hak milik kita tapi pinjaman yang Allah beri untuk panjangkan dan sampaikan pada orang lain yang memerlukan..
Janji Allah pasti nak dapat lebih memang kena beri lebih..perniagaan salah satu cara dan ruang kita berbakti dan beri manfaat pada orang lain. Bagi saya marketing terbaik dan cara menjemput rezeki kita adalah dengan berkongsi rezeki. Jangan letak harta di hati kelak kita akan jadi tamak untuk melepaskannya tapi letaklah di tangan agar tak lokek memberi.
Tak percaya? Cubalah.
Tak salah mencuba tip yang dikongsikan ini, mana tahu rezeki kita yang Allah tentukan itu rupa-rupanya terselit juga rezeki untuk orang lain. Jadi ringan-ringankanlah tangan itu untuk menghulurkan sedekah. Agar rezeki yang Allah beri akan terus mendapat keberkatanNya dan kenikmatan bahagia kita kecapai.
Sumber/Foto: Facebook Noorfazila Binti Abdul Rahman
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Tunku Azizah Seorang Ibu, Isteri Dan Permaisuri Yang Cukup Sempurna” itulah luahan Al-Sultan Abdullah tentang wanita paling disayangi dalam hidup.
Bagi diri baginda, Tunku Azizah merupakan sosok seorang ibu, isteri dan Permaisuri yang cukup sempurna.
“Tunku Azizah Seorang Ibu, Isteri Dan Permaisuri Yang Cukup Sempurna”
Malah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah juga menyifatkan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sebagai seorang isteri dan Permaisuri yang luar biasa.
Seperti mana dipetik menerusi Kosmo! Online, Al-Sultan Abdullah mengakui bahawa Tunku Azizah banyak memberi semangat dan kekuatan, terutama pada awal Seri Paduka Baginda menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 2019.
Malah Seri Paduka Baginda turut menzahirkan rasa kasih dan penghargaan tinggi kepada Tunku Azizah kerana teguh berdiri disisinya mengharungi pelbagai kisah suka duka.
“Sudah tentu, bagi saya Azizah telah memainkan peranan luar biasa sebagai seorang Permaisuri dan isteri saya.
“Saya perlu bersetuju dengan anda bahawa Azizah banyak memberi semangat kepada saya untuk meneruskan tugasan sebagai Yang di-Pertuan Agong.
“Selain itu, sebagai ibu, sebagai isteri dan saya akui banyak sokongan, dukungan dan semangat yang diberi oleh Permaisuri terhadap saya. Alhamdulillah, saya bersyukur,” titah Baginda.
Bagi Al-Sultan Abdullah, Tunku Azizah merupakan sosok seorang ibu, isteri dan Permaisuri yang cukup sempurna, malah banyak menasihati Seri Paduka Baginda dalam pelbagai perkara.
Pastinya Pemerintahan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah akan sentiasa terpahat di sanubari rakyat Malaysia.
Bekas penyampai radio, Ikhwan Rosli dedah dalam bidang seni gaji penyampai radio antara yang tertinggi. Namun tak semua penyampai dibayar tinggi ianya berdasarkan pengalaman. Ikhwan juga mengulas mengenai nasib yang dialami oleh bekas penyampai Suria FM, Tyzo Xander.
Ain Edruce dikecam terlampau kasar dengan suami? Betul atau hanya sekadar gurauan dalam hubungan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Polis mengesahkan nota terakhir suspek tikam berusia 14 tahun dirampas ketika tangkapan, bukan di lokasi kejadian. Frasa “Dunia ini palsu, saya sudah menang” kini disiasat bagi mengenal pasti motif sebenar.