Lauk sejuk beku ini antara isu di kalangan mak-mak. Ada yang setuju, tak kurang juga yang mempertikaikan kerana bimbang khasiat dan nutrisinya dah hilang. Sebenarnya, ada cara macam mana nak simpan lauk sejuk beku yang takkan menjejaskan nutrisinya.
Dalam perkongsian Dato’ Dr Suriyakhatun Osman berkenaan idea simpan lauk beku, beliau memberi ulasan yang baik cara S Kamalinda Lynn simpan lauk sejuk beku untuk ibunya yang disimpan dalam peti beku.
Menurut ulasan itu, Dato’ Dr Suriyakhatun kongsikan cara paling bagus untuk simpan lauk sejuk beku. Jadi lauk yang disimpan itu akan terpelihara dan kekal nutrisinya.
“Bagi yang tidak ada masa untuk memasak, ini cara yang baik (Baca Linknya Di Sini). Setiap bekas untuk sekali makan. Selepas masak sejukkan dan terus bekukan.”
“Bila nak makan keluarkan awal untuk nyah bekukan. Boleh juga panaskan dalam steamer. Elak microwave jika boleh.
“Makanan yang di micro kurang mutunya dan khasiatnya. (Ada kontroversi bab ini. Yang mana, ada kajian kata microwave tidak ada mudarat, ada yang kata ada. Saya lebih suka play safe).”
Semasa menyimpan doktor sarankan agar mak-mak gunakan bekas yang freezer safe. “Sekarang ada kotak lunchbox kadbod yang dijual.”
Walau bagaimana pun, apa yang dikongsikan oleh doktor dalam pagenya ini mengundang pelbagai persoalan daripada followernya. Dan beliau menjawab satu persatu.
Jawapan doktor ini sebenarnya boleh dijadikan panduan mak-mak untuk mencuba teknik simpan lauk sejuk beku dengan lebih baik dan selamat.
Ads
Baca Soal Jawab Dato’ Dr. Suriyakhatun Ini Untuk Lebih Jelas
Soalan : Doktor saya masakkan anak yang berumur setahun dengan cara ini. Seminggu sekali untuk 5 hari bekerja. Boleh ke? Ada isu anak kecil makan makanan frozen? Fingger food dan lauk makan tenaghari semua saya frozenkan untuk seminggu.
Jawapan : Tak ada isu. Cuma pastikan bekas simpan freezer safe.
Soalan : Sesetengah orang tua tak boleh makan makanan yang dipanaskan atau lebih 1 hari dimasak. Kita orang muda boleh lah.
Jawapan : Itu sebab.. benda tidak dibekukan cepat setelah disejukkan. Maka bila panaskan makanan sudah memang tidak segar, dah mula basi. Bukan angin tetapi sudah ada toksin dari bakteria yang membiak.
Nyah bekukan dalam peti sejuk.
Soalan : Doc apa pendapat doc kalau dipanaskan dan frozen berulang kali sebab tak habis atas reason tak nak membazir? Kadang-kadang satu lauk tu dekat 3 kali panas dan frozenkan.
Ads
Jawapan : Tidak digalakkan. Panaskan hanya bahagian yang nak dimakan dan habiskan.
Soalan : Berapa lama lauk yang dibekukan dalam freezer boleh dikira masih elok?
Jawapan : Sebenarnya jika freezernya bagus memang setahun pun masih baik. Saya sarankan simpan sebulan sudah cukup.
Tak Kah Tingi Histamine?
Soalan : Bukan ke makanan yang dibekukan lama semakin tinggi histamine atau yang dimasak tidak berlaku hanya terjadi kepada sumber mentah sahaja?
Jawapan : Betul boleh tinggi histamine jika lauk mentah dibiar lama sebelum dimasukkan dalam freezer. Makanan yang sudah dimasak pun jika sudah lama dibiar jangan freeze.
Bagaimanapun, lebih mudarat makan luar. Tinggi histamine tidak jadi masalah bagi yang tidak ada atopy. Boleh dielakkan jika bekukan makanan segar.
Ads
Soalan : Banyak kali dah dengar doktor berpesan, jangan makan makanan berpanas.
Jawapan : Ya. Jika biar lama di luar baru nak bekukan akan mula basi. Tidak boleh bekukan begini.
Soalan : Doktor dari segi nutrien dia macam mana
Jawapan : It’s ok jika tidak keluar masuk freezer. Masuk sekali, keluar sekali. Kalau masak terlebih. Freeze yang lebih sebelum hidang. Bukan lepas ada di luar lama.
Soalan : Ini memerlukan peti sejuk besar.
Jawapan : Perlukan satu unit freezer dengan harga kurang dari RM1K.
Soalan : Doktor, perlu tunggu lauk sejuk baru masukkan dalam peti or boleh masukkan terus masa lauk panas-panas.
Jawapan : Boleh masukkan panas-panas tapi akan makan letrik dan cepat rosakkan freezer.
Tidak apa yang perlu bersengketa. Selepas berkahwin dengan teman lelakinya, wanita ini sanggup derma buah pinggang kepada bekas isteri suaminya. Malah mereka kini menjadi kawan baik.
Kadang-kadang kita tidak sangka ada sahaja bantuan dari sumber yang tidak ketahui. Begitu juga dengan kisah ini, siapa sangka isteri bekas suaminya sanggup mendermakan buah pinggang buatnya. Tidak semua sanggup lakukan perkara seperti ini bukan.
Wanita Ini Sanggup Derma Buah Pinggang Kepada Bekas Isteri Suami
Di Tallahassee, Florida, seorang wanita warga Amerika Syarikat yang baru dua hari berkahwin sanggup mendermakan buah pinggang miliknya kepada bekas isteri suaminya , lapor laman berita Good News Network semalam.
Debby Strickland yang berpacaran dengan Jim Strickland selama 10 tahun berkata, suaminya itu mempunyai hubungan yang amat baik dengan bekas isterinya, Mylean Merthe memandangkan mereka membesarkan dua orang anak bersama.
Merthe yang menderita sakit buah pinggang perlu mencari penderma sesuai. Buah pinggangnya hanya berfungsi pada tahap 8 peratus dan perlu segera dibedah bagi membolehkan dia terus hidup.
Merthe kemudian mendapat tahu isteri baharu bekas suaminya iaitu Debby merupakan penderma yang sesuai.
Selepas membuat ujian darah dan sampel tisunya diambil, Debby bersetuju untuk melakukan pembedahan pemindahan buah pinggang itu dua hari selepas majlis perkahwinannya.
“Ia merupakan hari yang sangat menggembirakan dalam hidup saya,” kata Debby.
Pembedahan tersebut berjaya dan kedua-dua wanita itu kini berkawan baik dan menggelar diri masing-masing sebagai ‘adik-beradik buah pinggang’. -Agensi
Mingguan Wanita : Hanya wanita berjiwa besar sahaja mampu lakukan perkara. Memang tak mudah dan tindakannya harus dijadikan inspirasi.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Mawar usaha perbaiki hubungan dengan Allah. Heboh di media sosial tentang isu pelakon dan usahawan wanita berjaya, Mawar Rashid yang mengambil keputusan tidak lagi berhijab.
Tiada sebarang penjelasan dari Mawar selain kenyataan di akauan Instagramnya semalam yang memuat naik dua keping gambar tidak bertudung di hadapan cermin.
“Saya dah cuba. Tapi saya gagal. Minta maaf,” tulisnya yang mengaku gagal istiqamah dalam berhijab.
Mawar Usaha Perbaiki Hubungan Dengan Allah SWT
Terbaru menerusi perkongsian di Instagram Story, Mawar menyatakan tindakkannya tanggal tudung bukanlah contoh yang baik.
“Minta maaf saya tak angkat dan tak menjawab semua yang bertanya mengenai keadaan saya. Saya baru membuka dan melihat telefon malam ni.
“Saya akan bagi kenyataan di sini saja ya. Saya tak nak cakap banyak mengenai isu ini sebab tindakan saya ni bukanlah tindakan yang baik dan tidak patut dicontohi.
“Sungguh pun semua ini dah berlaku, saya masih berusaha untuk memperbaiki hubungan saya dengan Allah. Biarlah usaha saya ini antara saya dan Allah saja,” tulisnya.
“Saya Gagal Kali Ini’
Pada masa yang sama, Mawar juga akui dirinya telah membuatkan ramai pihak kecewa.
“Saya dah buat dan saya cuba sedaya upaya untuk istiqamah selama ini, tapi saya gagal kali ini.
“Doakan saya untuk istiqamah dalam usaha memperbaiki diri yang penuh dengan kekurangan ini. Terima kasih kepada yang masih sokong saya, bagi kata positif dan doakan yang baik untuk saya. Terima kasih,” katanya.
Untuk rekos Mawar Rashid sebelum ini telah mengumumkan penghijrahannya pada 17 Ogos 2020 sempena Maal Hijrah.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Mawar Rashid memohon agar semua mendoakannya untuk terus istiqamah dengan penghijrahannya.
Tanam sayur dengan sistem hidroponik bermakna menanam tanpa tanah. Cuma gunakan medium air, baja dan bekas hidroponik. Ringkas bukan! Tapi tak semua pekebun malah mak-mak berani nak buat. Sebab tengok langkah demi langkahnya saja dah boleh sakit kepala.
Panduan membina sistem hidroponik ringkas tanpa racun yang dikongsikan pengusaha ladang sayuran di Gambang, Kuantan ini cukup praktikal untuk suri cuba. Perkongsian daripada admin Group Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri, Izham Alias ini juga membantu anda mengaplikasikan menanam tanpa tanah di rumah sendiri dengan ruang yang terhad.
Contoh ladang yang dikongsikan ini dimiliki oleh Saudara Mohd Abdul Halim (Abham Mohd). Belajar prosesnya satu persatu dengan panduan bergambar. Nanti mudahlah mak-mak nak faham.
“Salah seorang admin KBJTS, Tn Abham Mohd berkongsi rahsia beliau berjaya menanam dengan hidroponik menggunakan kos yang minimum.”
Izham Alias
Mohd Abdul Halim
Panduan Bergambar Bina Sistem Hidroponik Ringkas From A To Z
Mula-mula perlu bina tapak dengan batu-bata sahaja.
Sediakan tapak penanaman.
Penggunaan baja AB untuk tanaman sayur. Boleh beli baja di mana-mana kedai pertanian yang menjual baja hidroponik. Sukatan baca sila ikut arahan pada setiap baja AB yang anda beli. Kerana arahannya berbeza untuk setiap produk.
Tutup dengan plastik pertanian. Kaedah ini amat penting kerana plastik berfungsi untuk:
1. Menghalang serangga menyerang tanaman
2. Mengelakkan air hujan masuk — in Gambang, Pahang.
Ini pula hasil tuaian sayuran dari penanaman dengan kaedah sistem hidroponik.
Cara Menyemai Benih Dengan Kaedah Hidroponik
Potong span 2×2 cm dan masukkan biji benih.
Guna span semaian. Span ini adalah span yang untuk ratakan simen dinding.
Rendam dalam air biar terapung sehingga benih bercambah.
Rendam span separuh dengan air dalam apa-apa bekas yang muat.
Setelah 3 Hari Ini Yang Akan Berlaku
Kemudian, anda boleh pindahkan anak pokok ke dalam bekas apabila ia sudah besar.
Lubang styrofoam dipotong 2×2 cm dengan jarak setiap lubang. Masukkan bibit yang sudah bercambah dalam span tadi ke dalam styrofoam yang telah dipotong.
Contoh Tanaman Pegaga Tanpa Tanah
Contoh Lain Pula, Gunakan Bekas Saiz Mini
Kaedah ini sesuai untuk mak-mak yang baru nak mencuba.
Sumber/Foto : Izham Alias via Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...