top

Lentiknya bulu mata dia! Bulu mata yang lentik semula jadi adalah satu kelebihan. Tak perlu nak pakai maskara lagi dah.

Tarikan Bulu Mata Lentik

Antara bahagian yang paling perhatian ramai ialah mata. Memiliki mata yang bundar, dengan bulu mata yang panjang dan lentik, pasti menambah keayuan si pemiliknya. Saiz mata mungkin tak boleh diubah, tapi bulu mata boleh dipanjangkan dan lebih lebat.

Dewasa ini terdapat rawatan-rawatan khas untuk memanjang dan melentikkan bulu mata. Namun, sebaiknya gunakan cara semula jadi yang lebih selamat dan lebih rendah bajetnya. Bahkan, bahan-bahan yang digunakan itu boleh didapati di rumah anda sendiri. Yang penting, kena rajin dan lakukan secara konsisten untuk kesan yang menakjubkan.

IKLAN

 Bulu Mata Lebih Panjang Dan Lentik Dengan Minyak Zaitun, Aloe Vera Dan TelurGuna Minyak Zaitun Lentikkan Bulu Mata

Bahan-bahan:

Sedikit minyak zaitun

IKLAN

Cara Membuat:

  1. Sapu dan ratakan minyak zaitun pada bulu mata.
  2. Pastikan anda memejamkan mata ketika meletakkan minyak zaitun pada mata supaya minyak tak terkena pada mata.
  3. Setelah kering, bilas dengan air bersih.

 Bulu Mata Lebih Panjang Dan Lentik Dengan Minyak Zaitun, Aloe Vera Dan Telur

Masker lidah buaya

Bahan-bahan:

Sedikit daun lidah buaya

IKLAN

Cara Membuat:

  1. Jemur lidah buaya hingga layu dan ambil lendirnya.
  2. Guna lendir dan sapu pada bulu mata dengan membentuknya dengan jari agar lentik.

 Bulu Mata Lebih Panjang Dan Lentik Dengan Minyak Zaitun, Aloe Vera Dan Telur
Telur Bantu Miliki Bulu Mata Lentik

Bahan-bahan:

1 biji telur
1 sudu besar gliserin

Cara Membuat:

  1. Ambil sebiji telur dan satu sudu besar campurkan gliserin, kacau rata.
  2. Ambil cotton bud, celup ke dalam bahan campuran tadi, dan sapu pada bulu mata.
  3. Biarkan selama 15 minit dan gunakan air sejuk untuk membilasnya.
  4. Lakukan untuk beberapa minggu, dan lihat perkembangan bulu mata anda.
  5. Telur memiliki protein yang tinggi dan bagus untuk melentik dan melebatkan bulu mata. Kandungan vitamin B dan biotin berperanan penting dalam buat tekstur mata meningkat secara keseluruhan.

https://www.mingguanwanita.my/lulur-kunyit-hidup-petua-bidan-orang-asli-hilangkan-lemah-badan/

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI