Bukti kekuasaan Allah, seluruh rumah musnah tetapi senaskah al-Quran selamat dan masih berada dalam keadaan yang baik dalam sebuah rumah yang musnah dijilat api. Inilah bukti kekuasaan Tuhan dan kejadian ini bukanlah pertama kali berlaku.
Al-Quran yang tidak hangus dijilat api itu menjadi tular di media sosial dan mendapat perhatian penduduk sekitar Surabaya, Indonesia. Dalam masa yang sama ramai yang mengambil peluang untuk menetap kitab suci Al-Quran secara dekat.
Surabaya- Senaskah al-Quran ditemui masih dalam keadaan baik di sebuah rumah yang terbakar di Surabaya, Indonesia hingga menyebabkan lokasi itu menjadi tumpuan ramai.
Menurut ahli keluarga terdekat mereka, penduduk setempat di Jalan Dapuan Tegal IX terkejut apabila mereka melihat al-Quran terbabit tidak hangus dijilat api dalam kebakaran yang berlaku pada Ahad lalu.
“Ramai orang datang ke sini untuk mengambil gambar al-Quran tersebut. Buku Yasin juga tidak terjejas dalam kejadian itu,” kata Agung.
Selepas Tular, Ramai Datang Lihat Keajaiban
Jelasnya, penduduk luar juga sanggup datang dari jauh semata-mata untuk menyaksikan sendiri keajaiban itu.
“Mereka tidak mahu melepaskan peluang untuk melihat sendiri al-Quran tersebut selepas ia menjadi tular di media sosial,” ujarnya lagi. Difahamkan, al-Quran tersebut kini disimpan oleh keluarga pemilik rumah itu yang dikenali sebagai Suwardji. – Agensi.
MW: Ternyata apa yang Berlaku ini menunjukkan bahawasanya tingginya nilai kitab suci Al-Quran di sisi Allah. Banyakkanlah membaca Al-Quran, hayati keindahannya dan fahami maksudnya.
Pelakon, penyanyi, pengacara dan penyampai radio, Hunny Madu akhirnya mengesahkan yang dia sudah mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan jejaka Itali bergelar chef di ibu kota, Fedrighi Francesco pada 2 Mei lalu.
Hunny sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Khairul Azhar Abdul Wahid, namun menemui titik noktah pada Oktober 2018. Mereka berkahwin pada 2010.
Majlis Nikah Ringkas
Majlis pernikahan dilakukan secara atas talian memandangkan situasi pandemik COVID 19 masih belum reda. Malah majlis pernikahan yang diadakan di kediaman keluarganya di ibu kota itu tidak membabitkan tetamu.
Suaminya yang memeluk agama Islam sejak Februari lalu sudah menetap di Malaysia sejak Januari 2018. Mereka berkenalan sekitar awal Januari tahun lalu.
“Kami hanya maklumkan keputusan berkahwin ini kepada keluarga terdekat dan kawan rapat saja. Majlis nikah itu memang begitu ringkas dan hanya disaksikan adik beradik, ibu bapa dan dua anak saya. Ustaz yang bertugas menjadi saksi pernikahan kami berada di lokasi berbeza.
“Baju nikah pun kami pinjam sebagai memenuhi syarat kerana keterbatasan waktu untuk menyiapkan yang baru. Cukup sebegitu untuk jadi memori kenangan saya dan suami,” ujarnya.
Tambah Hunny lagi sepatutnya, majlis resepsi sepatutnya diadakan bulan September lalu.
“Namun terpaksa ditunda kerana ada hal yang tak boleh saya kongsikan. InsyaAllah majlis yang dirancang itu akan diadakan pada masa yang lebih sesuai waktu mendatang,” katanya.
Bercuti Di Langkawi Umpama Bulan Madu
Pasangan ini juga sempat ke Pulau Langkawi untuk percutian keluarga yang turut membabitkan dua anaknya, Eva Medina, 8, dan Adam Musa, 3.
“Nak kata bulan madu pun tidak. Tapi percutian baru baru ini itu umpama bulan madu bersama keluarga kecil saya,” ujarnya.
Hunny juga memanjat kesyukuran kerana dipertemukan dengan suami yang disifatkan cukup baik kepada dirinya, anak serta keluarga.
“Saya bertuah ada dia. Dia buat saya bahagia. Semoga hubungan kami ini akan kekal sampai ke jannah. InsyaAllah,” katanya.
Mohon Maaf
Dalam pada itu, Hunny juga ingin memohon maaf kepada pihak yang terasa dengan gambar posnya bersama cinta hati yang dianggap keterlaluan dikongsi di Instagram.
“Semua itu timbul sebab ada yang tak tahu perkara sebenar yang saya dan dia sudah berkahwin. Sebab itu saya ambil kesempatan untuk meleraikan persoalan itu,” sambungnya.
Sumber Foto: Instagram Hunny Madu
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Pelakon yang juga bergelar isteri dan ibu, Lisdawati, 42 kini lebih matang dalam menangani permasalahan yang mendatang. Isteri kepada Fauzi Nawawi jua akui apabila diberikan ujian oleh Allah SWT, dirinya lebih senang untuk bermuhasabah dan mencari kesilapan diri sendiri.
“Bukan dalam kehidupan rumah tangga sahaja, tetapi juga masalah dalam keluarga. Kalau ada ujian yang datang, saya lebih senang fikir apa salah yang saya dah buat. Saya juga sering mengingatkan diri saya bahawa kematian semakin dekat. Dengan cara itu, saya tak suka berdendam sebaliknya berbincang untuk menyelesaikan masalah,” katanya seperti mana di petik menerusi Sinar Plus Hiburan.
Tambahnya lagi, dalam setiap masalah dia lebih senang mengadu kepada Allah agar hatinya tenang dan tenteram.
“Macam saya kalau tidak dapat mengadu dengan seseorang yang lebih dekat, saya akan mengadu dengan Allah. Kadang-kadang bila kita mengadu kepada Allah, saya akan menangis dan perasaan itu datang secara tiba-tiba,” ungkapnya.
Menceritakan Soal Komunikasi Dalam Keluarga
Lisdawati juga menerangkan luahannya di Instagram baru-baru ini hanya menceritakan soal komunikasi dalam keluarga dan bukan berkaitan keretakan rumah tangga. Pelakon yang membintangi drama Light & Love ini juga berkongsi sebahagian daripada ilmu yang diperoleh ketika membintangi drama bersiri tersebut.
“Saya pun ada keluarga besar yang mana saya sendiri ada masalah komunikasi. Jadi, entri itu adalah nasihat untuk diri saya dan semua orang jika ada masalah apa patut buat, nak simpan, jaga hati atau perbetulkan. Jadi saya ambil langkah untuk duduk berbincang dan mendengar luahan orang lain juga. Alhamdulillah permasalahan itu dapat diselesaikan dalam tempoh kurang tiga hari.
“Dengan Abang Fauzi juga tiada masalah dan kami saling memahami. Apa jua kisah yang datang sebelum ini, saya anggap sebagai ujian yang perlu tempuhi dan menguatkan lagi hati saya untuk menghadapi ujian pada masa akan datang,” katanya.
Sumber: https://sinarplus.sinarharian.com.my/category/hiburan/ Foto: Instagram Lisdawati Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Keputusan untuk bernikah dan berkahwin, beri makna besar dalam kehidupan. Bukan boleh dibuat main atau suka-suka. Nak berkahwin dengan seorang isteri pun bukanlah satu perkara yang mudah. Apatah lagi membuat keputusan untuk ‘memadukan’ mereka dalam tempoh yang singkat.
Bukan seorang tetapi dua isteri hanya dalam tempoh dua minggu.Itu yang dilakukan seorang remaja lelaki yang masih bersekolah di Sekolah Menengah Vokasional apabila menikahi dua gadis.
Lelaki berusia 18 tahun itu baru saja bernikah dengan isteri pertamanya sebelum membuat keputusan menambah satu lagi ‘cawangan’ seminggu kemudian.
Keputusan dibuat lelaki itu bukan saja mengejutkan isteri pertama, malah ibunya turut pengsan sebaik mendengar permintaan anaknya itu.
Kompas.com melaporkan isteri pertamanya baru saja tamat pengajian di Sekolah Menengah Rendah manakala isteri keduanya masih menuntut di Sekolah Menengah Atas.
Disebabkan anak dan menantunya masih di bawah umur, ayah lelaki terbabit bersetuju menjalankan pernikahan secara adat tanpa membabitkan Pejabat Pentadbiran Agama.
Walaupun agak khuatir dengan tindakan anaknya itu, keluarga pengantin lelaki dan perempuan berharap bahtera rumah tangga mereka akan bahagia.
Sementara itu, isteri pertamanya kecewa dengan keputusan dibuat lelaki berkenaan, tetapi redha dengan takdir mereka.
“Saya sangka mereka hanyalah tetamu yang datang berkunjung tetapi sebenarnya keluarga isteri kedua.
“Saya kecewa namun perkara ini sudah terjadi dan saya perlu berusaha untuk hidup bahagia,” katanya.
Dalam pada itu, keluarga pasangan pengantin itu juga berharap pihak sekolah tidak mengenakan sebarang tindakan kerana mereka bernikah ketika masih menuntut.
Pengajian mereka perlu diteruskan kerana ia akan digunakan untuk mendapat pekerjaan yang baik kelak.
MW: Tempoh dua minggu dengan dua isteri, bukan calang-caang untuk buat keputusan besar sebegini dalam kehidupan. Selamat berbahagia dan menempuhi cabararan dalam rumahtangga.
Gara-gara gagal membayar hutang perkahwinan kepada bekas isteri sejak tiga tahun lalu, seorang penceramah bebas kontroversi, Farid Abu Auliya dijatuhi hukuman penjara 10 hari oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini.