Menjadi kebimbangan buat mak ayah, apabila menghantar anak dibawah jagaan pengasuh namun diperlakukan sebegini. Tempat yang dirasakan selamat untuk anak-anak rupanya menjadi mimpi ngeri dan meninggalkan trauma buat diri mereka.
Baru-baru ini dilaporkan, budak perempuan berusia lima tahun dipercayai menjadi mangsa rogol anak lelaki pengasuhnya di Taman Lapangan Jaya, Ipoh.Difahamkan, kejadian itu diketahui Khamis lalu, apabila mangsa menceritakan perbuatan remaja berusia 16 tahun itu kepada ibu saudara sebelum dimaklumkan kepada ibunya.
Mengadu Bahagian Sulit Sakit
Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mazuki Mat berkata, mangsa dipercayai menceritakan perbuatan terkutuk anak pengasuhnya kepada ibu saudara.
Ads
“Selepas mendapat tahu perkara itu, ibu mangsa bertanya sendiri kepada anaknya. Kanak-kanak itu menceritakan perbuatan suspek selain mengadu bahagian sulitnya sakit,” katanya.
Mazuki berkata, mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk menjalani pemeriksaan dan keputusan mendapati terdapat kesan koyakan separuh dipercayai akibat tusukan objek tumpul.
Dijaga Sejak Berusia 2 Tahun 6 Bulan
Katanya, mangsa dipercayai sudah mengadu mengenai kesakitan di bahagian sulitnya sejak Isnin lalu namun ibunya tidak mengesyaki apa-apa.
Ads
“Selasa lalu, mangsa juga menangis ketika mahu dihantar ke rumah pengasuh dengan mengatakan ada budak lain yang dijaga di situ mahu memukulnya.
“Mangsa dipercayai sudah dijaga oleh ibu suspek sejak berusia dua tahun enam bulan manakala suspek tidak bersekolah dan membantu menjaga anak-anak yang diasuh ketika ibunya memasak,” katanya.
Ads
Katanya, suspek kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
MW: Allahu, memang risau dan bimbang bila ada kes sebegini. Semoga anak-anak kita sentiasa dibawah perlindunganNya. Pesanan juga buat mak ayah, agar lebih berwaspada dan melihat pelbagai aspek sebelum memilih pengasuh yang tepat untuk menjaga anak-anak ketika kita keluar bekerja.
Dalam hidup ini, mak ayah bekerja keras untuk mencari rezeki demi kelangsungan hidup. Sampaikan ada anggap ibu duit itu datangnya dari usaha penat lelah selama ini.
Tanpa kita sedar, ibu duit itu ada depan mata kita. Cuma kita lalai untuk menjaganya. Salah sikit terus dimarah, mak ayah stres ditempat kerja, anak-anaklah yang menjadi mangsa.
Ketahuilah kunci utama ibu duit itu adalah cari anak kita sendiri. Inilah yang dikongsikan oleh I Am Broku tentang rezeki terbaik adalah dari anak kita sendiri.
Dulu saya terlepas pandang bab ni. Mencari formula lain yang kononnya lebih ampuh tapi sebenarnya yang berdiri depan mata tu lah kuncinya.
Orang bagi. Saya dapat. Saya hadam dan saya kongsi semula ya.
1. Pastikan anak bangun dengan gomolan kasih kita. Jangan dikejut guna kaki. Jangan dipanggil dengan kasar.
2. Biasakan suruh anak cium pipi kita selalu. Always tanya sama ada dia cinta kita atau tidak dan always express your love with words.
3. Sikat lah rambut anak setiap hari dan percayalah moment tu dia akan ingat sampai dewasa.
4. Anak jangan ditengking teruk. Sesekali meninggikan suara itu tidak apa.
4. Jangan dilabel anak itu. Jangan kata dia tak berguna. Jangan kata dia lembap dan jangan kata dia pemalas. Nescaya akan lekat perangai itu sampai tua.
5. Ajak bersolat sekali. Jangan biasakan anda bersolat sendirian sedangkan anak anda melompat dan berlari depan mata melangkah sejadah.
6. Sesekali rotan mereka. Biarkan mereka tahu setiap benda ada batasnya. Tapi jangan rotan sampai mereka rasa sakit sangat dan menangis sampai lama bengkak mata. Explain reason anda selepas mereka dirotan.
7. Belikan aja mainan selalu. Jangan berkira mainan sepuluh ringit even mereka dah beli berulang kali. Anda juga minta pada Allah berulang kali dan Allah masih berikan juga.
8. Sahut panggilan mereka apabila dipanggil. Tengok wajah mereka dan tanya kenapa sambil senyum. Jangan biarkan mereka panggil anda berulang kali sedangkan anda leka melayan wall fb.
9. Jangan dipukul anak direct guna tangan. Gunakan medium lain.
10. Setiap hari ambil masa dengar cerita harian mereka. Celoteh mereka mampu buat kita hilang stress.
11. Doa secara spesifik kepada setiap anak kita. Sebut nama mereka dan hantarlah doa sepanjang masa. Minta dan minta benda yang sama tanpa jemu. DIA tahu dan DIA mendengar. Dia nak tengok sampai level mana kita bersabar. Sampai masa jadi lah ia.
12. Bila terjaga di tengah malam. Usap ubun-ubun mereka dan kucup kening. Bercakap dengan dia apa yang kita inginkan pada mereka. Kala itu kita bukan bercakap dengan jasad tapi roh mereka. Reception sangat kuat ketika itu.
13. Bila anda berjauhan dengan mereka. Kirimkan doa dan titipkan kerinduan. Vibration rindu itu pasti didengari.
14. Berikan pujian bila mereka deserve menerima pujian. Pastikan mereka rasa dihargai. Lukis orang lidi pun dah cukup hebat untuk diberikan tepukan bahu dan pujian cantik.
15. Terima anak anda seadanya. Setiap orang diberikan ujian berbeza. Sebahagian diberikan ujian anak eczema teruk. Setengah lagi diberikan anak istimewa. Syurga tempat anda nanti.
Suami Isteri Kena Saling Jayakan
Di sana anak itu akan sihat sempurna cukup sifat. Tersenyum anda di sana.
Kita ni manusia banyak kurangnya. Mana yang salah kita betulkan. Mana yang tak cukup kita tambah.
Tugas ini digalas bersama laki bini. Jangan biarkan wife kita terbongkok-bongkok basuh berak. Jangan juga biarkan suami sorang buat kerja. Buatlah sama-sama.
Itu bukan anak dia. Itu anak kita.
Anak buat cantik. Cantik rezeki tu datang bergolek.
Anda biar semua benda tak cukup kat rumah dan anda enjoy pergi seminar saja. Gerenti ke bulan lah bisnes anda.
Mingguan Wanita : Betul sangat apa yang dikatakan ini. Sentiasa praktikkan. Moga rezeki datang bergolek tanpa disangka.
Sebut saja resipi cheesecake mesti semua akan teruja. Maklum sajalah bukan mak-mak yang suka tapi anak-anak pun sama, kek keju katakan.
Rupanya, nak buat resipi cheesecake ini tidaklah susah sangat pun. Cukup bahan mesti menjadi. Malahan, ada juga yang mak-mak ikut citarasa masing-masing. Ada yang tambah bahan tertentu untuk rasa lebih sedap.
Sebenarnya, nak buat resipi cheesecake ini tidaklah remeh. Paling mudah dan cepat, lebih-lebih lagi bila anak-anak minta malam-malam. Inilah resipi yang diajar oleh doktor, cara buatnya yang hanya ambil masa sejam lebih dan menggunakan 3 bahan saja. Menarik kan!
Jam 8 malam anak-anak kata rasa nak makan kek. Saya terus kata, “Marilah teman Papa buat cheesecake, guna 3 bahan je. Nak?”
“Nak!” jawab Along (10 tahun), Angah (7 tahun 8 bulan) dan Aboy (4 tahun 6 bulan). Isteri di sebelah saya tersenyum.
Kek keju versi saya ini guna 3 bahan saja:
1) 250gm cream cheese
2) 6 sudu besar susu pekat manis
3) 4 biji telur ayam
Ilham ini datang selepas tengok satu rancangan masakan di TV, orang Jepun buat cheesecake versi mereka. Tapi mereka punya kompleks lagi, letak gula, esen vanila, beberapa sudu tepung gandum dan sebagainya. Saya ni manalah suka nak buat resepi kompleks jadi saya kenalah reka/cuba sendiri buat versi sendiri je….
Senang buat, tak ambil masa lama. Anak-anak kecil pun boleh buat. Sebelum jam 9.15 dah boleh makan. Cepat kan!
Bahan-bahan yang diperlukan.
Kacaukan cream cheese dan susu pekat manis. Pastikan ketul-ketul ni dikacau hingga hilang.
Bila sudah siap kacau cream cheese tadi, kacaukan pula telur kuning dan tak perlu kembang pun. Boleh saja minta anak tolong kacaukan telur kuning.
Putih telur perlu dikacau hingga jadi meringue. Tuangkan putih telur ke dalam bekas tinggi dan putarkan guna mixer.Kalau nak kacau manual guna tangan pun boleh.
Guna mixer jadi senanglah. Ini tekstur meringue daripada putih telur ni, kita sendukkan, ia tak jatuh ke bawah.
Masukkan kuning telur ke dalam adunan cream cheese tadi.
Kacau sebati.
Ini rupa adunan cream cheese + susu pekat manis tadi dicampur kuning telur.
Kemudian, masukkan meringue putih telur ke dalam adunan cheese. Kacau perlahan.
Selepas itu, sediakan loyang nak bubuh kek. Terbalikkan bekas,ukurkan dan bentukkan baking paper ni dari bahagian luar.
Alaskan baking paper dalam loyang, tuangkan adunan cheesecake 3 bahan ke dalamnya.
Buat water bath. Loyang kek tu diletakkan dalam bekas lain yang berisi air.
Panaskan oven pada suhu 175’ selsius sebelum masukkan adunan kek. Adunan kek secara water bath ini bakar pada 175’ selsius selama 45 minit.
Dah selesai 45 minit, jam 9 malam anak-anak excited nak makan cheesecake ni. Boleh periksa sudah masak atau tidak dengan menggunakan lidi sate.
Tak ada melekat, maksudnya kek sudah masak elok. Alhamdulillah.
Matikan suis, tutup semula pintu oven tetapi biarkan terbuka sikit, letak guna lidi sate tadi. Biarkan 10 minit lebih kurang.
Dah sejuk, keluarkan daripada oven. Beginilah rupa cheesecake versi saya.
Potong pun senang je. Takde pecah-pecah.
Lembut gebu. Seronoknyaaaaa kek menjadi. Lain kali boleh guna loyang/bekas kecil yang tinggi, supaya kek lebih tebal. Rasanya kalau lebih tebal jadi lebih gebu ni
Sedap, tak manis. Kalau anda suka manis, lebihkanlah susu. Lembut ni tekstur dia, memang tak rugilah buat. Senang pula tu.
Mingguan Wanita : Nanti bleh cuba buat. Guna 3 bahan saja. Mudah sangat.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak.
Sekali pandang, nampak normal dan sangat comel bayi ini kerana pipinya yang tembam dan kemerah-merahan.
Rupa-rupanya pipi bayi yang berasal dari Beijing ini bukanlah tembam, sebaliknya pipinya menjadi bengkak dan kembung selepas disapu sejenis krim pelembab.
Pipi seorang bayi menjadi kembung dan ditumbuhi rambut selepas disapu krim mengandungi steroid di wajahnya.
Gara-Gara Disapu Krim Pelembab
Semuanya bermula selepas ibu bapa bayi itu menyapu krim pelembap berkenaan untuk mengurangkan kesan kulit kering pada wajah anaknya.
Selepas beberapa kali menyapu krim berkenaan, ibu bapa bayi itu menyedari wajah anak mereka mula ditumbuhi rambut, manakala pipi menjadi kembung.
Memetik laporan portal Daily Mirror, ibu bapa bayi itu mendakwa anak mereka hanya diberikan susu badan dan menolak ia menjadi punca kepada masalah berkenaan.
Tidak berpuas hati dengan kejadian menimpa anak mereka menyebabkan ibu bayi itu membuat ujian susu badan di hospital dan keputusan mendapati, susunya normal.
Hospital kemudian menasihatkan supaya ibu bayi itu mengurangkan kandungan susu, namun sebulan kemudian keadaan semakin meruncing.
Bayi malang itu kemudian segera dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut kerana terdapat ramai bayi mengalami masalah sama.
Punca Masalah Disebabkan Krim Pelembab
Selepas pemeriksaan lanjut, doktor mengesahkan punca masalah itu disebabkan krim pelembap mengandungi steroid yang digunakan pada wajah bayi terbabit.
Doktor menasihatkan supaya krim berkenaan hanya disapu untuk jangka masa pendek bagi mengurangkan risiko pada kulit bayi.
Sebaik menghentikan penggunaan krim itu, keadaan wajah bayi berkenaan semakin pulih, sebelum dibenarkan pulang.
MW: Sesetengah krim pelembab tidak boleh digunakan dalam tempoh yang panjang kerana bimbang kesan sampingannya. Sebaiknya dapatkan nasihat doktor sebelum mencuba apa jua jenis produk untuk bayi atau anak-anak mak,ayah ya.
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...