
Isi Kandungan
ToggleMenariknya bila boleh buat minuman yogurt sendiri. Berbanding yang dijual dipasaran pastinya mempunyai bahan pengawet, pewarna dan kandungan gula yang tinggi. Ia sangatlah membahayakan kesihatan. Menurut perkongsian Sumaiyah Abdullah kali ni mak-mak boleh buat minuman yogurt sendiri je. Jika ada tanam pokok buah mulberry dirumah, bolehlah cuba buat yogurt perisa ini.Rasa masam manisnya sempurna betul-betul rasa macam minuman yogurt yang ada dipasaran.
Berikut antara perkongsian resipi tersebut;
“Dah viral minuman yogurt atau berkultur bahaya sebab kandungan gulanya tinggi, kita boleh bikin sendiri je kat rumah. Paling penting tanpa pengawet. Tak susah pun. Semudah abc, macam-macam buah kita boleh pilih. Kali ni saya nak kongsi yogurt mulberry.Betul-Betul rasa macam minuman yogurt. Masam manis tu sempurna.
Buah mulberry yang dah masak ranum. Yang ni dah manis. Korang nak pilih buah lain pun boleh, macam nenas, mangga, strawberi, epal, apa-apa je lah, asalkan buah itu tak terlalu masam.
Bahan-Bahan:
Natural yogurt
Gula organik
Buah Mulberry
Cara Membuat:
1.Lenyekkan mulberry dalam pan atau periuk.
2.Masukkan air dan panaskan sekejap. Jangan sampai menggelegak.
3.Tapis dan sejukkan.
4.Masukkan yogurt asli dan gula organik. Sukatan suka hati. Nak pekat, tambah lebih. Yang penting gula jangan lebih-lebih.
5.Shake atau blend je.

6.Jadilah minuman yogurt tanpa pewarna dan pengawet. Sejukkan dalam peti, anak balik sekolah terus minum.
Siap! Selamat mencuba!
Sumber: Sumaiyah Abdullah
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Beratnya Beban Lafaz Talak Di Suami Yang Soleh, Peguam Syarie Kongsi Ada Lelaki Sanggup Melutut Di Kaki Isteri

Isi Kandungan
ToggleBeratnya Beban Lafaz Talak Di Suami Yang Soleh
Peguam Syarie Kongsi Ada Lelaki Sanggup Melutut Di Kaki Isteri
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– 7 Tahun Kahwin, Fazura Fail Perceraian Terhadap Fattah
“Moga Bersemangat”, Fazura Titip Doa Kepada Isteri Besarkan Anak 7 Saat Suami Dalam Penjara
Gaya Fatima Aisya Di Pentas Peragaan Curi Perhatian. Fazura Sedia Beri Bimbingan
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rozita Che Wan Buat Laporan Polis, Akan Cari Sampai Lubang Cacing Individu Hina Anak

Isi Kandungan
ToggleRozita Che Wan buat laporan polis, akan cari sampai lubang cacing individu hina anak. Kalau sesiapa pun ibu di tempat Rozita Che Wan, pasti akan mengamuk. Bukan saja menghina ini siap menyamakan anaknya Aaisyah Dhia Rana, 10 tahun seperti pelacur gara-gara pakaian yang sering digayakan anak kesayangannya itu.
Sangat melampau dan hal ini pasti sukar diterima oleh sesiapa pun kerana kita seharusnya bercakap yang baik-baik dan bukan menuturkan kata buruk kepada orang lain.
Ekoran anaknya dihina, pelakon versetail ini telah membuat laporan polis di Kota Damansara berhubung hinaan dibuat terhadap anaknya.
Menyifatkan hinaan itu sangat melampau, Che Ta mengakui tidak akan melepaskan individu yang menghina anaknya itu hasil perkahwinan bersama aktor Zain Saidin.

Che Ta akan cari sampai lubang cacing
Ujar Che Ta, dia enggan banyak bercakap hal ini dan akan menyerahkan segalanya kepda pihak berkuasa bagi menyelesaikan tindakan kurang ajar pada komen dibuat.
Ekoran berang dengan tindakan individu ini, dirinya juga berkata akan mencari hingga ke lubang cacing individu tersebut walau akaun media sosialnya sudah dinyah aktifkan.
Tak ada masalah! Aku akan cari sampai lubang cacing.
“Silap besarlah hang cari pasal dengan aku,” tulisnya.
Malah dirinya turut membuat laporan ke SKMM bagi menjejaki akaun pemilik yang menghina anaknya itu. Apa pun tahniah buat Che Ta kerana tidak berdiam diri saat anak diperlakukan demikian kerana anak seharusnya dilindungi.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Anak-anak lebih suka makan di rumah. Rozita Che Wan hias meja makan tarik selera makan di rumah!
Rozita Che Wan Tanam Impian Tunai Ibadah Haji Tahun Depan & Kongsi Pengertian Aidiladha
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
8 Cara Ini Akan Buat Mak-Mak Pantai Timur Bersara Tenang, Cerah Masa Depan

Isi Kandungan
ToggleWanita Pantai Timur ini sememangnya terkenal dengan keistimewaan mereka yang ‘pandai cari duit’ dalam menyara keluarga. Rata-rata usahawan hebat di negara kita ini pun, datangnya dari sana. Baik perniagaan kosmetik, jamu, kain batik malah emas sekali pun.
Tapi sejauh mana kebijaksanaan mak-mak Pantai Timur ini dalam membuat tabungan persaraan untuk hari tua? Ini perlunya ilmu celik kewangan agar mak-mak dapat menikmati usia pencen yang tenang dan membahagiakan.
Tak perlu lagi risau soal kewangan sebab ia telah dirancang awal. Inilah saranan ‘Bersara Tenang’ yang mak-mak Pantai Timur tak boleh lepaskan walau satu poin sekalipun.
Ini 8 Cara Untuk Mak-mak Pantai Timur Bersara Tenang
Pertama : Tak Selamanya Kita Sihat Dan Berupaya Mencari Rezeki
Semakin umur meningkat, katakan memasuki usia 40-an ke 50-an, sakit-sakit mula menjenguk diri. Akhbar tempatan pernah melaporkan makanan manis antara punca obesiti di kalangan penduduk di Kelantan. Sebelum diserang penyakit kritikal mahupun obesiti, mak-mak belajarlah ilmu menabung.
Bimbang kalau tiba-tiba kena bersara secara ‘terpaksa’ akibat penyakit. Kelak menghilangkan ketidakupayaan mencari rezeki. Lainlah menyimpan siap-siap. Bersedia itulah lebih baik daripada berserah.
Kedua : Belajar Rancang Simpanan Jangka Masa Pendek Dan Panjang
Rancang simpanan mak-mak dengan tabungan di bank setiap bulan. Satu lagi cara, mak-mak buat pengurusan kewangan perancangan persaraaan di KWSP. Simpan secara teratur dan berkala. Lagi-lagi untuk mak-mak yang jenis berbelanja tinggi. Rancang kewangan sebegini takkan menyulitkan masa depan mak-mak.
Ketiga : Rancang Strategi Kewangan Peribadi
Maknanya di sini, mak-mak perlu bahagikan siap-siap simpanan dan perbelanjaan. Agar tak terlebih belanja. Simpan terus dalam tabung yang boleh dipercayai bagi menghalang mak-mak dari ‘mengambil sesuka hati’ duit sendiri. Lagi-lagi kalau ada berlaku kecemasan tak terjangka.
Keempat : Kukuhkan Strategi Kewangan Syarikat/Perniagaan
Setiap bulan, hasil keuntungan dari berniaga perlu diasingkan. Jangan gunakan untuk apa pun tujuan. Walaupun untuk membesarkan syarikat sendiri. Ilmu nak perkukuhkan kewangan syarikat ini pun mak-mak kena gali dalam-dalam supaya tak tersalah percaturan dan memakan diri malah perniagaan.
Kelima : Hati-hati Dengan Pinjaman
Ramai wanita buat kesilapan dengan pinjaman, baik peribadi mahupun perniagaan. Nak buat pinjaman apa sekalipun kenalah merancang dan teliti tempoh bayar balik agar tak terjerat dengan hutang pinjaman dalam usia persaraan.
Keenam : Kenapa Mak-Mak Kena Fit
Terlalu sibuk uruskan hal keluarga dan menjana pendapatan sampai mak-mak lupa nak tengok kesihatan diri. Jangan sampai macam itu. Wanita hebat perlu nampak cantik luaran dan dalaman. Sebab itulah amalan pemakanan seimbang, bersenam dan amalan gaya hidup sihat menjamin mak-mak awet muda dan panjang usia.

Ketujuh : Soal Hibah Yang Kadang Mak-mak Terlupa
Kita tak selamanya hidup ya mak-mak. Sebab itulah pentingnya memberikan penama pada
simpanan yang mak-mak buat di KWSP atau pun hibah. Lakukan dengan pihak yang bertauliah dan dipercayai agar tak timbul soal perebutan kelak apabila mak-mak telah tiada.
Kelapan : Usia Emas Yang Produktif
Ini yang pernah dikongsikan CEO KWSP dalam laporan BERNAMA “Jika anda rasa gaya hidup anda memerlukan anda membelanjakan sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan bagi tempoh 20 tahun akan datang, jadi anda seharusnya menyimpan anggaran kasar lebih RM600,000.
“Bagaimanapun, jika anda mempunyai simpanan RM228,000 pada usia 55 tahun, mencukupi bagi anda untuk mengeluarkan kira-kira RM1,000 sebulan sehingga anda berusia 75 tahun… Sama ada ia mencukupi atau tidak akan bergantung kepada perbelanjaan anda.”
Jadi setelah memahami 8 cara ‘Bersara Tenang’ seperti yang dikongsikan ini, mak-mak gali dan dalamilah ilmu kewangan dalam program kempen Celik Kewangan KWSP Pantai Timur yang akan berlangsung pada 22 September 2018 di Kota Bharu, Kelantan dan 29 September 2018 di Kuala Terengganu, Terengganu.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI