Apam Polkadot memang comel dan cantik. Jika mak-mak tiada ‘piping bag’ di rumah untuk paipkan adunan dalam acuan, rupanyan boleh juga guna bekas sos. Pastikan kukus dengan api perlahan untuk elak apam ni merekah dan cantik licin pada permukaannya.
Baca perkongsian resipi Apam Polkadot yang dibuat jual daripada Puan Abby Razy ini;
“Buat Apam Polkadot guna bekas sos. Tak sangka idea anak yang bernas. Gi kedai nak beli piping bag,piping bag abis. Idea dia suh beli botol sos. Alhamdulillah..settle.”
RESEPI APAM POLKADOT
Bahan 1:
3 bji Telur Gred A – dari dalam peti ais
1 cawan gula halus – saya guna gula pasir blender je sampai halus
150ml/ 1cawan susu cair
1 sudu besar ovelate
1 sudu besar butter vanila paste/ esen vanila
Bahan 2 (disatukan & diayak):
2 cawan Tepung Gandum
3 sudu kecil Baking Powder
Cara Membuat:
1. Mix telur dahulu dengan kelajuan paling tinggi, kemudian masukkan gula halus, ovelate pukul lagi sehingga bertanduk. Selepas tu masukkan susu cair.
2. Selepas siap mix bahan 1, masukkan tepung yang diayak tadi. Mix paling minima sehingga rata. Last sekali masukkan perisa butter vanilla supaya apam berbau wangi.
Ads
3. Bahagikan adunan kepada 2,letak warna ikut suka.
4. Panaskan periuk kukus, buka api kuat sehingga air menggelegak.
5. Adunan dimasukkan dalam piping bag.
6. Paip separuh dalam acuan, letak inti. Kemudian paip sampai penuh, pastu boleh le letak dot-dot atau corak ikut suka.
Ads
7. Bila air dah menggelegak, kukus apam dalam 8-10minit dengan api yang paling perlahan.
TIPS :
1. Pastikan penutup periuk kukus dibalut kain, supaya air tak jatuh atas apam.
2. Pastikan kukus dengan api yang perlahan untuk elak apam merekah.
Ads
3. Mix telur dahulu paling maksima sehingga kembang untuk dapatkan apam yang lembut dan gebu.
4. Simpan apam dalam bekas kedap udara untuk tahan lama.
MW: Jadi tak perlu risau kalau tiada piping bag di rumah, boleh juga guna bekas sos ini nak buat apam. Cara ini juga lebih mudah dan apam pun jadi comel.
Senang je rupanya nak buat kuih tradisi Cakar Ayam ni, hanya perlukan tiga bahan iaitu keledek, gula dan minyak untuk menggoreng. Cakar Ayam ni sangat rangup dan manis rasanya, biasanya dijadikan kudapan snek untuk minum petang.Jika selalu mak-mak beli, apa kata kali ini cuba buat sendiri.Malah boleh juga dijadikan pendapatan sampingan. Sebab ramai juga yang memilih kuih ini untuk dijadikan oleh-oleh istimewa ketika kenduri kahwin mahupun majlis-majlis tertentu.
Berikut merupakan perkongsian resipi oleh Are Peace sebagai rujukan.
Bahan-Bahan:
2 Cawan Ubi Keledek Putih (parut/sagat kasar)
4 Sudu Besar Gula Pasir
Minyak untuk menggoreng
Cara Membuat:
1. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali.
2.Masukan gula pasir ke dalam minyak panas tersebut dan kacau sehingga gula cair dan menjadi keperangan.
3.Masukan ubi keledek yang telah di parut tadi, goreng sampai keperangan (kacau jangan berhenti ye masa ni).
4.Angkat dan tos kan mnyak.Masa panas-panas tu terus bentukkan supaya menjadi bulat.Masuk dalam acuan dan tekan dengan sudu,(saya guna botol yang di potong menjadi bentuk gelang, boleh rujuk gambar).
Info Ekstra!
Masukkan Gula Pasir, BUKAN air gula kedalam minyak panas.
Jangan tunggu sampai keledek tu keras ye.. sebab dia memang tak akan keras masa goreng tu.Bila dah sejuk nanti dia akan jadi rangup sendiri.
Petang-petang ni memang sedap kalau dapat buat karipap goreng panas-panas. Tak kisah inti sardin ke, inti kentang ke. Kalau mak-mak selalu buat karipap biasa, apa kata cuba belajar buat karipap pusing yang rangup lagi cantik ni. Senang je nak buat karipap pusing ni rupanya. Paling penting tak pecah berderai sebab tak gunakan marjerin. Caranya satu persatu ada dikongsikan oleh Puan ChaSya Aripinini.
Boleh belajar cara buat Karipap Pusing rangup yang dikongsikan ini sebagai rujukan;
“Now, everyone can cook, tak gitu ibu-ibu? Yang xpernah buat pun, berjaya buat musim PKP ni.Jom belajar buat karipap pusing rangup pulak nak? Sila duduk dan jangan lari. Cara buat ada di bawah dan di gambar.”
“Karipap ni tak guna marjerin. Jadi bukan rapuh pecah berderai.”
1. Doh minyak
2½ cawan tepung gandum
Minyak
Uli 2 bahan ni aje, buh minyak sikit-sikit smpai jadi doh yang elok tak mlekat ditangan.
2. Doh Air
3 cawan tepung gandum
½ sdk garam + air, jadikan air garam
2 sdb minyak
Air secukupnya
Gaul semua bahan, tambah air sikit-sikit sampai jadi doh yang tak melekat ditangan.
* Bulatkan kedua-dua doh sama banyak bilangan bolanya
Cara Membuat:
1.Masukkan doh minyak dalam doh air.
2.Canai nipis, gulung
3.Canai nipis lagi skali doh yang digulung tadi, pastu gulung lagi sekali.
4.Potong setebal 1cm.
Ambil 1 yang dipotong tadi, hujung pusaran atau ekor dia tu, tarik ke bawah sikit, sebagai lapisan bagi lagi kuat dia pegang pusar-pusar tu, canai nipis.
Terbalikkan, bahagian bawah yang dicanai tu jadi duk bahagian dalam. Isi inti, kelim macam biasa.
Boleh goreng dengan minyak panas, api sederhana.
Untuk frozenkan, boleh goreng kejap atau bakar kejap.
MW: Jadi mak-mak yang selalu buat karipap biasa tu, boleh belajar buat karipap pusing yang rangup ni. Paling penting tak hancur berderai elok kejadiannya.
Penggemar kentang goreng rangup, anda patut cuba! Ini kali pertama kali buat dan hasilnya menjadi, malah anak-anak cukup suka. Rasanya lebih kurang kerepek kentang Mister Potato yang dijual di kedai tu…
Nak cuba tak? Ok boleh godek bahan dan cara buat yang betul guna resepi Puan Nurafyfah Yacob ini.
Bahan-bahan:
3 biji kentang
2 sudu makan cuka
500ML air
Sedikit perencah manggi kari
Sedikit perencah pasti sedap KNORR
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara nak buat kentang goreng:
1. Hiris kentang nipis-nipis menggunakan pisau buah.
2. Didihkan air bersama cuka terlebih dahulu. Kemudian masukkan hirisan kentang tadi. Perlahankan api, biarkan selama 3 minit.
3. Angkat dan cuci kentang tersebut dan toskan sebelum menggoreng.
4. Panaskan minyak. Goeng dengan api sederhana besar. Bila nampak kekuningan, angkat dan toskan.
5. Tabur sedikit perencah maggi kari dan perencah pasti sedap KNORR atau apa-apa perencah yang anda suka.
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pelajar tingkatan tiga jatuh asrama kritikal, ibu rayu doa orang ramai anak kembali pulih. Tiada yang lebih menyakitkan daripada melihat darah daging sendiri terbaring...