Buah-Buahan Berwarna Kuning Baik Untuk Kesihatan & Kulit, Ini Sebabnya!

Apa itu buah-buahan berwarna kuning? Ia terdiri daripada buah lemon berwarna kuning sehinggalah kepada tembikai wangi yang berwarna oren lembut.

Buah-buahan berwarna kuning ini penuh dengan antioksidan dan vitamin C.

Menurut artikel yang ditulis oleh John Staughton (BASc,BFA) di dalam organicfacts, buah-buahan berwarna kuning juga kaya dengan flavonoid, likopen, potassium dan beta karotena.

Nutrien atau zat ini adalah bahagian penting untuk pembentukkan tulang, gigi dan kulit yang sihat. Ia juga amat penting untuk memperbaik jantung, pencernaan dan sistem imun. (1)

Buah-buahan berwarna kuning termasuklah:

-Lemon
-Mangga
-Nanas
-Pisang
-Epal kuning
-Buah Tin (Fig) kuning
-Tembikai kuning
-Pear kuning
-Nectarin
-Pisang kaki
-Kiwi Golden
-Tembikai wangi / cantaloupe
-Limau gedang
-Aprikot
-Pic
-Betik
-Belimbing

Buah-Buahan Berwarna Kuning Baik Untuk Kesihatan & Kulit, Ini Sebabnya!

IKLAN

Artikel berkaitan:

Ada Apa Dalam Latok @ Anggur Laut?

Walau Sedikit Pahit Dimakan, Sayur Kailan Tetap Penuh Khasiat

IKLAN

Kebaikan Buah-Buahan Berwarna Kuning

Buah-buahan berwarna kuning sumber yang kaya nutrien. Ia mampu memberikan kebaikan terhadap kesihatan.

1-Mengandungi sejumlah besar vitamin C, yang bukan sahaja baik untuk sistem imun tetapi mampu membantu kulit membina kolagen. Pengambilannya mampu memastikan kulit anjal dan kelihatan muda. (2)

2-Kepekatan tinggi vitamin C di dalam buah-buahan ini dikatakan mampu membantu tubuh membentuk tulang dan sendi yang sihat.

3-Vitamin A dalam buah-buahan ada warna kuning ini, yang berasal daripada beta karotena sebaik dimakan, penting untuk kesihatan mata dan mengurangkan risiko kemerosotan makular.

IKLAN

4-Antioksidan dalam buah-buahan  ini dikatakan mampu membantu menentang radikal bebas.

5-Buah-buahan ini juga dikatakan mampu membantu menyihatkan jantung. Ia juga dikatakan mampu merendahkan tekanan darah dan tahap kolesterol apabila dimakan. Selain itu pengambilannya dikatakan mampu mengekalkan kesihatan pH tubuh.

6-Kesemua nutrien atau zat dalam buah-buahan ini dikatakan amat baik dalam membantu tubuh melalui proses penyembuhan daripada sebarang masalah kesihatan atau keretakan tulang.

7-Buah-buahan ini juga dikatakan mengandungi tahap serat penting, yang mana dikatakan mampu memastikan sistem pencernaan bersih dan sekaligus mampu membantu dalam pengurangan kolesterol yang terbina dalam sistem kardiovaskular. (3)

Sumber: organicfacts

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI