Dalam menguruskan rumah tangga, mesti isteri tidak dapat lari dalam menghadapi stres. Maklum sahaja, kesibukan uruskan rumah tangga, bekerjaya (jika bekerja) dan tidak kurang juga dalam melayan karenah anak-anak. Semua itu, isteri kena hadap dan perlu laluinya.
Namun, setakat manalah yang mampu isteri kurangkan stres. Mungkin ada isteri yang suka menyendiri, makan atau keluar sendirian untuk mengawal stres. Jadi, suami kenalah perhatikan bila isteri stres, bagilah masa untuk berehat. Sekurangnya stres yang dihadapi mampu dikurangkan. Jangan ditambah perasaan stres itu ye para suami.
Dalam mengurangkan atau menguruskan stres, setiap isteri ada cara tersendiri. Perkongsian daripada Rubiatul Addawiyah mungkin dapt membantu isteri di luar sana dalam mengendalikan stres. Moga perkongsian ini memberi manfaat pada isteri di luar sana.
Lain Orang lain Caranya
Di sini, saya mahu kongsi cara mengurus stres yang digunakan dan terbukti berkesan untuk diri saya sebagai seorang suri rumah.
Perlu diingat, lain orang, lain caranya.
Ads
Stres perlu diurus dengan betul supaya kita tidak berlama-lama dalam tekanan tersebut.
1. Persekitaran Selesa
Suri rumah yang berada 24/7 di rumah sangat perlu kepada persekitaran yang dia boleh rasa selesa. Contoh jika dia suka berada di dalam rumah yang kemas dan tenang, dia perlu berusaha mewujudkan ruang tersebut. Cuba terapkan konsep deko kawan-kawan ke dalam suasana rumah kita. Namun AWAS! Seperti biasa, please expect less apabila berurusan dengan anak-anak kecil.
2. Menyendiri
Jika sedang berada dalam keadaan stres yang melampau, ambil masa untuk menyendiri. Agar kita dapat bertenang dan berfikir dengan waras akan tindak tanduk yang bakal dilakukan. Jika perlu keluar, keluar sebentar. Suami perlu ALERT dengan perubahan karakter isteri.
3. Kenalpasti Stres
Cuba kenal pasti apa yang boleh mengakibatkan kita stres. Contohnya, ada ibu yang tak boleh melakukan kerja hanya kerana lantai rumahnya melekit atau baju berbakul-bakul belum dilipat.
Ads
Kadang-kadang bagi orang yang melihat, ia nampak seperti perkara kecil sahaja sedangkan bagi ibu tadi, itu punca dia akan mula marah-marah. Maka di sini, perlukan kerjasama ahli rumah untuk sama-sama membantu. Berat sama dijinjing, ringan sama dipikul.
4. Berbincang
Kita rasa kita mampu buat semuanya sendiri sedangkan kita tak sedar keupayaan kita terhad. Maka di sini, minimakan perasaan ingin melihat sesuatu itu dengan sempurna atau lengkap. Sekali lagi, EXPECT LESS! Luahkan apa yang terbuku, usah pendam perasaan seorang diri.
5. Hobi Lama
Cari kembali hobi yang dah lama ditinggalkan itu. Supaya bila kita buat sesuatu yang kita suka, kita akan gembira.
Ads
6. Kumpulan Sokongan
Cari kumpulan sokongan yang sama niat dengan kita. Satu kasut dengan kita. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
7. Makanan Berkhasiat
Ambil makanan yang berkhasiat supaya kekal cergas dan bertenaga. Minum air yang mencukupi. Sesekali, reward diri sendiri. Paling utama, jangan lupa bagi rehat pada diri. Ketahui had yang ada pada tubuh badan kita.
Insya Allah, kita semua mampu menjadi suri rumah tangga dengan baik apabila kita dapat mengurus stres dengan betul.
MW: Jadi, isteri kenalah pandai uruskan stres supaya jadi suri rumah terbaik untuk keluarga.
Balut dengan kain kanvas, lelaki ini selamba bawa mayat ibu ‘bersiar-siar’ naik kereta. Namun tindakannya itu akhirnya terbongkar apabila ditahan pihak polis.
Lelaki Ini Bawa Mayat Ibu ‘Bersiar-Siar’
Seorang lelaki di Tennessee, Amerika Syarikat diberkas polis kerana membalut mayat ibunya dengan kain kanvas dan membawanya ‘bersiar-siar’ menaiki trak ke seluruh negeri itu, lapor akhbar New York Post kelmarin.
Thomas Henshall Jr., 37, ditahan polis di Pusat Perubatan Jabatan Hal Ehwal Veteran di Nashville Sabtu lepas kerana membawa mayat ibunya dari daerah Hamilton sambil berhenti seketika untuk mengisi minyak, makan dan minum bersama teman wanitanya.
‘Bersiar-Siar’ Naik Kereta
“Dia mendakwa ibunya telah membunuh diri dan mayatnya ditemui di sebuah kawasan hutan di Chattanooga,” kata polis Nashville.
Suspek turut memberitahu polis bahawa dia mengambil teman wanitanya pada pagi Sabtu lepas dengan mayat ibunya yang sudah berada di dalam kenderaannya sebelum mereka berhenti seketika untuk makan, minum dan mengisi minyak.
Polis berkata, pasangan kekasih tersebut kemudiannya bersiar-siar sejauh 209 kilometer dari Pusat Perubatan Jabatan Hal Ehwal Veteran Nashville serta melalui beberapa buah hospital dan agensi pihak berkuasa.
Balut Dengan Kain Kanvas
Suspek memberitahu pegawai penyiasat bahawa ibunya, Danielle Bowen, 60 menembak diri sendiri ketika berada bersebelahan dengannya.
Bagaimanapun, suspek dilaporkan memberitahu kekasihnya bahawa dia menemui mayat ibunya di sebuah kawasan hutan.
Dia gagal memberitahu polis bagaimana ibunya boleh mendapatkan pistol tersebut.
Henshall didakwa atas kesalahan gagal melaporkan mayat ibunya dan mengganggu bukti polis.
Dia dipenjarakan di Nashville, manakala ikat jamin ditetapkan sebanyak AS$80,000 (RM334,638). – AGENSI
Mingguan Wanita: Lelaki ini mungkin kurang sihat mentalnya, jika tidak mana mungkin dia sanggup lakukan perkara sebegini. Membawa mayat ibu yang telah meninggal dunia bersiar-siar bukanlah satu tindakan yang normal.
Keadaan ini biasa berlaku bila anak ambil ubat demam, batuk atau selesema, tak sampai 5 minit anak termuntah balik.
Sebenarnya, kalau anak muntah balik antara masa 5-15 minit, mak-mak kena redosing ubat itu. Sebabnya, penyerapan ubat dalam sistem badasn anak tidak berlaku,
Sebaliknya, kalau lebih anak muntah lebih daripada 30 minit selepas mengambil ubat, mak-mak tak perlulah redosing sebab ubat yang diambil tadi sudah diserap masuk ke dalam sistem badan anak.
Jadi, apa yang mak-mak perlu tahu adalah redose ubat itu jika muntah di bawah masa 5-15 minit semasa makan.
Mingguan Wanita: Baiklah selepas ini mak-mak tak perlu ragu-ragu untuk bagi semula ubat bila anak termuntah. Tapi pastikan melihat kembali masa anak muntah dan tempoh pengambilan ubat itu.
Jatuh cinta mungkin mudah, tersuka atau tersayang juga mudah. Tetapi untuk setia pada hanya seorang itu agak payah bagi lelaki. Kadang-kadang dari suka-suka dan tanpa niat. perasaan cinta makin bercambah.
Sebenarnya apabila hadirnya wanita lain dalam hidup anda, ketahuilah hidup anda sedang diuji Allah. Allah nak lihat sejauh mana setianya suami pada isterinya. Jadi, sentiasa beringat dan setialah pada yang satu setelah bergelar seorang ‘SUAMI”.
Jika Allah SWT nak uji kesetiaan kita dalam hubungan senang sahaja… Dia hadirkan seseorang yang lebih baik daripada pasangan kita…seseorang yang pada pandangan kita, ada apa yang pasangan kita tidak ada…
Mungkin lebih berketerampilan, lebih berharta, lebih cantik, lebih solid, lebih bergaya, lebih memahami, ada masa untuk kita, pandai bergurau senda dan pandai memujuk kita di saat kita rasa berduka…
If the timing right, then kita akan jatuh ke dalam “perangkap” tersebut… Maka mulalah ada perasaan membandingkannya dengan pasangan yang kita ada… Dia menepati citarasa kita, dia tick all the boxes… Sifatnya, caranya, gayanya, tingkah lakunya… Sempurna bagi kita…
Tergugat kesetiaan kita pada yang sudah ada depan mata… Tapi adakah ianya baik utk kita? Boleh jadi sesuatu yang kamu suka itu bukanlah yang terbaik untuk kamu dan boleh jadi sesuatu yang kamu benci itu sebenarnya itulah yang terbaik untuk kamu… Ini Allah SWT yang berfirman…
Peringatan dari Allah SWT… Maka, ingatlah akan ayat ini sentiasa supaya kita tidak terpesona dan terpedaya dengan apa yang di uji-Nya terhadap kita…
Setia itu mahal, jangan mengharapkannya dari mereka yang murah…
MW: Semoga perkongsian ini dapat dijadikan inspirasi untuk setiap pasangan menjadi lebih setia dalam hubungan. Jika anda ingin pasangan setia hujung nyawa, cubalah untuk menjadi seorang yang setia juga.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pelajar tingkatan tiga jatuh asrama kritikal, ibu rayu doa orang ramai anak kembali pulih. Tiada yang lebih menyakitkan daripada melihat darah daging sendiri terbaring...