Masuk seminggu Allahyarham Fatimah Binti Othman, 70 ibu kesayangan pelakon Datuk Ziela Jalil dijemput Ilahi. Kenangan bersama arwah ibu sewaktu hayatnya, jadi ingatan terindah buat Ziela. Teringat akan hasrat hatinya mahu menyiapkan sebuah bilik cantik untuk arwah ibu yang tak kesampaian.
Kongsi Ziela, bilik arwah ibu yang diimpikan itu sepatutnya dilaksanakan pada 2018. Namun, waktu itu rezekinya belum ada. Bila mana ibunya keluar dari hospital sekitar November lalu, Datuk Ziela pun berhajat nak tunaikan apa yang belum terlaksana untuk ibunya.
Kebetulan ada rezeki lebih. Sayangnya, belum pun sempat nak buat, ibunya sudah pergi untuk selamanya pada 11 Disember lalu jam 1.15 pm.
Nak Buat Bilik Mak, Tapi Tak Kesampaian
“@laureahomefurnishing 2018 sepatutnya nak buat bilik mak tapi rezeki belum ada, bila mak keluar dari hospital pada 26 November 2020 tu message saya pada Siti.
Saya hubungi Siti semula, nak buat bilik mak dengan duit yang dapat dari Filem Jebat. Tapi tak kesampaian. Saya cukup yakin mak berada di tempat paling cantik dalam taman-taman syurga Allah. Dalam limpahan Rahmat dan kasih sayang Allah sekarang ni, Aamiin Aamiin Aamiin Yaa Rabb Yaa Mujib.”
MashaAllah.. Begitu Tertib, Penuh Kasih Sayang Jenazah Ibu Diurus
Ziela begitu terharu dengan rakan-rakan yang menyantuni perjalanan akhir arwah ibunya dengan baik. Begitu juga dengan sokongan dari keluarga dan sahabat handai yang sedikit sebanyak memberi kekuatan untuknya menghadapi ujian hebat ini.
“Tq so much @jaydeesm @beritaharian and ziela nak mengambil kesempatan juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada aunty nab @datozainab, Dato @rozzanarahmat, Dato Ustaz Nor Mohammad, orang terawal yang saya call untuk minta tolong sehingga teratur dan sempurna perjalanan Ibu saya.
“Kakak-kakak dari Masjid Al Taqwa TTDI yang sama-sama memandikan dan mengkafankan jenazah Ibu saya. MashaAllah, begitu tertib dan penuh kasih sayang dan adab kesopanan cara mereka menguruskan jenazah Ibu saya.
Begitu juga mereka yang menyiapkan kubur tempat persemadian jasad Ibu saya, terima kasih. Alhamdulillah Yaa Rabb, Allah kirim kan hamba nya yang baik-baik untuk menolong saya. Terima kasih juga kepada sahabat-sahabat saya, kaum keluarga saya, keluarga besan. Yang tak henti-henti memberi sokongan dan kekuatan buat saya dan keluarga during our difficult time.
Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung maupun tidak langsung sepanjang pengurusan jenazah Ibu saya, hanya Allah sahaja yang dapat membalas semua kebaikan kalian, Aamiin… mohon maaf dari saya dan keluarga jika tertinggal sesiapa yg saya patut sebut kan… Terima kasih juga kepada Datin Seri @latifahhaddad atas semua gambar dan video sepanjang pengkebumian Ibu saya.”
Ads
Doa Datuk Ziela Untuk Arwah Ibunya
Allahu Akbar!
Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un “We surely belong to Allah and to Him we shall return.”
Ya Allah! Ampunilah dan rahmatilah dia, lepaskanlah dia daripada apa-apa yang tidak disukainya dan maafkanlah dia, muliakanlah keadaannya dan luaskan kuburnya. “Mandikanlah dia dengan air, salji dan air yang dingin. Bersihkanlah dia daripada segala kesalahan sebagaimana dibersihkan baju yang putih daripada segala kekotoran. “Gantikanlah rumahnya yang lebih baik daripada rumahnya, keluarga yang lebih baik daripada keluarganya dan pasangan yang lebih baik daripada pasangannya. “Masukkanlah dia ke dalam syurga dan peliharalah dia daripada fitnah kubur dan azab neraka. “Ya Allah! Janganlah Engkau tahan pahalanya daripada kami dan janganlah timbulkan fitnah kepada kami selepas kematiannya serta ampunilah kami dan dia.”
Telah kembali ke Rahmatullah Ibu kesayangan Ku, Allahyarhama Fatimah Binti Othman.
Yaa Allah rezeki Mak dijemput Allah pada hari jumaat yang penuh Barakah, semoga berbahagia lah mak dalam Syurga Firdaus Allah hingga hari Akhirat, Aamiin Yaa Rabb Yaa Mujib… Selamat jalan mak, mak telah pergi dahulu, ziela pasti menyusul kemudian, berbahagia lah mak menemui penciptamu Allah Azawajalla, sedih nya hati ini, Allah saja yang tau, doa ziela akan sentiasa bersama mak Allahyarhama Fatimah Binti Othman #11December2020 #harijumaatpenuhbarakah
Ibu Ziela meninggal dunia akibat komplikasi pelbagai penyakit di kediaman penerbit ini. Allahyarham menghidap kencing manis, angin ahmar dan darah tinggi yang menyebabkan ginjal gagal berfungsi. Sebulan sebelum pemergiannya, arwah pernah diserang angin ahmar.
Arwah ibunya ini tinggal bersama-sama keluarga Ziela dan disifatkan anak perempuannya, Dr Puteri Julia, keduanya bagaikan sukar dipisahkan. “Mama berbakti kepada arwah nenek yang persis Mama sifatnya.”
MW : Semoga roh Allahyarham Fatimah Binti Othman di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Menjadi seorang isteri dan ibu bukan tugas yang mudah. Pelbagai tanggungjawab dan tugasan rumahtangga perlu diuruskan dengan baik agar segalanya teratur sempurna.Pengorbanan buat seorang ibu dan isteri ini turut diakui oleh pelakon lelaki Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 29, yang berkahwin dengan Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir, 30.
Baru-baru ini ayah kepada Muhammad Luth Ali,1 ada berkongsi gambar dirinya sedang melipat baju-baju milik anaknya. Menurutnya itu merupakan kali pertama pelakon drama Hati Perempuan ini menolong isteri melipat baju yang telah dibasuh, serta terasa kepayahan dalam melakukan tugasan tersebut.
Saharul Ridzwan juga berterima kasih atas pengorbanan isterinya serta meminta maaf jika kekurangan pada dirinya yang bergelar suami.
Berikut antara perkongsian tersebut;
“Menjadi seorang Ibu bukan mudah. Nak melayan karenah anak, sediakan makanan untuk keluarga dan mengemaskan rumah dalam satu masa, bukannya mudah. Kalau saya letih bekerja diluar, Isteri saya pun letih di rumah.”
“Sejujurnya ini kali pertama saya tolong lipatkan baju yang dah dibasuh, kat depan ni baru baju Ali. Penat. Sakit pinggang duduk lama-lama macam ni.”
“Kami tiada maid, semuanya handle sendiri. Ali tengah tak berapa sihat, Mummy dia yang kena dodoikan semua. Besarnya jasa seorang Ibu. Terima kasih Umi, Terima kasih Isteriku. Maafkan saya kalau ada yang terkurang sebagai suami.”
Perkongsian ini mendapat pujian daripada para pengikut instagramnya dan menganggap pelakon ini seorang suami yang memahami tugasan dan pengorbanan seorang isteri. Tidak kurang ramai yang mendoakan kebahagiaan saharul ridzwan sekeluarga.
rama_rahmahUntung dapat suami yang memahami macam nie.
_kamariah.kassimAlhamdulillah…sebagai suami yang faham, punya hati nurani yang sempurna, berat sama dipikul, ringan sama dijanjing, terbaik.In shaa Allah semuga berkekalan hingga ke Jannah dan bahagiaaa, aamiinnn.
biskutrayagebusBaguihlah..ikut sunnah nabi ni..tahniah sebeb memahami peranan sebenar seorang Suami dik..tahniah..
wm_adamifzal09 Susah nak cari suami rajin tolong lipat kain.. Bertuah sape dapat laki macam ni..
nadiatul_akma_mat_nuarDapat suami yang memahami alhamdulillah dah, memahami dan tolong samalah.
faziyanaTahniah.. Semoga sentiasa istiqomah dalam menghargai pengorbanan seorang wanita bergelar isteri dan ibu yang sentiasa super busy.
Alhamdulillah tahniah buat Saharul Ridzwan kerana memahami dan menghargai tugasan serta pengorbanan seorang isteri. Memang bertuah bagi seorang isteri bila memiliki suami yang turut tolong menyelesaikan kerja-kerja rumah bersama-sama.
Alam persekolahan dah seminggu berlalu, Barangkali masih ada baju yang belum ditampal lencana sekolah. Ini cara paling mudah tampal lencana sekolah anak. Yang pasti tak melekit tangan mak-mak dengan gam UHU.
Perkongsian DIY mudah tampal lencana sekolah anak dengan Double-Sided Adhesive Cloth ini ditunjukkan oleh Puan Norhasnita Mohd Anuar. Akuinya, ini cara paling mudah dan cepat.
Puan Norhasnita Mohd Anuar dan keluarga
“Beberapa hari sebelum buka sekolah ada orang share cara-cara nak gam lencana dan nametag sekolah. Tahun lepas akak guna gam UHU je. Tak rajin nak jahit. So far, guna gam UHU ok. Tak tercabut pun walau dah banyak kali basuh.
“Tahun ni Akak try guna double-sided adhesive cloth ni pula. Nampaknya cara ni yang paling mudah dan cepat.”
Mana Nak Cari Double-Sided Adhesive Cloth
Cari kat bahagian kraf.
Mak-mak pergilah ke Daiso yang berdekatan. Kat Shah Alam ini boleh pergi kat Aeon Mall Seksyen 13 tu. Pastu cari kat bahagian craft.
Caranya senang sahaja. Potong double-sided adhesive cloth tu ikut saiz lencana dan nametag. Lepas tu terus iron. Tak sampai 5 minit dah siap. Cara-caranya akak share juga dalam gambar.
Panduan Bergambar Tampal Lencana Sekolah Anak
Setting dulu nametag dan lencana. Sediakan double-sided adhesive cloth.
Sesungguhnya kematian dan akhirat itu pasti. Bagaimana pengakhiran kita itulah yang utama. Setiap amalan-amalan baik yang dilakukan pastinya akan dihitung di akhirat kelak, namun demikian ada juga yang telah ‘ditunjukkan’ di dunia, sebagai pengajaran buat kita yang masih bernyawa dan mengharap keampunannya ini.
Jenazah seorang lelaki bernama KH Ahmad Baidowi didapati masih berada dalam keadaan elok biarpun sudah dikebumikan hampir tiga tahun lalu.Arwah ialah seorang ahli agama di Dusun Banbalang, Desa Batoporo Barat, Kabupaten Sampang, Madura.
Betulkan Keadaan Kubur
Kejadian luar biasa itu disedari oleh anaknya sendiri, KH Ahmad Sufyan ketika membetulkan kawasan kubur arwah selepas dilanda hujan lebat,Isnin lalu.
“Saya perasan tentang keadaan jenazah bapa ketika saya masuk ke dalam lubang kubur untuk membetulkan kayu yang dilapik di atas jenazah.
“Saya terkejut melihat jasadnya berada dalam keadaan baik malah rambut bapa juga masih kelihatan,” katanya kepada Detik.Com, Jumaat lalu.
Kubur Bau Wangi
Selain itu, kubur arwah turut berbau wangi dan tidak mempunyai sebarang bau mayat yang kebiasaannya hanyir meskipun kuburnya ditenggelami air banjir.
Namun begitu, Sufyan melarang orang lain masuk ke dalam kubur dan menyentuh jenazah bapanya malah mengarahkan posisi jasad dibiarkan dalam keadaan asal.
Tempat Rujukan Isu Agama
Menurut Sufyan, arwah bapanya adalah orang biasa sahaja.Bagaimanapun, sepanjang hayatnya, arwah selalu menjadi tempat rujukan berkaitan isu agama oleh masyarakat setempat selain sering mengajar penduduk kampung mengaji al-Quran.
“Saat dia ingin menghembuskan nafas terakhir, arwah sempat mengucapkan Allahu Akbar sambil tersenyum lalu meninggal dunia dengan begitu mudah dan tenang,” cerita Sufyan lagi.
MW: Semoga kita mengambil pengajaran atas kisah ini. Memperbanyakkan amal ibadat dan memohon keampunannya, semoga pengakhiran kita juga dalam keadaan yang diredhai.
Inkues Zara Qairina bermula 3 September 2025, seramai 195 saksi dirakam percakapan. Mahkamah Koroner Kota Kinabalu menetapkan prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian pelajar...