Sos cili boleh dikatakan salah satu keperluan barang dapur wajib beli setiap bulan, sebagai sos pencicah. Sebotol kecil pun boleh tahan juga harganya.Sebenarnya untuk lebih jimat dan yakin lebih bersih, mak-mak boleh buat sendiri je sos cili ini sendiri di rumah.Ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Norsiah MJ sebagai panduan.
“Dah berbelas tahun buat sos cili untuk kegunaan sendiri. Ni cara saya buat.Boleh buat sendiri, jimat bajet kalau beli mahal”
Bahan-Bahan:
100 gram cili kering (Potong, buang biji)
2 setengah cawan gula
3/4 cawan tepung pemekat sos *(Modified Cornstarch)
1/3 botol besar cuka yang 620 ml
1 sudu besar garam kasar
1 labu bawang putih (7-8 ulas)
7 cawan air (Untuk Blender Cili)
1/2 sudu teh bahan pengawet *(Sodium benzoate)
Ads
*Boleh dibeli di kedai bakery
Tepung pemekat sos *(Modified Cornstarch)
Cara Membuat:
1. Basuh dan rebus cili kering kemudian tapis.
2. Kisar cili tersebut dengan bawang putih.
3. Masukkan dalam periuk, masak sehingga mendidih.
4. Masukkan gula, garam dan kacau sehingga hancur.
5. Perlahankan api, masukkan bancuhan tepung pemekat sos dan pengawet. Jika api besar ia menyebabkan nanti sos berketul-ketul.
6. Akhir sekali masukkan cuka.
Ads
Info Ekstra!
Kepekatan sos kena agak sendiri sebab kita buat bukan pakai sukatan timbang. Jadi kalau cair masak lama sikit.Kalau pekat tambah sikit air.
Senang je nak buat “Pepero Popia Almond Stick” ni, guna 3 bahan je dah boleh jadi kudapan raya yang rangup dan sedap. Rupanya kena gunakan straw untuk memudahkan gulungan kulit popia nanti dan tak perlu keraskan dalam peti sejuk pun.
“Done kudapan rayo mudah, murah dan pasti sodap.Today, Settle.”
“Pepero Popia Almond Stick”. Uiiii panjang nama ko ye.#AdaYgPmTepiSaya Tanye kat saya kotlah saya ada resepi mudah. Saya ada nampak resepi ni kat grup mane ntah, tak hengat ni.Okey saya buat dan kongsi kan di sini.Confirm makan nanti, fefeling makan pepero kat Langkawi yang sekotak besar harga RM23 tu.”
Bahan-Bahan:
Kulit popia (jenama KG, pertama@spring home) kalau brand lain ade yang kulit mudah koyak.
250gram Coklat masakan(saya guna yang bajet-bajet je) ade bajet lebih mak-mak guna Beryl’s lee
200gram Almond cincang dalam
Okey…3 bahan sahaja.
Cara Membuat:
1. Sebungkus kulit popia dibelah 4. Kalau ada 40 keping, jadi 160 keping.
2. Almond dipanggang sekejap dalam oven suhu 150°c 10 minit.
3. Gulung kulit popia satu persatu.Dalam mangkuk biru berisi campuran tepung gandum dan air untuk proses lekatkan gulungan akhir.Guna straw ntuk mudahkan gulungan dan bentuk yang sama setiap satu.
4. Selepas siap semua, rehatkan kejap dalam peti sejuk untuk keraskan gulungan popia.
5. Selepas itu, goreng gulungan popia sampai agak kekuningan.
6.Selepas digoreng, toskan di atas tisu dapo.Tunggu sejuk kejap.
7. Sementara itu, coklat masakan potong kecil-kecil.Saya kukus je, malas nak double boil bagai. Camporkan 2 sudu butter dan gaul sebati.Tujuan untuk nampak coklat berkilat.
8. Coklat tadi masuk dalam mug.Sonang nak celup popia tadi. Jangan celup sampai penuh.Agak-agak yang hujung boleh pegang.
9. Pastu taburkan almond yang dah di panggang tadi.. Pastikan kena dekat celupan coklat.
Haaa.. Ginilah kejadiannye.Nampak kononnye Pepero Premium.Biarkan sekejap camni.Nanti coklat akan mengeras.Nak nasuk peti sejuk pun boleh dalam 5-10 minit.Pastu masuk bekas kedap udara.
Okey.Siap, tak payah masuk peti sejuk terus simpan dalam balang kuih mak-mak yee.Senang tak??
Info Ekstra!
Kalau takde oven boleh sangai/goreng badam tanpa minyak di kuali guna api perlahan. Sentiasa kacau, dah kekuningan boleh angkat.
Sebelum celup, tunggu coklat sedikit sejuk dan pastikan gulungan popia dah betul-betul tos minyak atas tisu dapur ye.
Tepung pelita, kuih yang wajib orang cari pada bulan Ramadan. Sebab kalau hari-hari biasa, ia tetap dijual tapi akan lebih jadi lebih nikmat bila di makan pada bulan puasa. Betul tak?
Biasa kalau beli di kedai, tepung pelita diletakkan dalam daun pisang yang dibalut cantik. Tapi, untuk makan sendiri bersama keluarga, lebih baik buat sendiri, boleh buat banyak-banyak.
Perkongsian daripada Aisha Shukor ini, boleh mak-mak buat sendiri tepung pelita. Tak perlu bimbang, boleh guna sukatan cawan yang diberikan ini dan paling penting, tak perlu kukus pun. Gerenti jadi.
“Cara senang dan cepat. Tak perlu kukus sebab bila dah siap terus boleh makan.”
Tak kisah guna bekas kecil atau besar, janji rasa sedap.
Bau wangi pandan dengan air gula dan rasa lemak masn tepung santan sangat memikat selera.
Bahan-bahan:
Tepung beras (tak kisah cap apa tapi boleh juga guna cap teratai)
Daun pandan wajib (Boleh juga titiskan pewarna hijau)
Santan
Gula
Garam
Air
Tip: Tak kisah guna cawan jenis apa, yang penting gunakan cawan yang sama untuk sukatan di atas.
Tekstur tepung pelita hanya likat, tak sama macam tepung talam atau seri muka.
Sebekas untuk anak soleh bijak pintar.
3 helai daun pandan diblend dengan 4 cawan air. Tak perlu guna pewarna sebab warna neutral pandan dah cukup.
Tapis.
Masuk air pandan dalam kuali. Jangan buka api lagi. Masukkan secawan tepung beras.
7. ¾ cawan gula pasir. (Nanti letakkan gula custor pada dasar bekas untuk dapatkan rasa ‘melt’ sensasi gula. Ikut citrasa masing-masing.
Buka api dan kacau.
Kacau sehingga likat.
Ini tekstur yang kita mahu. Tak perlu likat sangat seperti seri muka atau terlalu cair seperti bubur. Bila dah gelembung kecil, tutup api. Elakkan daripada terlebih masak.
Pada bekas-bekas kecil, taburkan gula kastor setengah sudu. Buat lapisan nipis di bawah supaya bila letak lapisan hijau yang panas, gula akan cair. Boleh juga kisar gula menjadi halus.
Tuang lapisan hijau panas-panas dan hentak sedikit untuk bagi rata.
Buat lapisan putih. Santan kotak kecil dibancuh dengan 3 cawan air. (total akan jadi 4 cawan termasuk santan). Boleh guna santan segar dengan 4 cawan juga. Jangan buka api lagi.
3/4 cawan tepung beras @ bersamaan lebih kurang 4 sudu besar.
Masukkan satu camca garam halus. Kacau sebati dan barulah buka api.
Masak atas api sambil kacau sehingga likat.
Teksturnya lebih kurang ini. Tidak terlalu likat atau cair. Bila ada gelembung kecil, tutup api.
Curahkan di atas lapisan hijau.
Biarkan selama 5 minit, barulah tutup dan simpan dalam peti ais. Nak makan terus pun boleh.
MW: Guna sukatan cawan lagi senang. Selamt mencuba.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Rasa sedap laksa ini bergantung kepada kuahnya, kalau tahu rahsia buat kuah mak-mak mesti rasa puas hati buat laksa sendiri.
Tetapi kali ini, mak-mak boleh buat laksa dalam masa yang singkat dengan rasa kuah yang sedap!
Haa… pastikan ada periuk noxxa dulu ya! Jimat masa tak payah perisi tulang dan isi satu-satu.
Bahan-Bahan Buat Laksa:
1 peket laksa bihun beras cik Siti. Rendam semalaman.
1 kg ikan sardin + kembung dibuang kepala dan ekor dan masukkan dalam periuk Noxxa HP selama 90 min
10 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih*
Segenggam cili kering dipotong-potong dan direbus
Sedikit belacan
Garam dan gula secukup rasa
2-3 keping asam gelugur/keping
Segenggam daun kesom
Sekuntum bunga kantan
Ulam
Sebatang timun
Sebiji bawang besar Holland
Nenas
Telur Rebus
Cili Merah
Daun Pudina/Salad
*Semua ulam ini dipotong dan dihiris
Cara-Cara:
Tapis dan celur laksa yang telah direndam tadi. Tapis sekali lagi.
Untuk Kuah Laksa
Ikan Sardin + Kembung tadi dikeluarkan dari periuk Noxxa dan diblend sehingga hancur semua tulang-tulang.
Blend semua bahan-bahn bertanda *
Masukkan bahan-bahan blend dalam periuk dan tumis tanpa minyak sehingga naik bau.
Masukkan ikan-ikan yang telah diblend tadi ke dalam periuk.
Apabila telah mendidih, masukkan daun kesom dan bunga kantan. Tambah air sebanyak yang diperlukan.
Perasakan dengan gula, garam dan asam keping.
Masukkan laksa dalam pinggan, tuangkan kuah laksa dan hias dengan ulaman. Boleh ditambah petis udang jika suka.
Khas Buat Anda Yang Suka Laksa beras:
2cawan tepung beras.
2sudu tepung gandum.
2sudu tepung jagung.
Air panas baru lepas mendidih.
Gaul semua guna senduk kayu. Lepas tu masuk dlm acuan pulas dlm air mendidih. Biar terapung. Kemudian angkat masuk kan dlm air sejuk n tapis. Ok dh siap!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...