
Isi Kandungan
ToggleSiapa sangka walaupun telah memakai alat cegah hamil IUD (Intrauterine device) untuk mencegah kehamilan, namun takdir tuhan seorang wanita tetap hamil dan selamat melahirkan seorang cahaya mata. Lebih istimewa, bayi lelaki yang baru dilahirkan di Vietnam tersebut didakwa menggenggam gegelung kontraseptif yang digunakan ibunya untuk mencegah kehamilan.
Baca lagi Di sini:
“Merancang Dan Menghad Bilangan Anak, Itu Sebenarnya Hak Isteri!”
Guna IUD 2 Tahun Lalu
Wanita terbabit yang berusia 34 tahun dan mempunyai dua anak sebelum ini dikatakan menggunakan perancang keluarga IUD tersebut kira-kira dua tahun lalu.Ia didakwa keluar bersama bayi tersebut ketika dia dilahirkan.
Pakar Obstetrik, Tran Viet Phuong di Hai Phong International Hospital, utara Vietnam tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar unik tersebut.
“Saya rasa ia foto yang menarik dan tidak menyangka akan mendapat perhatian ramai,” ujarnya.
Gagal Cegah Kehamilan
Menurutnya, IUD tersebut mungkin gagal mencegah kehamilan wanita itu kerana ia telah berubah daripada kedudukan asalnya.Bayi lelaki sihat itu dilahirkan seberat 3.2 kilogram dan masih berada di bawah pemantauan doktor bersama ibunya.
Difahamkan, IUD yang dimasukkan ke dalam uterus wanita berfungsi untuk melepaskan tembaga atau hormon bagi mengelakkan sperma daripada bersenyawa dengan telur.

IUD, yang biasanya dikenali sebagai gegelung kerana wayar tembaga dililit di sekeliling plastik, dimasukkan ke dalam rahim oleh doktor dan 99 peratus berkesan.Peranti itu boleh kekal di tempatnya selama lima tahun atau lebih dan seorang wanita boleh hamil sebaik sahaja ia dikeluarkan.
Mesti Baca: Belajar Kaedah ‘Merancang Sendiri’, Prof Dr Imelda Terangkan Caranya
Mingguan Wanita: Takdir Tuhan sebaik-baik perancangan. Semoga bayi sihat sempurna dan membesar dengan baik.
Sumber: Sinar Harian,NZ herald
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pemilik Ordinary Baker Perjelas Sebab Saman Adik Beradik RM1.5 Juta, “Orang Nampak Saman Tak Nampak Pengorbanan…

Isi Kandungan
TogglePemilik Ordinary Baker perjelas sebab saman adik beradik RM1.5 Juta, “orang nampak saman tak nampak pengorbanan. Sejak semalam kecoh di media sosial tentang kisah pengasas jenama pencuci mulut terkenal, Ordinary Baker Cafe yang dikatakan telah menyaman sebuah syarikat Eclairis yang juga merupakan adik beradik sedarah sedagingnya sebanyak RM1.5 juta.
Menurut Putri Nadira yang menguruskan Eclairis, Eclairis menganggap tindakan saman tersebut bukan sahaja mengejutkan, malah amat menyakitkan kerana ia datang daripada keluarga sendiri.
Pemilik Ordinary Baker Perjelas Sebab Saman Adik Beradik RM1.5 Juta
Tidak berdiam diri dengan tindakan adik beradiknya termasuk banyak fitnah yang melata, pemilik sebenar Ordinary Bakers, Putri Arshad tampil membuka cerita sebenar mengapa tindakan saman itu dibuat.
Jelas, dirinya sendiri tidak suka membawa cerita ini ke khalayak ramai namun perlu berbuat begini kerana terlalu banyak fitnah selain salah faham terjadi. Masa yang sama, dirinya tak mahu melampaui batas kerana menghormati proses mahkamah.
Menurut Putri Arshad, dirinya adalah pemilik Ordinary Baker sebenar di mana semasa syarikat ditubuhkan, dirinya mengeluarkan modal 100 peratus, sepenuhnya tanpa adanya modal dari adik beradik yang lain.
Jelasnya, isu antara keluarga mula tercetus pada 30 November 2024 di mana satu perbincangan berlaku di Setia Alam (dirinya memiliki rakaman audio perbincangan ni).
“Tapi saya takkan kongsikan rakaman tu kepada umum sebab saya tak sanggup hadap rasa malu sampai tujuh keturunan nanti. Biarlah saya simpan sendiri bersama peguam saya. InshaAllah, suatu hari nanti kebenaran akan bersuara dan membersihkan nama saya. Saya tak perlukan pengiktirafan orang ramai untuk pertahankan diri. Cukuplah orang tertentu saja yang tahu hal sebenar.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Cikgu Sya Nekad Saman Ibu Pelajar RM500,000 Berkaitan Isu “Boo”, “Maruah Saya Dipijak-pijak…
“Orang Nampak Saman Tak Nampak Pengorbanan…
Jelasnya, modal dikeluarkan adalah untuk bisnes kek kahwinnya sendiri namun dirinya berkorban demi adik-adik.
“Saya korbankan impian sebab nak bantu adik beradik capai impian mereka. Tiada seorang pun yang menyumbang walau satu sen pun. Tapi saya redha, sebab OB ditubuhkan untuk bantu keluarga. Waktu tu semua tiada kerja.
“Memang dalam perancangan awal saya nak bagi saham OB kepada mereka. Tapi dua daripada mereka disenarai hitam (blacklisted), jadi saya tangguhkan dulu pendaftaran nama mereka sampai saya selesai bayarkan hutang mereka.
“Dan ya, saya memang dah langsaikan satu demi satu hutang tu. Bayar hutang bukan kerja sehari dua. Kenapa penting nama kena bersih sebelum masuk syarikat? Sebab kalau OB nak berkembang dan perlukan pinjaman, institusi kewangan akan buat semakan latar belakang – itu sebabnya nama mereka tiada.
“Saya putuskan untuk jalan secara sendiri supaya lebih mudah kawal risiko. Bekerja dengan saya memang susah sebab saya ikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan. Saya tak suka urusan yang meragukan.
Perkara ni boleh disahkan dengan auditor, akauntan dan juga peguam saya.
“Daripada hasil titik peluh kami adik-beradik, OB berjaya bantu selesaikan banyak hutang keluarga. Tapi mungkin mereka dah lupa.
“Biasalah, bila duit tak masuk poket sendiri, orang akan lupa. Jumlah hutang hampir RM100K – hutang TEKUN, pinjaman pendidikan, hutang ah long, hutang dengan suami saya sendiri. Malah, sepatutnya tahun 2025 ni, saya dah rancang nak bayar PTPTN adik perempuan saya, tapi tak kesampaian.
Apa yang orang nampak – saya saman adik-beradik. Tapi apa yang orang tak nampak – saya selesaikan banyak masalah keluarga guna duit OB.
Saya juga pertahankan lebih 25 pekerja OB daripada teraniaya.
Takkanlah tiba-tiba, angin takde ribut takde, saya nak saman orang. Mereka rancang serangan terkoordinasi pada 1 November 2024. Tinggalkan kerja tanpa makluman, cuma beritahu staf mereka letak jawatan 24 jam.
“Saya langsung tak tahu. Mungkin mereka ingat dengan serang saya macam tu saya akan give up. Saya cuba buat kerja satu per satu dengan harapan mereka akan kembali, tapi saya silap. Dua minggu lepas tu, mereka buka syarikat baru.
“Aset syarikat yang masih di bawah financier telah dibawa keluar tanpa kebenaran. Belum cerita lagi pasal data syarikat yang dicuri. Saya memang ada niat nak tutup OB masa tu sebab mental dan fizikal dah terlalu penat. Tapi nak tutup syarikat bukan semudah itu. Tambah pula saya ada lebih 25 staf bergantung pada OB.
Saya teruskan juga dan Alhamdulillah ramai yang datang bantu dan beri sokongan.
“Bayangkanlah, OB buka kafe Februari 2024, buka cawangan Shah Alam pada Jun dan Disember mereka nak buka cawangan baru pula di Subang/Damansara. Yang Shah Alam pun belum dapat pulangan pelaburan, dah nak buka cawangan baru. Tanpa modal, tanpa sumbangan satu sen pun. Alhamdulillah, saya tak ikut cakap mereka. Kalau tak, saya yang penat urus tiga cawangan seorang diri.
Belum masuk lagi kisah Instagram OB diambil alih, semua kandungan dipadam dan saya dihalang akses. OB kena mula dari kosong balik. Kalau nak cerita soal keluarga, sayalah satu-satunya yang kekal setia dengan janji.

Cawangan Setia Alam – untuk adik-beradik perempuan
Cawangan Shah Alam – untuk adik lelaki
Cawangan ketiga (sepatutnya di Cyberjaya), giliran saya sebab dekat dengan rumah
Tapi bila sampai giliran saya, mereka nak buka cawangan di Subang/Damansara. Bila saya tak setuju, mereka tinggalkan OB begitu saja.
Ada yang minta bukti. Ini saya cuma kongsi sedikit. Perbualan ni berlaku sekitar Oktober/November.
Kepada semua, bila terima sesuatu berita, siasat dulu. Jangan jadi orang yang buta mata dan hati.Kepada yang sebar fitnah tentang saya sejak 24 jam lepas, buat masa ini saya tak maafkan kalian. Dosa fitnah tu kalian tanggung di akhirat nanti.
“Kepada ‘cyber troopers’ adik-beradik saya, sesetengah dari kamu kenal saya secara peribadi. Kamu tahu asal-usul keluarga saya. Kamu tahu siapa yang berdiri demi keluarga sejak 25 tahun lalu.
Kepada adik-adik saya, kamu tahu saya tak pernah tinggalkan kamu sejak kecil sampai 30 Oktober 2024. Hari kamu khianati kakak sendiri. Saya hampir musnahkan hubungan saya dengan suami semata-mata nak bela kamu.
Terima kasih kerana tunjukkan siapa kamu yang sebenar.
Saya boleh maafkan semua yang kamu buat terhadap saya secara peribadi tapi kali ini melibatkan periuk nasi pekerja OB. Kalau saya tak pertahankan mereka sebagai majikan, siapa lagi? Kalau saya gagal selamatkan OB, sekurangnya saya tahu saya dah buat sehabis baik.
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
FAUZIAH NAWI Kini Bergelar Datuk, Bersyukur Diiktiraf Ketika Masih Hidup

Isi Kandungan
ToggleAlhamdulillah, perjuangan sekian lama menceburkan diri dalam bidang seni akhirnya diiktiraf dan dihargai. Pelakon veteran, Datuk Fauziah Nawi,70 bersyukur dengan Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk yang dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang diterimanya, semalam.
Bersyukur Diiktiraf Ketika Masih Hidup
Fauziah berlapang dada orang seni sepertinya menerima pengiktirafan dan menerima tanggungjawab yang diberikan untuk memberikan karya yang lebih baik pada masa akan datang.
“Saya tidak pernah mendapat anugerah pelakon terbaik, jadi pengiktirafan ini memberikan erti dan makna yang cukup indah buat saya.
“Pada awalnya bukan gelaran PJN, namun kemudian saya menerima surat memaklumkan mengenai pengiktirafan diberikan pada hari ini. Alhamdulillah, mujur uniform ketika majlis istiadat berjaya siap pada 1 Julai lalu.
“Sejujurnya, saya sememangnya terkejut dan tidak mengharapkan apa-apa, namun saya bersyukur menerima pengiktirafan ini ketika masih hidup.
“Apa yang pasti, ini adalah tanggungjawab besar untuk saya terus memberikan yang terbaik pada masa akan datang.
“Awalnya, bapa saya tidak memberikan keizinan kepada saya untuk berkecimpung dalam bidang seni, namun jika sudah memulakan sesuatu jangan pernah menyerah.
“Jadi, inilah perjuangan saya dan kata-kata itu sentiasa jadi pegangan,” katanya.
Majlis Istiadat Berjalan Lancar
Fauziah turut risau akan keadaan kaki kanannya yang tidak mengizinkan, namun bersyukur majlis istiadat berjalan dengan lancar.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin, hari ini berkenan mengurniakan Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk kepada Pengarah Urusan Kumpulan Malaysia Aviation Group (MAG) Datuk Izham Ismail dan Fauziah Nawi.
Dua tokoh itu mendahului senarai 297 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong 2023 pada istiadat pengurniaan di Istana Negara, semalam.

Mesti Baca:Al Fatihah.. Kuatnya Hati Isteri Pitt Hanif, Tabahnya Ibu Fauziah Nawi
Baca Lagi Di Sini:Datuk Amy Sentiasa Nombor Satu Di Hati Nabila “Pengiktirafan Berikan Inspirasi, Motivasi Kepada Golongan Muda”
Artikel Menarik:Dikurniakan Pingat Gelaran Datuk “Saya Tetap Amy Search, Penyanyi & Pemain Industri Muzik”
Mingguan Wanita: Alhamdulillah, tahniah diucapkan buat pelakon Fauziah Nawi yang kini bergelar datuk. Semoga terus menyumbang bakti dalam industri seni.
Sumber: Bharian
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bertarung Nyawa Seorang Diri, Tak Dapat Iring Ke Kubur.” Ingat Pesanan Isteri Jaga Anak

Isi Kandungan
ToggleSebagai suami, tak dapat dia bayangkan isterinya bertarung nyawa seorang diri, tak dapat iring ke kubur kerana sedang kuarantin. Namun dia masih ingat pesan isteri jaga anak walau apapun terjadi padanya.
Kehilangan isteri kerana Covid-19 bukanlah sesuatu yang mudah diterima, apatah lagi isteri pergi bersama dengan bayi yang dikandung.
Bukan sehari, dua dapat menerima dan melupakan kesedihan ini apabila kehilangan orang tersayang. Sungguh berat ujian ini. Allahuakbar.
Masih Sedih
“Sehingga hari ini, saya masih sedih dan cuba untuk menerima pemergian isteri serta anak dalam kandungan yang turut meninggal dunia,” kata Mohd Fadli Abd Wahab, 35.
Mohd Fadli berdepan ujian berat apabila isterinya, Umaisarah Azmi, 25, dijemput Ilahi pada 17 Julai lalu selepas dijangkiti Covid-19.
Lebih menyedihkan Umaisarah yang menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.28 tengah hari meninggal dunia ketika hamil tujuh bulan dengan anak dalam kandungannya juga gagal diselamatkan.
Hanya Alami Sesak Nafas
Berkongsi kisah pilu itu, Mohd Fadli yang menetap sementara waktu di Ladang Sungai Tekai Naka, Pokok Sena, di sini, berkata, isterinya tidak menunjukkan simptom Covid-19 dan tiada penyakit kronik atau mengalami alahan sepanjang tempoh kehamilan.
“Bagaimanapun, isteri saya tiba-tiba bangun daripada tidur dan mengadu sesak nafas serta sakit kepala kira-kira jam 4 pagi pada hari dia meninggal dunia.
“Melihat keadaan isteri yang lemah, saya bergegas membawanya ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani dan dia kemudian dimasukkan ke zon merah sebaik tiba di situ.
“Tidak lama kemudian, doktor keluar dan beritahu isteri meninggal dunia dan disahkan positif Covid-19,” katanya ketika dihubungi.
Bertarung Nyawa Seorang Diri, Tak Dapat Iring Ke Kubur
Mohd Fadli berkata, dia hilang kata-kata dan terkejut apabila diberitahu isterinya meninggal dunia akibat dijangkiti Covid-19 kerana tiada ahli keluarga mereka dijangkiti wabak itu.
Segalanya berlaku dengan pantas namun Mohd Fadli reda dengan ketentuan Ilahi walaupun sedih kerana tidak dapat menguruskan dan menatap jenazah isterinya buat kali terakhir sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pokok Asam, Sungai Petani.
“Arwah isteri tidak sempat diintubasi kerana meninggal dunia tidak lama selepas dimasukkan ke zon merah.
“Namun, pemergiannya tetap memberi kesan kerana anak dalam kandungan itu adalah zuriat kedua kami dan ketiga buat isteri kerana dia mempunyai seorang anak hasil perkahwinannya yang terdahulu.
“Saya tidak dapat bayangkan saat akhir arwah bertarung nyawa memandangkan tiada di sisinya dan paling menyedihkan apabila tidak dapat mengiringinya ke tanah perkuburan kerana perlu menjalani kuarantin,” katanya.
Baca Juga Di Sini:
‘Dalam Wad Uwan Paling Sihat..’ Umur 95 Tahun Diuji Positif Covid-19
Sekeluarga Positif, Isteri Saja Kritikal Hingga Akhir Hayatnya. “Saya Perlu Kuat Demi Anak.”
Ujian KEHILANGAN Ajar Kita Untuk Terima, Syukuri & Hargai Apa Masih Ada
‘Bergembiralah Di Syurga Bidadariku Siti Sarah’ Rezeki Solat Ghaib Di Makkah
‘The Other Half’, TIADA LAGI Isteri Yang Sentiasa Ada Saat Jatuh, Bangun Bersama
Ingat Pesanan Isteri Jaga Anak
Meskipun masih berduka, Mohd Fadli bersyukur kerana dia dan dua anak, Muhammad Danish, 6, dan Muhammad Adam Rykal, 3, bebas jangkitan Covid-19.
Katanya, mereka juga sudah selesai menjalani kuarantin pada 31 Julai lalu.
“Buat masa ini, saya tinggal di rumah keluarga dan mereka yang membantu menguruskan anak.

“Sebelum meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital, arwah isteri sempat berpesan supaya saya menjaga anak walau apa pun berlaku terhadapnya.
“Sebagai suami, saya akan cuba tunaikan permintaan terakhirnya untuk menjaga dan membesarkan anak kami selagi hayat dikandung badan,” katanya.
Mingguan Wanita : Al-Fatihah untuk arwah dan kepada suamiya, harapnya dapat meneruskan hidup serta menunaikan amanah allahyarham untuk menjaga anak-anak.
Sumber : myMetro
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI