Bayi 4 Bulan KOMA Didera Pengasuh, Kepala Dipukul, Badan Dihempas & Digoncang! Luluhnya hati mak ayah, apabila pengasuh bertindak kejam sanggup melakukan perkara sebegini kepada bayi yang baru berusia 4 bulan.
Seorang bayi lelaki berusia empat bulan koma dipercayai didera pengasuh sebuah pusat jagaan kanak-kanak berdaftar di Batu Burok di sini, pada Rabu lalu.
Darah Beku Dalam Kepala
Bayi tersebut yang mengalami kecederaan serius iaitu pendarahan di dalam otak dan keretakan pada tempurung kepala kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, kejadian disedari bapa mangsa berusia 29 tahun yang bekerja sebagai pegawai perubatan ketika mengambil bayinya di pusat jagaan tersebut.
“Mangsa didapati berada dalam keadaan lemah dan kesakitan lalu dibawa ke hospital.
Ads
“Hasil pemeriksaan menunjukkan terdapat darah beku dalam kepala bayi itu dan bapa mangsa membuat laporan polis pada hari sama,” katanya selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Polis Terengganu di sini pada Selasa.
CCTV Jadi ‘Saksi’
Susulan laporan itu kata Rohaimi, pihaknya telah memanggil pengasuh pusat jagaan terbabit untuk membantu siasatan, namun menafikan berlakunya penderaan selain memberikan keterangan meragukan.
Bagaimanapun katanya, siasatan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek telah memukul bahagian kepala mangsa dengan tangan, menghempas dan menggoncang tubuh mangsa.
Ads
Jelas beliau, mangsa baru sahaja didaftarkan di pusat jagaan kanak-kanak itu selama tiga hari sebelum kejadian berlaku.
“Susulan itu, polis telah menyerbu pusat jagaan kanak-kanak itu dan menahan tiga wanita tempatan berusia lingkungan 22 hingga 33 tahun yang bekerja sebagai pengasuh pada Isnin.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak iaitu kesalahan menganiaya atau mencederakan kanak-kanak yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Ads
TIGA suspek kes dera bayi lelaki berusia empat bulan direman selama enam hari di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu. FOTO Zaid Salim
Mingguan Wanita: Aduhai kasihan sungguh pada bayi yang tidak berdosa ini. Tergamak sungguh bertindak kejam sehingga bayi koma sebegini. Ini yang membuatkan mak ayah cukup risau nak hantar anak dibawah jagaan pengasuh di pusat jagaan.
Pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat berjumlah RM250 bilion yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini disambut baik oleh rakyat.Namun perkara yang turut mencuri tumpuan adalah, ramai yang terkesan dengan bait-bait ucapan penutup yang disampaikan oleh Perdana Menteri ini.
“We are a nation at war with invisible forces. The situation we are now facing is unprecedented in history. And, this government may not be the government that you voted for. But I want all of you to know that this government cares for you. I resigned to the fact that I came in as your Prime Minister not at the best moment. I face political, economic and health crisis all at the same time.”
“This unprecedented situation of course requires unprecedented measures. So, my dear brothers and sisters, and the children of this beloved country, whether you are a Malay, Chinese, Indian,Sikh, Iban, Kadazan, Dusun, orang asal, please bear with me and my friends in the cabinet and the government.”
“We are not perfect, but we are doing the best we can to pull through this crisis together, as one nation. God willing, we will come out stronger when this crisis ends and the dust settles. InsyaAllah.Saya minta sokongan daripada saudara dan saudari sekalian, marilah kita berganding bahu mengharungi krisis ini bersama-sama.”
Secara ringkasnya dalam nada yang cukup merendah diri beliau menyatakan bahawa kerajaan yang dipimpin sekarang mungkin bukan kerajaan yang diundi oleh rakyat namun beliau ingin rakyat tahu bahawa kerajaan yang ada sekarang ini adalah kerajaan yang cukup prihatin dengan kebajikan rakyat.
Selain itu, beliau juga meluahkan rasa beliau dilantik menjadi Perdana Menteri bukan pada waktu yang terbaik dalam keadaan negara berhadapan dengan krisis politik, ekonomi dan kesihatan pada masa yang sama.Beliau berharap agar dapat terus berkhidmat, meminta sokongan rakyat, dalam menangani krisis ini bersama-sama.
Rakyat Zahirkan Ucapan Terima Kasih
Sementara itu, rata-rata ramai yang berpuas hati, mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih atas inisiatif diberikan yang memenuhi bantuan untuk semua lapisan masyarakat di negara ini. Iaitu bantuan segera meringankan beban semua peringkat dan tiada golongan yang akan tercicir.
Ucapan terima kasih tersebut diucapkan di laman sosial Perdana Menteri kelapan ini, antaranya;
MW: Alhamdulillah, terima kasih Perdana Menteri diatas keperihatinan kerajaan. Semoga pakej rangsangan ekonomi ini dapat memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat dalam mengharungi saat sukar wabak COVID-19 ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ada hikmahnya bermula tahun 2020, setiap kenderaan diwajibkan memasang kerusi keselamatan (carseat) untuk kegunaan anak. Sebagai mak ayah, kita kena usahakan beli dan gunakan car seat untuk anak-anak bagi mengurangkan risiko tercampak mahupun kecederaan teruk sekiranya berlakunya kemalangan.Kita mungkin boleh berhati-hati tetapi bagaimana kiranya orang lain cuai dan anak kita yang menjadi mangsa?
Duit boleh dikumpul tetapi nyawa anak tiada galang gantinya. Usahakanlah beli dan gunakan carseat demi keselamatan anak-anak kita.
Terkini dilaporkan, seorang bayi berusia 2 tahun maut setelah tercampak dari pangkuan ibunya dalam kemalangan di Jalan Titi Haji Idris, di sini, awal pagi tadi.
Kereta Bertembung Bayi Tercampak
Kejadian jam 7.40 pagi itu melibatkan kereta Perodua Myvi yang dipandu pasangan suami isteri bersama bayi tersebut dengan Perodua Alza yang dipandu seorang wanita berusia 30-an.
Wanita yang memandu Alza itu pula hanya cedera ringan di tangan dan kepala.Kedua-dua kereta dipercayai bertembung lalu terjunam ke dalam parit sawah.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, pemandu kereta Myvi itu tersepit di tempat duduk hadapan manakala bayi itu pula tercampak ke bahagian hadapan kereta.
Pemandu berusia 20-an itu patah paha kanan dan kaki kiri, manakala isterinya mengalami kecederaan di kepala dan kaki.
Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk rawatan lanjut, manakala jenazah bayi dihantar ke unit forensik HSB.
MW: Salam takziah buat keluarga mangsa. Semoga mak ayah mengambil iktibar daripada kemalangan ini. Duit boleh dicari, nyawa anak tiada galang gantinya. Usahakan beli kerusi keselamatan (carseat) untuk kegunaan anak-anak bagi mengurangkan risiko anak tercampak ketika berlakunya kemalangan.
Sumber: Astro Awani
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Hari ini, dunia hiburan tanah air kehilangan sebutir bintang apabila penyanyi Bad Indigo meninggal dunia di tempat kerjanya iaitu di bengkel kenderaan di Ampang, jam 7 malam.
Menurut rakan sekerjanya, Bad atau nama sebenarnya, Badrul Izhan Yeop Abdullah dikatakan mengalami hipoglisemia atau kekurangan gula dalam darah.
“Memang mengejutkan. Katanya, dia tengah sakit dan berlaku hipoglisemia, dia diberi minum air. Tiba-tiba, dia senyap.
“Bos dia yang juga kenalan saya baru hubungi saya. Jenazah masih lagi di bengkel,” katanya memetik Harian Metro.
Bad Indigo Meninggal Dunia Di Tempat Kerja
Berita mengejutkan tersebut dikongsikan rakan seperjuangan penyanyi itu, Liza Hanim menerusi muat naik dalam Instagram sebentar tadi.
“Innalillahiwainnailaihirojiun. Baru dapat berita Bad Indigo telah kembali ke rahmatullah.
“Saya akan kongsi butiran lanjut dari semasa ke semasa. Al-Fatihah,” kata Liza, atau nama sebenarnya, Haliza Hanim Abd. Halim.
Kali terakhir Bad memuat naik hantaran di laman Instagram miliknya ialah tiga hari lalu berupa video yang meniup semangat kepada pengikutnya di platform itu supaya tidak berputus asa dan mengingati Allah setiap kali dilanda ujian.
Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah, 48, kehilangan kesemua jari kaki kiri sejak Mac tahun lalu akibat kencing manis. Bad pernah mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan penyanyi Ashira pada 11 Mac 2021 selepas mereka mula rapat ketika bergelar peserta Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7).
Tetapi selepas tiga bulan mendirikan rumah tangga, pasangan itu diduga dengan masalah kesihatan Bad yang menghidap diabetes sehingga perlu memotong semua jari kaki kirinya.
Jodoh tidak panjang, mereka mengesahkan sudah bercerai pada 23 Jun lalu tanpa berkongsi lanjut punca perpisahan tersebut. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Tragedi jejambat lebuh raya Dash, pelajar kolej maut, terjatuh dari ketinggian 21 meter. Seorang pelajar kolej swasta maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas sebelum dia terjatuh dari jejambat Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH), pada ketinggian 21 meter di susur 1/B 0.5, pagi semalam.