Bagi peminat kek keju, Basque Burnt Cheese Cake antara kek sedap yang mesti kena cuba! Kek ini memang agak mahal jika dibeli, memandangkan mempunyai kandungan keju yang banyak. Namun sebenarnya tak susah nak buat Basque Burnt Cheese Cake hanya guna 6 bahan je. Malah lebih menarik, resipi ini cukup mudah hanya menggunakan sukatan cawan tak perlu susah payah guna alat penimbang.
Mak-mak boleh cuba resipi Basque Burnt Cheese Cake yang dikongsikan oleh Puan Imah Halimah sebagai rujukan;
“Hadiah buat suami sebab rajin tolong saya buat kerja rumah. Disebabkan dia peminat makanan berasaskn cheese, saya buatkan Basque burnt cheese cake untuk dia. Dahulu saya ambil tempahan membuat kek, jadi ilmu dan bakat yang ada sebagai anugerah allah untuk saya praktikkan walaupun sekarang sudah tidak ambil tempahan lagi”.
“Suami saya kata walaupun saya sekarang tak meniaga lagi,tapi sekurang- kurangnya saya sudah tahu apa sebenarnya minat dan bakat yang saya miliki. Minat dan bakat tak semestinya untuk meniaga tapi sebagai satu pinjaman Allah untuk hambanya. Sekurang-kurangnya saya ada masa yang lebih untuk anak-anak sekarang..kerana sebelum ini membaking hanyalah sebagai part time sahaja.Dalam masa sama saya sudah tau di mana kebolehan saya.”
“Nak cuba buat kek ni mudah sahaja.Saya kongsikan resepi dan cara mengikut sukatan cawan metrik. Untuk kek ini saya tidak ambil dari mana-mana class berbayar yang saya ikuti, tapi saya dapatkan dari google, saya buat dan membandingkan resepi dari setiap blog yang saya baca.”
Ads
Bahan-Bahan:
500gm cream cheese
3/4 cawan gula kastor
1 1/2 cawan UHT whipping cream
4 biji telur Gred A
1sudu kecil esen vanila (tiada dalam gambar )
2sudu besar tepung gandum
Cara Membuat:
1.Putar cream cheese hingga kembang.
2.Masukkan gula kastor dan putar lagi.
3.Kemudian masukkan telur dan esen vanila, putar lagi.
4.Masukkan UHT whipping cream dan putar sebentar sahaja.
Ads
5.Masukkan tepung gandum dan kaup balik sahaja. Boleh juga putar gunakan mixer tapi sebentar sahaja.
6.Alas loyang 8inci dengan paper dan lebihkan paper lebih tinggi dari loyang. Ini kerana kek akan naik tinggi semasa dibakar.
7.Panaskan oven 200-220’c api atas bawah.Bakar selama 1 jam hingga 1 jam 15 minit bergantung oven masing-masing.
8.Kek naik tinggi selepas dikeluarkn dari oven. Tapi apabila sejuk kek akan turun kebawah. Ia adalah normal untuk kek ini.
Ads
9.Sejukkan dulu dalam chiller, keesokan hari baru sedap dimakan sejuk-sejuk.
Tip Ekstra!
Jika guna telur gred B tambah lagi sebiji.
Basque burnt cheese cake nak cantik taburkan snow powder atas tu.Boleh beli di kedai bakeri.
Kalau Jumaat minggu lepas MW kongsikan resipi menarik untuk sarapan pagi hari minggu, kali ini MW tampil dengan empat resipi ideal untuk minum petang pula. Sesekali apa kata asah skil masakan anda, untung-untung bermula dengan menjamu anak-anak dan suami…boleh ambil tempahan untuk tambahkan sumber pendapatan. Jom cuba empat resipi yang MW kongsi kali ni.
Pulut Mangga
Bahan-bahan :
2 cawan beras pulut yang direndam semalaman
2 biji mangga
secawan santan pekat
secawan santan cair (untuk bancuhan pulut)
2 helai daun pisang / 6 helai daun pandan (untuk kukus pulut)
Untuk kuah santan :
secawan santan pekat
sesudu kecil tepung beras atau tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
sehelai daun pandan (yang dicarik atau disimpulkan)
garam dan gula secukup rasa
Cara membuatnya :
Panaskan pengukus. Lapik dulang pengukus dengan daun pisang atau susun daun pandan rapat-rapat.
Bilas pulut yang direndam semalaman dan tapis keluar airnya. Masukkan ke dalam dulang kukusan dan kukus sehingga lembut. Anggaran masa kukus adalah selama 20 minit.
Apabila sudah lembut, angkat dan masukkan pulut kukus ke dalam mangkuk besar. Ketepikan.
Satukan santan pekat, santan cair, gula dan garam. Kacau sebati.
Tuang bancuhan santan ke dalam adunan pulut yang masih panas tadi.
Balik-balikkan pulut dan biar seketika supaya kuah bancuhan meresap ke dalam pulut.
Apabila pulut sudah kering meresap kuah santan, dengan menggunakan garpu gemburkan pulut tersebut. Ketepikan.
Untuk membuat kuah santan, panaskan santan pekat di dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana. Masukkan garam, daun pandan dan bancuhan tepung.
Teruskan kacau supaya santan tidak berketul. Kalau agak cair tambah sedikit lagi bancuhan tepung. Kepekatannya mengikut selera anda.
Pastikan kuah mempunyai sedikit rasa masin supaya dapat menyeimbangkan rasa manis buah dan pulut. Angkat dan sejukkan. Hidangkan pulut ini bersama mangga yang telah masak ranum sebaiknya.
Bubur Pulut Hitam
Bahan-bahan :
1 1/2 cawan pulut hitam
6 cawan air } untuk merebus pulut
1/2 biji kelapa (anggaran dua cawan santan pekat dan dua cawan santan cair)
2 helai daun pandan } carik dan simpulkan
3/4 cawan gula putih
1/2 ketul gula melaka
garam secukupnya
sesudu besar tepung jagung
Cara membuatnya :
Rebus pulut hitam dengan air dan daun pandan dengan lembut. Pulut hitam akan pecah kembang sebaik ia lembut. Biarkan pulut masak dan kuah menjadi pekat.
Masukkan santan cair, garam, gula putih dan gula melaka. Masak sehingga mendidih.
Kemudian masukkan pula satu cawan santan pekat. Pada waktu ini anda boleh sesuaikan rasa manis dan masin ikut selera sendiri. Ketepikan.
Untuk membuat kuah santan, masak baki secawan santan tadi di atas api yang kecil sehingga mendidih. Perlu kacau supaya santan tidak berketul.
Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan tuangkan dalam santan. Kemudian masukkan garam secukup rasa.
Pulut hitam sedia untuk dihidangkan bersama kuah santan.
Pengat Pisang
Bahan-bahan :
tujuh ke lapan biji pisang
2 mangkuk santan pekat
2 mangkuk santan cair (atau boleh digantikan dengan dua santan kotak dan dua cawan air.
1/2 cawan sagu (dibersihkan)
2-3 keping gula melaka
1/3 gula pasir
2 helai daun pandan
garam secukupnya
Cara penyediaannya :
Buang kulit pisang. Cuci bersih pisang dan masukkan ke dalam periuk.
Masuk pisang bersama santan cair, sagu, gula melaka, gula pasir, daun pandan dan garam secukup rasa di atas api yang perlahan. Kacau dengan kerap dan perlahan supaya santan tidak berketul.
Masukkan pula santan pekat dan kacau seketika. Apabila kuah mendidih, tutup api dan sedia untuk dihidang.
Pulut nyior
Bahan-bahannya :
1//2 kg pulut
secawan santan pekat (untuk bancuhan tepung)
secawan santan cair (untuk bancuhan pulut)
2 helai daun pisang atau 6 helai daun pandan (untuk kukus pulut)
garam dan gula secukupnya.
2 cawan kelapa parut
2 ekor ikan kering atau ikan sardin kukus digoreng
gula dan garam secukupnya
Cara membuatnya :
Panaskan pengukus. Alas dulang pengukus dengan menggunakan daun pisang atau susun daun pandan rapat-rapat.
Bilas pulut yang telah direndam semalaman dan tapis keluar airnya. Masukkan ke dalam dulang kukusan dan kukus sehingga ia lembut. Anggaran masa mengukus adalah sekitar 20 minit.
Apabila sudah lembut, angkat dan masukkan pulut ke dalam satu mangkuk yang besar.
Satukan santan pekat, santan cair, gula, garam dan kacau sebati.
Tuangkan bancuhan santan ke dalam pulut yang masih panas tadi.
Balik-balikkan pulut dan biarkan seketika supaya kuah banchuan meresap ke dalam pulut.
Apabila pulut sudah kering meresap kuah santan, ambil garpu dan gemburkan pulut.
Untuk membuat kelapa parut, masukkan garam dan gula ke dalam kelapa parut secukup rasa. Siap dan boleh dihidangkan bersama pulut.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Mee Goreng Basah nostalgia, stail gerai zaman kanak-kanak alahai sedapnya sampai terliur. Bila lihat mee goreng basah ni fikir automatik akan teringat masa zaman kecil-kecil dulu.
Memang sedap dan padu, aromanya hingga kini boleh diingati. Apatah lagi bila dibungkus dengan surak khabar. Makan masa panas-panas. Aduh nostalgia sangat berharga.
Mee Goreng Basah Nostalgia
Buat peminat Mee Goreng Basah mesti anda kan mengimbau tahun 80an sewaktu zaman kanak-kanak. Bukan tu saja, nak lagi sedap Mee Goreng Basah ditambah pula dengan cili jeruk dan diperah.
Aduh terus terliur. Nak lagi puas hati apa kata mak-mak buat sendiri Mee Goreng Basah ni. Bahan-bahannya cukup ringkas rupanya.
“Siapa suka Mee Goreng Basah, menu abang masak untuk malam ni. Mee Goreng Basah nostalgia…kita boh ayam, teloq, tauhu, sawi, tauge serta cabai jeruk dan limau nipis.
“Kemudian kita bungkus dengan paper (sekang ni susah nak cari jadi kita guna kertas berwarna coklat) aroma diaaaaaa. Agak payah nak jumpa mee goreng camni sekarang. Mengimbau tahun 80an.
RESEPI MEE GORENG BASAH:
Satu bungkus mee kuning (lalukan dengan air paip)
Isi ayam
Air rebusan ayam
Telor
Sawi
Tauge
Bawang putih
Bawang merah
(Tumbuk halus)
Cili kisar
Sos tiram
Sos cili
Tauhu goreng yang dihiris
Kicap lemak manis
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak..Gorengkan 2 biji Telur..hancurkan kasar..ketepikan..
Tambah sedikit mnyak pada kuali.
Tumiskan bawang biar agak garing..
Kemudian masukkan cili kisar, kacau rata. Tumis sampai cili masak..dah ok..masukan isi ayam..kacau rata.. biar seketika…
Masukkan sos tiram,sos cili..kacau rata.. terus masukkan air rebusan ayam..biar mereneh seketika…kepekatan kuah ikot sukatan memasing…letakkan kicap lemak manis..dan sedikit sahaja kicap masin.. biar mendidih..
Masukkan tauhu,telur…last masukkan Mee..kacau rata.. boh sawi dan tauge…kacau rata…kalau kaler kurang…curahkan kicap lemak manis lagi..kacau rata..tutup api..
Mingguan Wanita : Sedapnya, terliur pula tengok mee goreng nostalgia ni.
Minuman pelbagai perisa dicampur dengan pearl bubble gula perang menjadi viral dan trend akhir-akhir ini. Ramai yang tidak ketinggalan mencuba minuman yang berasal dari negara Taiwan ini. Namun demikian, jika dibeli harganya memang agak mahal secawan dan bubble pearlnya agak sikit, tak puas bila makan. Selain itu, status ‘halal’ nya juga diragui.
Buat mak-mak yang nak rasa minuman bubble pearl ini, sebenarnya boleh buat sendiri di rumah. Cukup mudah dengan cara yang ekspress, leboh jimat malah diyakini halal serta terjamin kebersihannya. Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Dyla Mahdaly ini sebagai rujukan.
Berikut perkongsian tersebut;
“Pearl bubble cara saya.Senang.”
Bahan-Bahan:
Big tapioca pearl
Pewarna merah
Serbuk koko
Brown sugar
Air secukupnya
Cara Membuat:
1. Letak pewarna merah pada tapioca pearl.
2. Kemudian letakkan serbuk koko.
3. Masukkan pula gula perang ikut tahap kemanisan dan kacau sebati.
4. Selepas itu, masukkan pulak air. Pastikan air kena lebih air dari bubble pearl ni.
5. Kemudian, kacau dan masakkan atas api sederhana.Pastikan sentiasa kacau.. Kalau tidak ia melekat pada periuk.Masak ni agak ambil masa lama sikit sampai dia kenyal.
6.Bila dah masak/kenyal tapis bubble pearl ini.
7.Bolehlah hidang dengan pelbagai air. Aritu nampak ais susu kurma jadi bila dicampurkan kena dengan citerasa tekak.
Siap! Selamat Mencuba!
Info Ekstra!
Beli big tapioca pearl ni.Amik yang besar.Kalau kecik boleh buat kuih sagu mata ikan.
Kalau nak gelap letak pewarna hitam.Tapi sebab tak de saya campur koko powder dengan pewarna merah.
MW: Mudah buat pearl bubble cara ini.Lebih jimat, puas hati makan dan dijamin tahap kebersihannya.
Seorang isteri tidak seharusnya menanggung derita dalam diam. Kasih dan cinta sejati tidak pernah menyakitkan, ia sepatutnya membahagiakan. Jika luka dan tangisan menjadi teman...