Baju sekolah kain putih memang susah nak jaga apatah lagi untuk kekalkan ‘keputihannya’ lebih-lebih lagi baju sekolah anak-anak yang tengah lasak dan aktif. Memang kena ada extra baju sebab setiap hari perlu ditukar ganti.
Tetapi kali ini mak-mak boleh hilangkan kotoran degil pada pakaian dengan cara guna sabun mandi ketul saja.
Cuci Baju Kotor Dengan Sabun
Siapa sangka sabun jenama paling murah ni berkesan untuk menghilangkan kotoran degil‼️
Ads
Tak perlu lagi guna clorox nak hilangkan kotoran degil. Dah la mahal, menghakis dan menipiskan kain pula tu.
Ads
Dengan kos serendah rm2.70 sahaja, untuk satu set buku sabun fruit tale mak-mak boleh parut sabun tu dan simpan dalam bekas. InsyaAllah tahan seminggu-dua.
Ads
Boleh hilangkan kotoran pada baju sekolah, kasut sekolah, baju kemeja tanpa perlu disental. Kotoran degil hilang serta merta.
Cara-cara:
1. Wajib guna sabun fruit tale.
2. Parut dulu sabun fruit tale dan simpan dalam bekas. Supaya lebih jimat.
3. Tuang air panas dalam besen.
4. Letak serbuk fruit tale dalam besen.
5. Biarkan hingga larut. Guna sudu kayu nak larutkan.
6. Rendam baju dalam besen tdi semalaman.
7. Tengok hasil tak perlu sental. Kotoran degil hilang selepas bilas.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Yang mak-mak semua faham, bunga telang kegunaannya sebagai pewarna dalam nasi kerabu. Ada banyak lagi kegunaan bunga telang. Suri anak 4, Puan Liyana Anaqi berkongsi panduan mempelbagaikan kegunaan bunga telang. Resepi aiskrim bunga telang ini tentulah yang paling unik sekali.
Kenapa pula paling unik? Sebab bila bunga telang dimasak sampai jadi pati. Hasilnya boleh dibuat aiskrim ataupun jus untuk minum petang. Macam mana nak dapatkan 3 warna berbeza daripada satu pati bunga telang? Ini panduan yang boleh mak-mak cuba. Mudah saja rupanya.
Syarat sebelum simpan bunga telang dalam freeze : Pastikan bunga dalam keadaan bersih sebelum simpan. Jika nak basuh selepas dikeluarkan dari freezer, warnanya dah mula turun.
Rebus dengan air tapis. Anggaran air dan bunga ialah 3 : 1. Setiap 3 cawan air untuk 1 cawan bunga. Didihkan dengan api sederhana, sehingga ia menggelegak. Biarkan menggelegak dalam 5 minit sahaja. Makin lama dididihkan makin terasa rumput pada pati. Tutup api dan sejukkan.
Sumber / Foto : Puan Liyana Anaqi
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Siapa Syaimaa’? Apa istimewanya anak ini sehingga Farah Fauzana Mohd Fadzil yang sinonim dengan nama Fafau ini pun tak dapat menahan rasa sebak di dada.
Jangankan Fara kita yang melihat pun akan punya rasa yang sama. ‘Kita Kena Kuat’ Itu perkongsian Fara dalam menggambarkan videonya bersama Syaimaa;
Anak kecil ini pernah 4 tahun yang lalu berada dalam kekalutan. Ketika dia dan abangnya sedang bermain di satu kawasan, tentera rejim telah menembak abangnya. Serpihan peluru yang sama menembusi tubuh abangnya mengenai anak kecil ini. Terkena matanya.
Ya, Syaimaa’ adalah salah seorang mangsa peperangan Syria. Anak kecil ini ditemui Fara ketika menjalankan misi selama 10 hari sebagai melunaskan tanggungjawab menjadi duta Malaysia Life Line for Syria (MLLFS).
Meskipun Fara, sudah menyempurnakan misinya dan pulang ke tanah air, memori Fara bersama anak-anak Syria yang dikongsikan dalam instagramnya tetap menyentuh rasa hati yang paling dalam.
Dalam menghadapi musim dingin ini, anak-anak ini perlukan tempat berteduh, selimut dan baju yang tebal dan semua itu dapat dilunaskan dengan bantuan anda-anda yang sedang membaca catatan ini. Moga derma itu terus mengalir biarpun Fara telah jauh dari bumi Syria.
Rupanya video Fara dan Syaimaa’ turut menyentuh hati CEO MLLFS, Syahrir Azfar Saleh (Syahrir Azfar Al-Halabi). Beliau memberikan satu catatan yang buatkan kita rasa betapa bersyukurnya dapat tinggal di Malaysia yang Alhamdulillah masih aman.
Saat melihat video FaFau bersama Syaimaa’ aku gagal mengempang air mata. Begitulah selalunya Syaimaa’ dengan mereka yang menziarahinya. :’)
Syaimaa’, iya, nama anak ini Syaimaa’. Semakin meningkat dewasa.
Aku coretkan kembali kisah Syaimaa’ ini untuk tatapan semua.
“Ana Abu Syaimaa’.” Aku berseloroh pada anak ini.
Anak syurga ini namanya Syaimaa’. Syaimaa’ menampakkan riak wajah terkejut, tetapi kemudian menyengih girang.
“Boleh aku jadi ayah angkat mu wahai anak?” Aku menyambung dalam bahasa Arab yang sangat basic.
Syaimaa’ mengangguk-angguk deras sambil tersenyum. Sambil cuba melihat dengan rapat siapa yang berada di sampingnya. Aku kucup lembut dahi Syaimaa’. Menyelak rambut yg menutupi dahinya.
Ah! Terpana aku.
Maka terlihatlah parut besar di dahinya. Betul-betul di atas kening matanya.
Perlahan aku usap parut itu dan Syaimaa’ membiarkan.
“Siapa di sebelah aku ini? Tanya Syaimaa’.” Lantas aku menjawab, ana Syahrir Abu Noura. Dari Malaysia.
Kemudian Syaimaa’ bercakap sesuatu yang aku kurang jelas. Syaimaa’ tanya aku, macamana kamu boleh cakap Arab tapi kamu tak faham apa yang saya cakap?
Hehe.
Aku beritahu pada Syaimaa’, cakap kalimat bilkalimat (satu perkataan demi satu perkataan), perlahan-lahan baru aku boleh faham.
Syaimaa’ senyum dan terus mengomel ramah. Sambil mengusap ubun-ubun Syaimaa’ aku berbisik kepada ayahnya, ingin tahu kisah sebenar apa yang terjadi kepada Syaimaa’.
Sementara ayahnya mengumpul kekuatan untuk bercerita, aku tanya Syaimaa’ berapa orang adik beradiknya. Syaimaa’ sebut ada aku dan abangku.
Aku tanya di mana abangnya, dijawab pantas oleh ayahnya, abang Syaimaa’ berada di Jerman. (Sambil membuat gaya orang yang tidur). Fahamlah aku bahawa abangnya telah meninggal dunia. Ayahnya tidak mahu Syaimaa’ tahu bahawa abangnya telah meninggal dunia.
Bingkas aku bangun mahu tahu lebih lanjut. Ayahnya menceritakan Syaimaa’ dan abangnya telah ditembak oleh sniper di Aleppo, Syria ketika sedang bermain-main di satu kawasan. Abangnya tewas dibidik peluru, Syaimaa’ pula buta kedua-dua belah matanya.
Allah!
Aku kembali duduk di sebelah Syaimaa’. Terus Syaimaa’ bertanya kemana aku pergi. Duduklah sebelah saya. Jangan pergi kemana-mana.
Sebak!
Syaimaa’ masih kecil untuk faham apa yang telah terjadi, namun kekuatan dirinya membuatkan kita ini tertunduk malu. Dan Syaimaa’ bercita-cita menjadi seorang guru.
Semoga Allah melindungimu duhai anak. Semoga Allah kurniakan kesabaran dan ketabahan kepada ayahmu.
Amiin. Amiin
Boleh salurkan ke akaun MALAYSIAN LIFE LINE FOR SYRIA BERHAD :
.
MAYBANK : 564810513971
BANK ISLAM : 14210010009882
BANK RAKYAT : 1111-5100-1155
AFFIN BANK : 1050-4003-0883
.
E-Mel : donation.mllfs@gmail.com
Ref : FaFau4Syria
Sumber/Foto/Video : Instagram Fara Fauzana, Syahrir Azfar Al-Halabi
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Lupa itu sebenarnya sejenis penyakit. Kalau tak dirawat boleh mengundang kemudaratan pada memori malah anda sendiri. Saranan konsisten membaca al-Quran untuk menghindari penyakit pelupa itu ada benarnya.
Namun, ini antara yang selalu kita dengar dari orang tua-tua kita tentang punca-punca berlakunya penyakit lupa. Kadang itu, muda-muda dalam awal 20-an dah alami masalah lupa ini. Walaupun tiada bukti saintifik, namun ia tetap memberi anda langkah berjaga-jaga.
Fahami dan tak salah mempraktikkannya. Semoga anda dapat menghindarkan diri dari penyakit lupa dan sentiasa mengekalkan memori anda dalam keadaan yang baik sepanjang masa.
Elakkan makan kepala ikan kerana pada bahagian kepala ikan inilah terkumpulnya toksin.
Contoh organ dalaman binatang adalah hati, limpa, jantung, perut dan seumpamanya. Melainkan dengan nasihat doktor untuk tujuan kesihatan.
Antara makanan tercemar adalah makanan yang dah terdedah dan dihinggapi semut. Ini kerana semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang boleh menyebabkan daya ingatan menjadi lemah.
Tak boleh makan secara berlebihan ia mengundang penyakit mudah lupa. Sebab itu disarankan agar makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.
Jangan minum air antara suapan makan. Bermakna selesaikan dulu makan anda barulah minum air. Itupun bukannya minum sampai satu jag besar, tapi berpada-padalah.
Selain makanan, gegaran pada otak yang kuat dan kerap juga boleh menjad punca anda hadapi penyakit lupa. Terutama gegaran kepala seperti tinju, gusti dan sebagainya. Pergaduhan yang melibatkan pukulan kepala juga merbahaya.
Gegaran di kepala yang kuat dan terlalu kerap akan menyebabkan kadar sejenis bahan kimia yang dipanggil ‘Dopamin’ menjadi berkurangan dalam sel-sel otak. Itulah penyebab daya ingatan dan otot-otot makin kurang bermaya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!