Sejak kecil dimanjakan ayah membuatkan anak-anak lebih sayang dan kasihkan ayah berbanding ibu. Ibu seringkali dikaitkan ibu yang garang dan pemarah lagi-lagi ibu yang bergelar suri rumah dan 24 jam menguruskan anak.
Ayah yang jarang-jarang sekali uruskan anak-anak cukup disayangi kerana dilihat tidak cepat marah dan memukul. Sebenarnya seorang ibu penat menguruskan anak-anak dan rumah tangga serentak.
Oleh hal yang demikian, ayahlah main peranan penting tambahkan kasih sayang dan hormat anak-anak pada ibu mereka. Betul tak?
Seorang ayah sebenarnya memainkan peranan amat penting untuk menambahkan kasih sayang dan hormat anak-anak terhadap ibu mereka.
Saya masih ingat waktu saya kecil, ayah seorang yang sangat sibuk dan jarang berada di rumah. Apabila ayah pulang selalu akan membelikan ole-ole seperti pakaian baru, mainan, aiskrim dan makanan yang kami adik beradik teringin.
Jadi apabila ibu, ayah atau siapa-siapa bertanya “Sayang siapa? Ayah atau ibu?”
Kami semua cakap sayang ayah!
Sebab kami 24 jam di rumah dengan ibu. Ada masanya ibu marah. Dan ada masanya ibu berleter. Kemudian ada masanya ibu bertegas. Kadang kalau kami degil, kenalah cubit.
Ads
Tetapi ayah, ayah tak pernah marah, ayah bila pulang bawa hadiah, beri duit, belikan mainan. Ehh.. Mestilah sayang ayah lagi banyak kan?
Tambahkan Kasih Sayang & Hormat Anak Pada Ibu
Kemudian, di sinilah ayah memainkan peranannya.
Ayah kata, sebagai anak, apa-apa mesti ingat dan dahulukan ibu. Banyak pengorbanan ibu. Apabila lepas solat, atau nak ikut ayah keluar, ayah suruh salam dan cium ibu.
Dan apabila ibu jahitkan baju sekolah, baju raya, ayah suruh cakap terima kasih dan rasa syukur sebab ada seorang ibu yang pandai menjahit.
Apabila kami keluar sama-sama dengan ayah, ayah akan tanya pendapat kami, nak belikan apa ya untuk ibu di rumah?
Ayah terangkan kenapa ibu mudah marah. Ya, sebab ibu penat, ibu letih, ibu stres.
Ads
Duduk rumah penat, dengan kerenah kami yang degil dan selalu bergaduh, mestilah ibu marah, kata ayah. Kalau kami baik, dengar kata, mesti ibu tak marah.
Ya, memang nampak ibu macam duduk depan mata kami 24 jam. Tak ada belikan apa-apa, tak beri duit belanja sebanyak ayah. Tapi ibu ambil upah menjahit sebagai pendapatan sampingan untuk membantu ayah menyara kehidupan kami sekeluarga.
Semua itu belakang tabir, kami anak kecil tak faham tetapi akhirnya kami faham dan nampak besar pengorbanan ibu setelah ayah fahamkan kami.
Ibu Sentiasa Harapkan Yang Terbaik Untuk Anak
Ketahuilah wahai anak, bahawa sebelum kamu dilahirkan ada seorang wanita yang selalu mendoakan kamu dan merindukan kamu meskipun belum bertemu, dia menanggung segala kepayahan dan kesakitan semasa mengandung dan melahirkan kamu.
Ingatlah bahawa manusia itu adalah ibu mu. Pada tubuhnya ada parut yang berbekas sebagai tanda pernah melahirkan kamu atas muka bumi ini.
Hargailah ibumu. Kerana padanya ada doa yang mustajab, walau dia hanya insan yang biasa-biasa sahaja. . #intandzulkefli #selfreminder
Alhamdulillah, setakat hari ini, suami saya juga menerapkan hal yang sama kepada anak-anak. Mudah-mudahan berkekalan, amiin.
MW: Dengan cara ini, barulah ayah kecil faham mengapa kadang-kadang ibu garang. Marah seorang mak bukan kerana benci sebaliknya kerana sayang. Mana mungkin seorang ibu membenci anak yang dikandung dan dilahirkan dia. Betul tak?
Bila dah jadi pasangan suami isteri tu, ‘keakraban’ emosi antara suami mahupun isteri sememangnya dekat. Dan disebabkan perkaitan inilah, yang paling misterinya naluri isteri selalunya tepat.
Cuba perhatikan ada tak hal-hal sebegini jadi dalam hubungan anda suami isteri. Kalau pernah berlaku maka janganlah suami menidakkan tepatnya naluri seorang isteri.
Kalau Isteri Suruh Repair Atau Bawa Kereta Ke Bengkel.. Jangan Buat Tak Tahu
Pernah tak bila nak drive jalan-jalan ke satu-satu tempat, isteri duduk di sebelah sambil beritahu dekat suami yang dia rasa lain bila naik kereta. Macam tak sedap hati, minta suami bawa pergi bengkel.
Tapi encik abang kata, ok lagi ni boleh jalan. Sudahnya bila dah sampai satu-satu tempat tiba-tiba betul kereta tu meragam. Macam itu juga, bila isteri kata suruh isi minyak kereta. Tapi suami kata masih boleh jalan.
Tup-tup dekat depan sikit jalan dah jammed yak’mat. Sesaknya dengan minyak kereta yang dah tak berapa nak ada. Kau rasa? Tak berpeluh satu badan fikirkan. Mulalah mulut isteri membebel.. “Kenapalah awak tak dengar saya cakap tadi.” “Kalau dengarkan tak jadi macam ini.”
Memang stresskan, tapi biasanya memang naluri isteri bab-bab kereta ini betul dan ada benarnya. Jadi wahai suami, dengarlah. Kalau isteri kata suruh repair.. repairlah. Kalau tak ada duit, kongsikan hal itu dengan isteri.
Isteri yang hebat, dia akan jumpa jalan penyelesaian untuk suaminya. Percayalah.. mempercayai naluri isteri akan jadikan anda suami yang bahagia.
Kalau Isteri Kata Ada Yang Tak Kena Dengan ‘Seseorang’, Memang Betullah Tu
Bukan bermakna isteri cemburu buta. Cuma ada ketika suami tak sedar yang dia sedang berdepan dengan seseorang yang boleh diibaratkan ‘gunting dalam lipatan’. Fahamkan maksud ini. Nampak baik sangat depan suami, tapi di belakang bermuka-muka.
Suami tak sedar, tapi isteri boleh rasa. Baik seseorang itu wanita atau lelaki, ya isteri boleh rasa ketidak jujurannya itu. Cuma kadangkala cara isteri meluah nalurinya ada pelbagai jenis. Ada yang keras membantah ada yang berkias-kias.
Kadang suami tak faham. Jadi sebaiknya isteri, kalau rasa tak best tu. Boleh je kongsi perasaan dengan suami. Kalau suami kata itu cuma mainan perasaan. Buatlah kaji selidik, latar belakang dan tunjukkan hasilnya. Dorongan ini macam agak melampau, tapi demi keselamatan keluarga apa salahnya kan.
Tapi.. larangan keras ya isteri. Jangan pula dipost perasaan tak best tu dekat media sosial. Baik facebook, instagram, twitter dan sewaktu dengannya. Cukup cuma anda dan suami je yang tahu. Itu lebih baik.
Bukankah menjaga kerahsiaan hubungan suami isteri itu dituntut oleh agama.
Kalau Naluri Isteri Kata Tak Sedap Hati, Tanyakan Sungguh-sungguh Apa Penyebabnya
Kadang isteri tak ada jawapan pun. Cuma nalurinya saja yang berkata-kata dekat seluruh anggota tubuhnya. Maka suami, kenalah usahakan untuk mendamaikan hati isteri yang tak sedap hati itu.
Minta banyakkan berdoa dan berzikir dalam hati. Dan ada kalanya larangan isteri agar suami tak pergi ke satu-satu tempat, contoh tempat memancing atau mendaki ada hikmah di sebaliknya. Janganlah pula bergaduh besar kerana isteri melarang keras hobi anda itu.
Bukan selalu dia larangkan. Tapi kalau dah selalu larang itu namanya habit isteri.. yang nak suami temankan dia sepanjang masa. Eh!
Tiga contoh naluri ini sememangnya pernah mak-mak lalui kan. Baguslah kalau suami dapat baca ini. Sekurang-kurangnya dia akan faham dan sedar kembali, betapa pentingnya isteri sebagai penyeimbang kehidupannya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Nenek usia 83 tahun ini pakar bidan bernama Tok Puan Jusoh. Selain jadi bidan, beliau penasihat kepada penulis buku 9 Bulan 10 Hari karya Puan Nazira Nazir.
Kata penulis ini, “Umur Tok Puan ni dah 83 tahun tapi tenaga dia mengalahkan orang-orang muda.:
Sebabnya masa berurut pantang untuk 2 orang anak, 4 tahun & 2 tahun, tenaga urutan yang Tok Puan bagi memang boleh sampai rasa nak patah tulang-tulang.
Puan Nazira Nazir dan keluarga.
“Setiap sentuhan Tok Puan akan buat kita cakap ‘Ha.. betul.. betul.. situ yang sakit.’ Punyalah kuat instincr Tok Puan ni. Lepas habis urut badan kita rasa best sangat.. sangat.. sangat..”
Ada rahsia kenapa Tok Puan kekal bertenaga. Caranya Tok Puan pantang dengan betul lepas bersalin dulu.
“Orang dulu-dulu berpantang siap ada bara api. Letak di belakangnya bagi menggantikan tungku yang ramai wanita guna sekarang.”
Haa… ada ke yang berani nak pantang macam tu? Habis saja berpantang, kulit-kulit badan siap boleh dikupas-kupas keluarkan selepas dipanggang 45 hari.
“Hasilnya, orang dulu lagi kuat dari kita.”
Tapi sekarang ini tidaklah perlu melalui sesi berpantang yang menyakitkan sebegitu. Cuma perlu jaga saja 14 cara berpantang yang amat mudah ini dan tak merumitkan. Tapi 14 hal inilah yang selalu wanita berpantang boleh buat-buat lupa.
“Pantang Tok Puan Jusoh ni sweet sangat, tapi kalau kena urutannya, confirm ibu berpantang menjerit. Hihihi.. Pun begitu inilah cara yang betul nak pulihkan badan lepas bersalin.”
Pesan Tok Puan Buat 14 Cara Betul Pulihkan Badan Lepas Bersalin
Salah satu rutin urutan Tok Puan Jusoh.
1. STOKIN
Wajib pakai untuk elak kaki sejuk dan masuk angin.
2. DILARANG MENCANGKUNG
Koyak atau tidak miss v ketika meneran bersalin, wanita berpantang dilarang duduk cangkung. Rahim tu tengah lemah lagi. Kalau terkeluar macam mana?
3. RAPATKAN KAKI
Selepas diceroboh, dirobek, dikeluarkan anak dan uri, part miss v tu sangatlah tercedera & lemah. Kesian miss v… Rapatkan kaki anda, dan bantu’nya’ cepat sembuh dari luka.
4. WANITA BERPANTANG BUKAN ULTRAMAN
So jangan sesekali aktif buat buat kerja. Nak jaga anak pun sepatutnya diuruskan orang lain, apatah lagi memasak dan buat kerja kerja rumah. Banyakkan berehat jika nak sembuh cepat.
5. BANGUN DI AWAL PAGI & ELAKKAN TIDUR SENJA
Dapatkan sedikit cahaya matahari dengan sekadar berdiri di tepi tingkap. Urut-urut lengan anda, lakukan sedikit senaman ringan seperti menggoyang-goyangkan tangan agar anda tidak kelihatan lemau.
6. JANGAN KELUAR RUMAH KECUALI KE KLINIK
Wanita berpantang yang tidak suci dari darah kotor nifas boleh menjemput ‘orang ketiga’. Elakkan.
7. JAGA IBU JARI KAKI
Jika ibu jari kaki terhantuk ia bukan saja boleh membuatkan wanita yang berpantang ni pitam, malah bentan.
8. ADAB KETIKA MANDI
Berdiri lama dan mencangkung adalah dilarang bagi wanita yang berpantang. Apatah lagi jika melakukan banyak pergerakan ketika mandi. Duduklah di atas bangku dan mandi air yang sedikit panas.
9. MEMBUANG
Ada wanita yang sangat takut nak ‘membuang’ air besar selepas bersalin… tips ni macam pelik skit.. hehe.. tapi ia sangat membantu. Membuanglah sambil berdiri. Ia mengurangkan rasa takut & ngilu.
10. JAUHKAN AIRCOND
Pasang kipas pun dah tak bagus untuk wanita berpantang, apatah lagi kalau aircond. ia bertujuan menghalang angin dari memasuki badan.
11. IKAT
Sepanjang berpantang tu ikat rambut sekejabnya. Ia mengelak angin dari masuk.
12. SUAMI TAKE NOTE YA!
Suami tolonglah bantu isteri. Sebenarnya tanggungjawab sediakan makan & basuh baju isteri masa pantang adalah suami sebab isteri tak boleh main air masa tu. Katakan suami bz, suami perlu sediakan someone untuk uruskan wife & anak anda. Jaga emosi & fizikalnya.
13. BERTUNGKU, MENGURUT & MANDI HERBA
Mengecutkan batu meriyan, MENGURUT mengangkat rahim dan MANDI HERBA menyegarkan badan sangatlah penting untuk buat mommy rasa macam princess tyme pantang.
14. MENU BERPANTANG
Ni memang kena jaga, ikan ikan berbisa seperti keli dan terubuk, sayur kekacang, fast food antara yang sangat perlu elakkan.
Sebaik saja melalui tempoh 44 hari berpantang dan berjaya pulihkan badan lepas bersalin, tentu ibu-ibu dah bersedia nak masuk kerja dengan tubuh yang sihat. Lagilah nanti, macam-macam kerja menanti di pejabat atau tempat kerja anda.
Sumber/Foto: www.9bulan10hari.com, Facebook Nazira Nazir – Mingguan Wanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu. Siapa sangka, calon Sijil Pelajaran Malaysia, Nur Iman Athirah Roseman menjadi peserta paling bertuah apabila berjaya memenangi kereta Axia bernilai RM40,000 sempena Peraduan PTTI Better Results.
Peraduan yang bermula pada Jun sehingga September lalu telah menerima 8,000 penyertaan daripada pelajar pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iaitu PTTI di seluruh negara.
Nur Iman, 17, berkata, hadiah yang ditawarkan bukan saja sebagai ganjaran peraduan tetapi membuka peluang pelajar menimba ilmu bersama PTTI menerusi seminar yang dijalankan.
“Sejak mengikuti kelas di PTTI ketika tingkatan empat iaitu tahun lalu, saya dapat mengubah keputusan tiga mata pelajaran yang gagal menjadi lebih baik.
“Jadi, apabila PTTI membuat peraduan ini yang mana pelajar perlu mengajak rakan seramai mungkin untuk mengikuti pembelajaran di PTTI, bagi saya ia sesuatu yang bagus.
“Bagi saya, belajar di PTTI memberi banyak manfaat. Buktinya pada diri saya. Kita bukan saja dapat ilmu, tapi mudah faham dan skor subjek. Pada masa sama dapat peluang menang hadiah,” katanya.
Menurutnya, dia tidak menjangka dapat memenangi hadiah utama itu selain berazam untuk memanfaatkan kereta itu sebaiknya selepas mendapat lesen memandu penuh nanti.
Belum Ada Lesen Memandu
“Alhamdulillah, ini pertama kali saya mendapat hadiah yang begitu berharga. Sangat gembira dan teruja dapat menang kereta. Siapa nak bagi kan? Terima kasih PTTI kerana memberi peluang pada semua pelajar.
“Memandangkan sekarang belum ada lesen penuh, jadi saya tak boleh lagi nak memandu. Cuma, kereta ini bakal dimanfaatkan sebaiknya. Dalam masa sama, tak sabar juga nak bawa keluarga dan kawan-kawan naik kereta ini,” katanya.
Berkongsi Manfaat
Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau mesra disapa sebagai Cikgu Fana berkata, objektif peraduan adalah untuk berkongsi dan memberi manfaat kepada lebih ramai orang terutama pelajar.
“Peraduan ini terbuka kepada semua pelajar yang berdaftar dengan PTTI dan mengajak kawan mereka belajar di dalam seminar yang dianjurkan pusat ini secara percuma.
“Dalam erti kata lain, peraduan ini bukan saja untuk berkongsi tapi juga memberi manfaat kepada lebih ramai orang. Apabila pelajar berkongsi keputusan mereka, ia sekaligus memberi galakan untuk rakan lain belajar seterusnya dapat menyertai peraduan ini.
“Pemenang peraduan ini diumumkan pada program jelajah seminar peringkat Negeri Selangor yang diadakan di Pusat Konvensyen IDCC Shah Alam baru-baru ini,” katanya.
Menurutnya, siri jelajah itu dihadiri lebih 1,000 peserta yang juga pelajar SPM di seluruh negara.
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...