Waktu anak kecil-kecil inilah, mak boleh tanpa sengaja bertukar garang macam ‘singa’. Lagi-lagi bila ada anak-anak yang tak berhenti buat perangai. Berebutkan sesuatu, makan berebut.. itu pun boleh jadi punca.
Semakin anak-anak membesar, masing-masing pun makin faham tanggungjawab. Semakin kurang kerenahnya. Malah, ada yang sudah belajar ke menara gading. Seorang demi seorang, tinggalkan rumah sama ada disebabkan belajar, bekerja mahu berkahwin.
Dan sampai satu tahap, keriuhan anak-anak itulah yang buat mak ayah rindu. Inilah perasaan yang dilalui pasangan Suzy Sharif bila suara anak-anak tak lagi meriuhkan kediaman. Bezanya mak ayah ini pula yang perlu berjauhan dari anak-anak.
Pesanan yang dititipkan boleh mak ayah muda ambil dan simpan baik-baik dalam hati.
Makan tengahari berdua tadi, tiba-tiba Tuan Haji kata rumah kami sunyi.
Saya kata, ajaklah orang datang rumah.
Buat makan-makan riuhlah sikit.
Bukan sunyi tu, dia kata.
Sunyi sebab tak ada anak-anak.
“Kan Bang, kalau masa Kakak, Abil, Saddiq kecik dulu riuhlah jugak rumah.”
“Kalau masa makan semua ada.”
Saya rasa begitulah juga ibu dan ayah yang sama situasinya dengan kami.
Bila sudah tinggal berdua.
Ads
Saya pandang Tuan Haji, Tuan Haji pandang saya.
Untuk adik-adik yang masih mempunyai anak-anak kecil di rumah.
Hargailah masa yang Allah kurnia.
Kerana masa yang pergi, tidak akan kembali lagi.
Layanlah semua kerenah anak-anak dengan lapang dada.
Kerana itulah yang menjadi kerinduan nanti.
Makan berebut. Makanan atau minuman tumpah, biarlah.
Anggaplah itu satu hal yang biasa.
Memekik. Menjerit berebutkan sesuatu, pun biarlah.
Itulah yang menghidupkan rumah tangga kita.
Ads
Suatu hari nanti, suara-suara itulah yang akan terngiang-ngiang.
Dan menjadi satu alunan melodi yang lunak kedengarannya di cuping telinga.
Hari ini, mungkin Tuan Haji teringat sangat kepada anak-anak.
Tak apalah, sabar sedikit sahaja lagi.
Sampai masa kami pasti pulang untuk bersatu dengan anak-anak tersayang.
The day will come.Bi iznillah
MW : Sungguhlah! Kadangkala keriuhan anak-anak itulah penawar kesunyian.
‘Cepat marah bila anak buat perangai.’ Mereka tak kecil selamanya, sabarlah sekejap! Tidak dinafikan, kadang-kadang ragam membuatkan mak-mak hilang sabar.
Tetapi percayalah bukan mak seorang saja yang alami situasi malah ramai lagi ibu di luar sana yang emosi berdepan dengan perangai anak-anak kecil.
Ikuti perkongsian Puan Aimi Nawi ini dan fahami apa yang dilalui mak-mak adalah perkara ‘biasa’.
Cepat Marah
Aimi ada tertengok klip video conversation seorang ibu ni dengan DJ radio. Ibu ni kata dia rasa sangat tertekan. Dia PJJ (perhubungan jarak jauh) dengan husband. Diakui dia rindu zaman bujang dia. Dia rasa alangkah baiknya kalau dia tak ada anak.
Lepas itu Aimi terbaca pulak post seorang ibu ni.
Dia ada seorang anak dan dia admit dia susah nak kawal perasaan.
Malah dia cepat marah kalau anak dia meragam.
Dia tak suka anak nangis or buat perangai or tantrum. Malah dia akan naik angin dalam situasi macam tu.
Bila Anak Buat Perangai
Bila Aimi baca komen,
Ramai sangat ibu share benda yang sama.
Ada yang kata,
Ada masa naik benci tengok muka anak.
Padahal anak tak sampai setahun pun lagi.
Ya Allah,
Ampunkan kami hamba Mu yang lemah.
Aimi admit ada masa Aimi pun rasa serabut bila anak menangis.
Rasa geram bila anak buat perangai.
Rasa nak jerit bila anak-anak bergaduh berebut mainan.
Banyak kali juga Aimi rasa marah,
Sampai Aimi tenung muka anak lama-lama.
Mereka Tak Kecil Selamanya
Akal yang waras tengah berperang dengan nafsu marah. Suara dalam kepala ni kata pukul, rotan dan cubit dia. Biar dia belajar sikit.
Kadang sampai menggigil tangan ni Aimi genggam. Geram. Nak pulak kita tengah penat. Ada banyak kerja lain menunggu. Kenapa anak susah sangat nak faham ni?
Aimi tenung muka anak lama-lama. Tarik nafas. Hembus nafas. I keep on breathing. Breathe… Breathe…
Lama-lama rasa marah itu jadi kasihan. Tengok muka anak sememeh nangis. Tengok mata dia sayu pandang kita.
Allahuakbar. Anak aku ni. Dia budak kecik dan dia tak reti selesaikan masalah dia except dengan cara menangis dan tantrum.
Itu saja cara dia express emosi dia. Lembutkan suara. Panggil anak datang dekat. Peluk dia dan pujuk dia. Sekelip mata senyap.
Sabarlah Sekejap!
Suasana yang huru hara tadi, sekelip mata aman tenteram. I keep telling myself, anak-anak tak kan kecil selamanya. Sabar lah sekejap.
Sabarlah dengan kerenah mereka. Itulah ladang pahala kita ibu-ibu.
Orang yang kuat adalah, orang yang menahan sabarnya. Kita ibu adalah orang yang kuat.
Kalau kita tak kuat, tak mungkin kita mampu bawak anak dalam perut selama 9 bulan kan.
Kalau kita tak kuat, tak mungkin kita mampu tahan sakit contraction.
Kita ibu-ibu Allah jadikan sangat kuat yang lahirkan anak kita, walaupun dalam penuh kesakitan.
Kita kuat, mampu sabar. Kalau rasa terlalu marah, sampai susah nak kawal diri, what I did… I walk away sekejap.
Masuk bilik, baring sekejap. Masuk dapur, minum air sekejap. Tarik nafas, hembus nafas.
Keep on breathing, insyallah tenang balik. Bila dah tenang, baru kita boleh confront tantrum anak dengan state emosi yang positif.
Kawal Emosi Sebaiknya
Dan state of mind kita sangat mempengaruhi emosi anak juga. Aimi perasan kalau Aimi nak handle anak buat perangai dengan rasa emosi negatif, anak jadi lagi susah nak dipujuk.
But if I walk away sekejap, calm myself down dulu. Then anak lebih senang dipujuk.
Anak sense negativity kita. Dia jadi lagi negatif.
Kita datang dengan emosi positif, kita boleh neutralkan semula emosi negatif anak.
Pandanglah muka anak-anak kita. Mereka adalah pinjaman dari Allah untuk kita.
Dalam ramai-ramai manusia lain,
Allah hantarkan mereka pada kita.
Malah Allah hadirkan roh mereka dalam rahim kita.
Juga Allah takdirkan mereka untuk kita,
As much as kita ditakdirkan untuk mereka.
p/s: Now I’m facing cabaran baru. Cabaran anak perempuan yang makin menghampiri keremajaan. Bangun tidur pagi tadi tiba-tiba boleh nangis sebab tak nak jaga kantin. I was like so random and so out of the blue
Mingguan Wanita : Bila diikutkan hati memang mak-mak tak mampu kawal emosi, namun sedarlah anak hanyalah sekadar pinjaman.
Kanak-kanak umur 3 tahun sudah di wajibkan ke sekolah.Itulah perubahan yang bakal dilakukan dalam sistem pendidikan di Perancis berkuat kuasa pada 2019 nanti.
Presiden Emmanuel Macron, mengumumkan semua budak berusia tiga tahun wajib bersekolah, berbanding enam tahun sebelum ini, sebagai sebahagian rancangannya mengubah sistem pendidikan.
Langkah itu cuma memberi kesan kepada minoriti keluarga, dengan 97.6 peratus kanak-kanak Perancis sudah pun memasuki sekolah pada usia tiga tahun, menurut data Kementerian Pendidikan.
Namun Macron menegaskan perubahan itu bertujuan memerangi ketidaksamaan di wilayah luar dan kawasan paling miskin di tanah besar Perancis terutamanya, yang menyaksikan semakin ramai ibu bapa memilih tidak menghantar anak mereka ke sekolah.
“Saya harap dengan kewajipan ini, bermula awal persekolahan 2019, kita boleh membetulkan perbezaan yang tidak boleh diterima ini,” katanya kepada sidang yang dianjurkan untuk membincangkan pendidikan prasekolah.
Beliau berjanji prasekolah menjadi semakin baik pada masa depan dalam sistem pendidikan Perancis.
Macron, yang menamakan pendidikan sebagai antara keutamaannya, melantik pakar psikiatri saraf, Boris Cyrulnik, untuk membantu membentuk perubahan kepada kurikulum prasekolah dengan kerjasama Menteri Pendidikan, Jean-Michel Blanquer.
Dengan keputusan ini menjadikan Perancis negara yang mewajibkan umur yang paling awal ke sekolah pada usia 3 tahun.
Mak ayah macam mana? Kalau dilaksanakan di Malaysia setuju tak seawal 3 tahun dah diwajibkan ke sekolah?
iiAdik beradik, setiap seorang mempunyai cara yang perangai yang berbeza-beza. Percayalah, masing-masing ada sifat yang lembut, keras kepala, suka mengalah dan macam-macam lagi. Lagi ramai adik beradik rasanya ‘huru-hara’ rumah. Memang cukup meriah, apatah lagi bila dapat berkumpul beramai-ramai.
Namun, dalam riuh rendah dengan karenah adik beradik, bila seorang tak ada rasanya tidak akan sempurna dan tidak lengkap keluarga. Ini belum lagi, bila anak-anak dah dewasa dan mempunyai pilhan sendiri.
Bayangkan, mak-mak yang mempunyai anak ramai, cukup struggle dalam membesarkan mereka. Masa kecil, perangainya lain, bila besar, perangainya lain pula untuk mak-mak layan karenah anak.
Malah, setiap anak ini mempunyai karakter dan kepakaran masing-masing. Mungkin seorang itu, suka memasak dan tolong mak di dapur, seorang itu suka bertukang dan mungkin juga ada anak yang pendiam dan memerap dalam bilik sahaja.
Walau bagaimanapun, itulah sebuah keluarga yang tidak akan putus pertalian sampai bila-bila. Seperti perkongsian daripada Farizal Radzali ini.
Dalam sebuah keluarga itu, mesti ada seorang yang dilihat jahat kerana berani memperkatakan sesuatu yang benar tapi agak pedas. Contohnya mak ayah berbuat sesuatu yang salah, anak-anak tak nak tegur sebab tak nak jadi anak derhaka kerana mengecilkan hati ibu ayah.
Walau bagaimanapun, akan ada seorang yg berani bercakap, menegur ibu ayah, walaupun dia tahu adik beradik lain akan marah, walau dia tahu ibu ayah akan tersinggung.
Pasti ada seorang dalam adik beradik kita yang begitu.
Akan ada pula salah seorang yg nampak baik. Lembut dalam tutur kata. Menegur dengan penuh berhemah. Bersabar dalam setiap keadaan. Tenang dalam setiap situasi.
Ada seorang yang perangai tak semenggah. Loyar buruk tak peduli orang tengah serius atau tak.
Ada juga seorang yg tak ambil tau langsung apa jadi dalam keluarganya.
Akan ada yang makan hatiAda yang cakap main lepas
Akan ada yang level atas
Ada yang level bawah
Akan ada yang pandai
Ada yang kurang pandai
Akan terjadi suatu masa semua tak sependapat
Ada masa bermasam muka
Akan ada masa tak bertegur sapa
Ada masa tak nak berjumpa
Lumrah Dalam Keluarga
Semua itu lumrah dalam keluarga. Ada yang jadi gula, jadi garam, ada yang jadi asam, jadi cili, ada yang jadi api, jadi air. Kurang satu segalanya jadi kurang sempurna. Terlebih satu pun segalanya jadi tak betul.
Gaduh la, sebab kita ada emosi Marah la, sebbb kita ada perasaan Ketawa la, sebab kita layak gembira Diam la, sebab ada masa kita perlu menyendiri.
Itulah keluarga dan itulah adik beradik,
Lagi ramai lagi banyak kerenah dan lagi ramai lagi banyak rempah,
Andai hanya ada satu, dialah yang menjadi semua dalam 1, segala rempah rencah & kerenah.
MW: Setiap orang diberi rezeki yang berbeza-beza, begitu juga dengan adik beradik atau anak. Ramai atau sedikit, semua itu anugerah terbaik.
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...