Allah Lebih Menyayangimu “Bidadari syurga saya pergi buat selamanya. Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat Siti Sarah binti Raisuddin,” luah Shuib.
Siti Sarah Raissuddin, 37, telah menghembuskan nafas terakhirnya tepat pukul 5.13 pagi tadi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
Allah Lebih Menyayangimu, Siti Sarah Meninggal Dunia
Allah lebih menyayangimu Siti Sarah, semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang beriman.
Berita sedih dan penuh duka itu disampaikan pihak pengurusan penyanyi yang juga ibu kepada empat orang anak ini, Indigital Music.
Allahyarham Siti Sarah yang juga isteri kepada pelawak, Shuib meninggal dunia selepas beberapa bertarung nyawa melawan jangkitan Covid-19.
Ads
Siti Sarah Meninggal Dunia 5.13 Pagi
Sesungguhnya perkhabaran ini mengundang sebak dan air mata penulis sendiri mengalir ketika membaca mesej yang dihantar.
“Dengan berat hati dan berdukacita, kami ingin memaklumkan bahawasanya Siti Sarah Raissuddin telah meninggal dunia pukul 5.13 pagi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
“Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus memberikan doa serta sokongan kepadanya sejak dimasukkan ke hospital beberapa hari yang lalu.
“Sebarang maklumat lanjut akan disalurkan dari semasa ke semasa. Al-Fatihah,” tulis pihak pengurusan Indigital Music.
Penyanyi ini, terpaksa ditidurkan untuk proses pembedahan melahirkan anak dalam kandungan yang berusia tujuh bulan. Dan selamat melahirkan bayi lelaki diberi nama Ayash Affan.
Siti Sarah bersama suami yang juga pelawak, Shuib disahkan positif Covid-19 pada 27 Julai lalu. Pasangan itu berkahwin pada 26 Februari 2011. Pasangan ini juga mempunyai tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.
Mingguan Wanita : Salam takziah diucapkan buat Shuib dan keluarga. Semoga Allah ampunkan dosa dan tempatkan arwah dikalangan orang yang beriman.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sediakan payung sebelum hujan. Ibarat peribahasa ‘malang tidak berbau’, pada kebiasaannya, kejadian yang tidak diingini senantiasa berlaku tanpa diduga. Sebagai ketua keluarga sudah pasti anda perlu melindungi orang yang tersayang.
Apatah lagi jika sesuatu berlaku pada anda, pastinya anda tidak mahu orang tersayang terbeban lebih-lebih lagi selepas pemergian anda.
Hargailah mereka yang tersayang! Sekurang-kurangnya, ambillah salah satu pelan takaful Bertempoh atau Penyakit Kritikal untuk diri anda dan seisi keluarga. Dengan adanya perlindungan sebegini pastinya dapat menjamin masa depan keluarga tercinta.
Bagi anda yang belum mengetahui sebenarnya banyak faedah yang akan anda sekeluarga terima jika mendapat perlindungan takaful.
Disini kami ingin kongsikan ciri-ciri dan manfaat terbaik apabila kita menggunakan dana KWSP untuk perlindungan takaful. Sememangnya sangat berbaloi! Berikut adalah kebaikan yang perlu anda tahu:
Penggunaan dana KWSP untuk mengambil perlindungan takaful adalah sesuatu yang tidak merugikan (perlindungan keluarga dan masa depan).
Jumlah sumbangan bulanan tidak membebankan – ditolak terus dari dana KWSP dan tidak mengganggu komitmen gaji bulanan sedia ada.
Pelan takaful ini merangkumi perlindungan untuk ahli keluarga tersayang – hanya dengan melalui potongan dana KWSP.
Melalui dana KWSP, boleh miliki pelan takaful keluarga yang sangat berkualiti (PruBSN adalah pengendali takaful keluarga dengan reputasi terbaik – Jenama Takaful Keluarga Terbaik selama 10 tahun berturut-turut) dengan harga yang berpatutan tanpa rasa terbeban.
3 Kepentingan Melindungi Keluarga Dengan PruBSN Takaful
Tahukah sebenarnya Dana KWSP anda boleh melindungi anda dan keluarga? Ahli KSWP boleh melakukannya dengan cara yang ringkas dan mudah iaitu melalui aplikasi KWSP i-Akaun. Bukan itu sahaja, buat ahli KWSP, anda juga boleh menggunakan dana KWSP untuk mendaftar pasangan dan anak-anak anda. Dengan ini, jika apa-apa berlaku kepada anda di kemudian hari, ahli keluarga yang lain boleh meneruskan kehidupan dan kekal dilindungi
Terdapat tiga kepentingan jika anda lindungi keluarga dengan PruBSN Takaful. Pertama, sudah pasti ianya lebih selamat dan patuh syariah. Pelan takaful menggunakan konsep bantu membantu antara satu sama lain dalam kalangan pemegang sijil dan polisi selari dengan konsep Ta’awun.
Kedua, ianya sangat mudah. Hal ini kerana pembayaran dibuat terus dari dana KWSP. Ketiga, ia memberikan jaminan perlindungan bagi anda dan orang yang tersayang.
Pelan Takaful PruBSN Lindung Famili adalah antara pelan terbaik yang melindungi keluarga dan waris anda dari belenggu kewangan jika anda sudah tiada. Bukan sahaja melindungi anda tetapi juga tanggungan anda dengan melalui perlindungan Kematian dan Kehilangan Upaya Kekal & Menyeluruh (TPD) dengan sumbangan serendah RM13.80^ setahun.
Malah anda dan orang tersayang juga berhak mendapat perlindungan tambahan sehingga tiga kali ganda apabila berlaku Kematian akibat kemalangan. Eksklusif buat ahli KWSP ianya sangat memberi kelebihan di mana Dana KWSP anda boleh melindungi anda dan keluarga.
^Untuk perempuan bukan perokok, berumur 1 hingga 35 tahun (umur pada hari lahir akan datang), dan jumlah dilindungi sebanyak RM10,000.
Selain itu, dana KWSP juga memberikan peluang untuk anda melindungi keluarga menerusi PruBSN Cegah Famili. Perlindungan takaful bagi 43 penyakit kritikal dan Kematian untuk anda dan ahli yang dilindungi dengan sumbangan serendah RM16.30^ setahun bagi setiap ahli yang dilindungi melalui i-Lindung menggunakan dana KWSP anda.
^Untuk perempuan bukan perokok, berumur 1 hingga 35 tahun (umur pada hari lahir akan datang), dan jumlah dilindungi sebanyak RM10,000.
5 Manfaat PruBSN Lindung Famili
Terdapat lima manfaat pelan takaful yang ditawarkan oleh PruBSN Lindung Famili;
Jaminan pembaharuan tahunan sehingga umur 75 tahun.
Pengunderaitan yang Ringkas.
Tiada tempoh menunggu.
Jaminan perlindungan bagi manfaat Melindungi kematian dan kehilangan upaya kekal & menyeluruh sehingga RM200,000.
Bayaran manfaat sehingga 300% jika kematian akibat kemalangan.
4 Manfaat PruBSN Cegah Famili
Jaminan pembaharuan tahunan sehingga umur 75 tahun
Jumlah perlindungan sehingga RM200,000
Melindungi 43 penyakit kritikal
Pembayaran manfaat apabila meninggal dunia
Pelan perlindungan yang ditawarkan adalah untuk memastikan rakyat Malaysia dapat menjalani kehidupan dengan penuh yakin dan menikmati ketenangan minda. Sememangnya pelan takaful yang ditawarkan ini mempunyai banyak kelebihan. Bagi anda yang sangat menyayangi keluarga jangan lupa untuk memilih pelan perlindungan takaful keluarga dengan PruBSN Takaful.
Bagaimana Untuk Mendaftar?
Sangat mudah, semuanya boleh dibuat melalui aplikasi dalam talian dengan cara anda hanya perlu muat turun Aplikasi KWSP i-Akaun untuk mendaftar atau klik pada pautan ini.
Cara mudah daftar:
Muat turun aplikasi KWSP i-Akaun dengan mengimbas kod QR ini dan log masuk atau daftarkan diri jika tidak mempunyainya.
Kemudian anda boleh isikan semua butiran yang diperlukan dan akhirnya buat pembayaran yang akan ditolak daripada akaun KWSP anda. Mudah bukan?
Jadi usah tunggu lagi, daftarlah hari ini untuk perlindungan di masa hadapan yang lebih terjamin. Nak tahu maklumat lebih terperinci, anda boleh layari laman sesawang PruBSN i-Lindung di sini.
Nak menang hadiah keseluruhan bernilai RM170,000? Jom sertai peraduan FAM-TASTIC BONANZA! Daftar untuk pelan PruBSN Cegah Famili dan PruBSN Lindung Famili hari ini melalui aplikasi KWSP i-Akaun dari sekarang sehingga 30 April 2024.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kasih sayang ibu dan ayah sememangnya tidak ada galang gantinya. Sentiasa menghormati dan menurut kata mereka merupakan perkara wajib buat seorang anak termasuklah pelakon dan pengacara Zoey Rahman.
Berada dalam bidang seni dan kemudian berjaya dalam bidang perniagaan, ibu dan ayahlah orang paling utama diberikan penghargargaan. Malah segala usaha keras yang dilakukan dan limpahan rezeki yang diterima merupakan dari dorongan kedua ibu bapanya iaitu, Azizah Ibrahim, 63, dan Abd. Rahman Ngah, 77.
Justeru sebagai tanda penghargaan, Zoey menghadiahkan sebuah unit kondominium di Cheras, Kuala Lumpur berharga RM500,000 buat ibu bapanya.
“Alhamdulillah berkat doa mak ayah, saya dah sampai ke tahap ini dan berjaya dalam bidang perniagaan dan seni. Ini hadiah paling besar yang pernah saya berikan buat ibu dan ayah saya.
“Saya memang berniat nak balas jasa dan beri penghargaan buat kedua ibu bapa yang selama ini sentiasa menyokong saya. Ibu dan ayah sentiasa bagi kata-kata semangat untuk saya.
“Hadiah ini adalah bagi membalas jasa ibu bapa yang selama ini sentiasa memberi semangat dan menjadi pendengar setia apabila saya berdepan masalah. Mereka sering mengingatkan agar menjaga solat,” ujar Zoey ketika ditemubual di majlis pelancaran produk MikaSeries baru-baru ini.
Buahkan Hasil
Usaha keras anak kelahiran Terengganu ini bagi memajukan perniagaan produk kosmetik serta penjagaan kulit miliknya membuahkan hasil.
“MikaSeries mula diwujudkan pada tahun 2016. Asalnya nama Mika diilhamkan dari Malaikat Mikail, malaikat yang ditugaskan memberikan rezeki kepada semua makhluk. Bermula dengan tiga orang, iaitu saya bersama dua orang lagi rakan,” sambungnya.
Tidak merasa bimbang kerana kewujudannya sebagai pemilik MikaSeries tidak diketahui ramai, Zoey ada pendapatnya tersendiri.
“Sebagai pengusaha produk, saya akui ramai yang tak tahu saya merupakan pemilik MikaSeries tapi saya lebih senang dengan cara pemasaran begini.
“Saya mahu produk lebih ditonjolkan daripada diri saya yang ke hadapan, kalau kita lihat produk antarabangsa, kita pun tak tahu siapa pemiliknya. Itu yang cuba saya terapkan pada MikaSeries,” jelasnya yang akan menjayakan drama bersiri Black musim kedua.
Walaupun drama Aku Nazmi dah dekat seminggu berakhir, kesan sedihnya sampai ke hari ini masih ada. Jalan ceritanya pun sederhana saja. Tentang percintaan terhalang seorang gadis pekak dan bisu (Ilya) lakonan Ayda Jebat bersama pemuda Cerebral Palsy (Nazmi), lakonan Jay Iswazir.
Di sebabkan lakonan setiap pelakon tu betul-betul sampai ke dasar hati, penonton pun boleh tanpa sedar mengalirkan air mata. Hakikatnya, tak mudah untuk Ayda Jebat membawakan watak gadis pekak dan bisu ini.
Malah semasa pengambaran drama Aku Nazmi ini pun dia sempat berkongsi kesukarannya di instagram miliknya. “Serious yang ini memang mencabar. Rasa nak nangis. Pinjamkan bahu boleh?”
Ayda Jebat Dah Cuba Sedaya Upaya
Sebab apa tau. Ini kerana nak menjayakan watak ILYA, gadis pekak dan bisu ini Ayda Jebat kena belajar bahasa isyarat selama 10 hari.
“Kita belajar sign language selama 10 hari. Sumpah, bukan mudah. Terima kasih cikgu, team dan semua cast yang terlibat. Maaf kalau ada salah atau terkurang.
“Kita cuba sedaya upaya buat golongan istimewa bisu dan pekak dalam masa yang sama orang normal boleh faham dialog apa yang kami nak sampaikan.
“Rasa gembira, kelakar, sedih dan semua harapnya masih ada.” Untuk menjayakan drama ini juga team ini menghabiskan 9 hari penggambaran di Melaka.
Bahagia Sampai Hilang Penat
Sememangnya drama itu trending no. 1 ketika ditayangkan. Kerja keras dan usaha Ayda serta team yang berusaha keras mempelajari sign language malah menjiwai watak dengan sebaiknya diiktiraf para penonton.
“Terima kasih peminat, yang tak minat tapi tertengok, family, kawan-kawan artis, abang-abang director, crews dan semua yang tengok, yang sempat text adik tadi, post and tweet, terima kasih atas pujian anda.
“Sokongan awak semua buat penat saya dan semua yang terlibat hilang hari ini. Alhamdulillah, #AkuNazmi trending no.1 hari ni.” tulis Ayda sebaik selesai tayangan dramanya itu.
Kisah inspirasi tentang Shamsuri dan isterinya yang menerima cahaya mata ke-13, membuktikan bahawa rezeki anak ramai adalah anugerah penuh keberkatan. Ketabahan dan kasih sayang pasangan ini menjadikan keluarga besar mereka sumber kekuatan.