Pandemik Covid-19 dan juga PKP 3.0 menyebabkan ramai yang kesempitan. Oleh itu, pelbagai usaha dibuat bagi membantu golongan memerlukan termasuklah kempen kibarkan bendera putih bagi mengesan mereka yang berada dalam kesusahan.
Dek kerana itu juga pendakwah bebas dan selebriti, Muhammad Haris Mohd Ismail atau lebih dikenali dengan panggilan PU Riz yang juga sumi kepada Neelofa baru-baru ini terpanggil membantu 110 keluarga kurang berkemampuan di Taman Jinjang Baru.
Bukan Hanya Bantu Keluarga Kibar Bendera Putih
Bersama NGO, Pertubuhan Kasih Neelofa, PU Riz telah menyalurkan sumbangan berbentuk makanan dan barangan keperluan asas harian kepada keluarga terpilih.
Malah PU Riz turut menjelaskan tidak hanya membantu keluarga yang mengibarkan bendera putih, tetapi juga penduduk lain di kawasan setempat.
“Saya akui, setiap hari saya akan mendapat mesej peribadi (DM) di Instagram yang meminta bantuan. Malah apabila terbaca mengenai kempen kibarkan bendera putih ini saya sedar semakin ramai yang berada dalam kesusahan.
“Selepas mendapat maklumat ada keluarga di Taman Jinjang Baru yang mengibarkan bendera putih, saya bersama pasukan Pertubuhan Kasih Neelofa ambil keputusan untuk ke sana.
“Alhamdulillah, kami dapat bantu dalam 110 keluarga. Walaupun bukan semua kibar bendera putih, tapi kami bantu juga. Semoga sumbangan ini memberikan manfaat buat mereka sekeluarga,” katanya seperti mana dipetik menerusi SinarPlus.
Ads
Puji Usaha Rakyat Malaysia
PU Riz juga memuji usaha rakyat Malaysia yang mengesan mereka yang kibarkan bendera putih.
“Saya percaya ini antara usaha untuk membantu mereka yang betul-betul memerlukan ketika ini. Malah, tidak ada unsur paksaan pun dalam melaksanakan perkara ini.
“Jadi tidak salah kalau ada mana-mana pihak yang membantu mereka yang kibarkan bendera putih ini.
“Paling penting sebenarnya ia adalah satu lagi cara bagaimana kita menunjukkan rasa berkasih sayang antara satu sama lain terutama dalam hidup bermasyarakat. Disebabkan itu, saya bersama Pertubuhan Kasih Neelofa mahu berkongsi rezeki ini kepada mereka yang memerlukan.
“Terima kasih kepada semua pihak yang sudah banyak membantu dalam menjayakan setiap misi yang kami jalankan. Insya Allah, rezeki yang ada ini kita akan terus kongsi bersama,” tambahnya.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 14 Ogos 2021.
Matlamat kebanyakan kaum mak-mak waktu cuti adalah kemas rumah sampai matanya sedap memandang. Namun ada satu masalah normal yang tak dapat dielak, barang terlalu banyak sampai tak tahu nak letak mana.
Ok, jangan risau ya mak-mak… kali ini anda boleh jadikan suasana rumah anda itu lebih kemas, tersusun, dan teratur dengan elemen penting yang diajar oleh Puan Marie Kondo, pengasas ‘Konmari method’ atau kaedah KonMari.
Wanita berasal dari Jepun ini mula mencetuskan fenomena dunia dengan falsafah, teori dan teknik mengemas dan menyusun barangan di dalam rumah yang unik dan boleh dikatakan sangat berkesan untuk dipraktikkan.
Mak-mak yang tak begitu yakin dengan kaedah ini boleh rujuk bukunya yang bertajuk ‘The Life-Changing Magic of Tidying’ yang mana telah terjual lebih dari 6 juta unit di lebih 30 buah negara. Diterjemahkan ke pelbagai bahasa, dan juga menjadi Bestseller di negara-negara seperti Jepun, United States, United Kingdom, dan Jerman.
Kemas Rumah : Kelebihan Kaedah KonMari
Simpan dan guna barang yang buat kita happy je. Macam tak biasa dengar kan? Itulah teknik KonMari, teknik pengurusan rumah yang diperkenalkan oleh Marie Kondo, dan sekarang satu dunia minat dan taksub dengan sistem ini.
Apa itu Teknik KonMari?
Secara asasnya, teknik pengurusan rumah ini adalah bukan sahaja untuk susun barang tetapi untuk simpan dan guna barang yang perlu sahaja. Pendek kata Teknik KonMari itu macam mak-mak simpan barang itu dan tanya diri sendiri, “Eh, barang ini boleh buat aku gembira tak?”
Ya, kira macam minimalist lah. Simpan yang memang betul-betul nak guna. Barang yang dah lama tak guna, mak-mak boleh keluarkan dari rumah. Tak payah nak sayang sangat, disimpan jadi sampah juga akhirnya. Mereput dalam rumah!
Hadam Dulu Method KonMari
1. Cara Susunan Ketika Kemas Rumah
Teknik susunan juga memainkan peranan dan ini beberapa teknik dalam KonMari. Antaranya lipat baju dengan cara menegak. Bila guna cara ini, secara tak langsung mak-mak akan nampak semua pakaian yang ada.
Percayalah hasilnya cara ini nampak lebih kemas berbanding susunan berlapis-lapis dari bawah ke atas. Malah, lebih senang untuk tarik keluar mana-mana pakaian yang nak dipakai.
2. Simpan Barang Ikut Kategori
Simpan dan susun barang mengikut jenis dan bukan lokasi. Contoh mudah, kalau nak letak tempat baju maka mak-mak kenalah buat untuk semua baju yang ada di rumah. Dan mengikut urutan jika boleh iaitu baju, buku, kertas, dan item-item lain.
3. Simpan Yang Buat Hati Gembira
Pilih dan simpan setiap item yang anda suka dan buat mak-mak rasa happy. Kalau rasa boleh keluarkan dari rumah lagi bagus dan beri kepada yang lebih memerlukan. Secara tak langsung buang scarcity mindset dan latih minda dengan abundance mindset.
Sebenarnya teknik ini sangat mudah sebab kita hanya simpan apa yang kita betul-betul kita nak guna. Tak adalah perangai suka simpan dalam bilik stor berkurun tapi langsung tak guna.
Lagi best, rumah nampak kemas dan teratur yang akan buatkan sesiapa saja berasa tenang dan selesa bila berada didalamnya. Tambahan pula kalau dah seharian penat bekerja, ketika sampai saja di rumah, sedap mata bila tengok ruang tamu dalam keadaan yang kemas, tersusun, dan teratur. Begitu juga bila masuk ke dalam bilik.
Malah seluruh rumah dalam keadaan yang sama eloknya. Semua barang tersusun pada tempatnya. Jadi, inilah pilihan kemas rumah terbaik untuk kaum mak-mak yang sangat sibuk, bukan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Dr Soo Wincci Ratu Cantik Malaysia Pertama yang kini telah bergelar Profesor Madya! Cantik dan bijak sama seiring. Itulah yang boleh disimpulkan buat wanita yang sangat cintakan ilmu ini dan wajar dijadikan sumber inspirasi buat wanita lain untuk mencapai cita-cita hingga berjaya.
Pengiktirafan dari Malaysia Book of Records (MBOR)
Penyanyi dan bekas ratu cantik Miss World Malaysia, Dr Soo Wincci mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR), hari ini.
Wincci berkata, pelantikannya sebagai Profesor Madya dalam bidang muzik dan menjadi Miss World Malaysia pertama mendapat pengiktirafan itu.
“Beberapa tahun ini, kita semua betul-betul diuji. Bak kata pepatah, ‘apa yang tak dapat musnahkan kita, ia akan menjadikan kita lebih kuat’.
“Ini memang bukan ‘April Fool’. Hari ini, secara rasminya saya dilantik sebagai Profesor Madya. Bermula daripada seorang ratu cantik, sekarang, satu demi saya langkah ke alam profesor,” katanya.
Kejar Impian, Berani Bangkit Lebih Kuat
Menerusi hantaran dimuat naik, Wincci juga mengucapkan terima kasih kepada mereka yang ada di sepanjang perjalanannya dan turut berkongsi perasaan patriotiknya.
“Jutaan penghargaan kepada semua yang selalu menyokong perjalanan saya. Terima kasih juga kepada semua yang mentertawakan, mengkhianati dan melukakan saya. Segalanya pasti ada hikmah tersirat.
“Ia adalah satu bab baharu. Saya tidak akan melupakan negara saya. Saya juga tak akan melepaskan pasaran antarabangsa.
“Jangan menyerah kalah kepada impian anda dan sentiasa bangkit lebih kuat selepas setiap kejatuhan,” tulisnya.
Mingguan Wanita: Kagum sungguh dengan Dr Soo Winci ini. Memang cantik dan bijak sama seiring. Sangat cintakan ilmu, tak mudah putus asa mahupun mengalah dalam mengejar impian untuk terus berjaya. Terbaik! Semoga menjadi inspirasi buat wanita lain dalam mencapai cita-cita.
Memang tak dapat dinafikan semakin meningkat usia, semakin banyak kedutan yang ada pada wajah. Macam-macam cara dilakukan bagi mencegah dan mengelakkan kedutan-kedutan ini.
Satu tip kecantikan baharu yang tular dalam aplikasi TikTok memaparkan wanita meletakkan pita pelekat pada dahi mereka selama semalaman untuk mencegah kedutan, lapor portal berita MailOnline semalam.
Seorang model Australia yang menggelar dirinya ‘The Aussie Rapunzel’ mencuba sendiri kaedah itu dan terkejut melihat hasilnya.
Hasil Seperti Suntikan Botoks
Dalam klip video mengenainya, wanita itu melekatkan pita pelekat pada dahinya sebelum tidur. Dia mendakwa berjaya mendapatkan hasil sama seperti mengambil suntikan botoks, tujuh hari kemudian.
“Saya melekatkan pita pelekat pada dahi setiap malam selama seminggu. Saya tidak menyangka ia akan berhasil,” katanya.
Pakar-pakar bagaimanapun berkata, keadaan tersebut tidak akan kekal lama sebaliknya, ia hanya satu cara mudah untuk melatih diri seseorang agar tidak menaikkan kening.
“Dengan melekatkan pita pada dahi anda, ia akan mengingatkan anda agar tidak menaikkan kening terlalu tinggi yang menjadi penyebab kepada garisan kedutan.
“Secara umumnya, melekatkan pita pada dahi tidak akan menjadikan kedutan bertambah baik dan tidak akan mengurangkan garis kedutan. Ia hanya satu peringatan agar anda tidak menghasilkan kedutan itu sendiri (dengan menaikkan kening),” kata Pakar Bedah Plastik, Anthony Youn.
Mingguan Wanita:Macam-macam hal.Jangan mudah percaya trend pelik-pelik macam ni iya. Secara logiknya, tak mungkin pita pelekat mampu hilangkan kedutan pada wajah.
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.