69 orang dipercayai tertimbus, jalan Batang Kali-Genting ditutup kedua-dua arah. Musim hujan di penghujung tahun ini menjadi kenangan ngeri buat 100 peserta tapak perkhemahan Father Organic Farm, Gohtong Jaya di Genting Highlands apabila berlaku kejadian tanah runtuh dari ketinggian 30 meter.
Dalam kejadian awal pagi Jumaat ini, sekitar 69 orang dipercayai masih terperangkap dan usaha sedang menyelamatkan sedang giat dijalankan.
69 Orang Dipercayai Tertimbus
Dipercayai 28 orang diselamatkan dalam runtuhan di tapak khemah ini
Mangsa berjalan keluar selepas diselamatkan
Inilah tapak perkhemahan yang ditimpa tanah runtuh pada ketinggian 30 meter pagi tadi
Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.24 pagi sebelum menggerakkan anggota dan aset ke lokasi kejadian.
Dalam perkongsian terkini di fb Bahagian Operasi JBPM, Komander operasi memaklumkan terdapat 28 orang mangsa berjaya ditemui dalam keadaan selamat. Kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa yang dipercayai masih hilang sedang giat dijalankan.
Ads
Ads
Ads
Sekitar jam 3.33 minit pagi tadi dimaklumkan Jalan Batang Kali – Genting tidak boleh dilalui semua kenderaan. Berdekatan Selekoh Ais Krim KM15 ada tanah runtuh menutup kedua-dua arah naik dan turun.
Bagi yang bakal merancang perjalanan bercuti ke lokasi popular ini agar lebih berwaspada kerana segalanya mungkin terjadi tambah-tambah masa kini hari hujan.
Didoakan agar mangsa yang tertimbus dalam diselamatkan dengan segera.
Perkahwinan super mewah Lady Boss Sabah, Wennie & Khairuddin. Diangkat wedding of the year 2022. Tanpa sedar kita sudah hampir berada di penghujung tahun 2022. Pelbagai peristiwa dan momen kita cipta sepanjang tahun ini untuk tatapan peribadi dan umum.
Menghampiri penghujung tahun ini, di media sosial heboh tentang perkahwinan super mewah dan boleh dianggap sebagai wedding of the year melibatkan anak lelaki kepada Speaker Negeri Sabah iaitu Yb Datuk Seri Panglima Haji Kadzim Haji M Yahya dikenali sebagai Khairuddin.
Dalam video dan gambar yang dikongsi di media sosial, di maklumkan perkahwinan super mewah ini melibatkan pasangan sejoli, Zarwennie binti Dato’ Laja Besar bin Lulok (lebih dikenali sebagai Lady Wennie) bersama Khairuddin dan majlis penuh gemilang ini diadakan di Sabah Internasional Convention Centre, Kota Kinabalu, Sabah pada 3 Disember iaitu Sabtu.
Berdasarkan dewan SICC dihiasi indah, ramai mendakwa majlis perkahwinan ini menelan belanja tak kurang RM5 juta ke atas. Bahkan dari komen-komen ada mengatakan ianya mencecah RM20 juta, walllahualam.
Kos ini mencecah tinggi kerana berdasarkan makluman di IG RekaTeemor, majlis bertunang diadakan empat hari sebelum berlangsungnya resepsi mewah ini. Artis terkenal Indonesia, Afgan dipanggil menyanyi di majlis ini, tak kurang juga Dayang Nurfaizah dan Velvet. Bahkan setiap tetamu yang hadir diberikan doorgift termos, flower tea selain dessert ditulis Z&K.
Saat pengantin berarak masuk, pasti tumpuan tidak hanya tertumpu kepada pasangan sama cantik sama padan ini tetapi reka bentuk pelamin yang menjadi idaman ramai ini diilhamkan dari rekaan Reka Teemor yang diberi kebebasan untuk menghiasi dewan besar ini dan pastinya sentuhan dari perancang perkahwinan sohor ini menjadi tumpuan ramai kerana terlalu cantik dan seolah berada di alam fantasi.
Difahamkan, untuk majlis super mewah ini, masa diambil kira-kira 2 minggu untuk disiapkan sepenuhnya
Di IG perunding perkahwinan terkemuka, Reka Teemor pemiliknya, Faiz Sabari dan isteri, Rozana Muntaz berkongsi momen yang pasti tidak akan dilupakan oleh pasangan sama cantik sama padan, Lady Wennie dan Khairuddin.
Tulisnya :- Suasana malam yang diimpikan dan menjadi kenangan indah. Terima Kasih @ladywennie kerana memberi kebebasan yang hakiki kepada Team Reka Teemor! hakiki tu hahaha .
14 hari bertungkus lumus bersama-sama bergabung tenaga mengejar masa, memerah minda & tenaga dan bersengkang mata. Kita tidak dapat menghasilkan impian Lady Boss Sabah ini tanpa sokongan dan semangat untuk menghasilkan sesuatu yang istimewa dari rakan seperjuangan dalam industri.
Akhirnya kami anak anak watan ini dapat menzahirkan rekaan yang bertaraf dunia yang akan menjadi kenangan indah bersama.
Sesungguhnya kami hanya merancang namun Allahlah memberi kemudahan, jatidiri, iltizam dan ilham untuk menjayakan resepsi seumpama ini, Allahummabarik, Ya Fatah Ya Razak Ya Rahman Ya Rahim, Alhamdulilah.
Hafiz bongkar perbuatan keji pengasuh, anak kecil 2 tahun cerita “sakit” teacher masuk jari punggung. Satu perbuatan keji dan diharap pihak berkuasa bertindak segera membawa manusia bertopengkan binatang ke muka pengadilan.
Sejak semalam, usahawan terkenal, Hafiz Mahamad berkongsi satu video di Tik Tok rasminya, @hafizmahamad. Ia mengenai satu perbuatan keji pengasuh anak kecil yang mengadu “teacher” memasukkan jari ke bahagian punggungnya.
Dan hal mengejutkan ini terjadi kepada salah seorang teamnya berstatus ibu tunggal dan berjuang membesarkan anak kecil berusia dua tahun sendirian. Namun diuji dengan perangai manusia bertopengkan binatang.
Dari satu perbualan rakaman, kedengaran anak kecil ini mengadu yang kemaluannya sakit dan katanya ia dilakukan oleh teacher abi. Bila ditanya oleh ibunya bagaimana perbuatan itu berlaku, anak kecil ini memaklumkan teacher memasukkkan jari di bahagian punggungnya dan ianya sakit. Ya berlakunya child abuse oleh manusia bertopengkan binatang.
Dalam lawatan ke hospital bersama isterinya, Aina melawat anak teamnya yang menjadi mangsa gangguan seksual ini, doktor yang membuat pemeriksaan rapi terhadap kanak-kanak ini mengesahkan ada kesan di bahagian kemaluan kanak-kanak kecil ini.
Dalam satu luahan hati pekerjanya ini, kedengaran pekerjanya memaklumkan dia berusaha keras bekerja untuk memberikan kesenangan buat anak kecilnya kerana tahu kesusahan hidup daialami.
Kata teamnya dikenali sebagai Fira, anak kecilnya pernah mengadu kemaluannya sakit namun ketika itu dia merasakan masalah pampers. Tapi masa yang sama ibu muda ini ada mengajar anaknya agar memberitahu dirinya ada lelaki menyentuh dia atau pegang-pegang.
“Masa yang sama juga semakin lama saya perasan Aisyah sering menangis kalau dihantar ke sekolah tersebut. Sampai Fira kata kita balik rumah kita bukan pergi sana. Lagi satu kalau teacher Abi sambut di depan anak tak nak masuk.
“Baru ini anak mengadu sakit punggung dan bila Fira nak pegang pun dia tak bagi. Dia cakap sakit ma, sakit ma. Jadi Fira teringat hal lama tu yang teacher ada masukkan jari. Masa yang sama, anak juga banyak termenung,” katanya berkongsi beban masalah dihadapinya.
Dalam pada itu, Hafiz telah pun membawa kes ini ke pengetahuan pihak polis dan berharap pelaku disiasat akan kes gangguan seksual ini.
4 kali czer pun sangat berisiko apatah 8, pakar perunding O&G ulas kematian ibu muda bersalin 11 kali. Hari ini kita disajikan berita sedih mengenai pengorbanan seorang ibu muda, Nur Zaihan Abdul Halim yang meninggal dunia selepas kelahiran ke -11. Anaknya dilaporkan selamat dan masih berada di NICU HUKM sementara ibu muda ini mati syahid akhirat.
Berdasarkan kata rakan rapatnya dikenali sebagai, Nurhusna Kamarulzaman arwah mengandung anak ke -11 dan yang hidup 10 orang. Arwah berkahwin muda pada usia 18 tahun dan memang sukakan anak ramai. Kata arwah anak yang lahir atas dunia ini semua rezeki baginya.
Diberitakan kematiannya akibat komplikasi plasenta stage 4 dan pembedahan kali ke 8. Rehatlah Nor di sana, ramai yang tunggu anak-anakmu. Aku pun nak ziarah anak-anakmu ini. Tulisnya lagi tok imam yang bacakan talkin pun menangis teresak-esak bila tengok wajah anak-anakmua. Ramai tangisi pemergianmu. Semoga tenang di sana. Amin, tulisnya.
Perkongsiannya cukup mendatangkan sebak kerana besarnya jasa pengorbanan seorang ibu dalam memastikan anak-anak selamat dilahirkan.
Dalam pada itu, Mingguan Wanita mendapatkan pandangan dari Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi, Dr Maiza Tusimin dari Pusat Perubatan Prince Court mengenai risiko kehamilan pembedahan dalam jumlah banyak begini.
Menurut Dr Maiza atau mesra disapa Dr Mai, secara jujurnya, bila mendengar seorang ibu bersalin czer buat kali ke empat pun dirinya sudah takut, apatah lagi jumlah ibu muda ini lapan kali.
“Jujurnya, kali ke empat pun saya akan suruh ibu fikir panjang, apatah lagi ini lapan kali kerana banyak risiko boleh terjadi.
“Walau di swasta kelengkapan kami lengkap, begitu juga di hospital kerajaan fasilitinya jauh mencukupi tetapi sebagai doktor, apa yang dirisaukan ialah uri melekat dengan parut pembedahan lama. Bayangkan setiap kali kita potong perut, uri boleh melekat sebab berkali-kali dibuat. Jadi kalau kelahiran pra matang terjadi, (arwah melahirkan pada minggu ke 32), risiko uri melekat pada bekas czer lebih tinggi.
“Kalau uri melekat pada rahim akan berlaku tumpah darah yang banyak. Dalam kes lain biasanya rahim ibu akan dibuang bagi mengelak risiko kematian. Tapi dalam kes ibu muda ini, barangkali pendarahan sudah berlaku di rumah dan bila sampai ke hospital sudah berlaku pendarahan banyak. Segala usaha telah dilakukan dan nyawa ibu tidak dapat diselamatkan,” katanya ketika dihubungi.
Sebaiknya cukuplah 3 kali, kalau diskaun pun hanya 4. Bukan lebih dari itu kerana risiko tumpah darah sangat tinggi
Tambah Dr Mai, sebagai pakar perunding dalam bidang ini, kalau ditakdirkan ibu melahirkan anak melalui pembedahan tahap yang sesuai dengan tubuh dalaman wanita ialah tiga kali sahaja.
“Tapi katakanlah ibu berkahwin lain dan ada suami baru dan nak ada anak. Doktor pun taklah kejam kata tak boleh beranak langsung. Boleh untuk bedah kali keempat tapi ibu perlu diperiksa dengan rapi demi memastikan tahap kesihatannya baik. Faktor umur juga diambil kira, sejarah kesihatan pesakit juga. Sebaik-baiknya, biarlah doktor yang sama merawatnya dari anak pertama lagi kerana segala rekod sudah tersedia. Sebabnya doktor lebih tahu bagaimana keadaan dalam pesakit.
“Nasihat saya, bagi yang sukakan anak ramai ini, sebaiknya amalkanlah kaedah perancang keluar sebaiknya. Sebabnya kita sayang isteri dan keluarga kita. Tubuh kena jaga, meman benar anak itu rezeki tetapi Allah juga memberi kita untuk berfikir kebaikan dan keburukan. Jadikanlah kes arwah sebagai iktibar kerana risiko tumpah darah ini bukan sedikit tetapi banyak kematian terjadi kerana hal ini,” katanya memberikan nasihat.
“Kita mahukan ibu yang selamat dan sihat agar dirinya boleh ada untuk bersama-sama membesarkan anak,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Dr Mai turut menjelaskan masalah tumpah darah uri di bawah atau uri melekat ini bukan hanya terjadi pada kelahiran banyak tetapi boleh berlaku pada yang dibedah kali pertama juga.
“Antara masalahnya rahim boleh pecah. Kedudukan uri terlampau bawah dan ketiga uri melekat pada parut bedah. Kalau ini terjadi, ia boleh membawa maut kerana berlaku tumpah darah yang banyak,” katanya menjelaskan masalah tumpah darah ini juga boleh berlaku pada kelahiran secara normal juga.
“Lagi banyak kali kita bersalin, rengangan rahim akan semakin perlahan. Rahim merengang beberapa kali, foktor umur juga kena ambil kira. Pendek kata setiap kehamilan yang banyak tidak dapat lari dari risiko tumpah darah ini. Kalau itu terjadi, langkah tercepat ialah buang rahim ibu,” ujarnya memaklumkan jarak selamat antara satu anak ke satu anak ialah antara 18-24 bulan untuk kehamilan seterusnya.
Apa para doktor paling risaukan terjadinya risiko plasenta accreta di mana uri melekat dengan lebih kuat ke dalam dinding rahim dan tidak boleh dipisahkan secara spontan.
“Ini adalah jenis yang paling membahayakan untuk ibu yang telah bersalin kerana boleh menyebabkan tumpah darah yang banyak. Bayangkan, dalam tempoh perminit, 700-800 ml darah akan keluar. Kalau lagi lama, ada terjadi hingga 10 liter ibu kehilangan darah dan ini meningkatkan risiko kematian,” katanya mengakhiri wawancara.
Ingin bayar PTPTN guna KWSP? Ketahui syarat kelayakan, langkah permohonan dan perkara penting sebelum membuat pengeluaran simpanan KWSP untuk bayaran pinjaman pendidikan.
Ramai peminjam PTPTN...