Ada kata-kata menyebut dapat mentua yang baik pun satu rezeki. Hati menantu jadi lapang dan tenang. Begitu juga dengan kisah perhubungan Dafreena Dafril dengan mentua yang begitu akrab bagaikan anak sendiri.
Ibu mentuanya yang pandai menjahit, menurunkan ilmu menjahit pada anak menantu perempuannya ini. Sebak pula bila ibu mentua sebut, kemahiran yang diajarkan itu sebagai kenangan untuk menantu bila mana ibu tiada kelak.
Tergerak Hati Belajar Menjahit Dengan Mentua
6 tahun kawen. 6 tahun duduk dengan mertua. Takde langsung minat nak menjahit walaupun mak mertua jahit cadar, bedung dan barut baby, tilam baby, bantal, comforter semua tu.
Tiba-tiba 2 hari lepas, macam datang keinginan dalam hati nie nak belajar menjahit. Mula-mula tu mak mertua cuma suruh jahit atas kain-kain perca. Jahit saja-saja. Sebab sebelum nie saya jahit kain tu ke belakang.
Hari ini datang rumah mertua tiba-tiba mak hulur kain-kain perca yang dia jahit cadar semua tu. Dia kata, “haa cantumkan. Buat selimut. Nanti boleh kita bawak balik KL.” Maka terhasil lah separa siap.
Mak mertua saya memang kalau apa-apa semua dia akan suruh saya dulu. Padahal anak perempuan dia 3 orang.
Ads
Sebab mak pernah cakap, “semua anak-anak aku tak ikut jejak aku. Kau je sorang menantu perempuan yang aku ada. Nanti kalau mak dah takde, ada lah kenangan mak dengan kau.”
Sedih bila dengar dia cakap macam tu.
Ads
Saya memang rapat dengan dia. Pergi shopping dengan mak, kadang underwear pun mak belikan, tiap kali nak dapat baby, mak lah yang siapkan barut, bedung, jaga dalam pantang. Mak pun tukang urut jugak. Mak saya pulak kurang sihat. Dah tak kuat macam dulu. Sakit kencing manis dan buah pinggang kronik.
Semoga ibu-ibu dan ibu mertua kita sihat sentiasa dan berada dalam kerahmatanNya. Aamiin.
“Kami tidak pernah merancang.” Syukur ada rezeki timang anak kedua selepas 17 tahun penantian. Tiada kata selain rasa syukur tak terhingga apabila sekali lagi diberi peluang menimang cahaya mata.
Benarlah jika sudah rezeki tak ke mana dan inilah Ketentuan Allah. Siapa sangka selepas 17 tahun menanti, Allah takdirkan sekali lagi menimang cahaya mata buat kali kedua.
Rezeki datang tanpa diduga buat pasangan suami isteri, Norhafizi Mohamed dan Siti Aisyah Ibrahim apabila dikurniakan bayi perempuan selepas 17 tahun menunggu.
Kisahnya tular di TikTok selepas Siti Aisyah, 40, memuat naik video anak sulung, Muhammad Akmal Danial, 17, dan Nur Ayra Delisha yang dilahirkan pada 28 Ogos lalu.
Menurut Norhafizi, 44, yang menetap di Kampung Gong Kepas, Jertih, Terengganu, anak sulungnya dilahirkan pada 2004 iaitu tahun pertama perkahwinan mereka.
Menurutnya, dia dan isteri memang mengimpikan zuriat lagi cuma tiada rezeki buat mereka selepas itu.
“Kami tidak merancang dan isteri pernah hamil pada 2008 tetapi kandungannya itu keguguran dan dianggap kami tiada rezeki untuk menimang cahaya mata kedua ketika itu.
“Selepas mengalami keguguran, isteri tidak hamil dan bagi mendapatkan kepastian, kami bertemu pakar di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu, Kelantan selain berikhtiar dengan menjalani rawatan kesuburan, Inseminasi Intrauterine (IUI).
“Bagaimanapun, masih tiada hasil namun kami tidak berputus asa malah teruskan hidup dengan membesarkan dan beri kasih sayang kepada Muhammad Akmal Danial,” katanya.
Berkongsi pengalamannya sejak ada cahaya mata kedua, Norhafizi mengakui agak kekok kerana sudah lama tidak menjaga dan menguruskan keperluan bayi.
Bagaimanapun, Norhafizi bersyukur kerana ada banyak waktu bersama anak keduanya itu memandangkan sudah bersara sebagai anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada Mei tahun lalu.
“Bukan hanya saya malah isteri juga kekok kerana sudah lama tidak menguruskan bayi dan berjaga malam untuk menyediakan keperluannya.
“Seolah-olah kami baru pertama kali menimang cahaya mata walaupun pada hakikatnya pernah mempunyai pengalaman sebelum ini.
“Mujurlah saya sudah bersara jadi ada banyak masa bersama bayi kerana isteri bekerja sebagai jururawat di klinik kesihatan dan tidak lama lagi akan kembali bertugas selepas tamat cuti,” katanya.
Menceritakan penerimaan anak sulungnya, Norhafizi berkata, Muhammad Akmal Danial tidak gembira ketika kali pertama dapat tahu akan ada adik.
“Mulanya dia (Muhammad Akmal Danial) agak memberontak kerana bimbang kami beri perhatian lebih kepada adiknya kerana sebelum ini, dia anak tunggal jadi tumpuan untuknya saja.
“Bagaimanapun, segalanya berubah selepas Nur Ayra Delisha dilahirkan apabila Muhammad Akmal Danial yang paling teruja dan dia juga banyak menghabiskan masa melayan keletah adiknya itu di rumah.
“Sebagai bapa, saya suka melihat keakraban mereka berdua dan gembira apabila Muhammad Akmal Danial sudah ada teman baru di rumah lagipun kasihan juga kepadanya sebelum ini kerana sering diusik rakan gara-gara menjadi anak tunggal,” katanya.
Norhafizi menganggap kehadiran Nur Ayra Delisha dalam hidupnya dan isteri sebagai anugerah terindah yang menceriakan keluarga.
“Ini ketentuan Ilahi dan kelahiran Nur Ayra Delisha membuatkan seluruh keluarga teruja terutama keluarga belah saya kerana kebanyakan anak saudara sudah besar.
“Bagi pasangan di luar sana yang lalui perjalanan sama seperti saya dan isteri supaya bersabar, jangan putus asa dan terus berdoa kepada Allah,” katanya.
Mingguan Wanita : Bagi pasangan yang masih menanti kehadiran cahaya mata, jangan pernah berputus asa. Usaha dan ikhtiar selagi boleh, selebihnya serahkan kepada Allah SWT.
Bahagia di sisi suami tercinta, Serina doakan ‘abang polis’ dipanjangkan umur, dilindungi dari bahaya, ancaman ketika bertugas. Begitulah yang dikongsikan oleh pelakon Serina Redzuawan yang juga anak kepada Datuk Chef Wan.
Sempena sambutan hari lahir suaminya, Serina meluahkan rasa bersyukur kerana dipertemukan jodoh dengan insan yang cukup baik. Malah Serina juga rasa dihargai dan dicinta selepas bergelar isteri kepada Meor Mohammad Aidid yang juga seorang pegawai polis.
Khas buat suami tercinta, menerusi perkongsian di akaun Facebook miliknya, Serina menyatakan kebahagiaan kerana tahun pertama dapat menyambut hari lahir suami, sebagai suami isteri.
“Bismillah..Hari ni 28 Oktober 2021, tahun pertama Kita Sambut birthday Sayang sebagai suami isteri, Rina doakan abang dipanjangkan umur, di lindungi Allah Swt dari sebarang bahaya & ancaman ketika bertugas, teruskan perjuanganmu sebagai pewira negara.
“I’m always proud of your achivement Darling, abg seorang yang komited & berdisplin. Kami sekeluarga , Mak & Ayah sentiasa doakan kejayaan serta keselamatan Sayang. Happy Birthday Tuan Aidid!! Suamiku abang Polis.
“DARLING HUSBAND YOU ARE MY ANSWER PRAYER, MY FULFILLED WISH, MY DREAMS COME TRUE, YOU HAVE THE KEY TO MY LIFE ,MY LOYALTY, TRUST, MY LOVE FOREVER TILL END OF MY BREATH.LOVE U SO MUCH SWEETHEART,” luah Serina.
Tahniah buat Serina dan suami yang begitu bahagia. Semoga perhubungan mereka kekal hingga ke jannah.
Untuk rekos sebelum ini Serina pernah mendirikan rumah tangga dengan Gavin Edward O’luanaigh atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar pada 1 Januari 2010 khirnya sah bercerai talak satu pada 1 Ogos 2017. Hasil perkahwinan tersebut Serina dikurniakan dua orang cahaya mata, Tristan Tareef dan Isabella Saffiya.
Sumber / Sumber Foto : Serina Redzuawan
SERTAI & DAFTAR SEKARANG KURSUS KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:
Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:
Ternyata ayah yang prihatin akan cakna keperluan anak di dunia hingga akhirat dan bukan sekadar penuhkan keperluan hidup anak semata-mata.
Semenjak anaknya dilahirkan, seorang ayah yang prihatin akan fokus yang terbaik buat anaknya sama ada keperluan di dunia dan akhirat.
Bukan sekadar mahu anaknya pandai membaca saja, malah turut mempersiapkan anaknya untuk pandai mengaji Al-Quran dan solat.
Kongsi Mohd Fhais Salim, begini caranya menjadi ayah yang prihatin…
Bukan sekadar nampak makan, minum, pakaian, tempat tinggal dan sekolah anak-anak sahaja.
Prihatin pada sesuatu yang boleh nampak di mata dan sekadar memenuhi keperluan hidup.
Kang tak makan jatuh sakit pula anak tu.
Ini prihatin juga, tapi prihatin level paling rendah!
Ada 3 level prihatin yang semua ayah-ayah kena tahu.
1. Prihatin level rendah ( fizikal ) :
– pastikan anak cukup makan dan minum.
– pastikan anak berpakaian selesa.
– sediakan tempat tinggal yang selamat.
– ikut keperluan perkembangan anak.
2. Prihatin level sederhana ( emosi ) :
– beri anak sentiasa rasa selamat
– buat anak rasa selesa dan bahagia
– lindungi anak dari tekanan emosi
– buat anak rasa dirinya berharga
– perkembangan emosi dan mental dia sihat
3. Prihatin level tertinggi ( jiwa ) :
– ajar anak tentang tujuan hidup dia
– mengajar anak tentang siapa diri dia yang sebenar
– ajar anak apa fungsi dia di muka bumi
– mengajar anak fahami konsep syukur
– ajar anak kenal siapa Tuhan yang disembah
Ayah yang prihatin akan cakna pada keperluan anak dari dunia sampai akhirat.
Seorang ayah yang prihatin akan cakna supaya anaknya tidak sesat sampai bila-bila.
Ayah yang prihatin akan cakna dengan hala tuju hidup dan mati anaknya.
Ayah yang bijaksana akan meninggalkan anak yang soleh dan solehah sebagai bekalan di hari pembalasan.
Baru-baru ini tular gambar seorang remaja perempuan di Thailand sedang mengutip dan menjual bahan kitar semula untuk menyara keluarganya yang berdepan masalah kewangan