Kalau ikutkan dengan kesibukan mak ayah hari ini, agak mencabar untuk selarikan didikan pada anak-anak agar membesar jadi ‘orang’. Namun mak ayah boleh mulakan dari peringkat awal kalau nak anak jadi budak baik yang boleh ikut arahan dan berdisiplin. Paling manis, anak akan membesar dengan aura yang positif dan tidak melawan. Untuk bacaan penuh, ikuti perkongsian daripada saudara Azhar Ghazali ini…
1. Jika melihat anakmu menangis, jangan buang waktu untuk mendiamkannya.
Cuba tunjuk burung atau awan di atas langit agar dia melihatnya, dia akan terdiam. Kerana psikologi manusia saat menangis, adalah menunduk.
2. Jika ingin anak-anakmu berhenti bermain, jangan berkata: “Dah, sudah main, stop sekarang!”.
Tapi katakan kepada mereka: “Main 5 minit lagi yaaa”. Kemudian ingatkankembali:”Dua minit lagi yaaa”. Kemudian barulah katakan:”Dah, waktu main sudah habis”. Mereka akan berhenti bermain.
3. Jika anak-anak sedang bertelingkah atau menyebabkan keadaan riuh di sesuatu tempat, dan engkau ingin mengalih perhatian mereka, maka katakanlah:
“Siapa yang mau mendengar cerita ibu? angkat tangan..”. Salah seorang akan mengangkat tangan, kemudian disusul dengan anak-anak yang lain, dan semuanya akan diam.
4. Katakan kepada anak-anak sewaktu mahu tidur:
“Tidur sayang.. besok pagi kan kita sholat subuh”, maka perhatian mereka akan selalu ke akhirat. Jangan berkata: “Jom tidur, besok kan sekolah”, akhirnya mereka tidak sholat subuh kerana perhatiannya adalah dunia.
5. Nikmati masa kecil anak-anakmu, kerana waktu akan berlalu sangat cepat.
Kenakalan dan kekanak-kanakanmereka tidak akan lama, ia akan menjadi kenangan. Bermainlah bersama mereka, tertawalah bersama mereka, berguraulah bersama mereka.
6. Tinggalkan HP seketika, dan matikan juga TV. Jika ada teman yang menelefon urusan tak penting, katakan:
“Maaf, saya sedang sibuk dengan anak-anak”. Semua ini tidak menyebabkan jatuhnya wibawamu, atau hilangnya keperibadianmu. Orang yang bijaksana tahu bagaimana caramenyeimbangkan segala sesuatu dan menguasai pendidikan anak.
Selain itu, jangan lupa berdoa dan bermohon kepada Allah. Dengarkan doa kita didepan anak-anak supaya mereka tahu betapa pentingnya mereka pada kita.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mak Ayah MARAH Anak Tanda Dia Sayang, Jangan Simpan Dalam Hati, Hargailah Mereka
Bila bercakap tentang mak ayah, mesti ramai anak-anak mula ras asebak dan sedih. Maklum saja, bila ingat zaman muda-muda, banyak perkara yang membuatkan mak ayah marah dengan perangai anak-anaknya.
Mungkin tanggapan anak, kalau mak ayah marah sebab dia tak sayangkan kita. Malah, mulalah merasakan mak ayah tidak adil, lebih-lebih lagi kalau ada salah seorang adik beradik yang mereka sayang.
Namun, bila kita meningkat dewasa, berumahtangga dan mempunyai anak sendiri, barulah kita tahu apa yang mak ayah kita lakukan selama ini.
Mak ayah marah kita itulah membuatkan kita menjadi orang dan manusia berjaya. Apa yang mereka lakukan adalah untuk kebaikan kita juga.
Sebab itu, kalau mak ayah marah, kita sebagai anak tak perlu sentap atau terasa sebab akhirnya, pada dialah kita merujuk kembali untuk meminta nasihat.
Perkongsian daripada Khairul Hakimin Muhammad cukup menarik dan boleh dijadikan panduan buat anak-anak di luar sana.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini:7 Pesanan Penting Ini Perlu Mak Ayah Beritahu Anak Sebelum Mereka Dewasa
Mak Ayah Jangan Pilih Kasih & Bezakan Anak, Inilah Punca Cemburu Adik Beradik
Info Lebih Menarik DI SINI
Mak Ayah Marah, Mereka Sayang, Brsyukurlah
Saya ada prinsip yang super kuat tentang emak ayah. Jenis anak yang tak boleh ada dengar sesiapa burukkan mereka. Cepat melenting juga saya cepat naik angin.
Tak kiralah dia adik beradik atau sesiapa sahaja, ia memang tak boleh berlaku di hadapan saya. Saya akan sangat laju mengamuk.
Boleh tanya sesiapa sahaja. Saya tak boleh dengar langsung.
Malah jika kalian cuba burukkan emak ayah kalian dengan saya, itu adalah sebuah kesilapan yang amat besar. Saya akan pandang kalian sebagai anak tak sedar diri, tak malu dan perbuatan itu satu dosa besar menggunung yang saya tak mahu sertai.
Kadang-kadang, benar, emak ayah kita buat silap. Namun saya tetap dengan prinsip saya iaitu “kita takkan lebih besar dari emak ayah.”
Terima sahaja kesilapan mereka, selagi tak berkaitan dengan jenayah atau kesalahan agama, tak perlu nak ambil hati.
Tak Lebih Dari Mak Ayah
Pelajaran saya, ya saya lebih tinggi.
Kemajuan bisnes saya, ya saya lebih perform.
Cara saya berfikir, kaedah selesaikan masalah, ya emak abah suka rujuk, namun saya takkan lebih besar dari emak abah saya.
Sekiranya saya kena tegur, saya bersyukur. Nak merajuk, takkan lama. Pergilah tanya emak abah saya, mereka akan cerita, tanya orang rumah saya, beliau akan cakap.
Emak saya memang garang ya amat. Beliau nak marah, marah ja. Saya selalu kena.
Namun dalam kurang 10 minit saya dah boleh duduk dengan emak semula seperti biasa.
Marahlah macam mana pun, saya akan tetap begitu. Saya ok tak pernah simpan apa-apa dalam hati.
Itulah emak abah yang saya ada.
Hargai Kata-kata
Lebih saya bersyukur apabila saya kena marah. Itu tanda emak abah sangat sayangkan saya.
Saya pegang yang itu.
Kita ini sebagai anak, kena belajar-belajar hargai setiap apa yang keluar dari mulut ibu bapa. Kena letak dalam kepala setiap teguran itu adalah untuk kebaikan.
Kita pandai, hebat dan bijak sekarang adalah dari didikan emak abah kita.
Apabila kita rasa kita besar, maka berlakulah kebodohan dalam hubungan. Emak cakap, kita bangkang. Bila emak tegur, kita tak nak terima dan emak panggil, kita tak peduli.
Doakan Kebahagiaan Mereka
Kawan-kawan, itu bukan anak yang baik. Kalau nanti kalian dah ada anak, percayalah apa yang kalian buat kepada emak ayah kalian hari ini, anak akan buat balik kepada kalian 10 kali lebih teruk dari itu.
Nak murah rezeki, nak tenang, nak bahagia,
Kalau kena marah, lekas minta maaf.
Malah, kalau kena tegur, lekas minta maaf.
Kalau emak ayah kita lebih pentingkan adik beradik lain, doakan emak ayah kita dapat teruskan hal itu. Mereka lebih tahu anak mana yang utama nak dibantu. Itu kebahagiaan mereka, jangan cuba-cuba sentap benda itu dari mereka.
Itu semua emak ayah kita punya kepandaian. Mereka lebih besar dari kita.
Kecil Hati Dengan Mak
Saya pernah dapat PM itu hari, seorang anak mengadu dia berniaga masakan dari rumah.
Ibunya tinggal dengannya.
Setiap hari, ibunya akan cuba tukar resipi. Kata kena tambah itu, kena tambah ini. Nak beri lagi sedap dan sebagainya.
Si anak ini berasa hati dan apabila dah tak tahan, dia akhirnya tegur emak dia supaya jangan cuba-cuba tambah apa-apa yang dia masak untuk berniaga. Dia lagi pandai dan emaknya tak tahu apa-apa.
Akhirnya emaknya keluar pulang ke kampung. Berasa hati. Nak jadi cerita, bisnesnya semakin tak menjadi selepas itu.
Kemudian barulah dia perasan, dia tahu yang dia buat silap. Sepatutnya dia bersyukur dia pandai berniaga, dan dia ada emak yang pandai memasak. Dia takkan lebih besar dari emaknya dalam berbuat apa-apa. Sentuhan emaknya itu adalah syurga buatnya.
Sayangi Mak Ayah
Kawan-kawan,
Berhenti rasa diri kita itu lebih besar dari emak ayah. Sekiranya rezeki kalian dapat ibu yang memang hari-hari suka tegur, hadap sahaja. Sayangi sahaja. Bergurau sahaja.
Sekiranya dapat emak yang tak berhenti tegur cara kita masak, hadap sahaja. Enjoy dan jangan berasa hati. Terus jadikan ia sebagai benda bahagia untuk bergurau senda.
Sekiranya dapat ayah yang garang ya amat, nak bersembang pun takut, banyak-banyak kasi hadiah, dia akan rindu suara anak dia selalu.
Kawan-kawan,
Dah ada anak nanti, kalian tahu perasaan ini. Kita memang sentiasa ada rasa nak tegur, nak nasihat, nak beritahu itu ini kepada mereka.
Boleh jadi mereka tak suka, namun itulah kita sebagai emak ayah.
Waktu itu, seandainya anak kita buat perangai dia cuba-cuba jadi lebih besar dari kita, boleh jadi Allah campakkan ingatan kepada kita apa yang kita pernah buat kepada emak ayah kita dulu.
Waktu itu, menyesal pun dah tak berguna. Hadap sahaja. Mana yang masih ada ibu bapa, hargai sahaja keberadaan mereka.
Sayangi dan bahagiakan mereka.
Mereka berdua tetap lebih besar dari kita.
Begitulah.
MW: Mungkin masa kita kecil, bila kita marah, last-last pada di kita pergi. Tapi, anak sekarang bila mak ayah yang dah berusia marah terus merajuk dan tak pulang ke kampung. Ingat, hidup kita ini atas keberkatan doa mereka.
Sumber: Khairul Hakimin Muhammad,
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
https://t.me/bangkitwanitaMW
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Tujuh Pilihan Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Nak maju jangan tunggu. Peluang pun datang bukan selalu apatah lagi sekarang ini kita sedang lalui kehidupan sukar berbanding dahulu. Daripada asyik termenung dan meratap pilu, elok mengorak langkah mulakan bisnes baru. Sampai bila nak tengok orang lain maju dan kita masih lagi kaku?
Tiada idea, tak ada kemahiran dan arah nak tuju? Mingguan Wanita (MW) sebagai teman setia wanita sedia membantu dan tahu apa yang anda perlu.
Terkini, selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.
Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.
Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 10 Julai dan 24 Julai 2021.
( https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-legend-jual-cookies-paling-masyuk/ )
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bila SUAMI Kerap PUJI Barulah Cukup Makanan Jiwa ISTERI, Bukan Kena BAYAR Pun
Suami Kena Kerap Puji Isteri
Pujilah Isteri Bukan Kena Bayar
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sekolah Rendah Selalu Gagal, Akhirnya SPM Remaja Autisme Calon Istimewa Terbaik Kedah
Biarpun memegang status OKU, remaja ini membuktikan dirinya juga mampu cemerlang seperti pelajar normal lain. Belajar di sekolah biasa, pelajar cemerlang ini akui tidak pernah disisihkan dan rakan banyak membantu. Jelas ibunya, di sekolah rendah anaknya sering gagal, tetapi tiada yang mustahil apabila dia kini berjaya.
Tahniah diucapkan kepada Muhammad Muslim Ahmad Shukari, 18, atas keputusan yang cemerlang. Tahniah juga kepada mak, ayahnya yang berjaya mendidik anaknya yang bergelar OKU hingga berjaya.
Belajar Di Sekolah Biasa
Sungai Petani: Seorang remaja autisme membuktikan status orang kurang upaya (OKU) tidak menghalangnya mencatat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019.
Muhammad Muslim Ahmad Shukari, 18, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pokok Sena, diumumkan calon istimewa terbaik Kedah selepas mencatat keputusan 3A 2A- 1B+ 1D.
Anak kedua daripada lima beradik itu berkata, dia menanamkan semangat belajar bersungguh-sungguh dan sentiasa positif dalam apa juga perkara yang dilakukan.
Status OKU tidak menjadi halangan untuk saya berjaya, sebaliknya ia menjadi pendorong untuk terus maju. “Saya bersyukur walaupun belajar di sekolah harian biasa, rakan sekelas tidak pernah menyisihkan saya, malah mereka banyak membantu dalam pelajaran,” katanya ketika ditemui selepas majlis pengumuman keputusan SPM Kedah 2019 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ibrahim, di sini, hari ini.
Keputusan itu diumumkan Pengarah Pendidikan Kedah, Abd Aziz Selaiman.
Bercita-cita Menjadi Arkitek
Muslim mendapat A bagi mata pelajaran Matematik, Sains dan Pendidikan Islam dan A- bagi Bahasa Melayu dan Pendidik Seni Visual.
Muslim yang bercita-cita menjadi arkitek, meminati lukisan dan landskap dan berharap dapat menyambung pengajian dalam jurusan seni bina.
Sementara itu, ibu Muslim, Lafdziyah Mohd Marzuki, 47, berkata anaknya itu mula menunjukkan minat belajar sejak di Tingkatan Satu.
“Waktu di sekolah rendah, dia sering gagal dalam pelajar tetapi sejak naik ke sekolah menengah, dia mula menunjukkan minat terutama dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.
“Dia semakin menunjukkan kegigihan belajar dan sering belajar secara berkumpulan dengan rakan selain membuat jadual belajar harian,” katanya.
Sumber: Berita Harian
MW: Ternyata kekurangan diri bukanlah penghalang seseorang untuk berjaya. Walaupun bergelar OKU, remaja ini membuktikan dia mampu berjaya seperti orang lain. Kepada yang gagal jangan berputus asa kerana perjalanan hidup kalian makin panjang.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI