Zizi Kirana Tak Tersinggung “Kalau Ada Pihak Pertikaikan Soal Mahram, Cukup Minta Izin Daripada Suami Dan Keluarga”

Share

Zizi Kirana Tak Tersinggung. Penyanyi kecil molek yang juga aktivis kemanusiaan Zizi Kirana akui dirinya tidak berasa tersinggung apabila ada yang mengkritik penyertaannya dalam Misi Sumd Global Flotilla (GSF).

Sewaktu Zizi sedang berjuang di atas kapal dalam misi kemanusiaannya ke Gaza dirinya dipersoal kerana GSF disertai lelaki bukan mahram.

Zizi Kirana Tak Tersinggung

Pemilik nama sebenar, Nur Fazelah Mad Tahil pada waktu itu tidak mengetahui tentang isu yangh ditimbulkan itu.

“Setiap misi kemanusiaan mesti ada lelaki dan wanita.

“Tujuan kami sebagai peserta wanita adalah mewakili golongan wanita Malaysia untuk bertemu dan menyantuni saudara-saudara wanita kita di Gaza.

“Kalau ada pihak yang mempertikaikan soal mahram, saya rasa cukup saya minta izin daripada suami dan keluarga,” ujar Zizi seperti mana dipetik menerusi portal berita.

Tak Aktif Sosial Media

Pada masa sama Zizi turut menyatakan sebenarnya penyertaan kaum wanita dalam misi kemanusiaan seumpama itu juga sudah dijelaskan mufti dan jabatan agama. Malah dirinya juga tidak aktif dalam media sosial sejurus pulang dari misi kemanusiaan.

Baca Disini : “Saya Melutut Di Bawah Terik Mentari, Dihina, Dijemur & Ditarik Tudung. Tapi Tak Tunduk Pada Kezaliman”, Zizi Kirana Kongsikan Detik Ngeri Dalam Tahanan

Bagi Fattah, setiap pasangan perlu sekufu dalam hal agama dan tujuan hidup. Itulah yang menjadi pegangan utama dalam membina rumah tangga yang kukuh.

 

Published by
Norhayati Suboh