Zehra Zambri akhirnya bercerai talak satu. Akhirnya selepas beberapa bulan turun naik mahkamah Zehra Zambri dan suaminya Nur Mohd. Iqwan Samsudin akhirnya bernoktah apabila mereka sah bercerai talak satu.
Seperti mana dilaporkan peguam Syarie yang mewakili Zehra, Abd Muiz Samsuri, Mohd. Iqwan melafazkan cerai terhadap anak guamnya di hadapan hakim Wan Nuruldin Wan Hussain.
“Alhamdulillah hari ini pihak defendan iaitu Iqwan telah melafazkan cerai terhadap Zehra hari ini dengan talak satu.
“Jadi selesailah untuk sebarang perhubungan antara mereka sebagai suami isteri,” ungkapnya.
Zehra juga kini boleh menarik lafaz lega selepas prosiding perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat berlangsung pagi tadi. Walau sebak namun Zehra bersyukur segala beban telah terlerai.
“Alhamdulillah selesai, pada 20 Ogos 2025 selesai semuanya selepas lima bulan saya turun naik mahkamahuntuk failkan perceraian ini.
“Saya rasa sedikit beban sudah hilang selain banyak benda yang boleh direncanakan selepas ini untuk kehidupan saya dan anak.
“Saya perlukan masa untuk pulihkan diri dan berdamai dengan takdir ini. Insya-Allah saya akan memajukan diri, cari kembali semangat yang hilang dan memulakan kehidupan baru,” ujarnya seperti mana dipetik menerusi Kosmo! Online.
Untuk rekod pada 13 Ogos lalu, Mohd. Iqwan terpaksa menangguhkan niat melafazkan talak hari ini disebabkan isterinya itu dalam keadaan tidak suci.
Mac lalu pula Zehra memfailkan cerai secara ‘fast track’ terhadap suaminya selepas mendakwa berkorban mempertahankan rumah tangga selama tiga tahun.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia dua tahun. Sebelum itu, Zehra pernah berkahwin dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri pada 14 Oktober 2017, namun ikatan itu hanya bertahan selama enam bulan sebelum bercerai pada April 2018.
Baca Disini : Zehra Zambri Sedia ‘Dilepaskan’, Teruskan Saman Fitnah Atas Tuduhan Dilemparkan Suami
Sumber : Kosmo! Online
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.