Zahnita nekad bercerai, suami tiada usaha memujuk. Seperti yang diketahui umum pergolakan rumah tangga di antara bekas supermodel dan pelakon Zahnita dan suaminya, Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor telah menggemparkan dunia seni.
Untuk rekod pada 2 Disember tahun lalu, Zahnita berkongsi foto dalam Instagram memaparkan bahagian mata kirinya dalam keadaan lebam.
Dakwa aktres berkenaan, punca kecederaan tersebut adalah disebabkan dibelasah oleh suami sendiri selain mengatakan Zackery mempunyai hubungan dengan wanita lain.
Dek kerana itu pada 4 Disember 2024, Zachery didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan atas dua tuduhan mendatangkan kecederaan terhadap isteri dan dadah. Bagaimanapun Zachery mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan tersebut.
Zahnita kemudiannya nekad memfailkan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, Pahang pada 3 Disember tahun lalu. Pada Mac lalu pula, Zackery memaklumkan pihak mahkamah menggugurkan tuduhan dirinya daripada dakwaan mendera empat orang anaknya selain mendapat hak lawatan dan bermalam.
Zahnita Nekad Bercerai
Terbaru seperti di laporkan Sinar Harian Online, Zahnita telah nekad untuk bercerai dengan suaminya. Menurut Zahnita sepanjang tempoh perbicaraan kes di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, dia dan suami tidak pernah berhubung secara peribadi, sebaliknya semua urusan hanya dilakukan menerusi peguam.
“Macam mana nak teruskan, kalau orang sudah tidak mahukan kita, tiada pun usaha untuk memujuk… jadi saya hanya mahu teruskan hidup saya.
“Tiada (hubungan secara peribadi), semua melalui peguam… keputusan untuk (bercerai), saya sudah nekad dan tiada jalan untuk berpatah balik,” ungkap Zahnita.
Proses Perceraian Di Peringkat Lantikan Hakam
Tiga kes disebutkan di mahkamah melibatkan permohonan injunksi bagi menghalang gangguan, hadanah termasuk hak lawatan dan bermalam anak, serta tuntutan perceraian.
Difahamkan, proses perceraian kini berada di peringkat lantikan hakam oleh mahkamah, namun usaha terakhir untuk mendamaikan kedua-dua pihak melalui lantikan hakam keluarga dilaporkan gagal.
Ads
Peguam syarie yang mewakili Zahnita iaitu Nur Ashikin Abdul Rahim berkata, kes perceraian Zahnita kini telah memasuki peringkat akhir selepas proses rundingan melalui hakam keluarga gagal mencapai kata sepakat. Mahkamah memutuskan agar satu panel hakam dilantik bagi kedua-dua pihak.
“Proses ini merupakan peringkat terakhir dalam kes perceraian apabila salah seorang pasangan tidak bersetuju untuk bercerai.
“Kita sudah lalui tiga peringkat iaitu bermula dengan Jawatankuasa Penamaian (JKP), kemudian Hakam Keluarga dan kini masuk ke peringkat Hakam Panel.
“Mahkamah tetapkan tarikh pelantikan Hakam Panel pada bulan Jun, manakala keputusan penuh dijangka akan dibuat sekitar Julai atau Ogos,” ujarnya.
Pada masa sama Nur Ashikin turut menerangkan, pihaknya memohon perintah interim injunksi bagi menghalang kedua-dua pihak daripada mengeluarkan sebarang kenyataan kepada media berhubung kes hadanah membabitkan anak pasangan berkenaan.
Permohonan tersebut dibenarkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuantan demi menjaga privasi anak dan kelancaran prosiding mahkamah.
Ads
“Mahkamah telah memerintahkan supaya tiada kenyataan media dikeluarkan oleh mana-mana pihak termasuk anak-anak mereka.
“Malah, media juga diminta untuk tidak menyiarkan sebarang perkara berkaitan kes hadanah ini,” katanya.
Mahkamah juga turut membenarkan permohonan Zahnita untuk mengambil semula barangan peribadi dari rumah kelamin yang akan diserahkan oleh pihak suami melalui pembantu atau pemandu peribadi.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Selepas melalui episod paling mendebarkan, hari ini bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta oleh Mahkamah Tinggi.
Hukuman ini dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali selepas didapati bersalah terhadap tujuh pertuduhan membabitkan perbuatan pecah amanah, rasuah dan salah guna kuasa membabitkan wang RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd,.
Beliau didakwa dengan 3 pertuduhan pecah amanah, satu tuduhan salah guna kuasa dan 3 dakwaan penggubahan wang, selepas kerajaan Barisan Nasional tewas dalam pilihan raya umum 2018.
Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas perdana menteri ini dipenjarakan 10 tahun, masing-masing bagi tiga tuduhan pecah amanah wang RM42 juta, penjara 12 tahun penjara dan denda RM210 juta (jika gagal bayar, lima tahun penjara) bagi tuduhan menyalahgunakan kedudukan.
Datuk Seri Najib Razak diiringi para penyokongnya.
Hukuman Tujuh Pertuduhan Ke Atas Najib
Manakala tuduhan pengubahan wang haram pula, hakim menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan.
Sejumlah 72 tahun hukuman penjara bagi kesemua sebutan pertuduhan. Namun, hakim memerintahkan hukuman penjara berjalan serentak, yang bermakna Najib hanya perlu dipenjarakan selama 12 tahun.
Ahli Parlimen Pekan ini juga dikecualikan dari hukuman sebat kerana umurnya.
Najib menjadi Perdana Menteri keenam dari 2009 hingga 2018, malah menjadi ketua negara pertama di Malaysia yang diheret ke mahkamah, dibicarakan dan disabit bersalah atas pertuduhan jenayah susulan tindakannya ketika memegang jawatan itu.
Cikgu BI mengaku dakwaan Zara Qairina dimasukkan dalam mesin basuh hanya ‘content’ TikTok. Seorang guru Bahasa Inggeris mengakui kandungan TikTok yang mendakwa remaja berusia 13 tahun, Zara Qairina Mahathir, meninggal dunia akibat dimasukkan ke dalam mesin basuh hanyalah sekadar ‘content’.
Cikgu BI Mengaku Dakwaan Zara Qairina Dimasukkan Dalam Mesin Basuh Hanya ‘Content’ TikTok
Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika menyampaikan taklimat khas di Dewan Rakyat pada Isnin.
“Bila kita soal siasat tanya kenapa mesti buat begitu? Dia jawab, saya nak buat content saja. Guru Bahasa Inggeris itu, kita tangkap dan kita akan dakwa kalau Peguam Negara bersetuju untuk tuduh.
“Tapi ‘content’ dia itu ditelan bulat-bulat oleh sebahagian besar rakyat, di dalam dan di luar dewan. Saya ingin membawa kepada sentimen yang membengkak dan membentuk gelombang.
“Yang ‘create content’ itu, kita tangkap. Bila kita tanya, dia nak buat content tapi cara dia susun ayat, seolah-olah begitulah punca kematian. Di sinilah saya nak sebut, kita tak boleh berdasarkan kepada sentimen dan emosi,” katanya.
Menurut Saifuddin, polis telah memanggil 38 saksi dan mengambil keterangan daripada 195 individu sejak 18 Julai hingga 25 Julai lalu. Beliau menambah, siasatan kini turut diperluaskan kepada pihak-pihak yang didapati cuba memanipulasi isu berkenaan sehingga boleh menjejaskan ketenteraman awam.
Katanya lagi, keadilan perlu ditegakkan berdasarkan bukti sahih dan undang-undang kerana kes ini melibatkan kehilangan nyawa seorang anak tunggal dalam keluarga.
“Adik Zara yang baru berumur 13 tahun, anak tunggal dalam keluarga. Disebabkan itu kita mesti lakukan siasatan secara profesional dan telus, bukti yang sahih mengikut peruntukan lunas undang-undang.
“Kita sebuah masyarakat yang bertamadun dan dalam negara yang berlandaskan kedaulatan undang-undang, tidak boleh bertindak berdasarkan andaian semata-mata, desas-desus di media sosial atau tekanan daripada ahli politik mahupun kerana berlakunya demonstrasi yang niat sebenar adalah untuk mendapatkan kebenaran dan keadilan.
“Polis komited untuk menyelesaikan siasatan ini. Sambil itu, saya mengingatkan diri saya di sebelah sini (kerajaan) dan rakan-rakan yang saya hormati di sebelah sana (pembangkang) juga. Dalam Islam, kepentingan bukti dan peranan pemimpin dalam membuat keputusan berdasarkan kebenaran adalah sangat ditekankan,” jelasnya.
Ramadhan ini bukan masa bermalas-malasan ya mak-mak. Yang ada kemahiran menjahit tu, boleh cuba tengok tutorial yang dikongsikan Amyha Azharini. Tip dan trik macam mana nak jahit tempahan 120 bekas pensel (pencil case) secara pukal atau borong dalam masa 2 hari. Sehari lagi digunakan untuk kerja-kerja memotong.
“Untuk projek ini saya tengah siapkan pencil case borong dari satu company. So, sambul-sambil itu saya snap gambar dan share tip and trick. Alhamdulillah, ramai yang bagi respond positif. Ada yang tak pernah terfikir nak buat macam tu. Lepas try cara itu, makin laju production diaorang.”
Katanya lagi tempahan ini membolehkan dia menyiapkan :
“Alhamdulillah dipermudahkan. Tu pon on off sebab ada budak kecik nak manja-manja + bapak budak yang nak manja-manja juga. Sian bapak budak, balik time mak budak bizi rempit.”
“Siapa nak share boleh share. Moga bermanfaat untuk semua. Doakan kami murah rezeki dan kita semua murah rezeki.”
Tip & Trik Tutorial Bergambar Jahit Pukal Bekas Pensel Cara Cepat
Part Motong: 2 benda yang banyak membantu. 1-multicutter (potong inner, cs & outer banyak layer sekali jalan) 2-heat press @ steam press (iron cs)
Saya pakai zip potong. Style ketapi ni sesuai untuk zip potong ya. 1. Jahit outer dan inner macam biasa.. bersambung (rujuk gambar)
2. Topstitch
3. Jahit sebelah inner dan outer sebelah lagi.
4. Buka semua zip untuk topstitch lagi sebelah.
6- Dan tutup zip sampai hujung, potong zip satu-satu. Lepas itu, masukkan kepala zip masing-masing (sorry tak ada gambar.) 7- Jahit tepi kiri dahulu sampai habis 40 pcs atau nak panjang lagi 100 pcs. Sesedap rasa korang. 8- Dan siap sebelah kiri, jahit kanan pula. Tak payah kalut nak jahit bawah inner lagi.
9. Ni la kejadian bila kita jahit sebelah-sebelah dan jadi landasan ketapi plak kan. Pastu korang potong lah benang yang sambung-sambung antara satu sama lain. 10. Jahit bawah inner. Jangan lupa tinggalkan lubang untuk terbalikkan pencil case tu.(tak ada gambar juga)
Tadaa.. ini hasilnya.
Ibu Fulltime Jaga Anak Ini Kata Hobi Ini Boleh Jana Lebih RM1000 Sebulan
Ketika Mingguan Wanita bertanya lanjut tentang hobinya ini, Amyha tak lokek berkongsi cerita. “Sebenarnya saya jahit beg ini lebih pada hobi. Saya tak terlalu fokus pada jahitan. Tapi kalau betul-betul fokus, insya Allah lebih RM1000 boleh dapat.
Amyha juga membantu ibu-ibu yang mahu belajar menjahit. Lagi-lagi untuk anak mereka. “Sekarang ada kelas zipper angpow purse online. Untuk offline pun saya ajar. Yang KL Angpow purse tu last Ramadhan banyak juga hasil jualannya. Tahun ini saya upgrade tambah zip.”
Apabila aku dengar DPP bagitahu terdapat kesan air mani di dalam dubur anak aku .YA ALLAH gelapnya dunia .Tergamak kau buat anak aku yang baru 9 bulan. Kau tak layak dipanggil manusia!!! Kau memang binatang!!!