Yusuf Bahrin kongsi detik terakhir sebelum Zizi Kirana ditahan – “Saya tak tidur, ‘last contact’ jam 1.40 pagi tadi.” Pelakon Yusuf Bahrin mengakui dirinya tidak dapat melelapkan mata sejak malam tadi kerana terlalu bimbang dengan keadaan isterinya, penyanyi Zizi Kirana, yang kini berada dalam tahanan Pasukan Pertahanan Israel (IDF) ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.
Menurut Yusuf atau nama sebenarnya Muhammad Yusuf Bahrin, 33, dia sempat menghubungi Zizi buat kali terakhir pada jam 1.40 pagi sebelum talian komunikasi terputus sepenuhnya.
“Kita sama-sama tak tidur malam ini. Saya rasa dah buang telefon sebab tak dapat nak hubungi dia dah, saya cuba mesej dan ‘call’ dia.
“Status kapal Zizi kali terakhir adalah kecemasan. Setakat ini saya cuba sedaya upaya untuk kuatkan semangat di sini, doa banyak-banyak.
“Kali terakhir berhubung pada 1.40 pagi tadi. Kapal Heliza dekat belakang sebab itu dia masih boleh buat siaran langsung,” katanya sebak.
Bintang drama Seindah Hujan Cinta itu berkata misi GSF seharusnya membuka mata masyarakat dunia bahawa tujuan utama mereka hanyalah untuk membawa bantuan kemanusiaan, bukannya mencetuskan perbalahan.
Lebih menyentuh hati, Yusuf memaklumkan bahawa penduduk Gaza sudah menunggu di tepian pantai untuk menyambut ketibaan rombongan flotila, termasuk kanak-kanak kecil yang menaruh harapan tinggi.
“Satu dunia pandang G sebab tak semua ada media sosial. Bila tengok GSF tengah tular, mereka tahu ada orang peduli,” jelasnya lagi.
Yusuf turut menyeru seluruh rakyat Malaysia agar bersatu menunaikan solat hajat serta mendoakan keselamatan semua sukarelawan yang menyertai misi berkenaan.
Difahamkan, kapal yang dinaiki Zizi iaitu Huga telah dipintas tentera Israel, manakala dua lagi kapal iaitu Sirius dan Alma yang membawa tujuh delegasi Malaysia turut ditahan dalam misi GSF.
Sumber: Kosmo online Instagram Yusuf Bahrin dan Instagram sumud nusantara official
Artikel lain: Sumud Flotilla: Anak Zainal Rashid Rebah, Terpaksa Dipindahkan Ke Kapal Hospital
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE