Yang Terpaksa Kotor Seluar Tu Anak Orang, Cuba Jadi Kat Anak Sendiri..

Share

Sepatutnya bila dah masuk tahun 2019, cerita-cerita tak enak tentang kerenah ibu bapa dah makin berkurangan, atau tiada langsung.

Nampaknya, sama saja ceritanya. Masih juga parah. Ini teguran daripada Akhtar Syamir yang sedih dengan situasi anak sekolah rendah yang terpaksa makan di atas lantai kantin sekolah.

Sebabnya kerusi yang dikhaskan untuk anak-anak sekolah ini dah di ‘conquer’ mak ayah anak orang lain. Moga teguran ini akan lebih membuka mata mak ayah agar lebih memahami hak murid di kantin sekolah.

Tak Rasa Bersalah Ke Ambil Tempat Yang Dikhaskan Untuk Murid

Kenapa perkara sebegini masih terjadi? Tahun lepas tak tengok facebook ke? Beribu – ribu orang kecam perangai ibu – bapa duduk di kerusi kantin ni. Tapi hari ini masih terjadi.

Kalau pun tak tengok facebook, takde rasa bersalah ke bila ambil tempat yang dikhaskan untuk murid? Tak tengok keliling ke sampai ada murid yang kene duduk atas lantai?

Yang terpaksa kotor seluar, yang terpaksa tak selesa makan tu anak orang. Macam mana kalau jadi kat anak sendiri? Mesti marah jugak betul tak?

 

Walau Anak Orang Sekalipun, Mak Ayah Tak Boleh Penting Diri

Sekolah dah sediakan tempat duduk yang mencukupi. Kenapa pada masa lain cukup je tempat duduknya? Kenapa pada minggu pertama atau hari pertama jadi tak cukup? Sudah tentulah ibu – bapa yang duduk dan menafikan hak murid untuk makan dengan selesa.

Kita di era maklumat di hujung jari, tapi maklumat tu tak masuk dalam kepala. Masih tebal dialaskan dengan sikap pentingkan diri ibu – bapa itu sendiri.

Sepatutnya kita dah boleh amalkan sikap peduli pasal orang lain. Bila nak buat sesuatu, lihat keadaan sekeliling. Jika ada orang lain buat, itu bukan tiket untuk anda buat jugak. Jadi orang yang bertanggungjawab.

2019 dah ni. Bila la nak berubah?

Apa perasaan korang tengok gambar tu? Masih terjadi tak kat sekolah anak korang?

Sumber/Foto : Akhtar Syamir

Makluman : Artikel diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.

IKLAN