Yang Nak Ke Langkawi Bawa Kereta, Ini Cara Dapatkan Kos RM318 Untuk 3 Hari

Buat mak ayah yang nak ke Langkawi bawa kereta sendiri, ini cara untuk dapatkan kos perjalanan murah. Cuma RM318 pergi balik selama 3 hari 2 malam. Cara inilah yang dipraktikkan oleh Nurulhidayatul Marjan Ibrahim.

Kata Nurul, kali ini dia buat review ke Langkawi versi Bonda Yusuff.

Bawa kereta sendiri, naik feri lebih jimat duit, jimat tenaga malah selesa.

 

Yang Nak Ke Langkawi Bawa Kereta, Ini Cara Dapatkan Kos RM318 Untuk 3 Hari
PERBEZAAN TAMBANG HARGA TIKET FERI N TAMBANG KERETA RORO LANGKAWI.

Ke Langkawi Naik Kereta Dari Jeti Kuala Perlis

Cuti baru ni 8-10 Sept 2018
Kami ke Langkawi 3 Hari 2 Malam.
Ni first time bawa kereta naik feri ke sana, naik dari jeti Kuala Perlis.
Biasa kami duk naik feri je kat Kuala Kedah.
Kami parking kereta kat kuala kedah.
Kali ni kami nak merasa bawa kereta sendiri pula.

Ada dua syarikat perkhidmatan feri angkut kenderaan untuk ke Langkawi,
iaitu Langkawi Auto express dan Ro-Ro.

Kami pilih RORO. Masa perjalanan dalam 2 jam (berbanding 1 jam 15 minit jika dengan feri penumpang).

Kos Terlibat:
Tambang pergi-balik:
-Kereta Sedan, 1.5cc -Myvi : RM282 (booked online)
-Dewasa x 1 : RM36 (Driver free je)
-Kanak2 : Yusuff Free sbb bawah 2tahun

TOTAL: RM318
(pergi dan balik).
Jimat kan?

IKLAN

 

Yang Nak Ke Langkawi Bawa Kereta, Ini Cara Dapatkan Kos RM318 Untuk 3 Hari

Bandingkan Harga Bila Mak-mak Naik Feri Penumpang

Kalau nak bandingkan dengan naik feri penumpang:

Tambang feri pergi balik:

-Dewasa x 2 : RM72
-kanak2 : RM6

Parking kereta di jeti : RM10 x 3= RM30

IKLAN

Sewa Kereta di Langkawi : RM100 x 3 = RM300

TOTAL: RM408

Better booking awal.
tambah-tambah time cuti public@cuti sekolah.

 

Yang Nak Ke Langkawi Bawa Kereta, Ini Cara Dapatkan Kos RM318 Untuk 3 Hari

Info Tambahan Ini Kena Hadam

√    Jika pergi 3 hari 2 malam pun masih lagi jimat dengan bawa kereta sendiri.
√    Lagi kecil cc kereta, sedan, lagi murah harga tiket.
√    Tak perlu beratur panjang, jalan jauh-jauh. Hanya duduk dalam kereta tunggu check in je.
√    Beli barang kat Langkawi pun tak perlu risau dengan beg akan berat dan susah nak bawa.
√    Tempat duduk penumpang dalam feri ni amat selesa, luas dan tak akan penuh. Ada meja, ada gerai, anak2 boleh berlari2.
√    Tandas,surau pun ok.
√    Boleh bebas lepak-lepak di dek, bergambar di puncak feri dengan menikmati permandangan.

IKLAN

 

Kenapa Bawa Kereta Sendiri Ke Langkawi Lebih Selesa

Jika nak gunakan perkhidmatan RoRo atau Auto Express ni,
pastikan tempah awal-awal, seawal tempahan dibuka (dalam 1-2 bulan sebelum tarikh), sebab ianya akan cepat je sold-out.
Kami tempah sebulan sebelum.

Bayangkan yang duk
beratur beli tiket naik feri tu.
Datang jam 7 pagi beratur nak beli tiket
bila turn dia, tiket ada jam 3 petang je.
Adooiii.. jenuh nak tunggu.
Hilang mood.
Tambah-tambah yang ada anak kecik.
So, kalau nak selesa, bawalah kereta sendiri.
Beratur nak cek in kereta pun, kita dduuk dalam kereta je.

Hotel pun sama.
Kami booking sebulan sebelum.

Link website langkawiauto express:
http://langkawiauto.com/…/index/site:langkawiauto-link:1537…

Link roro:
http://www.langkawiroro.com/

Sumber/Foto : Nurulhidayatul Marjan Ibrahim

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI