Sampai ke hari ini, kita masih terkesan dengan kisah 6 penyelam bomba yang syahid dalam misi mencari remaja lemas di lombong Taman Putra Perdana. Membuka mata orang ramai betapa mencabarnya kerjaya wira tak didendang ini.
Membaca luahan hati penuh sayu seorang isteri pegawai bomba, Qushraini Qush ini terkesan sampai ke dasar hati. Betapa saban hari, isteri perlu tabah dan akur dengan pilihan kerjaya suami.
Walau dalam keadaan nasi mahu dijamah ke dalam mulut, apabila loceng kecemasan dibunyikan, mereka terus berkejar.. berlari ke trak bomba menuju ke lokasi kejadian.
Bertarung nyawa demi menyelamatkan nyawa orang lain. Bergelut dalam api marak, menahan bahang kepanasan asal tiada jiwa yang terkorban dalam kebakaran.
Namun, sayunya hati apabila ada manusia-manusia dangkal yang mempertikaikan, yang tidak memahami susah payah orang lain.
Bila Loceng Kecemasan Berbunyi, Suami Berlari Tinggal Makanan Yang Belum Sempat Masuk Ke Mulut
“Saya seorang isteri bomba. Setiap kali suami bertugas pada siang hari, saya akan sedia makanan untuk beliau.”
“Dan hantar ke balai.”
“Pernah beberapa kali melihat sedang mereka baru nak menyuap makanan ke dalam mulut. Tiba-tiba loceng kecemasan berbunyi.”
Ads
“Terus berlari meninggalkan makanan yang masih belum sempat masuk ke mulut. Demi untuk menyelamatkan orang lain.”
Bayangkan, anggota bomba ini sanggup meninggalkan makanan. Walau saat itu mereka dalam keadaan lapar.
Allah Nampakkan Susah Suami Depan Mata Isteri
“Pernah sekali, Allah mungkin ingin menunjukkan pada saya dan anak. Ketika itu, anak berumur 3 tahun. Kami lalui di satu kawasan kebakaran.”
Ads
“Saya dan anak melihat depan mata, suami bergelut untuk memadam kebakaran kedai yang banyak tong gas di dalamnya.”
Anaknya yang ketika itu melihat kejadian itu menjerit, “Ummi! Ayah ummi.. nanti ayah kena api macam mana?”
Air mata isteri ini tiba-tiba berguguran, di dalam kesesakan orang ramai yang melihat kebakaran itu. Namun, ada suara-suara sumbang yang tidak enak di pendengarannya.
“Apalah bomba lambat. Dah nak hangus baru sampai.”
Alangkah sedihnya isteri ini sewaktu mendengar kata-kata itu.
Ads
“Sedangkan yang sedang bertarung nyawa itu, suami saya. Kamu hanya melihat sahaja. Tak tahu betapa susah mereka cuba sebaik mungkin.”
“Untuk memadamkan kebakaran itu. Sebab itu, kita jangan tahu bersungut. Pelbagai rintangan perlu mereka harungi.”
“Demi menyelamatkan kita semua.”
Isteri bomba ini turut meluah rasa.
Respons Netizen Tentang Luahan Hatinya Itu
Balas Qushraini, “Aminn.. akak hanya meluahkan apa yang akak rasa dan akak alami. Sejak kes 6 sekawan tu lagi akak rasa sedih sangat. Moga kita semua dalam limdungan Allah SWT.”
Pelakon Anzalna Nasir antara wanita yang diuji lambat mendapat cahaya mata. Sudah tentu setelah dikurniakan cahaya mata dan bergelar seorang ibu, dia sanggup mengetepikan segala perkara demi anakanda tercinta. Bukan sehari, dua Anzalna menunggu, sudah tentu dia inginkan yang terbaik buat anak lelakinya.
Terbaru dia mendedahkan di akaun Instagramnya yang dia sanggup menolak tawaran berlakon demi menjaga anak lelakinya yang kini telah berusia tujuh bulan, Mohamad Eidrees. Seperti ibu-ibu lain di luar sana, sudah tentu sanggup korbannya nyawa dan harta semata untuk anak tercinta.
Bayangkan Anzalna sendiri sanggup tolak job lakonan jika tiada ahli keluarga yang dapat membantunya menjaga buah hati tunggalnya itu. Tidak dinafikan, kerja adalah yang pertama, tetapi keutamaannya buat ini adalah Mohamad Eidrees.
I can have more than 4 maids/helpers if I wanted to but I chose not to because this is the most precious moment in my life and I just want to cherish every moment with my son. Tak tau lagi bila akan merasa macam ni. No maid, no problem because I have a very helpful husband and family.
Kalau both ada kerja baru family/MIL tolong jagakan.
No outsiders! Sanggup tolak job kalau mereka pun busy. My #1 priority is on @mohamadeidrees now.
Jelasnya, biar pun dia mampu menggaji empat pembantu jika dia mahu, tetapi dia lebih memilih untuk tidak mempunyai pembantu. Inilah masa paling berharga dalam hidupnya dan dia akan menggunakan masa yang ada sebaik mungkin untuk bersama anaknya.
Tambahan pula, suami dan keluarganya amat membantu dalam menguruskan Mohamad Eidrees.
Dalam masa yang sama, Anzalna turut berkongsi yang dia tidak membenarkan orang luar untuk menjaga anaknya kecuali ahli keluarganya.
MW: Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat ibu-ibu muda di luar sana. Sesungguhnya penantian untuk mendapatkan cahaya mata bukan perjalanan yang mudah, emosi sangatlah teruji.
Bukan sahaja Anzalna, wanita lain yang pernah melalui fasa sukar seperti selebriti akan tahu betapa nikmatnya dapat menatap dan mengikuti perkembangan cahaya mata yang telah dinanti buat sekian lama.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Bawa anak, tapi tak pandai jaga.’ Boleh dihitung masjid yang meraikan anak-anak. Situasi ini secara tak langsung membuatkan anak-anak jauh dari masjid.
Malahan mak ayah yang mempunyai anak kecil juga terpaksa berkira-kira untuk ke masjid kerana bimbang anak kecil mereka menganggu jemaah lain.
“Mengambil iktibar. Bukan mencari salah, namun mencari solusi!
Di negara kita…ada masjid yang meraikan anak-anak tapi boleh dihitung dengan jari. Maka terjadilah “anak-anak tidak mesra dengan masjid.
Pernah berlaku terhadap diri sendiri dan di hadapan mata. Seusai solat, sang Imam tanpa segan silu mengumumkan…
Tapi Tak Pandai Jaga
‘Mak bapak yang bawa anak-anak ke masjid, tapi tak pandai jaga dan control anak-anak. Baik jangan bawa kerana menyusahkan jemaah yang hendak iktikaf dan solat.
Adakah mereka sedar bahawa fitrah kanak-kanak itu “bermain”. Memang sebelum solat sudah pesan pada anak-anak… Nanti orang solat, jangan buat bising, ditegah jangan berlari lari dan macam-macam pesanan diberi.
Tapi demikianlah anak-anak, tetap bermain. Tapi tak adalah sampai lari pijak kepala “imam” .
Boleh DiHitung
Maka seperti yang dikatakan, carilah solusi bagi mengawal fitrah anak-anak ini dan bukannya melarang…
Andai dihalang dari membawa anak-anak ke masjid maka entah berapa lama mak ayah itu pasti tidak dapat hadir ke masjid sehinggalah anak-anak itu matang dan faham.
Sebuah papan tanda di Masjid Turki berbunyi:
“Wahai umat Islam, jika tiada bunyi kanak-kanak ketawa di belakang, khuatirilah bagaimana keadaan generasi akan datang.”
Manakala ada Masjid di Indonesia, membuka seluas-luasnya kepada masyarakat, hatta kanak-kanak ke Masjid, walau berseluar pendek sekalipun.
Kerana sasaran dakwah mereka adalah, untuk “Biar mereka lari ke Masjid, Jangan lari Daripada Masjid”.
Masalah orang kita terlalu begis, dan keras terhadap pengunjung yang hadir diluar kebiasaan adat. Kita gagal untuk jinak dan tawan hati jemaah.
Akhirnya mereka mencari tempat yang tidak ada kutukan dan sindiran masyarakat. AJK harus bijak, masyarakat perlu peka.
Mingguan Wanita : Bukan mencari salah… Cuma alangkah indah jika semua masjid mesra kanak-kanak barulah semua gembira menjalankan ibadat di masjid.
Tahniah buat pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad, 35, yang bakal menimang cahaya mata ketiga.Nabil berkongsi berita gembira tersebut didalam Instagramnya dengan memuat naik gambar sekeluarga beserta imbasan kandungan bayi.Malah turut berkongsi kapsyen berikut;
Nabil mengakui teruja apabila doktor mengesahkan isterinya, Nazirah Ayub,30 atau Zira, kini hamil lima minggu.Nabil berkata, berikutan kedua-dua puteri mereka sudah pun besar, justeru kehadiran cahaya mata ketiga yang dijangka kelahirannya pada Jun tahun depan sangat dinantikan.
“Jika diikutkan perancangan keluarga, kami mahu jarakkan anak setiap dua tahun. Dua anak pertama kami pun sudah besar, jadi rezeki cukup bermakna Allah berikan ini dikira tiba pada masa sangat sesuai.
“Alhamdulillah, selepas isteri membuat pemeriksaan doktor semalam, kandungannya sudah mencecah lima minggu,” katanya.
Harap Anak Lelaki & 8 Orang Anak
Tambah Nabil, dia berharap kali ini mereka dikurniakan anak lelaki pula selepas memiliki dua cahaya mata perempuan, Naira Mikayla, 6, dan Leyla Medyna, 3 tahun.
Calon beberapa kategori Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-31 itu turut memberitahu dirinya mahu sekurang-kurangnya lapan anak kerana yakin kemeriahan keluarga lebih dirasa dengan zuriat yang ramai.
“Adik-beradik saya sendiri ada tujuh orang, jadi kalau boleh saya mahu memiliki sekurang-kurangnya lapan anak. Apapun, semua itu terpulang pada rezeki yang diberikan.
“Paling penting, semoga isteri dipermudahkan menjalani proses kehamilannya. Doakan kami ya!” katanya yang mendirikan rumah tangga pada 30 September 2011.
Mingguan Wanita mengucapkan tahniah buat Nabil Ahmad dan isteri. Semoga dipermudahkan segala urusan kehamilan dan bayi yang dikandung membesar dengan sihat dan sempurna hendaknya.
Isteri ditinggalkan suami selepas derita kanser payudara, tak mampu bekerja sara dua anak. Berat ujian seorang isteri apabila dia ditinggalkan suami selepas mengambil keputusan...