Warga emas tegur remaja main motosikal maut dipukul besi cota. Seorang lelaki warga emas berusia 60 tahun maut selepas dipercayai dipukul dengan sebatang besi cota dalam kejadian di Kampung Buluh, Gual Ipoh pada petang Khamis.
Warga Emas Tegur Remaja Main Motosikal Maut Dipukul Besi Cota
Mangsa, Shamsuddin Mohamad, mengalami kecederaan parah pada wajah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sekitar jam 5.30 petang. Suspek dipercayai seorang remaja lelaki berumur 18 tahun, yang dikatakan berdendam kerana pernah ditegur oleh mangsa berhubung cara menunggang motosikal secara merbahaya di kampung tersebut.
Menurut adik tiri mangsa, Hasnah Ghazali, 40, ketika kejadian abangnya sedang berbual dengan seorang rakan di bangsal bersebelahan sebuah kedai runcit. Suspek kemudiannya datang dan mengajak mangsa ke bahagian belakang premis tersebut sebelum memukulnya.
“Abang saya rebah dan tidak sedarkan diri selepas dipukul,” katanya kepada media pada Jumaat.
Hasnah memaklumkan kejadian disedari oleh seorang lelaki yang kebetulan berada di kawasan itu. Beliau dimaklumkan mengenai insiden berkenaan sekitar jam 5.45 petang dan terus bergegas ke lokasi kejadian.
“Waktu saya sampai, abang sudah berlumuran darah,” ujarnya lagi.
Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Tanah Merah untuk proses bedah siasat.
Tambah Hasnah, kali terakhir beliau bertemu abangnya adalah pada Rabu lalu semasa berada di rumah ibu mereka. Katanya, mereka ada mendengar cakap-cakap mengenai rasa tidak puas hati suspek kerana pernah ditegur oleh mangsa sebelum ini.
Jenazah telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kelupang, Gual Ipoh selepas solat Asar pada hari Jumaat.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintenden Mohd Haki Hasbullah turut mengesahkan kejadian dan memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Elfira Loy kongsi pengalaman diserang penyakit ain. Pelakon yang juga ibu kepada dua cahaya mata, Elfira Loy menyifatkan penyakit ain bukan mitos, sebaliknya berpunca daripada hasad dengki atau pandangan mata iri terhadap kebahagiaan orang lain, dan boleh menyebabkan penyakit “seram” yang sukar dipulihkan jika tidak dirawat segera.
Perkongsian tersebut dihuraikan menerusi sebuah audio siar. Dek kerana sebelum ini terlalu berkongsi kebahagiaan keluarga di dalam media sosial, Elfira menyatakan dirinya pernah diserang penyakit ain hinggakan terjejas kejidupannya dan hubungan bersama suami.
Jika sebelum ini sukar mempercayai penyakit tersebut namun kini dia semakin berhati-hati.
“Penyakit seram yang paling saya takut adalah penyakit ain. Orang tu tak buat apa-apa pun, tapi bila ada cemburu mendalam, kita boleh jatuh sakit,” jelas Elfira.
Pemilik nama sebenar Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri itu juga yakin Allah sentiasa melindungi umatnya.
“Dulu saya tak terlalu percaya. Bukan tak percaya langsung, cuma saya yakin Allah sentiasa melindungi. Lagipun niat saya bukan untuk menunjuk.
“Tapi bila ada seseorang yang cemburu akan kita, kita boleh kena penyakit ain. Itu lebih seram sebab tak ada cara untuk ubati,” sambung Elfira.
Menerangkan lanjut mengenai kesan pada dirinya, Elfira mengatakan emosinya menjadi tidak stabil.
“Saya jadi malas, lemah, cepat marah dan hubungan dengan suami pun jadi tak seronok.
“Tapi bila saya mula sakit, saya terus cari orang yang betul untuk rawat. Jangan biar berlarutan,” katanya.
Elfira kini semakin berhati-hati dalam berkongsi kisah keluarganya.
“Saya cuba elakkan kongsi cerita secara berlebihan.
“Semua rezeki ni datang daripada Allah, bukan sebab kita hebat. Jadi saya kembalikan semuanya kepada Dia,” cerita Elfira.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ibu hilang 4 anak, seorang menantu sekelip mata, status whatsApp terakhir jadi petanda. Perjalanan yang sepatutnya menjadi detik menggembirakan bertukar menjadi peristiwa hitam apabila lima sekeluarga terkorban dalam kemalangan tragis melibatkan dua kenderaan di Kilometer 7, Jalan Jerantut-Maran, tengah malam semalam.
Tragedi ini bukan sekadar satu kemalangan ngeri, ia meragut nyawa satu pasangan suami isteri muda bersama tiga adik ipar mereka, sekali gus menghancurkan harapan dan kebahagiaan sebuah keluarga yang merancang untuk berhari raya bersama sanak saudara di kampung.
Mangsa-mangsa yang maut menaiki kereta jenis Perodua Bezza dan dalam perjalanan ke rumah bapa saudara mereka di Jerantut bagi menghadiri kenduri korban keluarga. Mereka ialah Muhammad Ikmal Ishak, 26, pemandu kenderaan dan suami kepada Nur Arfiqah, Nur Arfiqah Aziz Jaafar, 23, isteri Ikmal dan tiga adik Nur Arfiqah iaitu Mohammad Zulkifli Aziz Jaafar, 21, Mohamad Azizul, Hakimi Aziz Jaafar, 19 dan Nurul Hazwani Aziz Jaafar, 17
Kemalangan berlaku sekitar jam 12.40 tengah malam apabila kereta mereka bertembung dengan sebuah Toyota Alphard. Menurut Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Zukri Muhammad, kesemua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ibu kepada empat daripada mangsa, Zaini Noh, 52, menyatakan bahawa sejak awal dia sudah merasakan sesuatu yang tidak kena. Beliau beberapa kali melarang anak-anaknya untuk pergi, lebih-lebih lagi kerana beliau sendiri tidak sihat dan tidak dapat menyertai perjalanan itu.
“Saya cakap dengan mereka, kalau mak tak pergi, tak payahlah pergi. Tapi mereka bersungguh-sungguh sangat nak pergi.”
Namun dek keinginan untuk bersama keluarga dan menyertai kenduri korban yang dianjurkan oleh bapa saudara mereka, mereka tetap meneruskan perjalanan. Saudara-mara lain termasuk anak bongsu pasangan itu telah bertolak sehari lebih awal menaiki dua lagi kenderaan.
Kali terakhir Zaini melihat anak-anaknya ialah pada hari Selasa, apabila mereka datang mengambil barang sebelum bertolak. Mereka semua kelihatan ceria, tanpa menunjukkan sebarang petanda akan berlaku sesuatu yang buruk.
Beliau mengingati kisah yang diceritakan oleh rakan-rakan arwah anaknya, bahawa anak ketiganya, Mohammad Zulkifli, sempat membelanja 10 orang kawannya makan nasi bungkus sebelum bertolak. Tindakan itu kini menjadi kenangan terakhir yang amat menyentuh hati mereka yang mengenalinya.
“Saya tengok mereka semua ceria masa kali terakhir jumpa… saya tak sangka itu kali terakhir.”
Abang kepada Muhammad Ikmal, Muhammad Ridzuan Ishak, 33, masih terkesan dengan apa yang dilihatnya pada malam kejadian. Sekitar jam 10 malam, beliau sempat melihat status WhatsApp adiknya yang berbunyi:
“Itulah jalan pertama dan terakhir akan dilaluinya.”
Kata-kata itu yang pada mulanya dianggap biasa, rupa-rupanya menjadi petanda bahawa perjalanan malam itu adalah yang terakhir buat mereka berlima.
Ridzuan yang bekerja sendiri berkata, kali terakhir dia bertemu adiknya adalah pada hari Rabu, ketika semua adik-beradik berkumpul di Taman Malar, Tambun, Perak. Ia merupakan pertemuan yang tidak disangka akan menjadi kali terakhir mereka berjumpa.
“Arwah memang periang dan sangat disenangi keluarga. Saya tergamam bila terima berita.”
Berita kemalangan diterima keluarga dalam suasana yang sangat mengharukan. Ridzuan menerima panggilan telefon daripada abang kepada isteri adiknya sekitar jam 1.30 pagi. Pada mulanya beliau tidak percaya, namun setelah mendapat penjelasan, hatinya luluh dan tidak mampu berkata apa-apa.
Sementara itu, Zaini dan suaminya menerima berita itu melalui jiran mereka yang menghubungi dan memberitahu tentang kemalangan. Namun, berita sebenar bahawa semua anaknya telah meninggal dunia hanya diketahui kemudian. Detik itu menghancurkan hati seorang ibu yang baru sahaja melihat anak-anaknya ceria beberapa jam sebelumnya.
“Jiran telefon, kata anak eksiden, tetapi dia tak cakap lagi pasal meninggal. Dah lama lepas itu baru kami tahu semua dah tak ada.”
Pada mulanya, keluarga bercadang mengebumikan jenazah di Tambun, namun atas permintaan keluarga mentua arwah, jenazah kelima-lima mangsa akhirnya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Selat, Bota Kanan, Perak.
Solat jenazah dilakukan di Masjid Jamek Bota Kanan pada hari Sabtu, dalam suasana penuh pilu. Sanak saudara, rakan-rakan dan penduduk setempat hadir memberi penghormatan terakhir kepada lima insan yang pergi serentak dalam tragedi yang menyayat hati ini.
Kini, Zaini dan suaminya hanya tinggal dua orang anak, anak sulung dan anak bongsu. Walaupun berat, mereka memilih untuk reda dengan takdir Tuhan.
“Apa saya boleh kata… saya reda,” ujar Zaini dalam esak tangis yang ditahan, menunjukkan ketabahan luar biasa seorang ibu yang kehilangan hampir seluruh isi rumahnya dalam sekelip mata.
Peniaga siang 40kg sotong sehari kongsi video mengejutkan, “dalam sotong penuh cacing hidup. Ramai antara kita yang suka makan sotong. Sama ada dibakar, digoreng tepung atau dimasak sambal.
Tapi tahukah, sotong sebenarnya perlu dicuci dan disiang dengan sangat teliti kerana di hujung badannya mengandungi cacing halus yang tidak kelihatan dengan mata kasar.
Seorang peniaga makanan popular dari gerai Mee Kaki Udang mendedahkan realiti mengejutkan yang mungkin belum ramai tahu. Menurutnya, setiap hari kedainya akan membersihkan kira-kira 40 kilogram sotong dan hampir kesemua sotong yang dicuci mengandungi cacing halus di dalamnya!
Jika ramai menyangka lendir putih di hujung sotong adalah telur sotong tapi ia sebenarnya adalah cacing hidup yang menumpang dan menjadikan sotong sebagai perumahnya.
“Saya siang sotong hari-hari, 40kg bukan sikit. Hampir semua sotong ada cacing halus ni. Kalau tak buang betul-betul, memang boleh termakan,” katanya ketika berkongsi pengalaman melalui video tular.
Cacing yang dimaksudkan ini selalunya terperangkap dalam kantung di bahagian dalam badan sotong. Ia kelihatan seperti benang-benang halus yang melekat pada daging sotong dan perlu dikeluarkan secara teliti satu per satu.
Di sebalik perkongsiannya di Tik Toknya itu, @gerai mee udang LKNP, dirinya menasihati penggemar seafood agar membersihkan kelongsong lut sinar itu dengan sebaiknya kerana ia sebenarnya adalah gumpalan cacing hidup.
“Kalau sotong ada telur akan kurang sedikit cacing ini sebab bahagian badan sotong agak padat. Tapi kalau sotong tak ada telur, cacinglah yang ada di hujung badannya,”katanya sambil menunjukkan bahagian hujung sotong yang perlu dibersihkan dengan teliti sebelum dimasak.
Perkongsian mengejutkan ramai ini sudah mencecah tontonan lebih 2 juta orang dan ramai mengakui mereka baru tahu perkara dikongsikan ini.
Pelakon Wanita, Syida Melvin dilaporkan telah memfailkan cerai terhadap suaminya, Syafiq Azim di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada Disember tahun lalu.