Wanita 50-an Pakai Susuk Di Kening Dan Kemaluan Kerana Takut Suami Cari Lain

Share

TULAR – Sebuah video memaparkan pengakuan seorang wanita yang menyesali perbuatan syiriknya selepas bertindak memakai susuk di kening dan kemaluan kini tular di media sosial.

Takut Suami Cari Wanita Lain, Pakai Susuk di Kening dan Kemaluan

Wanita berusia 50-an itu mendakwa memakai susuk pada bahagian kening dan kemaluan kerana bimbang suaminya mencari wanita lain. Tindakannya itu berpunca daripada perasaan takut kehilangan kasih sayang suami serta keinginan untuk sentiasa kelihatan menarik di hadapan suaminya.

Menurutnya, keputusan untuk memakai susuk di kening dan kemaluan dibuat selepas terpengaruh dengan bisikan halus serta pujukan individu tertentu yang menawarkan khidmat tersebut.

“Saya terlalu menyesal memakai daripada awal. Pakai pun sebab suami,” katanya dalam video yang kini tular.

Menyesal Selepas Menanggung Balasan

@faridzuan_jamaludin Memakai Susuk di kening dan kemaluan, ketika lewat usia 50an, takut suami cari wanita lain Dan suami setia sehingga meninggal tetapi akhirnya diri sendiri yang merana akibatnya. #faridzuanjamaludin #susuk #saka #fyp #malaysia ♬ original sound – Faridzuan Jamaludin

Wanita itu mengakui bahawa selepas memakai susuk berkenaan, suaminya menjadi lebih setia dan tidak pernah mencari wanita lain hingga ke akhir hayatnya. Namun, dia mendedahkan bahawa dirinya terpaksa menanggung derita dan kesusahan akibat perbuatan syirik tersebut.

“Orang yang pakaikan saya cakap tiada pantang larang dan harga untuk satu itu RM20. Katanya susuk di kemaluan untuk sentiasa kelihatan muda,” tambahnya lagi.

Susuk Dikenali Sebagai Amalan Syirik Dalam Islam

Dalam Islam, pemakaian susuk termasuk dalam perbuatan syirik kerana melibatkan kepercayaan kepada kuasa selain Allah. Ramai pengguna media sosial menzahirkan rasa simpati terhadap wanita tersebut, namun dalam masa sama menasihati orang ramai agar menjauhi amalan seperti memakai susuk di kening dan kemaluan

demi menjaga akidah.

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi dengan ramai yang memuji keberanian wanita berkenaan tampil menyesali perbuatannya serta berkongsi kisah sebagai pengajaran kepada orang lain.

Sumber: TikTok

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

Published by
Has