leher cantik

Wanita dan kecantikan tak dapat dipisahkan. Ramai antara kita yang terlepas pandang menjaga dan merawat untuk jadikan leher cantik. Asyik fokus pada muka je, sudahnya kulit muka tegang tapi leher berkarat dan berkedut. Supaya leher kita tidak tua sebelum waktunya, Mingguan Wanita share tip agar kulit leher mulus dan tetap anjal.

Wanita Boleh Buat Sendiri Di Rumah

Tak perlu ke spa, buat sendiri di rumah dengan menggunakan bahan alami yang ada di dapur anda. Selain menjimatkan masa dan wang, cara ini juga selamat dan tidak mempunyai kesan sampingan. Namun tip atau petua ini mesti dilakukan secara konsisten agar mendapat hasil memuaskan.

1. Urutan Secara Menaik

Setiap hari, sebaik sahaja bangun pagi, lakukan urutan pada bahagian leher secara menaik. Mulakan urutan dari pangkal leher menuju ke dagu. Teknik urutan yang betul akan membantu menghilangkan kedutan dan mengatasi masalah lebihan lemak di bahagian leher dan dagu. Anda boleh menggunakan minyak zaitun untuk memudahkan urutan.

2. Khasiat Putih Telur untuk Wanita

Petua ini elok dilakukan seminggu dua kali. Sapukan putih telur pada seluruh wajah dan bahagian leher secara rata. Biarkan ia kering antara 15 hingga 30 minit. Selepas itu, cuci dengan air putih. Sebaik-baiknya, anda digalakkan mencuci dengan air perahan limau nipis atau lemon. Kemudian baru bilas dengan air putih. Air perahan buah ini akan membuatkan kulit anda lebih cerah dan sekata. Khasiat putih telur pula adalah menegang dan menjadikan kulit lebih lembut serta halus.

IKLAN

Lagi artikel menarik di sini:

Guna Kiub Timun Madu, Petua Cantik Hilangkan Lebam Bawah Mata, Kulit Muka Jadi Bersih Berseri!

IKLAN

5 Petua Lengkap Semulajadi, Penjagaan Wajah Buat Wanita Cantik Berseri

Jangan lupa follow MINGGUAN WANITA di instagram

IKLAN

3. Kulit Rambai Hilangkan Daki

Usah bazirkan wang membeli lulur. Kisarkan kulit rambai yang sudah dibasuh bersih sehingga halus. Kemudian, gosokkan leher dan seluruh tubuh dengan lulur kulit rambai. Daki dan kotoran degil akan berkurangan dan semakin hilang. Garisan di bawah leher juga dapat diatasi secara perlahan-lahan. Hasilnya kulit akan tampak bersih dan licin.

4. Buah Tomato Melembabkan

Untuk melembapkan kulit leher, sapukan buah tomato yang dilecek atau dikisar. Biarkan ia kering antara 10 hingga 20 minit, kemudian bilas dengan air bersih. Buah tomato bmembekalkan nutrien kepada kulit, ia membantu menjadikan kulit lebih lembap, halus dan dapat mengecutkan jerawat serta ruam. Namun jika selepas menyapu buah tomato, kulit anda berasa gatal. Usah teruskan, ia adalah petanda kulit anda sensitif.

5. Kurangkan Tidur Siang

Tabiat tidur siang terutama selepas waktu Asar bukan sahaja menyebabkan wajah sembap malah ia juga menyumbang kepada masalah dagu berlapis dan leher berlipat. Lantaran, jika boleh kikislah tabiat tidak baik ini secara perlahan-lahan. Tidur siang secara berlebihan juga menyebabkan badan mudah letih, lesu dan lemau.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI