Wanita Kecewa, Tunggakan Nafkah Tiga Anak Sudah Cecah Lebih RM84,000 – “Dah Boleh Buat ‘Sebiji’ Rumah”

Share

Wanita kecewa, tunggakan nafkah tiga anak sudah cecah RM84,000. “Semalam buat kira-kira jumlah tunggakan nafkah tiga anak saya sehingga bulan ini, rupanya dah boleh buat rumah sebiji dah.” Itulah luahan seorang wanita, Mizah, yang tidak mampu menyembunyikan rasa kecewa terhadap sikap bekas suaminya.

Wanita Kecewa, Tunggakan Nafkah Tiga Anak Sudah Cecah Lebih RM84,000 – “Dah Boleh Buat ‘Sebiji’ Rumah”

Sejak 2020, lelaki itu gagal menunaikan nafkah untuk tiga anak mereka sehingga jumlah tunggakan kini mencecah lebih RM84,000 setakat September 2025.

Menurut Mizah, angka tersebut cukup besar sehingga boleh digunakan untuk membina sebuah rumah, namun hakikatnya dia terpaksa memikul segala beban seorang diri selepas penceraian. Katanya, perpisahan itu bukan sahaja membuatkan dia kehilangan pasangan, malah turut hilang tempat bergantung.

“Pagi kena siapkan anak ke sekolah, kemudian berkejar ke tempat kerja. Ada masa tengah hari terpaksa ambil anak balik sekolah dan bawa sekali ke tempat kerja jika majikan izinkan.

“Malam pula masih gagahkan diri masak, basuh baju, teman anak belajar. Hidupnya penuh penat yang tak pernah habis,” luahnya di Facebook.

Mizah turut menegaskan, bekas suaminya seakan menganggap tanggungjawab nafkah terhenti selepas lafaz cerai sedangkan anak-anak tetap memerlukan keperluan asas.

“Ingatlah, cerai itu hanya putuskan ikatan suami isteri. Tapi tanggungjawab terhadap anak-anak tidak pernah terputus. Nafkah bukan pilihan, ia kewajipan,” katanya.

Sumber: Mizah Salleh 

Artikel lain: Raja Azura Tuntut Nafkah Anak Selepas 15 Tahun Bercerai, Minta Bekas Suami Munculkan Diri

Nafkah Anak Tertunggak RM70,750 Sejak 2020, Isteri Kongsi Bekas Suami Gagal Tunai Tanggungjawab

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

Published by
Has