
Dalam dunia moden yang kian bergerak pantas, wanita kini menjadi nadi perubahan, bukan sahaja di ruang kerja, malah di medan sosial dan pelancongan.
Di Sabah, perjalanan tidak lagi sekadar berpindah dari satu destinasi ke destinasi lain, tetapi menjadi pengalaman yang bermakna, berjiwa dan penuh empati.

Menyambut Hari Pekak Sedunia pada 28 September lalu, Lembaga Pelancongan Sabah (STB) tampil sebagai antara organisasi paling progresif di Malaysia apabila memperkenalkan pelbagai inisiatif mesra komuniti kurang upaya pendengaran.
Bagi STB, pelancongan bukan sekadar tentang pemandangan dan panorama, tetapi tentang mendengar tanpa telinga, memahami tanpa suara, dan mencipta ruang inklusif di mana semua insan termasuk komuniti pekak diterima serta diraikan.
Melalui kolaborasi bersama Persatuan Orang Pekak Sabah (SSD) dan Politeknik Kota Kinabalu, STB menganjurkan Lampoopalooza, sebuah acara muzik, seni dan cahaya yang meraikan kepelbagaian budaya dan kemanusiaan.

Keunikan acara ini terserlah menerusi persembahan pembukaan menggunakan bahasa isyarat, lengkap dengan jurubahasa sepanjang konsert — menjadikannya antara acara paling inklusif dan menyentuh hati pernah diadakan di negeri itu.
Bagi ramai wanita yang hadir, momen tersebut bukan sekadar persembahan, tetapi simbol kasih sayang dan solidariti antara komuniti. Ia membuktikan bahawa kecantikan sejati bukan pada rupa, tetapi pada empati yang dikongsi.
Inisiatif STB turut membuka peluang kepada pelajar wanita dari program Sijil Khas Operasi Katering, Politeknik Kota Kinabalu untuk menyertai acara sebagai usahawan muda dalam bidang makanan dan minuman.

Langkah kecil ini menjadi pintu besar ke arah keyakinan diri, kemahiran komunikasi, dan keupayaan berdikari dan membuktikan bahawa pelancongan inklusif mampu memberdayakan wanita muda untuk berdiri sama tinggi dalam komuniti.
Bukan itu sahaja, seramai 37 kakitangan STB kini mahir berkomunikasi dalam Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) selepas mengikuti kursus asas yang dijalankan khusus buat mereka. Ia melambangkan budaya kerja baharu lebih terbuka, mesra dan sarat empati.
Komitmen STB terhadap pelancongan inklusif ini mencerminkan kepimpinan wanita dalam nilai kemanusiaan. Lembut dalam pendekatan, namun tegas dalam perjuangan sosial.

Hari ini, Sabah bukan sekadar destinasi indah di peta pelancongan, tetapi lambang pelancongan berjiwa, di mana keindahan bukan hanya dilihat dengan mata, tetapi dirasai dengan hati.
Dan di tengah dunia yang dikejar masa dan trend, inisiatif seperti ini mengingatkan kita pelancongan sebenar bermula dari hati. Kerana seperti wanita yang bijak dan berjiwa besar, Sabah mengajar kita bahawa kecantikan sejati lahir apabila kita memilih untuk mendengar, walau tanpa suara.
Selamat Hari Pekak Sedunia!
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Pentas Marhaban Saksi Persaingan Empat Kumpulan Bersaing Rebut Hadiah RM50,000

Pentas Marhaban peringkat akhir bakal menyaksikan empat kumpulan bersaing merebut hadiah bernilai RM50,000. Empat kumpulan yang bakal berentap merebut gelaran juara adalah kumpulan Qalbun Hadi, Al-Maqari’, Al-Muhtadin dan Raudhatul Ashwaq.
Pentas Marhaban Saksi Persaingan Empat Kumpulan Bersaing

Menurut juri tetap, Ustazah Asni Mansor, setiap kumpulan berjaya mempamerkan keunikan dan keaslian Marhaban mengikut format yang telah ditetapkan oleh penganjur. Malah, pada peringkat akhir Sabtu ini, para juri mencari kumpulan yang mampu menyampaikan persembahan paling menyentuh hati.
“Jika anda tanya apa yang para juri cari di pusingan akhir nanti, jawapannya hanyalah ketenangan.
“Penyampaian mereka bersangkutan dengan kisah Rasulullah, maka kita cari persembahan yang mampu menjentik dan menyentuh hati.

“Pesan saya kepada peserta, berlatihlah dengan bijak. Jangan terlalu kuat berlatih hingga hilang suara dan penyampaian tidak terkawal,” katanya ketika ditemui pihak media sejurus selepas separuh akhir Pentas Marhaban sabtu lalu.
Menurut Penerbit Pentas Marhaban, Nurul Ain Mohamed memaklumkan pihak produksi masih memikirkan tugasan yang lebih bersesuaian disebabkan penambahan kumpulan pada peringkat akhir ini.
“Asalnya kita ada pusingan ‘battle’ tetapi memandangkan hanya ada satu kumpulan wanita, pihak produksi akan memikirkan tugasan yang lebih sesuai.

“Mungkin setiap kumpulan bakal mempersembahkan dua tugasan.
Tambahnya lagi, nilai hadiah juga bakal ditambah bagi dua kategori saguhati.
“Hadiah untuk juara ialah RM50,000 manakala tempat kedua pula bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM25,000.
“Pemenang ketiga dan keempat bakal menerima hadiah saguhati bernilai RM5,000 bagi setiap kumpulan,” katanya.

Program realiti yang disiarkan selama lapan minggu itu turut diadili Ustaz Zulhafis atau lebih dikenali sebagai Along Gambus dan seorang juri jemputan.
Pemarkahan diberikan bedasarkan gaya persembahan, pakaian, lagu, solo dan harmoni.
Pentas akhir Pentas Marhaban bakal disiarkan secara langsung di TV AlHijrah, Sabtu ini jam 9 malam.
Program itu dihoskan oleh gandingan pengacara, Tilmiz Fahmi dan Syamsul Ghau Ghau.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Datuk Aznil Nawawi teruja, Eskayvie bakal melatih 5000 usahawan baru Kelantan

Syarikat peneraju dalam produk kesihatan halal, makanan tambahan dan kecantikan yang berkualiti tinggi Eskayvie, mengumumkan pembukaan Pusat Edaran Eskayvie di Kota Bharu, Kelantan pada Sabtu lalu.

Menurut Pengarah Urusan Eskayvie, Kartika Wati Mohamed, menjadi inspirasi mereka untuk membantu meningkatkan ekonomi dan kesihatan keluarga serta masyarakat.
Menurutnya, mereka ingin terus berkongsi kebaikan produk kesihatan berkualiti tinggi keluaran Eskayvie itu kepada lebih 1.9 juta penduduk Kelantan.
“Kami yakin dengan pembukaan pusat edaran ini akan memberi peluang kepada penduduk Kota Bharu mendapatkan produk kami dengan lebih cepat dan menjimatkan.

“Selain itu, pusat latihan yang lengkap turut disediakan bagi membantu usahawan tempatan yang berminat dalam bidang perniagaan.
“Program latihan dan bimbingan yang komprehensif juga disediakan untuk membantu setiap usahawan Eskayvie membangunkan perniagaan yang berjaya sekaligus mencapai tahap kewangan yang lebih baik.
Kami sangat komited untuk melahirkan dan melatih 5000 usahawan baru di Kelantan” katanya.
5000 usahawan baru Kelantan bakal dilatih

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie selaku formulator produk-produk berkualiti Eskayvie Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri turut berkongsi berkongsi pandangan mengenai keunikan rangkaian produk keluaran Eskayvie.
Kepakaran beliau selama lebih 35 tahun dalam bidang kesihatan digunakan sepenuhnya bagi memformulasikan produk berkualiti syarikat itu yang terbukti memberi kebaikan kepada masyarakat.
“Keseluruhan rangkaian produk ini bukan saja diformulasikan daripada bahan semula jadi, malah menggunakan bahan berkualiti premium dan berpaten dunia. Ia sangat penting bagi membantu tahap kesihatan masyarakat di Malaysia.
Datuk Aznil Nawawi teruja

“Di antaranya adalah Eskayvie Mindtropic. Produk ini memfokuskan kepada kesihatan minda dengan bahan utama Phosphatidylserine untuk membantu anak belajar, menguatkan daya ingatan dan fokus dalam kelas.
Eskayvie Diffenz dan Eskayvie Diffenz Junior pula mengandungi Cendawan Susu Harimau yang baik untuk kesihatan paru-paru dan sistem pertahanan tubuh,” katanya.
Majlis pelancaran turut dihadiri Duta Eskayvie, Datuk Aznil bin Haji Nawawi yang menyokong inisiatif murni Eskayvie untuk terus menyebarluaskan peluang perniagaan serta manfaat produk berkualiti yang disediakan Eskayvie untuk masyarakat.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
IKEA Malaysia Kini Disahkan Halal JAKIM. Sajian Lebih Tenang Dinikmati Seisi Keluarga

Buat rakyat Malaysia, makan bukan sekadar mengisi perut. Ia adalah soal kepercayaan, budaya dan kasih sayang keluarga. Itulah yang diraikan apabila IKEA Malaysia mengumumkan bahawa semua Restoran, Kafe dan Bistro IKEA di seluruh negara kini rasmi disahkan halal oleh JAKIM.

Pensijilan ini bukan sekadar sebuah pengiktirafan, tetapi menjadi jaminan ketenangan fikiran buat pelanggan yang ingin menikmati hidangan kegemaran mereka di IKEA tanpa rasa ragu.
Halal, Sejak Tiga Dekad Lalu
Selama hampir 30 tahun beroperasi di Malaysia, prinsip halal sebenarnya sudah lama menjadi panduan IKEA. Daripada pemilihan bahan mentah yang diperakui halal, cara penyediaan yang teliti hinggalah larangan tegas terhadap sebarang bahan tidak dibenarkan. Kini, dengan pengiktirafan rasmi JAKIM, segala amalan itu diperkukuh sekali lagi.
Pengarah Runcit Negara IKEA Malaysia, Malcolm Pruys, menegaskan:
“Di Malaysia, halal bukan sekadar pematuhan. Ia adalah soal kepercayaan, penghormatan budaya, dan tuntutan keagamaan. Pensijilan ini membuktikan kami menghargai apa yang paling penting buat rakyat Malaysia.”
Lebih Tenang, Lebih Mesra Keluarga
Dengan sijil halal ini, pelanggan boleh terus menikmati menu ikonik IKEA dari bebola daging, kek keju Swedish, hinggalah kopi panas bersama keluarga tersayang dengan hati yang lebih tenang.
Malah, proses pemeriksaan JAKIM turut merangkumi sumber bahan, operasi dapur dan latihan kakitangan, menjadikan setiap langkah penyediaan makanan lebih telus dan diyakini.

Sajian Untuk Semua
Bagi IKEA Malaysia, makanan adalah tentang komuniti. Tambah Malcolm lagi, IKEA mahu pengalaman menikmati hidangan disini dengan lebih inklusif, mudah diakses dan berpatutan termasuk memperkenalkan pilihan lestari, mengurangkan pembaziran serta menyajikan hidangan yang bukan sahaja enak tetapi juga lebih baik untuk manusia dan bumi.
Lebih Daripada Sekadar Perabot
Bukan lagi hanya dikenali dengan perabot dan dekorasi rumah, IKEA kini semakin dekat di hati rakyat Malaysia sebagai ruang menjamu selera yang selesa, mesra keluarga, dan kini diiktiraf halal sepenuhnya.
Satu langkah kecil di atas kertas, tetapi membawa erti besar dalam kehidupan seharian masyarakat Malaysia.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!


