kuih tart

Kuih tart merupakan antara kuih kegemaran ramai. Baik dibuat saja-saja untuk makan sendiri ataupun dibuat berniaga pada musim-musim perayaan. Ada pelbagai resipi untuk menghasilkan kuih tart yang sedap.Namun perkongsian resipi oleh Anida Azmi ini, antara yang mak-mak boleh cuba kerana diakui sedap dan beliau buat berniaga menggunakan resepi yang dipelajari 25 tahun yang dulu. Jadi jika mak-mak nak tambah pendapatan sampingan boleh cuba resipi ini.

Berikut antara perkongsian beliau;

“25 tahun dulu saya dapat ilmu belajar buat kuih tart dengan yuran RM10.Ilmu yang saya dapat manafaatkan untuk tambah pendapatan saya. Alhamdulilah walaupun dah lama saya tingalkan perniagaan ini tapi hingga kini kuih ni memang menjadi kegemaran tetamu dan biskut yang wajib ada setiap kali raya. Dengan ikhlas hati saya kongsikan resipi ni untuk teman-teman disini. Mana tau boleh dijadikan pendapatan sampingan musim raya nanti.”

Royal Pineapple Cheese Tart

Bahan-Bahannya:

Tepung gandum 350grm (anggaran)
Buttercup 250grm
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar tepung jagung
6 sudu besar Cream Cheese (saya guna jenama Tantura) kalau nak letak lebih pun boleh
Sedikit garam halus
1 biji kuning telor

Jem nenas secukupnya
Dulu masa niaga saya buat Jem sendiri
Tapi sekarang dah byk jual.Senang beli je (saya beli di Bagus Bakery)

IKLAN

Cara Membuat:

1. Satukan Buttercup cream cheese dan garam.
2.Masukkan kuning telor kacau sebati kemudian masukkan tepung gandum, tepung kastad dan tepung jagung. Uli sebati. Kalau adunan agak lembut boleh tambahkan sedikit lagi tepung.
3.Terap mengunakan acuan semperit dan gulung seperti biasa. Bila hendak dibakar sapukan kuning telor yang telah dicampurkan sedikit pewarna kuning.
4.Bakar dalam suhu 170~180 darjah Celsius selama lebih kurang 25min hingga 30min mengunakan api atas bawah.

IKLAN

**Saya letak dalam papercup supaya nampak kemas dan cantik.Tart ni gebu dan cair dalam mulut.Sedap!

IKLAN

Semoga bermanfaat & Selamat mencuba!

Sumber: Anida Azmi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI