Nak kemas barang balik kampung pun satu masalah kalau tak ikut cara yang betul, silap gaya boleh tertinggal atau terbuai. Serius, ini perkara paling memeningkan mak-mak setiap kali tiba musim perayaan. Kalau boleh, mahu saja diangkut satu almari sebab takut ada barang tertinggal atau tidak cukup.
Jadi nak mudahkan kerja mak-mak sebelum pulang beraya, nah ikut tip Puan Hani Mynis ini ya…
Tips packing barang balik kampung dan “free printables”
Ramai yang tak suka kerja packing barang ni kan? Hahaha kerja packing barang antara benda yg hani suka buat sebab bila hani packing barang hani confident semua benda penting hani bawak dari org lain yang tolong packingkan.
Dulu masa masih bergelar pelajar setiap bulan balik shah alam/seremban jaya dari JB. So lama-lama kerja packing dah jadi cam senang dan tak drag sangat sbb dah tahu apa benda nak bawak apa benda tak perlu. Walaupun kadang-kadang rasa macam nak bawak rumah-rumah sekali ke mana-mana sbb “there is no place like home” kekdahnya kan hahaha
Buat senarai barang nak dibawak semestinya membantu. Kalau ada yang nak, later hani kongsikan softcopynya kat sini. Hani asingkan senarai untuk pakaian kitorang dengan pakaian Aqil sebab bagasi lain-lain. Rasa lebih mudah begini.
So tips nak packing balik kampung ada kat gambar ya! Jom tengok dan sesuaikan mengikut situasi keluarga masing-masing mana yang boleh.
1. Ok jom mula. Selalu Hani mulakan dengan pakaian kami suami isteri dulu. Macam biasa longgokan dalam bakul masing-masing. Sebelum tu tentukan dulu berapa banyak t-shirt, seluar semua nak dibawa. Hani selalu packing untuk 3 hari je. Lepas 3 hari recycle balik baju yang sama lepas dibasuh.
2. Uruskan bahagian pakaian suami isteri. Tentukan berapa banyak helai usetiap jenis pakaian yang nak dibawa dan tulis kat situ. Hani laminate senarai ni dan conteng di atasnya guna pen sharpie (permanent) . Boleh dipadam guna magic sponge. Hani tak guna whiteboard marker takut terhilang tulisan dia nnt. List ni nanti masukkan dalam bagasi senang nak periksa semula masa packing balik ke rumah. So hani guna permanent marker.
3. Berbanding lipat, hani rasa ramai tahu trick ni. Memang tak mengecewakan. Hani gulung baju-baju tersebut. Dalam bagasi, Hani bahagikan satu side hani satu side Alif, tuala masing-masing jadikan pemisah. Kain batik dan kain pelikat bawa sorang satu. Mana yang baju nye lembut senang “terburai” hani secured kan dengan cara ikat denga getah.
4. Untuk baju kurung hani gulungkan sekali sati set dengan tudung. Dan ikat getah. Begitu juga dengan baju melayu alif, gulung sekali dengan sampin / kain pelikat. Baju melayu Aqil pun sama.
5. Memandangkan ada beberapa set baju kurung dan baju melayu, hani asingkan masuk dalam satu beg khas. Asingkan dari pakaian harian. Nanti pagi raya boleh punggah beg ni sahaja untuk semua. Semua keperluan raya pun dalam beg raya ni juga. Songkok contohnya.
6. Untuk pakaian dalam. Hani bahagikan dalam beg masing-masing supaya senang cari. Semua pakaian kecil-kecil letak dalam beg ni. Termasuklah handkerchief, stokin, swim trunk. Ni beg kasut dari Eco Rm2.
7. Bawa beg baju kotor masing-masing supaya tak bercampur pakaian kotor dengan keluarga lain. Nak basuh pun senang. Elakkan tercicir baju masa nak packing balik.
8. Bawa juga penyangkut baju untuk setiap sorang supaya senang nak sangkut baju lepas diseterika.
9. Setel bahagian pakaian ibu dan ayah!
Ini Tip Tambahan
Untuk pakaian ibu. Bawa tudung segera atau sarung (instant shawl) dan cardigan. Supaya senang kalau ada tetamu datang tak dalah kelam kabut time tu nak pakai tudung pin sana pin sini.
10. Next uruskan pakaian Aqil. Ada senarai asing dari senarai kitorg supaya senang nak tengok.
11. Untuk pakaian anak, baju dan seluarnya Hani gulung dan securekan dgn getah siap2. Kalau minta suami tolong ambilkan pun tak ada masalah mismatch baju seluar lagi. Bawa lebih set pun tak pe dari kurang sebab budak-budak ni tak terjangka comotnya lagi-lagi balik kampung nanti.
12. Atasnya hani letak tuala dan beg kecil khas utk letak seluar dalam, tuala kecil dan lain-lain.
Siap dah beg Aqil, rasa satu bagasi ni muat utk pakaian dua orang anak.
13. Next uruskan barang toiletries (Ubat gigi, berus gigi, pembersih lidah, pencuci muka).
14. Kepitkan ubat gigi dengan binder clip sesiap supaya senang nak sangkut kat mana-mana.
15. Masukkan dalam kotak pensil kalis air dan ada penyangkut supaya senang nak sangkut kat mana-mana dan boleh lap je sebelum masuk dalam beg.
16. Medical kit anak dan emergency pill box wajib bawa juga. Pastikan setiap box well-stocked dan semua item ada.
17. Medical kit anak dan emergency pill box wajib bawa juga. Pastikan setiap box well-stocked dan semua item ada.
18. Barang-barang dalam gambar sebelah tadi hani masukkan dalam satu beg “carry on”. Beg ni jangan dimasukkan dalam bonet kereta sbb ada barang kecemasan ada dalam ni. Nak ambil mudah tanpa perlu berhentikan kereta buka bonet.
19. Siap!! Setiap kali balik kampung. Tak termasuk beg pampers dan bakul susu lah. Beg jalan Aqil antara benda wajib bawa dan sentiasa ada dalam kereta sbb ada beberapa item kecemasan juga dalam beg dia supaya beg tangan ibu ringan lah skt dari bawa barang kecemasan dia kalau setakat nak pergi mall atau taman permainan.
20. Just incase kalau ada yang tanya tips nak gulung baju. Haha gulung lah mcm mana pun tp ni cara hani yg hn rasa mudah dan kemas. Lipat mcm biasa. Kemudian bila dah nak lipat empat tu, gulung dari bahagian collar ke bawah. Kalau seluar dari bahagian getah pinggang ke bawah.
Semoga bermanfaat .
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Setiap suami isteri menyimpan impian mempunyai cahayamata ketika membina alam rumah tangga. Malah melakukan hubungan intim juga salah satu cara mengeratkan hubungan kemesraan bagi suami isteri.
Namun begitu, Islam menggariskan beberapa perkara agar tuntutan nafsu itu tidak berlebihan atau menyalahi hukum. Umpamanya melakukan hubungan ganas, memasukkan sesuatu ke lubang anusnya, mendatangi isteri di dalam haid dan lain lagi.
Dalam mendapat keberkatan dalam perhubungan dan memperoleh zuriat yang baik, digalakkan suami isteri membaca doa ini dahulu sebelum melakukan hubungan intim agar anak yang terjadi dari perhubungan itu tidak dicelakakan oleh syaitan.
Pasangan suami isteri digalakkan membaca doa ini. Dari satu hadis dari ibnu Abbas r.a bahawa Nabi mengajarkan doa ini.
بِاسْمِ اللَّهِ اللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبْ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا
“Bismillahi, Allahumma jannibnasyaithana, wa jannibisyaithana maa razaqtanaa”
Ertinya: Ya Allah, jauhkanlah kami dari setan dan jauhkanlah setan dari apa yang engkau rezekikan kepada kami (anak),”
Dengan membaca doa ini, apabila pasangan suami isteri dikurnikan keturunan oleh Allah SWT dari hubungan diadakan, maka setan tak akan dapat mencelakakan anak itu (Hadith Riwayat Al Bukhari no 6388 dan Muslim no 1434).
Doa ketika air mani keluar
Ketika pasangan sudah keluar air maninya, diwajibkan juga berdoa agar air mani yang keluar boleh. Ini doa ketika mengeluarkan air mani:
اَللّهُـــمَّ اجْعَــلْ نُطْفَتَــنَا ذُرّ ِيَّةً طَيِّــبَة
“Allahummaj’alnuthfatna dzurriyyatan thayyibah”.
Erti dari doa ini adalah Ya Allah, semoga sperma yang kami keluarkan boleh menghasilkan keturunan yang baik.
BACA SINI : – Jika Lakukan Perkara Ini, Sekaligus Membuka Ruang Pada Bakteria & Berlakunya Jangkitan Pada Bahagian Intim
Suami Usia 80 Tahun Kelar Leher Isteri Hanya Kerana Tolak Ajakan Hubungan Intim!
Dalam pada itu, selepas selesai melakukan hubungan jima’, sekali lagi suami isteri digalakkan membaca di atas nikmat syukur kerana berupaya melakukan hubungan intim hingga pasangan merasai kepuasan masing-masing dan bukannya terbaring atau tertidur selepas melakukannya.
Doanya ialah:-
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْ خَلَقَ مِنَ المْـَــاءِ بَشَـــرًا
“Alhamdulilahi Lladzii Khalaqa Minal Maa I Basyaraa
Bermaksud Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan air mani ini menjadi manusia (keturunan).
Semoga Allah memelihara diri kita, pasangan dan zuriat keturunan kita menjadi sebaik-baik hamba Allah yang soleh.
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hidup kalau tidak bersyukur akan buat kita sentiasa rasa tidak puas hati dengan apa yang ada. Kadang-kadang, isteri puji suami orang lain, kononnya cara layanan yang diberi tidak seperti yang diharapkan oleh suami sendiri.
Dari situ mulalah, isteri puji dan bandingkan suami orang dengan suami sendiri. Ada suami orang lain beli barang kemas, pandai urus rumah, jaga anak dan sebagainya. Sedangkan suami sendiri tidak pernah lakukan perkara ini.
Kadang-kadang, kita tidak sedar, semua itu adalah jodoh yang ditakdirkan. Hadir suami melengkapi kekurangan kita dan begitu juga suami, melengkapkan kelebihan kita. Usah rasa menyesal dengan pasangan yang kita ada. Sebab kita pun belum tentu sempurna.
Begitu juga bila tengok dan puji suami orang lain yang pandai ambil hati, buat kejutan dan sebagainya. Ia tidak akan sama tapi cubalah faham, ada sisi baiknya pasangan yang telah Allah jodohkan. Itulah dikatakan saling melengkapi.
Ingat kembali, sepanjang perkahwinan, ada bahasa cinta atau kasih sayang yang pasangan dengan cara tersendiri. Mungkin cara pasangan kita tak sama dengan orang lain. Tapi bersyukurlah, hanya kita yang tahu cara pasangan layan kita.
Betul apa yang dikongsikan oleh Anie Alja. Jangan puji ‘laki orang’ sebab pasangan kita ada bahasa cinta yang hanya kita tahu Percaya dan banggalah mempunyai pasangan yang memahami diri.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Isteri Pertahankan Rumah Tangga Demi Anak-Anak, Bukan Fikirkan Diri Sendiri Saja
Kalau Tak Mampu Gajikan Pembantu Rumah, Suami Janganlah Berkira Tolong Isteri
Info Lebih Menarik DI SINI
Isteri Puji, Cara Tersendiri
Bahasa CHENTA
Ada suami pandai main gitar. ‘Ke teng…ke teng,’ petik gitar nak memikat kita dulu. Lepas kahwin pun masih petik gitar malam-malam melayan isteri jahit baju tempahan.
Malah, ada suami pandai masak. Dia paling rajin layan master chef. Esok, dia masak makanan terkini, trending dan bagi anak isteri rasa. Esok lusa, dia masak menu lain pulak. Untung lah.
Ada suami rajin bawa kereta. Dia memang suka meronda-ronda atas jalan. Isteri langsung tak pernah praktis lesen kereta sebab suami dia rajin hantar ke mana-mana saja.
Begitu juga, ada suami suka buat kejutan, hadiahkan barang/bunga pada isteri dan anak-anak. Suka buat parti terkejut. Suka cari barang kesukaan isteri dalam kegelapan. Dia banyak masa nak fikir, ikut dia lah.
Suami Sendiri?
Baiklah, suami saya tidak ada langsung ciri-ciri di atas. Memang tak ada.
Dia tak masak, tak pandai main gitar, dia tak suka buat kejutan, itu atau ini. Tapi sebagai isteri, saya tahu dan faham bahasa kasih sayang suami macam mana. Begitu juga suami anda, mesti lain juga.
Suami anda pun sama, ada bahasa yang tersendiri untuk luahkan rasa sayang dan cinta. Jangan kalut sangat mengikut bahasa cinta ustaz selebriti, artis, media influencer dan sebagainya.
Kasihanilah suami sendiri, bila baca terus tag suami masing-masing. Kononnya minta buat seperti ini juga.
Bayangkan bagaimana kalau suami anda sendiri tag status perempuan lain yang kurus, sedangkan kita seperti belon panas.
Apa yang anda rasa. Mestilah marahkan. Sampai paksa suami bagi duit untuk buat pembedahan buang usus atau kuruskan badan. Jangan sesekali suka tag pasangan.
Jadilah isteri yang bukan puji atau kagum dengan ‘laki orang’. Isteri kena bangga punyai suami atau pasangan yang tahu baik buruk diri kita. Itu pun dah cukup!
MW: Tak perlu nak kagum suami orang dan mengharap suami kita buat macam tu. Sebabnya, suami kita pun ada cara tersendiri nak ‘tackle’ hati kita.
Sumber: Anie Alja
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Memang sudah menjadi rezeki masing-masing, kalau ada anak pasangan boleh bermanja dengan anak-anak. Tetapi andai belum ada zuriat dia dapat peluang berdua bersama dengan suami ke mana-mana.
Kelebihan dan cara bahagia yang tak akan sama, tetapi dua-duanya ada kelebihan tersendiri. Yang berdua mungkin dapat bercuti ke sana sini tanpa gangguan. Pendek kata berbulan madu sebulan sekali.
Dan yang dah punya anak pula, ke hulu hilir dengan anak-anak walau bawa si kecil ke tempat yang dekat-dekat. Tetapi hatinya tetap puas sebab tengok anak-anak seronok bermain. Begitulah… dan situasi ini dilalui sama oleh Puan Nieza Termizi, rasa seronok tengok pasangan yang ada peluang berdating berdua.
Rezeki Masing-masing
Bila tengok pasangan masih belum ada cahaya mata, berjalan sana sini, holiday berdua dan berdating..
Seronoknya la haii…
Ehh… kita teringin juga nak gi dating dengan suami, jalan-jalan ke tempat peranginan sambil berpimpin tangan.
Tapi bila kita teringat anak-anak, kita cancel semua planning. Mana taknya, awal-awal lagi dah kene warning,
“Ibu jangan la pergi jalan berdua je dengan baba. Kami nak ikut jugak!”
Penyudahnya, kita jalan semua satu keluarga.
Begitulah…
Beza Yang Sudah Punya Anak Dan Belum
Ada banyak beza mereka yang bercahaya mata dengan yang tidak.
Contohnya, kita yang bercahaya mata ni, setiap hari kene tadah telinga dengar anak bercerita. Belum sampai rumah lagi, dalam kereta dah update macam-macam berlaku di sekolah. Kadang nak cakap dengan suami/isteri pun kene potong.
“Sekejap sekejap..tunggu ibu cakap dulu, baru kakak cakap!”
Kat rumah penat belum habis lagi. Yang kecik nak susu, abang pun nak susu juga. Kakak nak buat homework, minta tolong ibu cek. Siap beg untuk ke sekolah esok, sekali pensel khat yang ustazah suruh beli semalam tak cari lagi. Keluar la si abah cari pensel khat lepas solat isya’.
Malam tu, mata dah tak tertahan sangat. Macam ada bongkah batu letak atas kelopak mata. Berat tak boleh nak buka. Tapi si kecik cergas semacam. Terpaksa ikut kemahuannya.
Esoknya bangun awal pagi. Kejut kakak. Angkat abang sebab dia tak pandai mandi sendiri. Sekali malam semalam dia kencing toto pula. Lagi sekali kene basuh dan jemur toto serta lap lantai. Bangun pulak si kecik, tukarkan pampers. Beg baju salinan nak kene siap 3 kesemuanya. Jangan ada yang terlupa, jangan ada yang tertinggal. Make sure beg adik ada pampers, susu, botol dan sebagainya.
Huahhh… penat memang penat.
Tapi apa yang menyebabkan ibu dan abah gigih buat rutin ni setiap hari?
Kerana ada nilai syukur dan kasih sayang.
Bahagia Dengan Cara Yang Berbeza
Memang situasi kita berbeza. Yang belum direzekikan cahaya mata, punya lah banyak masa dengan pasangan. Nak relax dan bercuti pun anytime. Tapi pernahkah kita selami kesunyian mereka? Happy tapi kalau boleh tetap mahu dengar keriuhan dan gelak tawa zuriat sendiri.
Begitulah kita. Penat… tapi bersyukur dan gembira hidup dikelilingi orang-orang tersayang. Penyejuk mata dan hati kita. Penghibur di kala duka. Peneman di kala kesunyian.
Benarlah orang kata, bersyukur lah kerana di situlah kunci kebahagiaan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI