Tidak dinafikan basuh baju putih memang agak renyah.Perlu dicuci berasingan dengan baju berwarna, malah jika dipakai lama boleh menyebabkan warna kekuningan.Sebenarnya, ada tip mudah yang mak-mak boleh gunakan ketika cuci baju putih untuk memastikan ia kekal putih melepak dan tak perlu disental.
Mak-Mak boleh cuba tips yang dikongsikan oleh Puan Leena Hassan ini sebagai panduan;
Sudah lama saya R&D dengan pelbagai formula & brand sabun baju untuk jadikan baju sentiasa putih. Tapi tidak pernah menjadi.
Guna clorok, baju akan jadi kuning. Guna nila, baju akan jadi lebam. Guna vanish, kos tinggi. So.. Saya tanya sepupu saya Siti Atirah Sharifuddin yang bekerja sebagai nurse. Apa rahsia nurse-nurse menjaga uniform untuk sentiasa putih?
Nahhhhhh…. Nin diaaaa cara-caranya. Anda boleh cuba untuk uniform anak-anak sekolah nanti.
Saya suka guna sabun Lux – Rose. Sebab bila baju dah kering, bau ros masih ada. Kerja lebih sikit untuk memarut sabun ketul tu tapi tak mengapa lah, saya tidak sibuk mana pun untuk menjadikan itu satu alasan.
Bahan-Bahan:
Sabun Mandi (Lux)
Penyagat
Sabun Baju
IKLAN
Cara-Caranya:
1.Sagat sabun mandi secukupnya.
2.Rendam baju-baju putih dengan sabun lux yang diparut selama 1 malam didalam mesin basuh.
3.Saya tambahkan sikit sahaja sabun baju biasa, Esoknya, terus on mesin basuh. Tidak perlu sental.
IKLAN
Info Ekstra!
Saya guna 3 cawan sabun lux yang diparut + ½ cawan sabun biasa. 3 cawan sabun lux tu nampak macam banyak tetapi sesuai dengan sukatan minimum air yang telah diset kan oleh mesin basuh saya. Kalau sikit sangat, nanti sabun nya cair pulak.
Jangan risau, sabun tak berketul setelah direndam semalaman. sabun tu sempat cair & larut. Saya ada elergik dengan sabun basuh, so kaedah ini membantu saya supaya saya tak perlu sental baju & tangan pun selamat tak kena sabun.
IKLAN
Semoga bermanfaat!
Selamat Mencuba!
MW: Terima kasih atas perkongsian tips ini. Jadi buat mak-mak yang nak cuci baju putih tu, seperti baju uniform kerja atau baju sekolah anak-anak bolehlah cuba cara ini. Barulah baju tahan lama, wangi serta nampak baru dan putih je selalu.
Syawal baru melabuhkan tirai tapi nampaknya masyarakat di Malaysia masih lagi beraya, tapi kali ni rayanya lain macam sikit. Raya ‘Raja Buah’ iaitu durian. Rata-rata tempat malah dalam media sosial sekalipun dimuat turun status dan gambar-gambar mengenai raja buah yang boleh didapati di mana-mana dengan harga yang cukup berpatutan. Tahun ini memang rezeki semua orang dapat makan durian yang memang menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia.
Sebagai keluarga yang memang ‘hantu’ durian, saya juga tak ketinggalan untuk menikmati durian pada musim ini. Ada sahaja kawan pejabat yang offer jual durian, saya tak ketinggalan merasa. Memang heaven, tambahan pula durian yang dijual memang cantik dengan isinya yang kuning keemasan persis si musang king yang hebat itu.
Hujung minggu yang lalu, saya dan keluarga berkesempatan bercuti ke Port Dickson. Semalaman di sana, hari berikutnya kami dijemput oleh salah seorang kenalan rapat sepupu saya yang dikenali sebagai Kak Zara dan keluarga untuk datang ke rumah mereka yang terletak di Alor Gajah. Pergi bukan saja-saja tapi untuk datang makan durian fresh dari pokok. Memang kami tak lepaskan peluang keemasan ini. Hampir satu jam perjalanan dari Port Dickson ke Alor Gajah, sepanjang jalan juga kelihatan banyak peniaga yang menjual durian dengan harga dari serendah RM5 sekilo.
Tak jauh dari tol Simpang Ampat, Melaka, kami tiba ke destinasi yang dituju. Sampai sahaja ke kawasan kediaman tersebut semua teruja tengok buah durian yang lebat di atas pokok. Turut kelihatan beberapa durian yang gugur di atas tanah. Tak sempat bertegur sapa dengan tuan rumah, kami terlebih dahulu melawat ke dusun kecil yang terletak di belakang rumah mereka.
Lebih menarik lagi seperti juga kebanyakkan dusun lain, dusun mereka juga terdapat pokok rambutan yang sedang masak ranum bersama manggis. Punyalah gigih semua orang tak kisah dengan semut dan kerengga yang menyengat. Seronok dapat makan manggis dan rambutan yang baru dipetik dari pokok. Durian yang gugur kami kutip dan bawa ke dalam rumah sebelum dikendurikan. Ada juga durian yang telah gugur pada awal pagi dan disimpan oleh keluarga Kak Zara untuk menjamu kami. Bukan sahaja dijamu dengan buah-buahan, kami turut dijamu dengan asam pedas yang enak air tangan Kak Zara. Pendek kata rezeki bertimpa-timpalah. Moga makin murah rezeki keluarga Kak Zara jamu kami dengan macam-macam makanan, siap bawak balik lagi buah-buahan seperti manggis dan rambutan untuk kami makan. Durian tak dapek la jenuh nak bau dari Melaka ke Kuala Lumpur. Orang kata makan durian banyak-banyak pun tak elok sangatkan, jadi makanlah sewajarnya ikut kemampuan diri.
Bagi penggemar durian, tip ini mungkin boleh diguna pakai untuk elak anda mabuk durian:
1. Minum segelas air kosong yang dituangkan ke kulit durian yang telah dimakan. Dengan berbuat demikian dipercayai dapat sedikit menghilangkan rasa mual.
2. Jika masih mual, cubalah makan buah manggis. Langkah ini boleh menjadi penyelesaian bila air kosong masih tidak dapat menghilangkan mabuk durian.
3. Kalau langkah pertama dan kedua tidak mujarab untuk anda hilang rasa mabuk cubalah minum air kosong bersama garam. Menurut sumber daripada internet ada yang menyatakan air garam dapat menghilangkan rasa mabuk setelah makan durian.
4. Minum air kelapa untuk neutralkan semula badan anda setelah makan terlalu banyak durian.
Selain tip, kat bawah ni saya ada selitkan sedikit info menarik mengenai durian menerusi penyelidikan oleh seorang Saintis Mardi, Dr Suri Roowi:
1. Durian kaya bahan asid amino tryptophan – Bahan ini menenangkan fikiran dan sesuai untuk orang yang ada masalah insomnia (susah tidur).
2. Bahan organosulfur (bahan bau) bersifat anti-kanser antioksidan, anti-mikrob, antihipertensi dan melindungi jantung. Durian merupakan satu-satunya buah tropika yang tinggi kandungan organosulfur.
3. Pesakit kencing manis tidak boleh makan durian secara berlebihan
4. Ada kajian menunjukkan kulit durian bersifat antidiabetik
5. Pengambilan isi durian pada kadar tinggi (500 g atau lebih) boleh tingkatkan kadar denyutan jantung
6. Durian kaya potassium, mineral yang boleh menurunkan tekanan darah. Untuk sesiapa yang ada masalah buah pinggang tak boleh makan banyak
7. Elakkan makan durian bersama paracetamol dan alhohol kerana mungkin boleh sebabkan kesan toksik.
Selamat berpesta durian untuk semua!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kasut bersepah itu memang semakkan pandangan. Rasa sakit hati tu makin bertambah bila tengok kasut dalam rak pun sama berterabur.
Tepuk dahi dibuatnya. Macam mana nak susuh kasut bersepah dalam rak bagi cantik. Macam Puan Maryam Salleh ini, awalnya dia panggil ‘orang buat kabinet’.
Tapi sekali tengok harga nak buat rak kasut built in saja, total kosnya dah cecah RM2500. Lagilah tepuk dahi.
Ini Cerita Kasut Bersepah Dalam Rak
“Haish! Bersepah-sepah kasut dalam rumah ini. Dah kena beli almari lagi ke? Kalau tambah almari tak ada space pulak.
“Baru je tu hari kasi mak satu almari kasut Jati. Takkan aku nak beli lagi.” Omong saya sendiri sambil garu-garu kepala.
Ambil fon terus whatsapp orang kabinet suruh datang buat almari kasut built in hari ini juga. Maka, datanglah brader kabinet. Tercungap-cungap ke rumah saya.
“Boss saya nak buat almari kasut built in dari bawah ini sampai syiling atas. Kasut banyak tak muat almari ini.”
Brader tu pun ukur panjang, ukur lebar space yang ada. Lepas siap ukur dan kira, total RM2500 siap pasang.
“Mak aii sampai beribu bos?” Terus hilang nafsu nak buat.
“Takpelah bos bajet kurang hado nak buat. Ingatkan bawah RM1000. Ni hampir RM3000, nampaknya saya kena menabung dulu lah ya. Cukup duit nanti saya roger bos!”
Brader tu pun balik dengan perasaan hampa.
Rupanya Macam Ini Cara Jimatkan RM2500 Bina Almari Built In Rak Kasut
“Nak jadikan cerita, saya ternampak shoe slot ni kat kedai Eco tu hari. Jadi saya cuba beli 7 pcs. Balik rumah susun kasut.”
Tip yang selalu kita dengar bila nak bakar kek, tak kiralah kek apa sekali pun, mesti kena sapu marjerin, butter atau minyak masak pada dulang tersebut. Ini untuk mengelakkan kek melekat dan senang untuk dikeluarkan daripada loyang.
Walau bagaimanapun sapu marjerin pada loyang bukan hanya untuk tidak bagi kek melekat tapi boleh jadi kek menjadi garing pada bahagian tepinya.
Selalunya, begitulah bila mak-mak bakar kek, bahagian tepi sudah nampak garing dan masak, sedangkan bahagian tengahnya masih belum masak sepenuhnya.
Nak tak nak bila sudah masak, terpaksalah mak-mak potong bahagian garing itu. Ada kalanya boleh jadi hangit dan nak makan pun rasa pahit.
Ini ada tip yang boleh mak-mak praktikkan terutamanya dalam membakar kek. Perkongsian daripada Fauzi Karim yang menyarankan supaya menggunakan shortening seebagai pengganti marjerin untuk disapukan pada dinding loyang.
Malah, ada tip-tip lain yang boleh mak-mak cuba terutamanya bila ingin membakar kek supaya ia menjadi dengan jayanya.
Cara nak kurangkan garing kek pada dinding loyang.
Selalunya kita menggunakan butter atau marjerin ataupun minyak masak dioleskan pada dinding loyang.
Betul tak?
1. Sebenarnya butter / marjerin / minyak masak ini juga menyebabkan kek menjadi garing terutamanya pada bahagian dinding.
Untuk menyelesaikan masalah ini cuba anda gunakan SHORTENING sebagai pengganti bahan tersebut. Sapukan sahaja pada dinding dan lantai loyang. Masukkan adunan kek seperti biasa.
Shortening adalah bahan yang tahan panas dan mampu mengurangkan risiko kek garing
Jenama terbaik adalah crisco / loon soon (repack)
2. Baking Tin Stripd – sama ada kain unggu atau tuala kecil yang dibasahkan dan di lilit pada kek atau aluminium foil yang di lilit sekeliling loyang
3. Baking paper. Mampu mengurangkan kesan garing pada kek.
4. Loyang tebal seperti Duck Brand – betul loyang tebal boleh juga mengelakkan kek dari garing TETAPI ia juga boleh jadi penyebab garing dan hangus jika tidak dikeluarkan dalam tempoh waktu yang sepatutnya.
Antara fungsi Lainnya:
Memandangkan ada kek-kek tertentu saya yang terpaksa guna loyang rendah atau satu adunan terpaksa bahagi kepada 3 loyang.. maka saya beli baking strips ni untuk elak kek membumbung terlalu tinggi di bahagian tengah.
Kalau kek terlalu membumbung bahagain tengah, saya terpaksa potong dan buang untuk memudahkan kek diratakan selain ia mengelakkan kek garing pada bahagian tepi..
MW: Selalunya begitulah bila masak kek, mesti ada garing kat tepi dan terpaksalah buang bahagian tepi dulu.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Kakak tak sangka ikan masin & telur goreng menu terakhir adik. Allahu sedihnya apabila mendapat perkhabaran adik kandung kesayangan pergi buat selamanya.Berita sedih itu...