Bukan mudah nak buat perapan daging beserta sos lada hitam yang sedap dan menepati selera.Perkongsian resipi perapan daging sedap dan Sos Lada Hitam pedas berkrim oleh Afy AL Habibi ini mendapat lebih 12,000 shares di page masakan Masak Apa Hari Ni.Sesuai sangat jika mak-mak nak buat kelainan masak sendiri untuk raikan hari-hari istmewa seperti Hari Jadi, Hari Ulangtahun Perkahwinan dan sebagainya.

Berikut antara perkongsian tersebut;

“Inilah resepi yang mendapat lebih seribu share di laman fb sendiri. Ramai yang komen nak petang tadi. Jadi saya panjangkan lagi perkongsian di sini. Sekali dengan cara perapan daging ikut selera sendiri.”

Bahan-Bahan perapan daging (3 keping):

3 sudu besar sos lada hitam
3 sudu besar serbuk cheese
1 sudu besar sos spageti cendawan
3/4 lada hitam kisar
1/2 sudu kecil parsley flakes
* tak perlu masukkan garam. Perapan dengan serbuk cheese sudah memadai.

Cara Membuat:

1.Satukan semua bahan perapan dalam bekas besar.

2.Lumurkan pada kepingan daging kambing setelah dicuci bersih tanpa darah beku.

3.Perap selama 8 jam untuk hasil yang terbaik.
* Untuk perap semalaman masukkan dalam peti suhu biasa.

Daging setelah siap diperap.

Sebelum daging diangkat, saya suka layurkan sekejap-sekejap atas api gas. Untuk naikkan bau.* terpulang nak buat ke tak ye.

Bahan-Bahan Sos Blackpepper:

3/4 sudu besar Planta
1 ulas bawang putih
1 tin sos spageti keju
3/4 tin air suam
1/2 sudip kicap Jalen Lemak manis
3/4 sudu besar serbuk lada hitam
3/4 sudu kecil gula

Cara Membuat:

1.Panaskan Planta dalam api sederhana kecil sahaja.

2.Masukkan bawang putih yang telah diracik hingga naik bau.

3.Masukkan sos spageti keju. Pilih yang tin kuning seperti dalam gambar.
Saiz tin paling kecil (250 gram kalau tak silap).

4.Tambahkan air suam. *Konsistensi kuah tak terlalu cair atau ketara pekat.

5.Tambahkan kicap Jalen lemak manis.*Jangan guna kicap masin.

6.Masukkan serbuk lada hitam kisar.

7.Juga masukkan 3/4 sudu kecil gula ( boleh masuk sikit-sikit untuk langkah selamat)Kacau sebati.

8.Tutup api setelah cukup semua rasa.

Hidangkan bersama:

Kentang goreng. Letak sos cili dan mayonis untuk sos pelengkapnya.

Jagung rebus. Potong 3.
Untuk dapatkan jagung manis sesedap rasa, tambahkan sedikit garam dan beberapa sudu gula. Rebus sehingga empuk.

Coleslaw
Campuran timun Jepun, carrot dan bawang Holland. Semuanya dipotong dadu. Tambahkan isi jagung rebus.

Gaul bersama mayonis dan setengah cubit garam.

Boleh tambahkan kubis ungu/ kubis hijau.

Hidangan lengkap.
Selamat mencuba.

Buat mak-mak yang inginkan kelainan atau nak raikan hari-hari istimewa boleh cuba buat resipi ini sendiri di rumah.Lebih menjimatkan dan pastinya berbaloi.

Sumber: Afy AL Habibi