Wanita Ini Kongsi Pengalaman & Usaha Dapatkan Anak Melalui Prosedur Rawatan IUI di LPPKN

Share

Pelbagai usaha dan rawatan yang boleh dilakukan bagi pasangan yang masih menantikan kehadiran cahayamata.Antaranya ialah melalui proses rawatan. Inseminasi intrauterin (intrauterine insemination) atau IUI, sebagai salah satu usaha bagi membantu kehamilan pasangan yang telah mencuba sekian lama.

Melalui perkongsian oleh Puan Nur Haziqah Zainal Abidin, rawatan IUI  ini boleh dilakukan di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dengan jumlah keseluruhan kos hanya RM 1511.85. Alhamdulillah,rezeki dalam tempoh satu tahun rawatan, pasangan ini berjaya memiliki zuriat yang diimpikan setelah 3 tahun menanti.

Berikut antara perkongsian beliau sebagai rujukan;

Dah janji nak buat sharing pasal rawatan IUI di LPPKN, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. So here we go..

“Dalam tempoh 3 tahun perkahwinan, macam-macam cara dan ikhtiar untuk dapatkan zuriat. Period Alhamdulillah regular dan normal. Jadi saya kelaskan kes saya ni sebagai unexplained infertility. Walaupun orang kata usia perkahwinan masih baru, saya fikir tak perlu tunggu lama-lama untuk usaha dapatkan anak, sebab kalau tak berhasil jugak, boleh cuba ikhtiar lain. Saya perlu kejar masa. Saya dan suami terus ambil langkah drastik. Terus call LPPKN.”

Firstly, kena book tarikh untuk first appointment by phone call. Kemudian, nurse akan buat short interview etc dah berapa lama kahwin, ada masalah period ke, pernah mengandung atau tak, pernah keguguran atau tak. Just basic question. Nurse akan bagi tarikh appointment.

LPPKN contact number: 03-2613 7555
Website http://www.lppkn.gov.my

Rawatan infertility hanya di LPPKN branch Kuala Lumpur, Ipoh dan Johor bahru

15 Ogos 2016 (First appoinment):
Detail interview, iaitu suami isteri akan ditanya beberapa soalan yang lebih mendalam. selesai, suami akan buat sperm test (baca: Semen Analysis) dimana sperm tersebut akan dinilai dari segi keaktifannya, kenormalannya, dan bilangannya.
Kos: RM 65.00

1 September 2016:
Ujian darah untuk kesan sebarang penyakit kelamin. (suami isteri)
Kos: RM 101.00

7 September 2016:
HSG (baca: Hysterosalpingogram). Ujian ni saya lakukan di KPJ Tawakkal. Doktor perempuan, jadi, kurang malu sikit. Ujian ni dilakukan untuk kesan sebarang blocking di rahim dan tiub fallopio.
Kos: RM 200.00

Xray HSG.Alhamdulillah takda apa-apa masalah. Rahim cantik, tiub cantik, takda blockage

19 September 2016:
Ujian darah untuk kesan masalah hormon. Saya saja yang buat ujian ni sebab husband normal takde apa-apa masalah. Masalah hormon ni banyak etc, period tak stabil, pengeluaran telur tak matang. Dalam kes saya, saiz telur saya tak matang, tak mencapai saiz yang normal. Saiz telur tak normal tak membenarkan persenyawaan berlaku.
Kos: RM 20.00

11 Oktober 2016:
Consultation doktor dan ujian pap smear. Pap smear untuk kesan sebarang jangkitan dan sebarang risiko kanser serviks.
Kos: RM 30.00

16 November 2016:


Consult dengan Gynea. Dari ujian2 yang kami berdua lakukan, saya mempunyai masalah hormon(Siaz telur tak matang). Doktor cadangkan kami untuk lakukan IUI (baca: Intrauterine insemination).

Saya perlu consume Chlomid (baca: Chlomiphene) untuk membesarkan telur untuk memastikan prosedur IUI berjaya.

Note:
Cara makan Chlomid – Dibekalkan dengan 10 biji, Perlu dimakan 2 biji sehari, bermula dari hari ke-2 period sehingga hari ke-6, pada waktu yang sama. Tak boleh cepat, tak boleh lambat. Mesti sama. Jam 9 malam pada 5 hari tersebut.
Kos: RM 49.00

25 November 2016:
TVS (baca: Transvaginal Ultrasound) dilakukan untuk kesan pembesaran telur. Alhamdulillah 4 biji telur membesar dengan jayanya. Saya dibekalkan dengan suntikan Pregnyl dan juga Duphaston (untuk tebalkan dinding rahim). Suntikan Pregnyl ni perlu dilakukan sendiri di rumah, pada jam tepat 9.00 malam. Suntikan di perut. Tujuan suntikan adalah untuk pecahkan telur yang matang.
Kos: RM 162.10

28 November 2016:
Prosedur IUI dilakukan. Suami perlu keluarkan sperm dan sperm dihantar ke makmal untuk proses sperm wash (baca: Sperm Washing). Kemudian sampel sperm yang telah diasingkan digunakan dalam prosedur IUI. Selepas prosedur selesai, perlu baring selama 30 minit dan bed rest 1 hari. Duphaston masih lagi dibekalkan.
Kos: RM 350.00

20 Disember 2016:
Ujian air kencing untuk mengesahkan samada mengandung atau tidak. dan Alhamdulillah saya mengandung (4 minggu) dengan sekali cycle IUI.( Tidak boleh buat TVS atau ultrasound sebab kandungan masih kecil). Dibekalkan Folic Acid dan Duphaston.
Kos: RM 183.50

3 Januari 2017:
Usia kandungan – 7 minggu.
TVS untuk tengok saiz baby. Alhamdulillah membesar dengan jayanya. Dibekalkan dengan Folic Acid dan Duphaston.
Kos: RM 144.45

7 Februari 2017 (Last Appointment): ?
Usia kandungan – 12 minggu
TVS sekali lagi untuk tengok saiz baby. Dibekalkan dengan nasihat-nasihat dari doktor dan juga bekalan ubat (Folic Acid dan Duphaston).
Kos: RM 206.80

Total kos = RM 1511.85

17 Ogos 2017, 5.12 pagi, Rumaysaa Nur Awatif my precious baby selamat dilahirkan setelah 3 hari bertarung nyawa nak lahirkan dia. Alhamdulillah syukur padamu Ya allah atas kurniaan rezeki yang tak ternilai ?.Lahir jam 5.12 pagi. 17 Ogos 2017. Hospital Serdang.Berat 3.32 kg

Sekian perkongsian yang tak seberapa dari saya. Kalau nak tanya apa-apa, drop komen atau feel free to PM me. To TTC warriors, keep fighting

P/s: Sebarang rawatan adalah berdasarkan masalah yang dihadapi oleh pasangan, Doktor akan syorkan jenis rawatan yang sesuai

P/s/s: LPPKN adalah badan separuh kerajaan, maka kos perubatannya adalah jauh lebih murah dari klinik swasta dan tempoh menunggunya jauh lebih cepat dari klinik kerajaan yang perlu tunggu turn.

P/s/s/s: Foto adalah beberapa sumber rujukan untuk post ni.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Dr Komathy, Doktor Laila, nurse-nurse dan staff LPPKN Kuala Lumpur.

Info Ekstra!

IUI ialah satu kaedah penghamilan yang dibantu. Semasa IUI dijalankan, doktor akan meletakkan sperma yang telah dicuci dan dipersiapkan ke dalam uterus (rahim) semasa anda mengovulasi. Dengan itu, sperma tersebut akan berada di tempat yang betul pada masa yang tepat apabila telur bergerak melalui tiub falopian. Prosedur ini kadang kala digabungkan dengan penggunaan ubat kesuburan untuk meningkatkan kebarangkalian untuk hamil.

Sumber:Nur Haziqah Zainal Abidin

IKLAN