Wanita Ini Kongsi Panduan Sediakan Bantal Pandan Untuk Jenazah

Dalam bab pengurusan jenazah, menyantuni jenazah dengan cermat dan tak menyakiti jenazah adalah satu tuntutan dalam Islam.

Dan wanita ini, Puan Amina Jasmine berkongsi panduan cara menghasilkan bantal pandan untuk jenazah.

Bila kita berada dalam rumah ada kematian. Bantulah apa yang perlu buat keluarga si mati. Antaranya buatkan bantal pandan buat jenazah. Semoga beroleh pahala dan Allah mengampuni kita semua.”

Bantal pandan ini digunakan semasa memandikan jenazah. Bagi alas kepalanya agar tidak rasa sakit terkena pan (tempat) mandi.”

Selain dibuat alas kepala jenazah, bantal pandan juga boleh dibuat dekat liang lahad. Alaskan dekat kepala.

Klik link ini untuk ketahui lanjut video potong daun pandan untuk bantal jenazah

 

Wanita Ini Kongsi Panduan Sediakan Bantal Pandan Untuk Jenazah
Peralatan menjahit bantal : Kain perca putih, benang putih dan gunting.

 

Bahan diperlukan

  • Beberapa helai daun pandan
  • Benang putih
  • Kain perca putih (saya gunakan baju sekolah anak tak pakai untuk buat bantal)
  • Gunting

Cara Buat Bantal Pandan Untuk Jenazah

 

Wanita Ini Kongsi Panduan Sediakan Bantal Pandan Untuk Jenazah
Daun pandan halus…kalau boleh halus, haluskan lagi lebih baik agar bantal jenazah rasa lembut.

Pertama : Panduan Racik Daun Pandan

Ada dua cara nak racik daun pandan. Pertama racik macam nak buat bunga rampai, potong halus, kecil-kecil. Jika tiada masa, ada satu lagi pilihan anda boleh buat.

Iaitu daun pandan boleh disiat-siat memanjang, halus-halus.

Daun pandan disiat memanjang ini takkan rasa keras. Teksturnya akan mudah jadi lembut dan tak menyakitkan jenazah. Begitu juga daun pandan yang diracik halus.

Manakala daun pandan yang dipotong kasar, ia lambat jadi kering. Teksturnya boleh menyakitkan bahagian kepala jenazah.

 

Wanita Ini Kongsi Panduan Sediakan Bantal Pandan Untuk Jenazah
Daun pandan yang dipotong kasar untuk ditaburkan di atas tanah perkuburan..

 

Jadi, daun pandan kasasr tadi bolehlah ditabur atas tanah perkuburan. Daun potongan kasar ini, dia lambat layu dan daun yang masih segar akan berzikir untuk mayat di bawah.

Berbanding daun yang diracik halus akan mudah layu. Bila ditabur pagi atas tanah perkuburan jenazah, sebelah petang ia dah mati. Dan tak lagi berzikir untuk mayat.

Klik link ini untuk ketahui cara lain memotong daun pandan.

 

Wanita Ini Kongsi Panduan Sediakan Bantal Pandan Untuk Jenazah
Cara menyiat daun pandan halus-halus juga boleh digunakan untuk buat bantal.

 

Kedua : Kain Perca Jahitkan Jelujur

Kain perca tadi jahitkan jelujur, buat macam bantal baby pun dah memadai. Masukkan daun pandan yang dah diracik halus atau siat tadi sampai penuh.

Klik link ini untuk ketahui cara masukkan daun pandan dalam kain perca putih yang dah dijahit jelujur.

 

Wanita Ini Kongsi Panduan Sediakan Bantal Pandan Untuk Jenazah

Saya Ajak Anak-anak Sediakan Bantal Pandan Untuk Arwah Buat Kali Terakhir

Tadi petang, saya mendapat khabar kematian sahabat lama merangkap kakak angkat saya. Semoga Allah merahmati rohnya.

Saya pulang ke rumah, dan ajak anak-anak sediakan bantal untuk arwah buat kali terakhir.

Alfatihah buat bik Faridah Ahmad Fajar

Terima kasih ustazah Hasnah sifu saya dari Pejabat Agama Negeri Johor yang banyak memberi ilmu pengurusan jenazah yang betul.

Sumber/Foto : Amina Jasmine

Jangan Lupa Komen

komen